MESYUARAT AJK PIBG KALI KE KE-3
SK(2) SIMPANG LIMA, KLANG
SESI 2020 / 2021
Tarikh : 13 Disember 2020
Hari : Ahad
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer, SK (2) Simpang Lima.
Kehadiran :
1. Mohd Jazid Bin Iman (Guru Besar)
2. Razali Bin Zainal (PK HEM)
3. Alex Gabriel (Yang Dipertua)
4. Afiq Fikrie Bin Mohmad (Setiausaha)
5. Nor Haida Bt Jusoh (Bendahari)
6. Koohilan Shanmugam (AJK Ibu Bapa)
7. Toh Foo Ther (AJK Ibu Bapa)
8. Menaka Javarasu (AJK Ibu Bapa)
9. Nor Salwa Binti Mat Sohot (AJK Ibu Bapa)
10. Ganeshbabu Al Marada Pandian (AJK Ibu Bapa)
11. Saadiah Bt Ramli (AJK Ibu Bapa)
12. Mahaeswarren A/L K.Veerasingam (AJK Guru)
13. Mohd Hamdan Bin Mohd Noor (AJK Guru)
14. Kamaleswary A/P Kasalingam (AJK Guru)
15. Mohd Fairuz Bin Mohamad Sahid (AJK Guru)
16. Muliati Sofa Binti Mohd Hafid (AJK Guru)
17. Muhd Muazzin Bin Simon (Bendahari)
Tidak Hadir bersebab: (PK Akademik)
1. Norhasmah Binti Hashim (PK Kokurikulum)
2. Siti Hamidah Bt Abd Wahid (Naib Yang Dipertua)
3. Nyaneswaran Subramaniam (AJK Ibu Bapa)
4. Lukesvaran A/L Letchmanan
1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI & GURU BESAR
1.1 – YDP mengucapkan terima kasih atas kehadiran AJK.
1.2 - Guru besar mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK PIBG yang hadir.
1.2.1 – Program Hari Aspresiasi DeLima 2 akan diadakan pada Rabu iaitu 16 Disember 2020.
1.2.2 – Mesyuarat ini juga bertujuan untuk berbincang mengenai bilik PAK-21.
Tindakan: Makluman
2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG
LEPAS
2.1 Minit mesyuarat telah diedarkan untuk pengesahan.
2.2.3 Pn. Menaka mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan.
2.2.4 En. Mahaeswarren menyokong cadangan tersebut.
Tindakan : Makluman
2.2 Bendahari membentangkan laporan kewangan terkini iaitu berjumlah RM57 894.22
termasuk dengan akaun tumpang. Oleh itu, kewangan sebenar PIBG ialah RM 13 686.62
2.2.3 En. Nyaneswaran mencadangkan agar laporan kewangan disahkan.
2.2.4 Pn. Menaka menyokong cadangan tersebut.
Tindakan : Makluman
Hak Cipta Terpelihara © JPNSel.2015
No Keluaran Tarikh Keluaran No Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
05 1 JANUARI2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
3. PERKARA BERBANGKIT Tindakan : Makluman
3.1 Tiada
4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Laporan Sekolah oleh Guru Besar
4.1.1 Ucapan terima kasih kepada PIBG sentiasa bekerjasama dan membantu pihak
sekolah terutamanya dari sumbangan dan infrastuktur.
Tindakan : Makluman
4.1.2 Bilik PAK-21 akan dilaksanakan secepat mungkin. Antara Tindakan yang akan diambil
ialah :
4.1.2..1 Membuat plan PAK-21 dan meminta sebut harga sekurang-kurangnya 3
pembekal.
4.1.2..2 Cadangan Tarikh sebut harga ialah sebelum 20 Disember 2020 dan 23
Disember perbincangan pemilihan pembekal.
4.1.2..3 Pelaksanaan ini akan ditugaskan kepada Biro Infrastruktur dan Keselamatan.
4.1.3 Pihak sekolah bersetuju PIBG akan menguruskan pelaksanaan Bilik PAK-21 dan
pelaksanaan ini dipantau dan dibantu oleh pihak sekolah.
Tindakan : AJK PIBG
4.2 Laporan PIBG oleh YDP PIBG
4.2.1 En Alex selaku YDP mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
Tindakan : Makluman
4.2.2 En Alex memaklumkan permohonan sumbangan kewangan daripada pihak
sekolah untuk program Hari Apresiasi DeLima 2 2020. Kesemua yang hadir
bersetuju untuk melulukan permohonan tersebut sebanyak RM304.
Tindakan : Bendahari & YDP PIBG
4.2.3 En Alex memohon jasa baik semua AJK PIBG Ibu Bapa untuk membantu
memberitahu kepada ibu bapa Tarikh pemulangan buku teks iaitu murid tahun 6
pada 17 – 18 Disember 2020 manakala tahun 1 hingga 5 pada awal tahun
hadapan (tarikh akan dimaklumakan kemudian).
Tindakan : AJK PIBG Ibu Bapa
5. HAL- HAL LAIN.
5.1 Ucapan YDP untuk program Hari Apresiasi DeLima 2 2020 akan dibuat secara rakaman
dan diserahkan kepada jawatankuasa yang terlibat.
5.2 Cek PSKPP yang sebelum ini tidak dapat digunakan dan akan diganti cek yang baharu.
Tindakan : Bendahari & YDP PIBG
Hak Cipta Terpelihara © JPNSel.2015
No Keluaran Tarikh Keluaran No Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
05 1 JANUARI2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015
5.3 Pertandingan E-sport telah selesai dan Hari Kemuncak Kokurikulum 2020 diadakan
secara atas talian.
5.4 En. Nyanewarran meminta penjelasan berkenaan status projek naiktaraf bumbung yang
dilakukan oleh JKR. Guru besar memaklumkan projek sudah selesai namun masih menunggu
surat siap kerja. Pemasangan gutter juga dicadangkan diantara bangunan pra dan laluan
kakntin kerana terdapat masalah apabila berlakunya hujan.
5.5 Satu Bilik di Blok E akan dijadikan bilik solat manakala parking guru di belakang blok
tersebut.
5.6 Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas sumbangan Pn Muliati untuk
membersihkan tapak surau lama yang terbakar.
5.7 Permohonan DLP akan diluluskan jika permintaan melebihi 15 orang murid.
Tindakan : Makluman
6. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.31 pagi
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
……...…………… …………………… ..
AFIQ FIKRIE BIN MOHMAD (MOHD JAZID BIN IMAN) (PUSPAVALI A/P
Setiausaha PIBG 2020/2021 Guru Besar YDP PIBG 2019/2020
Hak Cipta Terpelihara © JPNSel.2015
No Keluaran Tarikh Keluaran No Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
05 1 JANUARI2015 01 31 MAC 2015 15 APRIL 2015