PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya
telahberhasil menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan bagi kursus Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu Semester 2 untuk memenuhi sebahagian penilaian daripada Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di IPG Kampus Ipoh, Perak Darul
Ridzuan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Hj. Abdul Rani bin
Hassan selaku penyelaras dan pensyarah Kursus BMMB1104,Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu yang telah memberikan banyak bimbingan dan nasihat sehingga
tugasan ini selesai. Penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan
sekelas dan ahli keluarga yang telah banyak memberi sokongan dan bantuan kepada saya
bagi menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya
sama ada secara langsung ataupun tidak bagi menyiapkan tugasan penghasilan produk
ini.Semoga Allah S.W.T membalas budi baik dan jasa kalian.
i
ISI KANDUNGAN i
Penghargaan 1
1.0 Pengenalan 2
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 2
4
2.1 Takrif Kesusasteraan Melayu 5
2.2 Jenis, Bentuk dan Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu 11
13
2.2.1 Prosa Tradisonal 16
2.2.2 Prosa Moden 17
2.2.3 Puisi Tradisional 18
2.2.4 Puisi Moden 18
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu 19
3.1 Hiburan 19
3.2 Pendidikan 20
3.3 Dakwah 21
3.4 Kritikan Sosial 26
4.0 Manifestasi Akal Budi 30
4.1 Pantun 32
4.2 Syair 34
4.3 Seloka 35
4.4 Gurindam
5.0 Rumusan
Rujukan
ii
1.0 Pengenalan
Kesusasteraan dikaitkan dengan pancaran fikiran ataupun cetusan idea yang terbit
daripada sesuatu bangsa yang diterjemahkan dalam bentuk pertuturan ataupun bertulis (Nazri
Atoh et al., 2020). Dalam konteks ini, masyarakat Melayu juga gah dengan perkembangan
kesusasteraannya sendiri yang wujud hasil daripada pengaruh agama Hindu-Buddha dan
pengaruh kesusasteraan Arab. Hal ini kerana, pada awal abad ke-7 sehingga abad ke-14 Masihi
meninggalkan pengaruh yang besar terhadap bidang kesusasteraan di Alam Melayu dimana
masyarakat memegang teguh dengan amalan animisme (setiap unsur alam mempunyai
semangat) (Noraihan Rahman & Zahir Ahmad, 2017).
Sebelum dasar Islamisasi muncul di Nusantara, karya sastera yang dihasilkan
masyarakat tiada unsur realisme dan hanya sekadar rekaan semata-mata. Menurut Nazri Atoh
et al, 2020, wujud persamaan ketara antara kesusasteraan Melayu dengan kesusasteraan Arab.
Tambahnya, walaupun kesusasteraan Arab masih mempunyai unsur imaginasi dan muzik,
namun ia lebih realistik dan mempunyai hubungkait dengan kehidupan masyarakat Melayu
misalnya dari aspek cara hidup, kehidupan bermasyarakat, pantang larang serta adab dan
akhlak.
Kesusasteraan Melayu telah mengalami evolusinya seiring dengan peredaran zaman
yang berubah daripada konvensional kepada dunia serba digital telah menjarakkan hubungan
masyarakat dengan sastera (Azman Rahmat et al., 2022). Jika dahulunya bait-bait kata yang
indah dan masyarakat bermain dengan kata untuk menyampaikan hasrat hati, kritikan dan
teguran, namun kini tiada lagi kata-kata berlapis digunakan. Tambahnya lagi, perubahan ini juga
mengubah kegiatan sastera yang dahulunya hak milik bersama suatu masyarakat kini berubah
kepada hak cipta individu (Azman Rahmat et al., 2022).
1
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu
Sastera adalah hasil karya ataupun ciptaan manusia yang digunakan untuk melahirkan
gagasan emosi, perasaan dan pengalaman dari bentuk abstrak kepada bentuk konkrit supaya
dapat diceritakan kepada generasi akan datang (Khairuddin Mohamad et al., 2014). Dalam
konteks ini, sastera juga sangat dekat dengan bidang bahasa dimana pengarang bermain dengan
bahasa untuk menyampaikan ideanya manakala pembaca menikmati keindahan bahasa dalam
sesebuah karya kesusasteraan.
2.1 Takrif Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk ciptaan seni yang
disampaikan melalui bait-bait bahasa yang halus dan indah (Azman Rahmat et al., 2022).
Dalam konteks ini, tradisi sastera Melayu berpendapat maksud perkataan
kesusassteraan telah mencerminkan keindahan yang menjadi teras dalam sesebuah
karya sastera. Menurut Halim Ali (2011), kata terbitan kesusasteraan yang digunakan
dalam bahasa Melayu merupakan kata dasar yang berasal daripada perkataan Sanskrit
iaitu sastra. Suku kata sas- dalam perkataan sastra bermaksud perbuatan memberi
arahan, memberi pengajaran atau petunjuk manakala -tra pula merujuk kepada sarana
atau alat.
Dapat dirumuskan, perkataan sastra bermaksud sarana atau alat yang membawa
kepada penerapan nilai dan pengajaran dalam diri pembacanya. Tidak ketinggalan juga
imbuhan awalan su- membawa maksud indah ataupun baik manakala imbuhan apitan
ke- dan -an bermaksud menyeluruh dimana semua isi yang disampaikan penceritaan
sama ada dirakamkan dalam bentuk tulisan ataupun lisan mempunyai nilai kesenian dan
nilai estetikanya yang tinggi.
Menurut Azman Rahmat et al. (2022), setiap kandungan dalam karya sastera
mestilah bermakna dimana isi penceritaan berupaya untuk menyampaikan pengajaran,
tunjuk ajar, dan panduan kepada pembacanya walaupun keindahan bahasa merupakan
unsur penting dalam sesebuah karya kesusasteraan. Dalam konteks ini, pendapat
Braginsky selara dengan pandangan Muhammad Haji Salleh berkaitan konsep
2
keindahan dalam sesebuah karya sastera dimain keindahan diterjemahkan melalui
sistem imej, cara susunan kata, keindahan bunyi bahasa dengan menekankan
pengunaan rima serta susunan watak dan struktur penceritaan dalam sesebuah karya
(Halim Ali, 2011). Hashim Awang pula mentafsirkan bahawa sastera adalah hasil karya
seni yang disampaikan oleh sesebuah masyarakat dengan menekankan aspek linguistik
yang mampu meningkatkan ketamadunan sesebuah bangsa (Khairuddin Mohamad et
al., 2014). Hal ini berlaku berikutan pergolakan ataupun konflik yang timbul dalam
sesebuah masyarakat sering dibincangkan melalui karya sastera seperti sajak, syair dan
novel.
Kesusasteraan Melayu bukan sahaja ditekankan dalam kehidupan sosial
bermasyarakat semata-mata tetapi dalam konteks pendidikan juga menekankan aspek
kesusasteraan selaras dengan matlamat pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah
iaitu mewujudkan asas semangat kewarganegaraan dalam diri murid-murid dengan
menyisipkan penggunaan unsur sastera dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) (Khairuddin Mohamad et al., 2014). Dalam konteks ini, pengajaran sastera dalam
bahasa Melayu telah menetapkan tiga objektif utama iaitu mengukuhkan pengajaran
bahasa, menanamkan tabiat suka membaca serta menerapkan nilai-nilai murni yang
diperolehi melalui pembacaan karya sastera.
Ke su sas tra an
menyeluruh indah memberi alat menyeluruh
pengajaran
Suatu alat yang menyampaikan pengajaran dalam semua aspek kehidupan dengan
menggunakan bahasa yang indah.
