MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 2 (2023/2024) TARIKH : 7 DISEMBER 2023 (KHAMIS) MASA : 3.00 PETANG TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER PLATFORM : BERSEMUKA KEHADIRAN : 1. PN. WAIDAH BINTI ABD TALIB - PENASIHAT 2. EN. NOOR AKMAL BIN MISTAR - PENGERUSI 3. TN. HJ. ZAKARIYA BIN KASNIN - NAIB PENGERUSI 4. EN. MOHD KAMALUDDIN BIN SHAFIE - BENDAHARI 5. PN. NOORAZILAH BINTI JAAFAR - SETIAUSAHA 6. EN. AZRIN BIN MUHAMAD ALI - AJK GURU 7. EN. MOHAMMAD ZAKI BIN ZAHARI - AJK GURU 8. PN. MARHAINI BINTI ADNAN - AJK GURU 9. PN. NORIZAH BINTI HJ JUS - AJK IBU BAPA 10. PN. NORDINAH BINTI KASMONI - AJK IBU BAPA 11. PN. ANITA BINTI SARPAN - PEMERIKSA KIRA-KIRA 3 12. EN. ROSIDI BIN UMAR - GPK 1 13. EN. IZHARUDDIN BIN MD ZIN - GPK HEM TIDAK HADIR BERSEBAB : 1. PN. NOR AMIRA BINTI ZAHIR RUDIN - NAIB SETIAUSAHA 2. PN. NUR IZATI BINTI LILI@RAZALI - AJK GURU (PEMERIKSA KIRA-KIRA) 3. PN. ZALEHA BINTI MOHD ATIM - AJK GURU 4. PN. HANISAH BINTI ABDULLAH - AJK GURU 5. CIK NURADILLA BINTI AB JALIL - AJK GURU 6. PN. RAFIDAH BINTI MAT BAH - GPK KOKU 7. EN. ASHARI BIN HJ KOMENG - AJK IBU BAPA 8. EN. AZUWAN BIN SARPAN - AJK IBU BAPA 9. EN. RIZMAN BIN RADUAN - AJK IBU BAPA 10. EN. MOHD ADNAN BIN MOHAMAD - AJK IBU BAPA 11. EN. SHAMSUDIN BIN AHMAD - AJK IBU BAPA 12. EN. MOHD KHAIRUL ANUAR BIN SALLEH - PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
1.0 UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG (EN. NOOR AKAMAL BIN MISTAR) 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab. 1.2 Memohon setiap ahli memberikan kerjasama untuk menjayakan setiap program yang dirancang pihak sekolah. 1.3 Berharap dengan terbentuknya jawatankuasa ini akan dapat bersama-sama membantu ke arah kemenjadian anak-anak SK Parit Gantong. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Pengesahan Minit Mesyuarat AJK PIBG kali pertama sesi 2023/2024 Pencadang : En. Rosidi bin Umar Penyokong : Pn. Noriza binti Hj Jus 3.0 LAPORAN KEWANGAN 3.1 Pembentangan bertulis laporan penerimaan wang, pengeluaran wang dan baki kewangan terkini yang lengkap bagi tempoh dari 25 Mei 2023 hingga 7 Disember 2023dibentangkan oleh Bendahari. 3.2 Pembentangan secara lisan i. Baki pada 25/5/2023 = RM 15518.00 ii. Baki pada 30/10/2023 = RM 5557.92 (dibank) = RM 246.50 (ditangan) Tindakan : Bendahari PIBG 4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU 4.1 UCAPAN PENASIHAT PIBG 4.1.1 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada Yang DiPertua PIBG, En. Noor Akmal bin Mistar, Tn. Hj. Zakariya bin Kasnin, Pn. Noriza binti Hj. Jus seterusnya barisan AJK PIBG yang menghadirkan diri dalam mesyuarat kali pertama selepas pelantikan baru dibentuk. Tahniah di atas lantikan sebagai AJK PIBG bagi sesi 2023-2025. 4.1.2 Berharap barisan AJK PIBG yang baharu ini diberikan keupayaan dan kekuatan untuk meneruskan agenda-agenda yang akan dilaksanakan demi untuk SK Parit Gantong. 4.2 ENROLMEN MURID SK PARIT GANTONG 4.2.1 Penasihat memaklumkan SK Parit Gantong mempunyai 138 orang murid. 4.2.2 106 orang murid daripada Tahun 1 hingga Tahun 6, 10 orang murid daripada kelas PPKI dan 22 orang murid daripada prasekolah. 4.2.3 Murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2024/2025 adalah seramai 18 orang murid. Terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. 4.2.4 Murid prasekolah untuk sesi 2024/2025 pula seramai 25 orang. Tiada kekosongan tempat bagi sesi kali ini. 4.2.5 Terdiri daripada 21 orang murid yang telah mendaftar secara atas talian dan 4 orang murid yang telah mendaftar secara manual (isi borang permohonan).
