The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafidzah5454, 2024-03-04 18:36:37

MINIT MESYARAT KALI KE 4 2023/2024

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID 05050 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN. MESYUARAT INDUK KURIKULUM KALI KE EMPAT 2023/2024 Tarikh : 11 Januari 2024 Hari : Khamis Masa : 1.30 tgh hari Tempat : Bilik Permata Bestari Kehadiran : Semua Pentadbir dan Guru I : Perutusan Pengerusi. 1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Ahli Jawatankuasa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum Kali Ke empat 2023. Beliau mengucapkan tahniah di atas komitmen guru-guru kerana telah berjaya merancang dan melaksanakan pelbagai program dengan jayanya walaupun menghadapi pelbagai kekangan. Harapan beliau agar komitmen guru dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dapat ditingkatkan lagi untuk kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Makluman: semua guru. II : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu. 2. Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Puan Mazliana binti Mahadzir telah mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong oleh En. Azhar b. Ahmad. Makluman: kepada semua guru. III : Perkara Berbangkit. 3. Tiada perkara berbangkit. Makluman: kepada semua guru.


IV: Isu-isu Pengurusan Kurikulum / Panitia 4. Status Pelaksanaan Program KPM/JPN/PPD: Pengerusi memaklumkan Sistem PAJSK yang sedia ada telah digantikan dengan Modul PAJSK yang merupakan satu daripada 13 modul pentaksiran dalam sistem bersepadu (SPPB) KPM. Semua Program dibawah KPM/JPN/PPD telah dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan. 5. Ujian, peperiksaan dan pentaksiran : Pengerusi memaklumkan PRA UASA telah diadakan pada 3-6 Disember 2023 melibatkan murid tahap 2 untuk matapelajaran Teras sahaja. Guru-guru diminta untuk mengisi skor markah murid di dalam tapak yang telah disediakan . Pengerusi memaklumkan supaya semua guru maklum tentang perjalanan pentaksiran UASA. Guru diminta rujuk jadual dan dapatkan instrumen dari pengubal. Guru semasa yang mengawasi pentaksiran perlu melengkapkan borang kawalan. Untuk kelas Ustaz Anwar dan Cikgu Faridah skrip instrumen yg telah di jawab perlu diserahkan pada PKP. Ketua Panitia diminta mengambil instrumen dari PKP untuk diagihkan kepada AJK Panitia. Ketua Panitia boleh mendapatkan skema jawapan dari Cikgu Shahrul bagi subjek teras UASA dan soalan MGB bagi subjek elektif . Skor markah UASA dan PBD perlu diisi dalam system idme. Berikut adalah : Skor TP UASA Subjek Teras (BI,MATE,SAINS,BM,SEJARAH) : SKOR TAHAP PENGUASAAN (TP) 82 - 100 6 66 - 81 5 50 - 65 4 34 – 49 3 18 - 33 2 0 - 17 1


Skor TP UASA Subjek Elektif : SKOR TAHAP PENGUASAAN (TP) 90 - 100 6 80 - 89 5 60 - 79 4 40 – 59 3 20 - 39 2 0 - 19 1 6. Pelaksanaan LDP/CPD/PLC. Puan Rosmiza memaklumkan semua guru telah berjaya mencukupkan mata kredit dan bilangan hari yang telah ditetapkan oleh KPM kepada setiap penjawat awam. 7. RPH guru. Guru-guru telah melengkapkan erph sebelum cuti sekolah sesi 2023/2024. Penulisan RPH juga mengikut format yang betul. Refleksi ditulis secara tekal dan bermakna. 8. Jadual waktu. Pengerusi memaklumkan jadual guru ganti diurus dengan baik. Elakkan pembatalan kelas PdP sesuka hati. Guru-guru digalakkan untuk membuat jual beli masa kelas dengan guru lain. 9. Penggunaan bilik- bilik khas Pengerusi meminta semua bilik khas dikemas dan dibersihkan dengan baik sebelum cuti sekolah bermula. Makluman : Semua guru. 10. Penggunaan Makmal / bengkel Puan Roshanita memaklumkan sekolah telah menerima 6 laptop khas untuk kegunaan guruguru. Penggunaaan dibenarkan hanya kepada guru-guru dan di dalam kawasan sekolah sahaja. Guru-guru juga diminta untuk mengisi borang kew sebelum menggunakannya. Tindakan: Semua Guru