Jadual 2.0 menunjukkan takrifan kesusasteraan
3
2.2 Jenis, Bentuk dan Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu
Karya kesusasteraan Melayu dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu
karya tradisional dan karya moden. Setiap jenis karya sastera Melayu berbeza dari segi
bentuk dan unsur-unsur khusus bagi membentuk pola yang spesifik (Azman Rahmat et
al., 2022). Dalam konteks ini, setiap hasil karya mengetengahkan matlamat yang berbeza
yang selaras dengan fungsi karya itu ditulis untuk kesedaran masyarakat. Hal ini selaras
dengan pandangan Zahir yang mengkategorikan karya kesusasteraan Melayu kepada
dua bahagian iaitu karya kesusasteraan Melayu Tradisional dan kesusasteraan Melayu
Moden (seperti yang dinyatakan dalam Nazri Atoh et al., 2020).
Tahun 1900 merupakan garis pemisah antara kesusasteraan Melayu Tradisional
dengan kesuasasteraan Melayu Moden kerana pada waktu itu unsur realisme mula
diterapkan dalam setiap hasil karya sastera dan kandungan karya memfokuskan ragam
kehidupan sebenar masyarakat. Kedua-dua karya sastera ini mempunyai ciri-ciri khasnya
yang tersendiri, misalnya pantun diklasifikasikan sebagai kesusasteraan Melayu
Tradisional manakala sajak merupakan contoh karya kesusasteraan Melayu Moden
(Nazri Atoh et al., 2020). Maka, karya kesusasteraan Melayu telah dibahagiakan kepada
empat komponen iaitu prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional serta puisi moden
(Azman Rahmat et al., 2020).
Peta Minda 2.2 menunjukkan jenis dan bentuk kesusasteraan Melayu
4
2.2.1 Prosa Tradisional
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2015), prosa dapat ditakrifkan sebagai
sebuah karangan bertulis yang ditulis menggunakan bahasa yang indah serta berunsur
penceritaan sama ada rekaan ataupun berasaskan fakta. Berdasarkan catatan sejarah,
ciri-ciri eksklusif prosa tradisonal termasuklah prosa tradisional adalah bersifat kolektif
dimana ianya adalah hak milik bersama-sama sesebuah kelompok masyarakat bukan hak
milih individu (Khairuddin Mohamad et al., 2014). Pada peringkat awal, prosa tradisional
hanya diwariskan secara turun-temurun kepada masyarakat melalui perbualan seharian
ataupun secara lisan dimana tradisi ini disempurnakan oleh si penglipur lara. Dalam
konteks ini, pada peringkat permulaan prosa tradisional tidak berkembang pesat kerana
penggunaan bahasa dan jalan cerita yang sukar difahami. Hal ini kerana, prosa tradisional
menggunakan bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu Kuno kesan penyerapan pengaruh
agama Hindu dan Buddha dalam masyarakat Melayu (Azman Rahmat et al., 2022)
Apabila dasar Islamisasi tersebar di Nusantara pada abad ke-14 hingga ke-16,
prosa tradisional mengalami proses evolusinya tersendiri apabila tulisan Jawi dibawa oleh
pedagang Arab ke Tanah Melayu (Jalil Bahrom, 2012). Pihak istana telah menerima
agama Islam menyebabkan istana muncul sebagai pusat perkembangan kesusasteraan
Melayu klasik dimana banyak karya sastera bertulis dihasilkan berdasarkan perintah raja
untuk merakam hal ehwal perdagangan, undang-undang serta dokumen pentadbiran
(Azman Rahmat et al., 2022).
Prosa tradisional telah diterjemahkan dalam dua bentuk iaitu sastera rakyat yang
disampaikan melalui pertuturan ataupun lisan manakala sastera istana merupakan hasil
karya secara bertulis (Azman Rahmat et al., 2022).
a. Sastera Rakyat (Lisan)
Sastera rakyat ataupun dikenali sebagai sastera lisan merupakan karya
sastera yang dihasilkan oleh rakyat marhaen yang diungkapkan secara lisan dari
mulut ke mulut setiap anggota masyarakatnya. Sastera rakyat merupakan medium
utama rakyat bagi menerapkan nilai-nilai murni, kemanusiaan dan
kemasyarakatan dalam diri masyarkat mellaui penceritaan lisan. Setiap hasil karya
5
yang diceritakan pasti sarat dengan ibrah-ibrah yang boleh dijadikan iktibar untuk
diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat. Plot penceritaan dalam sastera
rakyat biasanya sederhana dan direka secara spontan oleh penglipur lara
menyebabkan ianya bersifat kolektif dan tiada nama pengarang yang diberikan
hak eksklusif untuk dilindungi oleh undang-undang (Khairuddin Mohamad et al.,
2014).
Menurut Azman Rahmat et al. (2022), sastera rakyat disampaikan melalui
penceritaan lisan, bersifat tradisional dan lama dimana latar tempat, latar masa
dan latar masyarkatnya menggambarkan situasi yang berlaku pada zaman
kesultanan Melayu lama serta sastera rakyat wujud dalam variasi yang berbeza-
beza bergantung kepada latar masyarakat sesuatu tempat. Dalam konteks ini,
walaupun jalan cerita yang dibawa dalam sesebuah sastera rakyat itu sama,
namun penglipur lara akan menyesuaikan latar tempat dalam cerita tersebut
dengan latar tempat masyarakat. Sastera rakyat juga boleh dikategorikan kepada
dua iaitu sastera naratif lisan dan sastera bukan naratif (Khairuddin Mohamad et
al., 2014). Sastera naratif lisan terdiri daripada tiga jenis iaitu mitos, lagenda, serta
cerita rakyat yang berfungsi untuk mendidik masyarakat dengan nilai-nilai positif.
i. Mitos
Menurut Azman Rahmat et al. (2022), mitos merupakan suatu penceritaan
yang dianggap benar-benar berlaku dalam realiti dan sifatnya dianggap suci oleh
si pencerita. Hal ini kerana, kebanyakan mitos menceritakan kisah kehidupan
golongan istana, keagungan dewa-dewa serta kejadian alam semesta yang sukar
untuk diterima akal yang waras. Mitos berasaskan penceritaan melibatkan unsur-
unsur keagamaan, susur galur masyarakat dan kepercayaan masyarakat yang
berperanan sebagai alat kawalan sosial dalam usaha mendidik masyarakat serta
menjadi hiburan masyarakat pada zaman dahulu (Khairuddin Mohamad, 2014).
Mitos dalam sastera Melayu dikategorikan kepada tiga jenis iaitu mitos
asal-usul, mitos institusi serta mitos politik yang berkisarkan struktur pemerintahan
dan kerajaan kesultanan Melayu dahulu. Namun, ketiga-tiga jenis mitos ini
mengandungi kriteria-kriteria yang serupa, misalnya plot penceritaan mitos
6
dianggap benar-benar berlaku di alam nyata, peristiwa yang berlaku tidak logik
serta dianggap keramat oleh masyarakat dahulu (Khairuddin Mohamad et al.,
2014). Sebagai tamsilnya, mitos asal-usul negeri Melaka yang dikaitkan dengan
kejadian pelanduk menendang anjing buruan raja, Raja Iskandar yang sedang
berteduh di pokok Melaka, maka nama Melaka diambil sempena nama pokok yang
menjadi tempat berteduh raja. Selain itu, Hikayat Iskandar Zulkarnain
menceritakan kaitan keturunan raja-raja Melayu yang dikatakan berasal daripada
kesultanan Iskandar dengan Nabi Muhammad S.A.W. Kini, mitos-mitos lama ini
masih ada namun tidak lagi menjadi pegangan masyarakat Melayu.
ii. Lagenda
Legendrus merupakan perkatan asal lagenda yang berasal daripada
bahasa Latin, membawa maksud cerita-cerita lama yang tidak dapat dibuktikan
kesahihannya tetapi tetap popular dan dipercayai masyarakat (Khairuddin
Mohamad et al., 2014). Dalam konteks ini, kisah-kisah lagenda tidak dianggap suci
seperti mitos tetapi cerita yang dimuatkan dalam lagenda dipercayai benar-benar
berlaku dalam realiti. Tetapi dalam konteks kesusasteraan Melayu, sastera
didefinisikan sebagai cerita-cerita tokoh terkenal tanah air yang pernah tercatat
dalam sejarah negara sama ada dalam menuntut kemerdekaan, tokoh agama
ataupun tokoh dalam bidang pentadbiran (Ismail Yusof seperti yang dinyatakan
dalam Khairuddin Mohamad et al., 2014).