4.3 KEBERADAAN GURU SK PARIT GANTONG 4.3.1 Penasihat memaklumkan perpindahan setara kali ini telah melibatkan 2 orang guru. 4.3.2 Cikgu Halimaton Saadiah binti Ahmad (guru Sains) telah diarah bertukar ke SK Parit Penghulu dan Cikgu Rahayu binti Mohd Yusof (guru PPKI) pula diarah bertukar ke SK Sungai Rambai. 4.3.3 SK Parit Gantong menerima 2 orang guru baharu iaitu Cikgu Juraimi binti Osman (guru Sains) dari SK Sempang dan Cikgu Zaleha binti Mohd Atim (guru PPKI) dari SK Sungai Rambai. 4.3.4 Seorang guru pemulihan, Cikgu Hanisah binti Abdullah, cuti sakit (jari kaki patah) dari 12/10/23 hingga 31/10/23 dan sambung cuti semula dari 29/11/23 hingga 2/1/24. 4.4 CUTI PENGGAL DAN AKHIR PERSEKOLAHAN 4.4.1 Cuti Penggal 3 pada 16/12/2023 hingga 1/1/2024 (14 hari). Sekolah dibuka semula pada 2/1/2024. 4.4.2 Cuti Akhir Persekolahan pada 10/2/2024 hingga 10/3/2024 (21 hari). Sekolah dibuka semula pada 11/3/2024. 4.5 PENGLIBATAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN MURID 2023/2024 4.5.1 Pertandingan Sofbol MSSM (Naib Johan) - Diwakili Muhammad Aqil Rayyan (5M) - Wakil tunggal dari SK Parit Gantong yang diserap masuk ke dalam Merlimau Satu Warrior 4.5.2 Pertandingan STEM SK Gangsa - Wakil sekolah seramai 4 orang murid - Keputusan pertandingan: Acara Talsia (tempat ke 5) Acara Boat Solar (tempat ke 2 dan 4) Acara Sky Art (tempat ke 2 dan tempat pertama) 4.5.3 Pemulihan Khas - Muhammad Qalish Iman (tempat ke 3 peringkat daerah) 4.5.4 Pengakap - 11 orang murid mewakili sekolah ke Jota Joti Peringkat Kebangsaan di SMK Sungai Rambai - 3 orang murid mendapat Anugerah Rambu Pengakap 4.5.5 Kejohanan Catur Peringkat Negeri di SK Chabau - Tempat ke 7 oleh Auni Hannani binti Mohd Kamaluddin 4.5.6 Pertandingan Mewarna Prasekolah Karnival D’Bendang - Tempat ke 15 oleh Aaira Ameena binti Wan Mohammad Azri 4.5.7 Pencapaian Tahmid Al-Quran - Anugerah 100% murid Tahun 6 telah khatam al-quran 4.5.8 Program sekolah bersama komuniti - Eksplorasi Merdeka - Karnival STEM Peringkat Negeri - Perkhemahan Badan Beruniform di Kem Tasik Biru Chinchin 4.6 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2023 4.6.1 Akan dijalankan pada 8 Januari 2024 hingga 12 Januari 2024.
