194 LAMPIRAN G PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INKLUSIF (PPKI) MATLAMAT Matlamat PPI ialah untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama. OBJEKTIF PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF i. Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan. ii. Membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang umum. iii. Memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka. iv. Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK. Tugas dan Tanggungjawab PENOLONG KANAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 1. PENTADBIRAN 1.1 Membentuk Visi dan Misi program Kelas Pendidikan khas dan melaksanakannya. 1.2 Menyelaras pungutan yuran, derma dan jenis pungutan wang yang berkaitan dengan program Pendidikan Khas. 1.3 Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan bagi program Pendidikan Khas. 1.4 Mengurus perbelanjaan kewangan bagi program Pendidikan Khas. 1.5 Menyelaras kerja-kerja pejabat seperti menyediakan rancangan aktiviti setiap tahun, fail meja, penyusunan fail dan lain-lain. 1.6 Memastikan guru hadir dan mengajar mengikut jadual yang ditetapkan. 1.7 Menyemak buku kedatangan murid dan melaporkan enrolmen murid kepada Unit Pendidikan Khas bila diminta. 1.8 Membantu Pengetua menguruskan hal-hal pendaftaran masuk dan pertukaran murid Pendidikan Khas. 1.9 Mengurus hal-hal pinjaman buku teks dan peralatan yang berkaitan program dengan mengisi borang permohonan dan pemulangan.
195 2.0 Membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, keselamatan, kebersihan dan keceriaan bagi program Pendidikan Khas. 2. KURIKULUM 2.1 Membantu dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi program Pendidikan Khas. 2.2 Menyusun jadual waktu kelas serta menyediakan jadual waktu ganti guru. 2.3 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan aktiviti program Pendidikan Khas. 2.4 Menyelaraskan pengurusan ujian dan peperiksaan program Pendidikan khas. 3. KO-KURIKULUM 3.1 Merancang dan mengelola kegiatan kokurikulum yang bersesuaian dengan kehendak murid berkeperluan khas. 3.2 Melaksanakan kegiatan kokurikulum menurut program yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas. 4. DISIPLIN DAN BIMBINGAN KAUNSELING 4.1 Menyelaras semua jenis tindakan disiplin yang bersesuaian dengan murid keperluan khas berpandukan kepada peraturan sekolah. 4.2 Merancang dan mengelolakan aktiviti bimbingan dan kaunseling. 4.3 Melaksanakan peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah serta mengawasi keselamatan murid program Pendidikan Khas. 5. PROGRAM KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN MURID 5.1 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa program Pendidikan Khas berlangsung dari semasa ke semasa. 6. BADAN KEBAJIKAN PENDIDIKAN KHAS 6.1 Membentuk badan kebajikan program Pendidikan Khas. 6.2 Bertindak sebagai Setiausaha Badan Kebajikan Program Pendidikan Khas. 6.3 Bertindak sebgai perancang, pengelola, pengurus aktiviti Badan Kebajikan Program Pendidikan Khas.
196 7. BUKU STOK 7.1 Mengurus dan mendaftar stok barang-barang kekal dan gunapakai menggunakan buku stok. 7.2 Menyemak senarai barang-barang stok pada setiap hujung tahun. 8. TUGAS-TUGAS LAIN 8.1 Menganggotai jawatankuasa seperti yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 8.2 Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa selepas proses pengajaran dan pembelajaran program Pendidikan Khas bersurai. 8.3 Mengelola dan mengawal penggunaan peralatan bagi sudut-sudut pembelajaran seperti: 8.3.1 Bilik Jahitan 8.3.2 Bilik Masakan 8.3.3 Bilik Kelas 8.3.4 Sudut Hasil Kraftangan 8.3.5 Sudut Aktiviti Murid dan lain-lain. Tugas dan Tanggungjawab GURU PENDIDIKAN KHAS 1. PENGURUSAN DOKUMEN 1.1 Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari. 1.2 melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas. 1.3 Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini. 1.4 Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua murid lengkap. 1.5 Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran dan surat rawatan. 2. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2.1 Membawa semua murid Pendidikan Khas ke perhimpunan pagi. 2.2 Memastikan bilangan murid Pendidikan Khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas rehat (untuk mengelak murid daripada ponteng). 2.3 Bertanggungjawab sepenuhnya terhaddap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid pendidikan khas di kelasnya. 2.4 Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan. 2.5 Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Vokasional.