Ciri-ciri lagenda yang sedia ada termasuklah legenda berasaskan kisah-
kisah tokoh ataupun pahlawan yang dianggap telah membantu meningkatkan
martabat sesebuah masyarakat misalnya Hikayat Hang Tuah. Dalam konteks ini,
tokoh dan tempat yang menjadi isi utama lagenda perlulah mempunyai sifat luar
biasa misalnya memiliki kekuatan fizikal, tangkas, badan yang kebal serta tempat
dianggap keramat yang dikaitkan dengan kepercayaan animisme yang menjadi
pegangan hidup masyarakat dahulu kala.
7
iii. Cerita Rakyat
Cerita rakyat marupakan cerita ynag disampaikan melalui komunikasi lisan
sesebuah kelompok masyarakat yang bertujuan sebagai sumber hiburan
masyarakat dan mekanisme untuk menyebarkan nilai-nilai moral serta menyindir
masyarakat (Azman Rahmat et al., 2022). Antara contoh-contoh cerita rakyat
termasuklah cerita binatang (Anjing dengan Bayang-Bayang), cerita penglipur lara
(Awang Batil), cerita jenaka (Pak Pandir dan Lebai Malang) serta cerita teladan
(Batu Belah Batu Bertangkup).
b. Sastera Istana (Tulisan)
Sastera Istana merupakan hasil karya sastera yang diterjemahkan dalam
bentuk tulisan kerana pada waktu ini golongan istana sudah menguasai sistem
tulisan sedia ada misalnya tulisan Jawi dan Sanskrit kesan daripada
penyebaran unsur Hindu, Hindu-Islam dan agama Islam di Istana. Menurut
Khairuddin Mohamad et al. (2014), sastera istana meliputi penceritaan kisah
berkaitan sejarah negeri, sejarah raja-raja, kronologi kedatangan Islam di
Nusantara serta kisah susur galur kerabat diraja.
Tambahnya, penceritaan sastera istana mengaplikasikan kaedah
struktur yang mempunyai tema, persoalan, gaya penceritaan dan gaya bahasa
yang halus. Sastera Istana ditulis bertujuan untuk menceritakan kegemilangan
sesebuah kerajaan, kehebatan seorang pemerintah serta digunakan untuk
kepentingan golongan istana dan bangsawan. Sastera Istana terdiri daripada
sastera panji, sastera agama serta sastera kepahlawanan ataupun epik.
i. Sastera Panji
Menurut Khairuddin Mohamad et al. (2014), sastera panji merupakan prosa
yang berkisarkan kehidupan manusia yang dilimpahi dengan nilai kasih
sayang. Cerita panji merupaka episod penceritaan percintaan watak utama
dalam mengharungi cabaran percintaan. Namun cerita panji bukan sekadar
8
berkisarkan percintaan semata-mata, terdapat unsur-unsur lain yan disisipkan
dalam cerita panji misalnya pengambaraan, penyamaran serta peperangan.
Dalam konteks ini, cerita panji dipercayai wujud daripada kepercayaan
masyarakat Melayu Kuno seperti Hikayat Misa Tameng Kusuma dan Hikayat
Panji Semirang yang dikaitkan percintaan dewa-dewa yang berakhir dengan
pengakhiran yang baik. Dalam cerita panji, unsur penjelmaan dan inkarnasi
merupakan aspek penting didalamnya. Misalnya, dewa sebagi watak utama
dalam cerita panji mempunyai kuasa luar biasa yang membolehkannya
bertukar menjadi binatang, raksasa, serta geroda. Unsur inkarnasi dan
penjelmaan ini wujud hasil pengaruh ajaran Hindu dan Buddha yang
menekankan kepercayaan terhadap hubungan simbolisme dan spiritualisme
terhadap dewa-dewa (Noraihan Rahman & Zahir Ahmad, 2017).
ii. Sastera Agama
Sastera agama merujuk kepada karya kesusasteraan yang memfokuskan
kisah-kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W. Dalam konteks ini,
penceritaan lazimnya berkisarkan kehebatan Nabi Muhammad S.A.W dalam
menyebarkan dakwah Islamiah serta cabaran dan dugaan yang dihadapi
Rasulullah semasa dalam peristiwa hijrah (Azman Rahmat et al., 2022).
Misalnya, Hikayat Bulan Berbelah yang menceritakan satu mukjizat Nabi
Muhammad S.A.W dimana baginda memanggil purnama turun dari langit
sebelum ia masuk ke dalam lengan bajunya. Lebih menakjubkan lagi, apabila
bulan itu keluar, ia berpecah dua sebelum bersatu semula di atas langit.
iii. Sastera Pahlawan (Epik)
Sastera pahlawan dan sastera epik tidak mempunyai perbezaan yang
besar kerana kedua-duanya berdasarkan penceritaan kehebatan tokoh-tokoh
‘superhuman’ dalam peperangan dan pertembungan-pertembungan dengan
musuhnya (Harun Piah et al., 2006). Pada dasarnya, sastera pahlawan
dianggap sebagai sebuah epik jika watak utama dalam hasil karya tersebut
berkisarkan wira yang dibangga-banggakan oleh sekelompok masyarakat.
9
Menurut Joseph Campbell, plot penceritaan dalam sesebuah epik adalah
sama dimana epik tersebut memiliki urutan perpisahan, inisiasi, dan kembali.
Sebagai contohnya, tokoh akan berhijrah meninggalkan tempat tinggal
asalnya misalnya dari dunia masuk ke dunia ghaib untuk menguasai kuasa
luar biasa dan kembali semula ke bumi untuk menggunakan kuasanya bagi
melindungi rakyat (Harun Piah et al., 2006). Hikayat Hang Tuah dan Hikayat
Amir Hamzah merupakan karya epik yang berunsurkan Islam. Antara ciri
sastera epik termasuklah latar belakang penceritaan dalam jangka masa yang
panjang dan latar tempat yang luas, mengetengahkan unsur-unsur ghaib dan
sakti serta gambaran peristiwa melibatkan tokoh diceritakan secara berlebih-
lebihan.
CONTOH PROSA TRADISIONAL
Rajah 2.2 menunjukkan contoh-contoh prosa tradisional
10
2.2.2 Prosa Moden
Prosa tradisional dan prosa moden dipisahkan berdasarkan garis masa ia
diterbitkan namun fungsi kedua-duanya jenis sastera ini kekal sama, misalnya untuk
hiburan, menerapkan nilai-nilai murni serta mengkritik masyarakat. Prosa moden terdapat
dalam beberapa bentuk seperti cerita pendek (cerpen), novel serta drama (Azman
Rahmat et al., 2022).
i. Cerpen
Cerpen merupakan koleksi cerita pendek yang digunakan masyarakat
untuk menggambarkan fikiran, idea, perasaan serta pandangan terhadap suatu
perkara atau isu sama ada positif ataupun negatif. Dalam sesebuah cerpen terdiri
daripada satu tema sahaja yang menjadi perkara pokok dalam cerpen tersebut
tetapi tema disokong oleh beberapa persoalan untuk menarik minat pembaca.
Sesebuah cerpen biasanya mempunyai satu watak utama sahaja yang
mempunyai perwatakannya tersendiri misalnya baik hati, rajin, serta pemarah dan
disokong oleh beberapa watak sampingan. Dalam konteks ini, sebuah cerpen
yang baik hanya mengandungi satu plot penceritaan sahaja yang akan
dikembangkan menjadi satu penceritaan yang teratur.
ii. Novel
Menurut Shahnon Ahmad, novel merujuk kepada satu penafsiran rencam
realiti kehidupan manusia yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan dan bentuk
sastera cereka (seperti yang dinyatakan dalam Azman Rahmat et al., 2022).