Semua murid terlibat – Prasekolah, PPKI, Tahap 1 dan Tahap 2 4.6.2 Hari Terbuka Sekolah dan Hari Apresiasi – 7 Februari 2024 4.7 LAWATAN MURID TAHUN 6 KE LANGKAWI 4.7.1 Penasihat memaklumkan seramai 10 orang murid Tahun 6 dan diiringi 5 orang guru akan menyertai lawatan ke Langkawi 4.7.2 Lawatan ini bertolak pada 8/12/2023 (Jumaat), jam 11.00 pagi dari SK Parit Gantong ke KLIA. 4.7.3 Pn Rafidah binti Mat Bah, GPK Koku, memohon sumbangan daripada PIBG bagi menampung kos pengangkutan (van) pergi dan balik dari SK Parit Gantong ke KLIA dan dari KLIA ke SK Parit Gantong yang memakan belanja sebanyak RM700. Respon dari Pengerusi YDP PIBG: - Beliau mencadangkan sebanyak RM250 disumbangkan kepada pihak sekolah bagi menampung kos pengangkutan tersebut. - Cadangan dipersetujui oleh semua AJK PIBG sebulat suara. 4.8 GORO MADANI 4.8.1 Mendapat peruntukan dari KPM sebanyak RM5000. 4.8.2 Peruntukan diturunkan ke akaun PIBG pada 29/11/2023. 4.8.3 Pihak sekolah mencadangkan Program Gotong Royong Madani diadakan pada 13 Januari 2024 (Sabtu), jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. 4.9 PPS (PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA BANJIR) 4.9.1 SK Parit Gantong telah dilantik secara rasmi oleh Pegawai Daerah Jasin sebagai pusat pemindahan banjir sementara Mukim Sungai Rambai. 4.9.2 Pihak sekolah diarah menyediakan tempat sahaja, kelengkapan selainnya akan disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. 4.9.3 Arahan pembukaan dan penutupan pusat hanya akan dibuat oleh Pegawai Daerah sahaja. 4.10 KEDAI BUKU SEKOLAH 4.10.1 Bermula Januari 2024, pihak sekolah akan mengambil alih kedai buku sekolah sepenuhnya yang mana sebelum ini ditadbir oleh pihak luar. 4.10.2 Kedai Buku Sekolah akan dijaga oleh guru kedai sekolah secara mingguan mengikut waktu yang ditetapkan iaitu waktu pagi, rehat dan balik. 4.10.3 Jadual bertugas mingguan akan disediakan dan diedarkan tidak lama lagi. 4.11 PEMBANGUNAN SEKOLAH 4.11.1 Projek 70K tandas telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. 4.11.2 Prinsip Guru Besar adalah kefungsian. 4.11.3 Kemaskini 100% tandas bangunan hujung lelaki dan perempuan. 4.11.4 Projek kantin, tangka antiseptik dan tandas menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta. Projek ini dijangka akan dilaksanakan dalam tahun 2024. 4.11.5 Peruntukan kecil yang diterima sebanyak RM20K
- baik pulih tiga unit lampu limpah sekolah (I unit mentol berharga RM1500) - baik pulih atap kelas PPKI - baik pulih syiling pecah di tingkat 3 - tukar pintu kayu kepada pintu aluminium (bilik guru dan pejabat) 4.11.6 Peruntukan STEM sebanyak RM7050 diterima secara one-off. Pembelian alatan tersebut - Set robot - Printer 3D - Beberapa alat STEM untuk PdPc 4.11.7 Sewaan alat perkakasan ICT berupa laptop (sewa 3 tahun selepas itu menjadi hak milik sekolah) - Fasa 1 (22 buah) - Fasa 2 (3 buah) 4.11.8 Pemasangan Coverage Internet Connect Me - Merupakan sekolah pertama yang menerima program tersebut - Pemasangan telah selesai tetapi belum menerima password lagi 4.12 UCAPAN GPK PENTADBIRAN DAN KURIKULUM 4.12.1 UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) 2023 - akan dilaksanakan pada 8 Januari 2024 hingga 12 Januari 2024. - Tempoh pelaksanaan selama satu minggu - Meliputi subjek teras : BM, BI, MT, SN, SJ 4.12.2 Hari Terbuka Sekolah - Tarikh : 7 Februari 2024 (Rabu) - Masa : 8.00 hingga 9.00 pagi 4.12.3 Hari Apresiasi Sekolah - Tarikh : 7 Februari 2024 (Rabu) - Masa : 10.00 pagi - Tempat : Bilik JQAF - Tetamu VIP : Pengurus Besar TAPIM - En. Rosidi bin Umar memohon sumbangan PIBG sebanyak RM1000 bagi menampung perbelanjaan sepanjang program tersebut dijalankan. Respon : Permohonan disokong oleh semua AJK PIBG dengan sebulat suara. - Anugerah Khas : Kurikulum, HEM, Kokurikulum, Nilam dan Sahsiah - Pengerusi YDP PIBG sukacita menyumbang piala bagi Anugerah Kualiti Murid (Lelaki/Perempuan) dengan nilai RM100. 