197 2.6 Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan menduduki peperiksaan awam. 2.7 Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang kesulitan. 3. PENGURUSAN DATA 3.1 Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas supaya maklumat laporan Status Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat. 4. PENGURUSAN KEWANGAN 4.1 Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit. 5. PENGURUSAN KELAS 5.1 Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria. 5.2 Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas. 5.3 Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi kelas dan mempamerkan carta tersebut. 5.4 Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas. 5.5 Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutp sebelum balik. 6. PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 6.1 Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani. 6.2 Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut. Tugas dan Tanggungjawab PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) PENDIDIKAN KHAS 1. RINGKASAN TUGAS 1.1 Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas akademik pendidikan khas di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:-
198 2.1 Menjaga hal ehwal murid Pendidikan Khas. 2.2 Mengawasi murid semasa perubahan P&P. 2.3 Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/ semasa urusan ke hospital. 2.4 Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid. 2.5 Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah. 2.6 Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri. 2.7 Membantu menguruskan murid baru. 2.8 Membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke pejabat. 2.9 Membantu mengawasi murid semasa rehat. 3. PENGURUSAN BILIK DARJAH/ BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas P&P. 3.1 Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas. 3.2 Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas. 3.3 Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain-lain. 3.4 Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/ bangunan Pendidikan Khas. 3.5 Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan dari semasa ke semasa. 3.6 Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. 3.7 Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas. 3.8 Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh digunakan. 4. PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS 4.1 Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah diperolehi. 4.2 Membantu dalam pengurusan surat menyurat. 4.3 Membantu mengemas kini data murid setiap bulan. 4.4 Membantu mengemas kini rekod dan fail murid. 4.5 Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas. 5. PERJALANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5.1 Membantu menyediakan bahan, peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi P&P.
199 5.2 Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P sekiranya perlu. 5.3 Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu. 5.4 Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu. 6. PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS (MOBILITI) Membantu: 6.1 Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri/ berkerusi roda untuk ke sesuatu tempat. 6.2 Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda, senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan. 6.3 Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktivitim kokurikulum. 6.4 Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana. 7. TUGAS SEWAKTU CUTI SEKOLAH 7.1 CUTI PENGGAL Memastikan: 7.1.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat. 7.1.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak. 7.1.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik. 7.1.4 Menghubungi Penyelaras Pendidikan Khas sekiranya diperlukan untuk tindakan segera. 8.2 CUTI AKHIR TAHUN Memastikan: 8.2.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat. 8.2.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak 8.2.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik. 8.2.4 Menyemak stok dan inventori. 8.2.5 Melabel dan mengemaskini sistem fail. 8.2.6 Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru. 8.2.7 Menghubungi Penyelaras Pendidikan Khas atau Guru Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.
200 LAMPIRAN H SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM Tanggungjawab Jawatan kuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 1. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek). 2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. 4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. 5. Memastikan penglibatan murid menyeluruh. 6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan. 7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum. 8. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain. 9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. 10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah. 11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. 12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. 13. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh murid. Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum 1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. 2. Membantu Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian murid. 3. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan. 4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi. 5. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik. 6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskini dan mencukupi. 7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka. 8. Memastikan semua keperluan pendaftaran kegiatan kokurikulum, pelaksanaan kegiatan kokurikulum, merekod kegiatan ko-kurikulum disediakan sebelum sekolah dibuka pada tahun berikutnya. 9. Bertanggungjawab menyelia dan memantau pentaksiran ko-kurikulum dan pengisian PAJSK atas talian. 10. Bertanggungjawab ke atas latihan dan perkhidmatan Pengawas Ko-kurikulum.
201 Tanggungjawab Setiausaha Sukan 1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah. 2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM. 3. Membantu Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan. 4. Menetapkan murid dalam Rumah Sukan. 5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. 6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. 7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah. 8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan. 9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. 10. Memastikan semua keperluan pendaftaran atlet, peraturan pertandingan, borang untuk merekod pencapaian atlet disediakan sebelum pertandingan bermula. 11. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti sukan dipatuhi. 12. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. 13. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Ko-kurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. 14. Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah. 15. Bertanggungjawab mengemaskini maklumat dalam sistem atas talian i-KePs (Kemudahan dan Prasarana Sukan), i-Spts (Sukan Prestasi Tinggi Sekolah) dan laporan 1Murid 1Sukan (1M1S). 16. Bertanggungjawab ke atas latihan dan perkhidmatan Pengawas Ko-kurikulum. 17. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. Tanggungjawab Guru Data Ko-kurikulum 1. Mengambil langkah mempastikan guru penasihat menanda dan menyimpan rekod kehadiran murid ke perjumpaan ko-kurikulum. 2. Melengkapkan tapak kehadiran ko-kurikulum murid pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah. 3. Mengambil langkah mempastikan guru penasihat dan guru tingkatan melaksanakan pentaksiran ko-kurikulum mengikut panduan dan dalam masa yang telah ditetapkan. 4. Mempastikan guru tingkatan dan guru PJK mengunci masuk maklumat Pentaksiran Kokurikulum dan SEGAK pada masa yang ditetapkan. 5. Memuat turun dan menyimpan rekod PAJSK semua murid. 6. Mencetak rumusan PAJSK untuk rujukan sekolah. 7. Mencetak slip PAJSK dan SEGAK murid tingkatan 3 dan 5 serta murid yang berpindah. 8. Mengemaskini dan menyelenggara fail data ko-kurikulum sekolah.