Semua novel berkisarkan realiti kehidupan manusia yang merangkumi tiga faktor
perdana termasuklah pengalaman individu, kehidupan masyarakat dan imaginasi.
Novel mempunyai teknik penceritaan yang sama seperti cerpen tetapi ia
mempunyai banyak konflik yang perlu diselesaikan oleh watak utama.
11
iii. Drama
Drama merupakan karya sastera yang digunakan untuk menyampaikan
mesej melalui lakonan pentas serta dialog yang sarat dengan penerapan emosi
dan fikiran. Dalam konteks ini, drama sangat menitikberatkan penggunaan suara,
cara sebutan perkataan, gerak badan serta mimik muka oleh pelakon bagi menarik
minat penonton (Khairuddin Mohamad et al., 2014). Dalam sebuah drama juga
mempunyai teknik plot penceritaan yang sama seperti novel dan cerpen dimulai
dengan permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks sebagai puncak
penceritaan dimana watak utama menghadapi konflik yang besar sebelum ia
mampu meleraikan konflik tersebut. Perbezaan antara cerpen, novel dan drama
ketara dimana cerpen dan novel hanya melibatkan penterjemahan fikiran kedalam
simbol tulisan berbanding drama yang melibatkan penulisan dan juga pementasan
drama melibatkan komunikasi lisan verbal dan non-verbal.
CONTOH PROSA MODEN
Rajah 2.2.2 menunjukkan contoh prosa moden
12
2.2.3 Puisi Tradisional
Puisi tradisional ataupun puisi klasik merupakan karangan berangkap yang dan ia
bersifat terikat dan khusus dari segi jumlah patah perkataan yang terdapat satu baris,
jumlah baris dalam rangkap, rima, suka kata serta maksud tersurat dan tersirat yang
dibawa oleh setiap bait-bait bicaranya (Khairuddin Mohamad et al., 2014). Dalam konteks
ini, pemilihan perkataan yang digunakan dalam setiap puisi tradisional sangat
dititikberatkan dimana setiap kata yang dipilih mempunyai kesesuaian makna yang ingin
disampaikan dan gaya bahasa dipengaruhi oleh persekitaran (Nazri Atoh et al., 2020).
Genre sastera yang dikategorikan sebagai puisi termasuklah pantun, syair, gurindam dan
seloka yang dikenali sebagai sasatera lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat.
i. Pantun
Pantun merupakan puisi tradisional yang terdiri daripada dua atau empat baris
dalam tiap-tiap rangkap. Za’ba berpendapat pantun adalah kaedah rangkapan tertua yang
mengandungi unsur pembayang dan maksud (Khairuddin Mohamad et al., 2014) Hal ini
kerana, dua baris pertama merupakan pembayang manakala dua baris terakhir adalah
maksud yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Pemilihan perkataan dalam suatu
pembayang biasanya mempunyai hubungan makna secara konkrit ataupun abstrak
dengan maksud pantun.
Antara ciri-ciri sesebuah rangkap pantun adalah setiap baris dalam setiap rangkap
mengandungi empat hingga lima patah perkataan dengan lapan hingga dua belas suku
kata. Selain itu, skema rima akhir pada setiap baris pantun haruslah menepati rima a-b;
a-b ataupun rima a-a; a-a kerana sesebuah pantun sifatnya terikat. Pantun menjadi pilihan
masyarakat sebagai mekanisme komunikasi, medium pendidikan, alat hiburan serta
pemanis kata dalam pengacaraan majlis (Khairuddin Mohamad et al., 2014).
Pantun Dua Kerat Pantun Empat Kerat
Ada ubi ada batas, Buah cempedak di luar pagar,
Ada hari saya balas Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan
13
ii. Syair
Syair merupakan puisi berlagu yang didendangkan untuk tujuan bercerita. Syair
berasal daripada istilah bahasa Arab iaitu ‘syi’r’ yang merujuk kepada pengenalan
pelbagai perasaan dan pengalaman yang dibangkitkan melalui gambaran bahasa yang
indah. Dalam pemahaman masyarakat Melayu, syair ialah karangan berangkap dimana
setiap rangkap terdiri daripada empat baris yang mempunyai persamaan bunyi pada
hujung barisnya (Khairuddin Mohamad et al., 2014).
Setiap baris dalam syair lazimnya terdiri daripada tiga hingga empat patah
perkataan dengan lapan hingga 12 suku kata. Bentuk syair adalah terikat dimana setiap
rima akhir hujung baris dalam syair menggunakan skema rima a-a : a-a, namun rima tegah
tidak dititikberatkan seperti pantun. Perbezaan pantun dan syair sangat ketara dimana
syair tidak mengandungi pembayang seperti pantun. Masyarakat Melayu menggunakan
syair sebagai alat untuk menghibur hati masyarakat dimana ia didendangkan dalam pesta
keramaian, medium untuk menyampaikan nasihat dan berperanan dalam kegiatan
kesenian dan kebudayaan rakyat.
iii. Gurindam
Iladam mentakrifkan gurindam sebagai sebuah wacana yang terdiri daripada
kalimat ataupun kata-kata yang berima (Khairuddin Mohamad et al., 2014). Gurindam
lazimnya mengetengahkan isi yang berunsur nasihat yang mempunyai persamaan bentuk
semacam bidalan. Tambahan lagi, gurindam terdiri daripada daripada dua baris dimana
baris pertamanya adalah syarat manakala baris kedua, akibat (Azman Rahmat et al.,
2022). Gurindam terbahagi kepada dua genre iaitu gurindam bentuk terikat dan gurindam
bebas. Gurindam mempunyai struktur dua baris serangkap berirama (a-a), mempunyai
tiga hingga enam patah perkataan sebaris serta terdapat unsur asonansi dan alirterasi
bagi kalimat-kalimat dalam setiap baris.
14
iv. Seloka
Menurut Azman Rahmat et al. (2014), seloka berasal daripada perkataan Sanskrit
yang ditakrifka sebagai berseloroh, berjenaka dan menyindir manakal Iladam menyatakan
seloka adalah karangan berbaris-baris dimana setiap barisnya terdiri menceritakan suatu
hal ataupun peristiwa yang berkaitan dengan topik yang dibicarakan. Tambahnya,
walaupun seloka menekankan unsur jenaka olokan, ejekan serta sindiran namun
gurindam masi menjadi medium utama untuk menyampaikan pengajaran kepada
masyarakat. Ciri-ciri fizikal seloka termasuklah seloka dibentuk dalam karangan
berangkap yang mempunyai rima bebas yang berfungsi sebagai alat kritkan sosial,
menyampaikan pengajaran dan panduan hidup serta alat hiburan masyarakat kerana
terdapat unsur jenaka dalam seloka.
Seloka Pak Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.
Rajah 2.2.3 menunjukkan contoh seloka
15
2.2.4 Puisi Moden
Puisi moden adalah ciptaan hasil karya daripada penulis yang bertujua untuk
menyampaikan suatu mesej ataupun matlamat yang bermanfaat kepada masyarakat
serta menjadi medium penerapan nilai-nilai murni. Puisi moden terdiri daripada puisi sinis
untuk mengulas isu-isu sensitif yang melibatkan hal individu hinggalah hal ehwal negara,
puisi romantik mengetengahkan soal-soal percintaan serta puisi nasionalisme yang
digunakan untuk membangkitkan kesedaran daripada penindasan serta semangat
menuntut kemerdekaan (Khairuddin Mohamad et al., 2014). Dalam konteks ini, puisi
moden hanya terdiri daripada satu genre sahaja iaitu sajak.