4.13 UCAPAN GPK HEM 4.13.1 Hari Kanak-kanak SPaG - Tarikh : 15 Disember 2023 (Jumaat) - Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari - Tempat : Bilik JQAF - Tema : Pekerjaan - Anggaran Perbelanjaan : Sumber PCG sekolah - (kekurangan RM200 untuk tampung perbelanjaan program) a) Jamuan murid b) Hadiah Nyanyian Solo
c) Hadiah Pakaian Beragam - En. Izzharuddin bin Md Zin, memohon sumbangan sebanyak RM200 bagi tujuan menampung perbelanjaan program Respon : Permohonan disokong oleh semua AJK PIBG dengan sebulat suara. 4.13.2 GORO Madani Khas - Peruntukan sebanyak RM5000 daripada KPM - Pihak sekolah telah menetapkan 5 item kerja untuk program tersebut. Antaranya: a) Memasang zing kilang di pagar kawasan bangunan prasekolah b) Menutup lubang-lubang di longkang bangunan prasekolah dengan simen c) Membersihkan tapak pembakaran sampah di bangunan prasekolah dan membina tapak pembakaran sampah yang baharu di hujung padang sekolah d) Mengecat semua kelas e) Memasang salur air bangunan makmal komputer - AJK sebulat suara mencadangkan tarikh program GORO Madani dibuat pada 13 Januari 2024 (Sabtu), jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. 4.13.3 Hari Kanak-kanak SPaG - Tarikh : 15 Disember 2023 (Jumaat) - Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari - Tempat : Bilik JQAF - Tema : Pekerjaan - Anggaran Perbelanjaan : Sumber PCG sekolah - (kekurangan RM200 untuk tampung perbelanjaan program) a) Jamuan murid b) Hadiah Nyanyian Solo c) Hadiah Pakaian Beragam - En. Izzharuddin bin Md Zin, memohon sumbangan sebanyak RM200 bagi tujuan menampung perbelanjaan program Respon : Permohonan disokong oleh semua AJK PIBG dengan sebulat suara. 5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Pn. Noriza binti Hj Jus memohon pihak sekolah dapat mengemaskini nama murid-murid yang berstatus anak yatim piatu dan asnaf untuk didaftarkan ke data bantuan JKK. 5.2 Tn. Hj Zakariya bin Kasnin mencadangkan pihak sekolah dapat membuat saringan agar murid yang benar-benar layak menerima bantuan sepatutnya. Respon : Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah khususnya Unit Kebajikan Murid setiap tahun mengedarkan borang PB1 kepada semua murid. Kebiasaannya, data yang diterima adalah data yang diberi oleh ibu bapa/penjaga/waris murid. Data yang diperolehi akan terus diserahkan kepada pihak JPN dan PPD. Pihak sekolah hanya menerima nama murid yang layak berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pihak JPN dan PPD.
6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT 6.1 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan mengharapkan sokongan daripada semua pihak diberikan kepada guru besar dan pentadbiran sekolah dalam memacu hala tuju sekolah untuk kebaikan semua pihak. 6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.25 petang. 6.3 Mesyuarat seterusnya akan dimaklumkan kemudian. Disediakan oleh: (NOORAZILAH BINTI JAAFAR) Setiausaha PIBG, Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Bil. 2 sesi 2023/2024, 7 Disember 2023.