11. PBPPP Pengerusi memaklumkan semua guru hendaklah menghantar borang pencerapan sebelum atau pada 26 November 2023 kepada PKP. Guru-guru juga perlu mencetak Keberhasilan 1 dan 2 untuk dihantar bersama erph tersebut. 12. KBAT Pengerusi memaklumkan semua guru perlu menghantar dua erph yang mempunyai elemen KBAT kepada PKP. Pada 26 November 2023 telah diadakan taklimat KBAT kepada semua guru. 13. SK@S Pengerusi memaklumkan supaya semua guru menghantar borang standard 4 kepada PKP. Guru-guru juga dimohon untuk menyenaraikan nama aktiviti/program/pertandingan yang diiktiraf oleh KPM yang disertai oleh GURU untuk dimasukan dalam senarai pencapaian supaya tidak tercicir di dalam system. Tarikh tutup ialah 7 Januari 2024. Pada 3 Januari 2024, telah diadakan Taklimat SK@S kepada semua guru. 14. PBS PAJSK Pengisian skor PAJSK bagi sesi akademik 2023/2024 akan dilaksanakan melalui modul SPPB Modul PAJSK. Semua guru terlibat membuat pengisian skor dengan log masuk masing-masing melalui Sistem Pengurusan (idMe) pada pautan berikut : https://idme.moe.gov.my/login. Berikut ialah tarikh - tarikh penting pengisian : • Tahun 6 : 2-31 Januari 2024 • Tahun 4-5 : 2 Januari - 29 Februari 2024 SEGAK Pengerusi memaklumkan pemantauan SEGAK untuk sekolah-sekolah di bawah seliaan PPD Kota Setar sedang dijalankan. Semua guru terlibat membuat pengisian skor dengan log id masing-masing melalui Sistem Pengurusan (idMe) pada pautan berikut : https://idme.moe.gov.my/login. Tarikh pengisian bermula 13 Disember 2023 – 29 Februari 2024.


PBD Pengerusi memaklumkan Bengkel Penjaminan Kualiti telah diadakan pada 15 Oktober 2023 melibatkan semua guru. Semua guru terlibat membuat pengisian skor dengan log id masingmasing melalui Sistem Pengurusan (idMe) pada pautan berikut :https://idme.moe.gov.my/login. Tarikh pengisian bermula 15 – 21 Januari 2024. PSIKOMETRIK Ujian Psikometrik untuk tahun 4 dan 5 dijalankan pada bulan Oktober manakala untuk tahun 6 pada bulan November. Pengisian skor dijalankan pada bulan yang sama. 15. e Operasi Pengerusi memaklumkan semua guru untuk mengemaskini maklumat yang terdapat dalam e operasi. Sebarang pembetulan perlu dimaklumkan kepada PKP untuk tindakan selanjutnya. VII: Peruntukkan Kewangan. 16. Status perbelanjaan PCG Puan Yasmy memaklumkan semua panitia telah membelanjakan wang peruntukan bagi sesi 2023/2024 mengikut program-program yang telah dirancang. Makluman : Semua guru. VIII: Hal-hal Lain. 17. Sesi fotografi semua guru dan staf bagi sesi 2023/2024 akan diadakan pada bulan Februari. 18. Pada 18 Oktober 2023, telah diadakan Bengkel Literasi Maklumat di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Kedah melibatkan murid Tahun 5 dan 6. 19. Pada 19 Oktober 2023, telah diadakan Program Motivasi & Kemahiran Belajar Yayasan Pelajaran MARA di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Kedah melibatkan murid Tahun 6. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.


Disediakan oleh, Disemak oleh, ………………………………. ……………………………………………. ( HAFIDZAH BINTI GHAZALI ) ( PN. HUSLINA BT MOHD HUSSAIN) Setiausaha Pengerusi Jawatankuasa Induk Kurikulum Jawatankuasa Induk Kurikulum SK Jalan Pegawai. SK Jalan Pegawai.


Click to View FlipBook Version