Menurut Azman Rahmat et al. (2022), sajak merujuk kepada suara hati ataupun
luahan hati penulisnya yang mengandungi fikiran, idea, perasaan dan pengalaman
berkaitan suatu tema. Sajak dikategorikan kepada dua bentuk iaitu sajak bebas misalnya
Aku Menjadi Lebuh Berani karya Latifah Haji Salleh serta sajak terikat yang mempunyai
rima akhir a, a, a, a ataupun a, b, a, b serta sajak separuh bebas.
Setiap hasil sajak mempunyai strukturnya yang khusus iaitu tema, persoalan,
mesej dan gaya bahasa. Gaya bahasa dalam sajak menekankan penggunaan bahasa
pengulangan dimana adanya pengulangan kata-kata mudah yang digunakan secara
berulang-ulang seperti asonansi (pengulangan vokal), alirterasi, epifora serta anafora.
Selain itu, gaya bahasa dalam sajak terdapat bahasa perbandingan dimana ia digunakan
untuk membanding-bandingkan tema sajak dengan persekitaran iaitu bahagian metafora,
simili, hiperbola dan perbandingan langsung (Khairuddin Mohamad et al., 2014).
Contoh Sajak
JIWA HAMBA
Termenung seketika sunyi sejenak Kalau hidup ingin merdeka
Kosong di jiwa tiada penghuni Tiada tercapai hanya berkata
Hidup terasa diperbudak-budak Ke muka maju sekata, maju kita
Hanya suara melambung tinggi Melemparkan jauh jiwa hamba
Berpusing roda beralihlah masa Ingatkan kembali kata sakti
Pelbagai neka hidup di bumi Dari bahang kesedaran berapi
Selagi hidup berjiwa hamba Di atas robohan Kota Melaka
Pasti tetap terjajah abadi 16 Kita dirikan jiwa merdeka
-Usman Awang-
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
Hasil karya kesusasteraan Melayu bukan disampaikan dari mulut ke mulut dan
diterjemahkan dalam bentuk bertulis bukan ditututurkan dan ditulis semata-mata tanpa tujuan.
Walaupun hasil karya disampaikan menggunakan gaya bahasa kreatif, susunan kata-kata indah
dan tertib mematuhi strukturnya tetapi setiap karya sarat dengan mesej dan fungsi yang
bermatlamat untuk mendidik dan membentuk keperibadian setiap ahli masyarakat (Khairuddin
Mohamad et al., 2014). Menurut Zurinah Hassan (2010), suatu keistimewaan karya sastera diukur
melalui isi tersurat dan tersiratnya serta mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat.
Dalam konteks ini, kandungan karya sastera yang baik adalah karya yang sarat dengan nilai-nilai
positif yang digariskan misalnya Pendekatan Masyarakat, Pendekatan Dakwah, Pendekatan
Dakwah serta Pendekatan Gunaan yang dapat memberi impak kepada kehidupan masyarakat.
Hasil kesusasteraan Melayu berperanan sebgaai alat hiburan masyarakat, medium penyampaian
dakwah, memberikan pendidikan kepada rakyat dan wadah untuk mengkritik kehidupan sosial
(Azman Rahmat et al., 2022).
Peta Minda 3.0 menunjukkan fungsi kesusasteraan Melayu
17
3.1 Hiburan
Karya sastera seperti cerita jenaka dan pantun merupakan medium pilihan
masyarakat zaman dahulu untuk menghiburkan hati mereka. Dalam konteks ini, hiburan
dalam karya sastera bukan sahaja dilihat melaui mesej dan jalan cerita yang penuh
dengan unsur jenaka, tetapi hiburan dalam karya sastera terbentuk daripada pemilihan
kalimat-kalimat yang diungkapkan, irama atau rentak yang mematuhi skema rima, serta
keupayaan karya sastera untuk menyentuh perasaan dan emosi pembaca dan pendengar
hingga mampu menangis jika mesej sedih dan mampu tertawa jika unsur kelucuan jelas
daripada karya sastera. Unsur hiburan boleh dilihat juga melalui penyisipan adegan-
adegan romantis untuk memaparkan nilai kasih sayang . Dari sisi kanak-kanak, unsur
kelucuan diperlukan untuk memberikan ilustrasi dan gambaran yang menarik agar kanak-
kanak dapat menikmati pembacaannya dengan minda yang terhibur (Khairuddin
Mohamad et al., 2014)
3.2 Pendidikan
Kesusasteraan Melayu merupakan wadah utama masyarakat Melayu untuk
meningkatkan tahap keintelektualan serta medium pengajaran serta didikan moral. Dalam
konteks ini, penyampaian ilmu diperolehi hasil daripada pengalaman penulis terutamanya
dalam bidang politik, agama, ekonomi dan sosial (Azman Rahmat et al., 2022). Dalam
konteks ini, lazimnya penulis karya sastera merupakan tokoh-tokoh yang arif dalam suatu
bidang, maka, mereka akan memindahkan ilmu dan informasi kepada masyarakat melalui
medium karya sastera.
Pendidikan kepada masyarakat bukan sahaja memfokuskan kepada pendidikan
formal dimana berlakunya pengajaran di institusi pendidikan tetapi masyarakat dahulu
lebih tertumpu kepada pendidikan tidak formal yang berlaku secara langsung melalui
pembacaan karya sastera. Hal ini kerana, masyarakat menekankan penerapan nilai murni
melalui penguasaan unsur kerohanian, kemanusiaan, kemasayarakatan serta
kewarganegaraan. Pendek kata, aspek moral sangat dititikberatkan dalam pembentukan
masyarakat dimana pembinaan modal insan diberi keutamaan. Menurut Khairuddin
Mohamad et al. (2014), walaupun watak haiwan digunakan dalam cerita “Anjing dengan
Bayang-Bayang”, tetapi pembaca dapat pengajaran daripada pembacaan karya dimana
18
penulis memfokuskan akibat sikap tamak, takbur dan bongkak untuk menegur masyarakat
pada waktu tersebut.
3.3 Dakwah
Perkembangan dakwah Islamiah di Alam Melayu memberikan impak positif
kepada perkembangan karya sastera dan pemartabatan khazanah kesusasteraan
Melayu-Islam. Dalam konteks ini, pandangan karya sastera Islam wujud di Nusantara
yang memaparkan unsur tauhid dimana menetapkan kepercayaan kepada Allah S.W.T,
penerapaan moral kerana konsep dalam Islam sendiri menekankan pengamalan akhlak
mulia, sufisme serta ihsan dalam siri masyarakat (Nabil Amir, 2019). Hal ini selaras
dengan pentakrifan sastera Islam oleh Kassim Ahmad yang merujuk sastera merupakan
hasil ciptaan manusia yang dicoretkan menggunakan bahasa indah, sarat dengan
kebenaran dan kebaikan serta mempunyai nilai estetika Islam. Berdasarkan Nabil Amir,
2019, sastera Islam menekankan penerapan nilai-nilai ijabiyah (positif) dan waqi’yyah
(realistik) dimana ia mengaplikasikan konsep menilai suatu pandangan yang haq iaitu
hakikat sebenar yang terjadi dalam kehidupan masyarakat. Tambahnya, karya sastera
Islam menekankan konsep al-tawjih (membimbing) dan al-ta’dib (mendidik), sastera Islam
dikatakan mampu untuk memberi panduan kepada manusia untuk berubah ke arah yang
lebih sempurna dan mulia (Nabil Amir, 2019).