202 Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform ● Memantau perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. ● Menentukan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat dipatuhi. ● Menyelaras semua aktiviti utama di bawah bidang kokurikulum masing-masing. ● Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk murid menyertai persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. ● Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. ● Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. ● Memastikan Kad Ko-kurikulum digunakan oleh semua murid. ● Menyelaras dan memantau Pentaksiran Ko-kurikulum di bawah bidang kokurikulum masing-masing. ● Mempastikan fail guru penasihat disemak 2 kali setahun seperti ketetapan dalam takwim sekolah. ● Mengumpulkan perlembagaan, senarai AJK kelab/persatuan/pasukan badan beruniform yang diselia. ● Mempastikan semua AJK kelab/persatuan/pasukan badan beruniform yang diselia mendapat sijil penghargaan pada akhir tahun. ● Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang pelaksanaan aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. TUGAS KETUA GURU PENASIHAT ● Menentukan ahli persatuan bagi setiap guru penasihat. ● Menyelaras Mesyuarat Agung persatuan. ● Mempastikan semua guru penasihat mendapat panduan yang sama dalam melaksanakan aktiviti persatuan. ● Menyelaras penyertaan ahli persatuan untuk mewakili sekolah. ● Menyelaras penyertaan ahli persatuan dalam aktiviti peringkat sekolah. ● Melaksanakan tanggungjawab sebagai Guru Penasihat seperti di bawah. Tanggungjawab Guru Penasihat Persatuan / kelab 1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa. 2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. 3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. 4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid. 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan 7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/Kelab Persatuan dan Sukan/Permainan. 8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik. 9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
203 10. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan. 11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. 12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan. 13. Memastikan semua murid yang menyertai atau memberi khidmat dalam sebarang aktiviti peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan mendapat sekurang-kurangnya sijil penyertaan. 14. Bertanggungjawab menyediakan laporan penglibatan dan pencapaian ahli (Lampiran 12). 15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. 16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. 17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. 18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. 19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. 20. Mempastikan semua AJK kelab / persatuan / rumah sukan yang diselia mendapat sijil penghargaan pada akhir tahun. 21. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. 22. Menyediakan rekod kehadiran dan aktiviti seperti dalam buku panduan perjumpaan kokurikulum dan menyerahkannya kepada Penolong Kanan/SU Ko-kurikulum penyelaras seperti ketetapan dalam Takwim Sekolah. 23. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. Tanggungjawab Guru Kelab Permainan / Rumah Sukan 1. Mengadakan mesyuarat dan membentuk jawatankuasa. 2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam permainan. 3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar. 4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. 5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. 6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah. 7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar. 8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah. 9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai. 10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan. 11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid. 12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan. 13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
204 14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan. 15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara) 16. Memastikan semua murid yang menyertai atau memberi khidmat dalam sebarang aktiviti sukan peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan mendapat sekurang-kurangnya sijil penyertaan. 17. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, kebudayaan & Sukan; Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan. 18. Menyediakan rekod kehadiran dan aktiviti seperti dalam buku panduan perjumpaan kokurikulum dan menyerahkannya kepada Penolong Kanan/SU Ko-kurikulum penyelaras seperti ketetapan dalam Takwim Sekolah. Tugas dan Tanggungjawab Guru Pengiring 1. Mempastikan setiap murid mendapat kebenaran mengikuti aktiviti tersebut dari ibubapa/ penjaga masing-masing. 2. Surat kebenaran ibu bapa hendaklah telah ditandatangani oleh ibu bapa dan disahkan oleh pentadbir sekolah SEBELUM murid boleh ikut serta. 3. Senarai peserta hendaklah TELAH disahkan oleh pentadbir dan disebarkan untuk makluman semua khususnya PK HEM dan Guru Kelas sekurang-kurangnya sehari sebelum aktiviti dilangsungkan. 4. Murid yang mempunyai markah Demerit melebihi 300 @ digantung sekolah TIDAK DIBENARKAN mewakili sekolah. 5. Guru pengiring mesti berada dalam bas bersama murid @ mengekori bas yang membawa murid jika bas sudah penuh. 6. Menguruskan pengangkutan dan makan minum untuk murid terlibat. 7. Senarai peserta (jika murid asrama terlibat)hendaklah diserahkan kepada penyelia asrama / Ketua warden. 8. Guru pengiring mesti berada dalam bas bersama murid @ mengekori bas yang membawa murid jika bas sudah penuh. 9. Memastikan bekalan ubatan dan kecemasan dibawa bersama. 10. Mengambil kedatangan murid sebelum bertolak ke dan sesudah sampai ke mana-mana destinasi. 11. Memastikan kehadiran setiap murid yang terlibat dengan lawatan/ aktiviti sepanjang lawatan/ aktiviti diadakan. 12. Memastikan semua murid yang menyertai atau memberi khidmat dalam sebarang aktiviti peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan mendapat sekurang-kurangnya sijil penyertaan. 13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.
205 LAMPIRAN I
206
207
208
209
210
211
212
213
214
215
216
217 EDITOR BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2023/2024: MOREECA ANAK ANGGO SENI REKA GRAFIK KULIT BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2023/2024: CELESTINE MICHAEL GAWAN