3.4 Kritikan Sosial
Karya kesusasteraan seperti novel, syair dan sajak merupakan medium utama
untuk rakyat menjalankan protes serta kritikan sosial kerana pada waktu itu tiada lagi
perkembangan teknologi untuk melicinkan proses penyampaian maklumat secara
bermakna. Dalam konteks ini, penulis menegur dan mengkritik masyarakat kerana karya
sastera berkisarkan kehidupan realiti manusia. Misalnya, melalui karya Hikayat Raja
Pasai mengisahkan kehidupan Sultan Ahmad bersama putera-puteranya serta puteri-
puterinya. Dalam kisah ini, terdapat peristiwa dimana Tun Beraim Bapa iaitu anak kepada
Sultan Ahmad yang mahu menyelamatkan adinda-adindanya daripada menjadi mangsa
nafsu serakah ayanhnya. Melalui kisah ini, Tun Beraim Bapa telah derhaka terhadap
ayahandanya dek kezaliman raja itu sendiri (Harun Piah et al., 2006).
19
4.0 Manifestasi Akal Budi
Dalam teks sejarah ataupun karya kesusasteraan terutamanya puisi tradisional
mempunyai ketinggian akal budi pemikiran pengarang dan penulisnya yang memaparkan ciri-ciri
pemikiran secara kritikal, kreatif dan kritis (Norazimah Zakaria et al., 2018). Karya-karya sasatera
memasukkan peristiwa yang berlaku di sekeliling dan juga alam realiti dengan mewakilkannya
dengan unsur semula jadi dalam sesebuah ciptaan puisi tradisional. Dalam konteks ini,
masyarakat memberi tumpuan kepada kejadian alam sekeliling, tingkah laku masyrakat sama
ada postid ataupun negatif, norma kehidupan, adat serta budaya yang diamalkan sejak turun-
temurun (Azman Rahmat et al., 2022).
Berdasarkan pendapat yang dikemukan oleh Norazimah Zakaria et al. (2017), akal budi
merujuk kepada perbuatan ataupun tingkah laku, pemikiran, sikap individu yang mendokong
kebijaksanaan, kehalusan bahasa yang bmampu mengusik jiwa dan emosi pembaca serta sarat
dengan keindahan. Akal budi didefinisikan sebgaai kebijaksanaan pengarang dalam
menyampaikan pemikiran dan ideanya dengan menggunakan bait-bait bahasa yang halus yang
mempunyai pengajaran dan nilai-nilai moral. Keindahan puisi tradisional bukan semata-mata
pada kalimat yang digunakan, tetapi setiap perkataan mempunyai nilai semantiknya dan falsafah
yang mahu disampaikan melalui pemikiran pengarang. Manifestasi akal budi dinilai melalui lima
aspek termasuklah pemikiran, pertuturan, perlakuan, serta gaya hidup (Azman Rahmat et al.,
2022).
Rajah 4.0 menunjukkan aspek manifestasi akal budi
20
4.1 Pantun
Pantun Lapan Kerat
Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang;
Bagus rupanya bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan
Cawan, cerek, sedah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.
Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.
Permatang Budi, 1991
Fajar Bakti Sdn. Bhd (seperti yang dinyatakan dalam KPM, 2005)
21
Rangkap Pertama:
Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang;
Pemikiran
Berdasarkan pemahaman, pengarang memasukkan unsur alam iaitu sarang
burung merbah yang biasanya dibina di celah-celah dahan, unsur ini disesuaikan dengan
situasi penyajak yang mensyukuri nikmat Allah S.W.T walaupun hidup kita hidup dalam
kesempitan. Hal ini menunjukkan manusia hanya akan mendekatkan diri dan ingat kepada
Allah S.W.T ketika diri dalam kesusahan sama seperti burung merbah yang hidup dicelah-
celah kesempitan pokok. Selain itu, pengarang juga mewakilkan masyarkat dengan
simbol burung punai dan burung merbah yang hidup secara bersama-sama di celah-celah
dahan pokok. Dalam pembayang, rusa yang berlari-lari tampak dari seberang
menunjukkan masyarakat kini hanya mampu melihat kesusahan orang sahaja tetapi tidak
mampu untuk membantu walaupun orang yang susah mengharapkan belas kasihan
daripada orang lain.
Pertuturan dan Perlakuan
Sebagai seorang yang beragama, kita sewajarnya mengucapkan ucapan syukur
dan menghargai dengan segala pemberian Tuhan walaupun kita diuji dengan kesusahan
dan dugaan. Dalam konteks ini, sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu menolong
orang yang memerlukan bantuan dengan ikhlas bukan sekadar memandang kesusahan
mereka sahaja.
22
Gaya Hidup
Rangkap pertama menunjukkan masyarakat yang mentaati agama kerana
mensyukuri nikmat Tuhan dan menerima semua takdir ketetapan Tuhan walaupun diri
sering dilanda masalah.
Rangkap Kedua:
Bagus rupanya bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan.
Cawan, cerek, sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.
Pemikiran
Pengarang menggunakan unsur bunga-bungaan yang berwarna putih iaitu bunga
melur dan bunga pinang. Daripada pembayang ini kita dapat lihat bahawa warna putih
melambangkan kesucian dan kemurnian, sama seperti kemurnian hati tuan rumah yang
menyantuni tetamunya dengan menghidangkan makanan. Dalam konteks ini, berukir
bertangkai perak merujuk kepada tiara yang pada kebiasaannya terletak di atas kepala
kerabat diraja perempuan yang melambangkan kemasyhuran dan ketinggian martabat
mereka. Hal ini mungkin bersangkut paut dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya
supaya melayani tetamu seperti raja dan menyantuni mereka dengan ikhlas. Pengajak
juga menekankan sikap sopan santun tuan rumah yang mengajak tetamu untuk menjamu
selera bersama-sama.
23
Perlakuan dan Pertuturan
Sebagai seorang anggota masyarakat, kita perlu menyatuni dan melayani tetamu
dengan baik kerana mereka diibaratkan pembawa rezeki dalam konteks agama Islam.
Selain itu, kita perlu menyediakan semua kelengkapan yang diperlukan orang yang
berkunjung ke rumah untuk memenuhi keperluan mereka.
Gaya Hidup
Pengarang menekankan kehidupan masyarakat yang tinggi nilai kesantunan
dengan berbuat baik kepada tetamu dengan cara menghidangkan juadah kepada
mereka. Dalam konteks ini, masyarakat juga sangat teliti dalam persediaan alatan di meja
makan kerana bagi mereka waktu makan sangat berkualiti kerana kita akan berkumpul
dengan keluarga untuk mengeratkan hubungan silaturahim.
Rangkap Ketiga:
Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.
Pemikiran
Pengarang menggunakan istilah parit seberang sebagai perlambangan kepada
penghijrahan seseorang dari satu tempat ke tempat yang baru. Seberang menunjukkan
suatu tempat yang asing bagi seseorang individu, ini adalah mesej yang cuba
disampaikan oleh pengarang untuk menunjukkan ia berkisarkan seseorang pengembara.
Unsur tumbuh-tumbuhan yang asing seperti pokok mengkudu dan pohon puding
melambangkan situasi asing di suatu tempat. Dalam konteks ini, mungkin pengarang ingin
24
menggambarkan penduduk asal tempat baharu itu sebagai pohon mengkudu manakala
si pengembara tersebut adalah pohon puding, dalam kehidupan sebenar pohon puding
dan pokok mengkudu tidak akan di tanam di lokasi yang sama dan kedua-dua pohon ini
mempunyai ciri fizikal yang sangat berbeza. Ini menunjukkan adanya perbezaan antara
si pengembara dengan orang tempatan. Pembayang ‘hidup subur kanan dan kiri’
menunjukkan kehidupan masyarkat yang memerlukan antara satu sama lain, berbeza
dengan maksud yang mahu disampaikan oleh pengarang di mana si pengembara tiada
lagi orang untuk mengadu kerana telah berhijrah ke tempat baharu dan tiada seorang pun
kenalan di sana.
Perlakuan dan Pertuturan
Pengarang menitikberatkan individu yang berhijrah ke tempat baharu supaya
dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling walaupun terasa asing. Hal ini
kerana, walaupun kita pendatang, kita perlu bijak mencari teman baharu supaya kita
mempunyai seseorang sebagai tempat untuk berkongsi masalah, perasaan, kegusaran,
dan pengalaman hidup.
Gaya Hidup
Gaya hidup utama yang kita dapat lihat adalah masyarakat yang berhijrah ke
tempat baharu yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling walaupun tidak
mempunyai teman di sana.
25
4.2 Syair
Syair Kelebihan Ilmu
Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.
Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.
Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.
Za’ba
Puisi Warisan, 1994 (DBP)
Rangkap Pertama:
Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.
Pemikiran
Melalui rangkap pertama Syair Kelebihan Ilmu, pemikiran yang cuba disampaikan
Za’ba adalah ilmu merupakan suatu cahaya yang akan menerangi hidup manusia yang
perlu ditimba sepanjang hayat. Za’ba menggunakan istilah gemala sakti membawa
maksud batu bercahaya yang mempunyai hikmat sinonim seperti ilmu yang akan
26
menyinari kehidupan manusia dan mempunyai kuasa (hikmat) untuk mengubah
kehidupan seseorang. Dalam konteks ini, kita dapat lihat kepentingan ilmu dalam
meningkatkan kedudukan manusia selaras dengan situasi semasa Tamadun China
dimana seseorang individu hanya boleh menukar status sosialnya dengan memiliki tahap
pendidikan yang tinggi. Za’ba juga menekankan konsep ilmu yang tidak akan berpisah
hingga manusia mati, kerana menurut Islam, ilmu yang bermanfaat merupakan satu
daripada tiga perkara yang kita akan bawa dari alam dunia hingga ke alam akhirat.
Pertuturan dan Perlakuan
Za’ba memfokuskan untuk menggalakan masyarakat Melayu menuntut ilmu bagi
menambah pengetahuan dan kemahiran. Dalam konteks ini, Za’ba menjelaskan
kelebihan-kelebihan menuntut ilmu kepada masyarakat dengan menekankan konsep ilmu
yang dibawa hingga ke liang lahad dan ‘Ilmu Pelita Kehidupan’.
Gaya Hidup
Gaya hidup yang jelas dilihat melalui sajak ini adalah masyarakat yang siap untuk
menimba ilmu pengetahuan dalam kehidupan kerana ilmu adalah aspek terpenting untuk
meningkatkan kualiti dan prestasi individu.
Rangkap Kedua:
Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.
Pemikiran
Melalui rangkap kedua, Za’ba menerangkan manfaat ilmu yang sangat-sangat
berharga sehingga bumi dan seisinya tidak boleh dibandingkan dengan nilai suatu ilmu.
Unsur hiperbola digunakan oleh Za’ba untuk membuka mata pembaca bahawa ilmu ini
sangat penting untuk dicari, dituntut dan diamalkan dalam kehidupan. Dalam baris ketiga,
27
Za’ba menunjukkan manfaat ilmu yang tidak terhad dan baris keempat pula elemen latar
tempat digunakan iaitu laut, darat, pekan dan rimba menyedarkan pembaca bahawa ilmu
ini sangat bermanfaat walau di manapun kita berada.
Pertuturan dan Perlakuan
Za’ba menjelaskan masyarakat yang perlu memanfaatkan ilmu yang penuh di
dada walau di manapun kita berada. Hal ini kerana, ilmu tiada batas masa dan tempat
untuk diamalkan kerana ianya adalah bersifat fleksibel dan boleh digunakan dimana-
mana sahaja dalam situasi apa-apapun. Analoginya, jika seorang arkitek yang pakar
dalam membina bangunan pencakar langit, individu tersebut boleh menggunakan ilmunya
untuk mencipta sebuah meja kayu dirumah, walaupun dia hanya mempelajari untuk
membina bangunan tetapi dia boleh mengaplikasikan kepakaran dan ilmunya dalam
membina objek lain yang diperlukan dalam kehidupan seharian.
Gaya Hidup
Gaya hidup masyarakat yang dapat menilai ketinggian ilmu pengetahuan dalam
kehidupan dimana ilmu tiada tolok bandingannya. Selain itu, gaya hidup masyarakat yang
akan menggunakan ilmu pengetahuannya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian
kerana bukan dikatakan ilmu jika tiada pengamalan.
Rangkap Ketiga:
Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.
Pemikiran
Dalam baris yang pertama, perkataan taulan digunakan membawa maksud rakan
ataupun sahabat yang sentiasa berada di samping kita manakala istilah berbeka bererti
bercakap-cakap ataupun bermusyawarah. Dalam konteks ini, Za’ba ingin menekankan
28
bahawa dengan ilmu, individu dapat berbicara dengan perkara yang berilmiah dimana
mereka dapat mengemukakan hujah yang matang jika ilmu penuh di dada. Za’ba
menyisipkan unsur jenaka dengan mengunakan frasa polan si polan merujuk kepada
seseorang individu, frasa ini sering digunaka masyarakat dahulu untuk menceritakan
perihal sesorang tanpa menyebut nama sebenar individu yang diperkatakan. Melalui
rangkap ketiga, pemikiran yang mahu dibawa oleh Za’ba adalah ilmu merupakan sahabat
sejati yang akan menjadi penghias kepada kehidupan seseorang, yang akan menjadi
teman apabila mengembara serta membezakan prestasi individu dengan individu yang
lain. Orang yang tinggi ilmunya akan dipandang manakala yang rendah pengetahunannya
akan kekal di takuk lama.
Pertuturan dan Perlakuan
Za’ba menitikberatkan masyarakat supaya menuntut ilmu bagi membezakan
status diri dengan individu lain. Selain itu, Za’ba menyuruh masyarakat untuk menjadikan
ilmu sebagai sahabat dan pendamping dalam kehidupan.
Gaya Hidup
Masyarakat yang mementingkan ilmu untuk dijadikan sebagai teman dan panduan
dalam kehidupan merupakan gaya hidup utama yang mahu ditampilkan oleh pengarang
dalam syair ini. Hal ini kerana, ilmu akan dibawa kemana-mana walau dimanapun kita
mengembara. Selain itu, adanya unsur gaya hidup masyarakat yang mengutamakan ilmu
bagi mendapatkan status tinggi dalam masyarakat kerana orang yang petah berhujah
bernas adalah orang yang akan dipandang masyarakat.
29
4.3 Seloka
Seloka Pandai Pak Pandir
Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga kecundangan.
Puisi Melayu Tradisional, 1997
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pemikiran
Dalam Seloka Pandai Pak Pandir walaupun karya ini dilhat berunsurkan humor namun
tujuan sebenar penulisan seloka ini adalah untuk menyindir kehidupan realiti masyarakat secara
halus. Dalam konteks ini, pengarang cuba untuk menyindir masyarakat dalam tingkah laku
dengan menggunakan perlambangan perbuatan Pak Pandir. Terdapat lima tingkah laku yang
dikritik melalui karya ini termasuklah masyarakat yang gemar berbuat baik tidak bertempat iaitu
pada waktu, tempat dan situasi yang tidak sesuai (Diana Jabar & Faradi Ghazali, 2021). Hal ini
dilihat melalui watak Pak Pandir yang memelihara binatang perosak iaitu tikus tetapi membunuh
30
bintang peliharaannya iaitu kucing. Selain itu, pengarang mengkritik masyarakat yang mudah
terpedaya dimana Pak Pandir disindir kerana mempercayai ketidakpastian sehingga
mendatangkan banyak kerugian. Misalnya, Pak Pandir yang mendengar guruh di langit tidak fikir
panjang dan air tempayan dicurahkan menunjukkan Pak Pandir seorang yang tamak sehingga
mendatangkan kemudaratan kepada diri.
Seterusnya, pengarang mengkritik masyarakat yang mudah mempercayai orang asing
dimana masyarakat dahulu lebih meletakkan kepercayaannya lebih tinggi kepada orang lain
berbanding keluarganya sendiri (Diana Jabar & Faradi Ghazali, 2021) selaras dengan kenyataan
Noriati, menyatakan orang Melayu mempunyai satu sikap iaitu lebih mengutamakan perasaan
dan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri dalam memutuskan suatu keputusan. Melalui
seloka Pak Pandir, pengarang cuba membuka mata masyarakat agar tidak terlalu mempercayai
orang asing kerana komunikasi dan pertimbangan yang rasional merupakan kunci utama dalam
memutuskan suatu keputusan.
Pertuturan dan Perlakuan
Melalui seloka ini, pegarang mahu menyedarkan masyarakat dalam lima perkara iaitu
masyarakat perlu berbuat baik mengikut kesesuaian situasi dan tidak mudah meletakkan
sepenuh kepercayaan kepada orang asing. Tambahan lagi, masyarakat perlulah berfikir secara
rasional sebelum memutuskan suatu keputusan agar tidak mudah terpedaya dan hidup tidak
dibelenggu dengan kehendak orang lain. Masyarakat sewajarnya mempunyai jati diri yang kukuh
agar tidak mudah meniru gaya hidup orang lain kerana ia hanya akan mendatangkan kerugian.
Gaya Hidup
Gaya hidup yang ditonjolkan oleh pengarang termasuklah masyarakat yang berbuat
kebaikan tidak bertempat, masyarakat yang mudah mempercayai orang lain hingga mudah
dieksplotasi dan dimanfaatkan, masyarakat yang tiada jati diri yang kukuh serta masyarakat yang
suka terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain (Diana Jabar & Faradi Ghazali, 2021).
31
4.4 Gurindam
Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga
Apabila terpelihara mata,
Sedikit cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tidaklah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,
Daripada segala yang berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Disitulah banyak orang hilang semangat.
Hendaklah pelihara kaki,
Daripada berjalan membawa rugi.
Raja Ali Haji
Puisi Melayu Tradisional, 1997.
Dewan Bahasa dan Pustaka
32
Pemikiran
Raja Ali Haji memberikan didikan dan pengajaran kepada masyarakat melalui gurindam
ini. Dalam rangkap pertama, individu hendaklah menjaga penglihatan dengan tidak rambang
mata dan melihat perkara-perkara lagha agar dapat mengawal nafsu. Rangkap kedua pula,
pengarang menyuruh kita untuk menjaga pendengaran dengan tidak mudah mempercayai buah
mulut orang tanpa bukti yang berasas supaya tidak memfitnah orang lain manakala rangkap
ketiga menekankan individu supaya berhati-hati dalam menuturkan kata agar tidak mengguris
hati pihak yang diajak berbicara.
Seterusnya, melalui rangkap keempat, Raja Ali Haji memfokuskan kepada anggota
tangan perlu digunakan untuk melakukan amal kebaikan sahaja selari dengan rangkap
seterusnya yang menghalang kita daripada makan secara berlebihan sehingga kenyang kerana
ia akan mendorong kepada perkara negatif misalnya tidur berpanjangan dan bermalas-malasan.
Anggota tengah yang disebut dalam rangkap keenam adalah hati hendaklah dijaga dengan
sebaik-baiknya untuk mengelakkan daripada anasir negatif meresap ke dalam jiwa yang bersih
manakala rangkap keenam menekankan perihal kaki yang perlu digunakan untuk berjalan
menuju ke tempat yang mendatangkan manfaat misalnya untuk menuntut ilmu.
Pertuturan dan Perlakuan
Raja Ali Haji mengetengahkan nilai untuk mendidik masyarakat yang menggunakan
pancaindera dan anggota badan yang telah dianugerahkan oleh Tuhan untuk tujuan kebaikan.
Selain itu, masyarakat perlu menjaga tutur kata dengan menuturkan kata-kata yang halus dan
sopan untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Dari aspek perlakuan, individu perlu
mengelakkan diri daripada makan makanan terlalu kenyang kerana ia akan membawa kepada
kemalasan.
Gaya Hidup
Gaya hidup yang cuba diketengahkan oleh Raja Ali Haji adalah gaya hidup masyarakat
yang mengunakan anggota badan untuk melakukan kebaikan dan meminimumkan perkara
negatif dalam diri. Hal ini selaras dengan prinsip Islam iaitu amar ma’ruf nahi mungkar demi
melahirkan keperibadian masyarakat yang mengamalkan akhlak terpuji.
33
5.0 Rumusan
Secara rumusannya, hasil karya kesusasteraan Melayu adalah perintis perkembangan
intelektual masyarakat dahulu. Hal ini kerana, masyarakat menggunakan karya sastera bukan
sahaja untuk memartabatkan kesenian dan kebudayaan Melayu, tetapi prosa dan puisi berfungsi
sebagai medium melahirkan perasaan, pengalaman, dan pemikiran melalui penulisan ataupun
komunikasi lisan. Kandungan dalam karya sastera semuanya mempunyai pengajaran dan
ketinggian nilai-nilai moral yang mampu membentuk keperibadian masyarakat yang bertamadun.
Dalam konteks ini, karya sastera adalah penyumbang besar kepada kemerdekaan Tanah Melayu
dari cengkaman penjajah kerana masyarakat pramerdeka menggunakan karya sastera untuk
mengkritik penjajah dan pentadbir Melayu, membangkitkan semangat nasionalisme serta
menyebarkan ilmu pengetahuan bagi melahirkan masyarakat yang sukar dimanipulasi. Jelaslah
bahawa, karya sastera bukan sahaja indah dari segi struktur perceritaan, kehalusan bahasa dan
keindahan kata-katanya, tetapi mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang lebih memberi
maksud yang mendalam kepada pembaca dan pendengar.
34
Rujukan
Ali, A. H. (2011). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional. PENDETA: Jurnal
Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, 2(1), 99- 117.
Amir, A. N. (2019). Falsafah pemikiran sastera Islam. FITRAH Jurnal Kajian Ilmu-ilmu
Keislaman, 5(1), 165-180.
Atoh, N., Ramli, S., Ariffin, Z. & Idris, Z. (2020). Konsep puisi tradisional antara kesusasteraan
Arab dengan kesusasteraan Melayu. SIBAWAH Journal of Arabic Language and
Education, 1(1), 1-15.
Bahrom, A. J. (2012). Kertas kerja ucaptama Seminar Tulisan Jawi dan Teknologi
peringkat kebangsaan 2012. Universiti Malaysia Pahang.
Hassan, Z. (2010). Unsur alam dalam puisi Melayu moden. Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Jabar, N. A. & Ghazali, M. F. M. (2021). Komunikasi bahasa sindiran dalam seloka Pak
Pandir dan Pak Kaduk. Jurnal Komunikasi, 37(1), 364-378.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Antologi kerusi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad, K., Othman, W. Z. W., & Noor, A. M. (2014). Genre kesusasteraan Melayu dalam
bahasa Melayu. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Piah, H. M., Hamid, I., Salleh, S. H., Sham, A. H., Kaeh, A. R., & Ahmad, J. H. (2006).
Kesusasteraan Melayu tradisional. (Ed ke-3). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahman, P. N. A., & Ahmad, Z. (2017). Hubungan simbolisme dan spiritualisme dewa-raja
dalam kesusasteraan Melayu klasik. KEMANUSIAAN, 24 (2), 123-139.
35
Rahmat, A., Zainuddin, M. N., Bakar, S. A., Hassan, A. R., & Awang, H. (2022). Pengenalan
kesusasteraan & kebudayaan Melayu. Pustaka Al Ehsan.
Zakaria, N., Abdullah, A., Zakaria, S. Z. S., Mutalib, M. H. A., Lambri, A., Jamaldin,
Sulaiman, M., & Derak, R. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam
pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2), 89-97.
Zakaria, N., Ali, A. H., Wahid, A., & Omar, A. (2018). Sejarah Melayu sebagai lambang
tradisi akal budi yang tinggi. Jurnal Sastera Melayu, 1(1), 191-209.
36