The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafidzah5454, 2023-03-14 11:09:18

MINIT MESYUARAT KALI KE 4 2022

MINIT MESYUARAT KALI KE 4 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID 05050 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN. MESYUARAT INDUK KURIKULUM KALI KEEMPAT 2022 / 2023 Tarikh : 14 Februari 2023 Hari : Selasa Masa : 1.30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran : Guru Besar Penolong Kanan Kurikulum. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Semua Ketua Panitia Semua Penyelaras Unit-unit Khas. I. : Perutusan Pengerusi. 1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Ahli Jawatankuasa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum Kali Keempat 2022. Beliau mengucapkan tahniah di atas komitmen guru-guru kerana telah berjaya merancang dan melaksanakan pelbagai program dengan jayanya walaupun menghadapi pelbagai kekangan. Harapan beliau agar komitmen guru dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dapat ditingkatkan lagi untuk kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Makluman: semua guru. II. : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu. 2. Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Pn. Zafirah bt. Abd Ghani mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong oleh Puan Siti Kholijah bt .Md Taib. Makluman: semua guru.


III. : Perkara Berbangkit 3. 6. Pengerusi meminta guru-guru untuk merancang program dengan sebaiknya mengikut belnjawan yang telah ditetapkan. IV : Isu-isu Pengurusan Kurikulum / Panitia 4. Status Pelaksanaan Program KPM/JPN/PPD: Pengerusi memaklumkan, semua guru perlu mengisi Instrumen Standard Penilaian Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Guru). 5. Pengerusi juga memaklumkan tentang kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan kepada semua guru sekiranya anak mereka menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin. 6. Pengerusi memaklumkan guru-guru perlu melaporkan Kejayaan Guru-Guru KPM. Pihak JPN sedang mengumpul data tersebut untuk tujuan mengiktiraf sumbangan para pendidik dalam memartabatkan profesion keguruan kepada KPM. 7. Pengerusi memaklumkan semua guru perlu mengemaskini HRMIS MyPortfolio sebelum 26hb Disember 2022. 8. Pengerusi memaklumkan semua guru perlu mendengar Taklimat Program Kesejahteraan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Inisiatif #111 pada 6hb Februari 2023 melalui link Youtube: https://youtube.com/live/3Ps55hU3u4I?si=EnSIkalECMiOmarE. Setelah mendengar semua guru dikehendaki mengisi Inventori IKPsi. Makluman : Semua guru.


9. Pelaksanaan LDP: LDP : Puan Rosmiza memaklumkan bilangan hari LDP untuk semua guru telah mencukupi. Beliau hanya memerlukan maklumat aktiviti kendiri sahaj untuk mencukupkan mata kredit masing-masing.Tarikh akhir untuk bilangan hari dan mata kredit ialah 30 Oktober 2022. 10. Semakan buku nota dan buku latihan murid : Pengerusi mengingatkan guru agar menyemak Latihan yang dihantar oleh murid dengan sempurna. Pastikan murid melakukan langkah pembetulan bagi kesilapan yang dibuat. 11. Pencerapan PdP guru (SKPM-Borang standard 4) : Pengerusi memaklumkan semua guru akan dicerap oleh pihak pentadbir . Tarikh pencerapan boleh dipilih oleh guru bermula 1 Ogos 2022. Evidens tidak diperlukan hanya perlu dilampirkan RPH sahaja. 12. RPH Guru: Pengerusi mengingatkan RPH perlu disiapkan dan dihantar kepada pihak pentadbir. Penyediaan dan penghantaran RPH merupakan tanggungjawab semua guru dan perlu disedia dan dihantar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tindakan : Semua Guru 13. Ujian, peperiksaan dan pentaksiran : Pengerusi meminta guru-guru memulangkan semua kertas soalan pentaksiran yang telah disemak kepada waris. Guru-guru perlu menyemak semula kertas soalan tersebut bersama murid sebelum dipulangkan. Beliau memaklumkan semua guru tahap 2 perlu bersedia untuk Pentaksiran ujian Akhir Sesi akademik (UASA). Soalan pentaksiran untuk subjek BM, BI, MATE, SAINS, SEJARAH akan disediakan oleh KPM. Manakala Untuk subjek P.Seni, P. Moral, BC, dan P. Muzik, En Shahrul telah mnempah soalan dari MGB. Pentaksiran UASA telah dijalankan pada 8hb – 12hb Januari – 2023. Berikut merupakan :


Skor TP UASA Subjek Teras (BI,MATE,SAINS,BM,SEJARAH) : SKOR TAHAP PENGUASAAN (TP) 41 – 50 6 33 – 40 5 25 – 32 4 16 – 24 3 9 – 15 2 1 – 8 1 Skor TP UASA Subjek Elektif : SKOR TAHAP PENGUASAAN (TP) 90 – 100 6 80 – 89 5 60 – 79 4 40 – 59 3 20 – 29 2 1 – 19 1 Tindakan : Semua Guru 14. ICT : Puan Roshanita meminta semua semua murid tahap 2 untuk log in email delima dengan menggunakan Id delima.Sekiranya mereka menghadapi masalah untuk log in, Puan Roshanita akan reset kata laluan semula. Beliau juga memaklumkan semua guru perlu mengisi Surat Akuan Pematuhan Polisi Keselamatan Siber Kementerian Pendidikan Malaysia.Semua guru tidak dibenarkan untuk menggunakan internet sekolah untuk membuat pembelian di Lazada @ Shoppee atau laman web yang tidak berkaitan dengan Pendidikan. 15. Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) : Pengerusi memaklumkan guru kelas diminta untuk mengemaskini APDM (senarai nama dan guru subjek mengajar). Fungsi tetapan kelas, mata


pelajaran perlu dilengkapkan dengan segera bagi membolehkan kemasukan skor PBD dan skor UASA dapat dilaksanakan dengan lancar. Tindakan : Semua Guru 16. PSS : En. Mohamad Nizam memaklumkan PSS sekolah telah mewujudkan portal berkaitan Pusat Sumber Sekolah. Murid boleh mendapatkan pelbagai info dan bahan bacaan maya melalui portal tersebut. 17. Laporan panitia : Pendidikan Islam : En. Zainuddin memaklumkan Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat Peringkat Sekolah. Kem ini melibatkan semua murid Tahap 1 dan 2. Pada 14hb Februari 2023 telah diadakan Majlis Khatam AlQuran untuk semua murid Tahun 6 dan murid KAFA tahun 5. Program ini dianjurkan bersama Guru-guru KAFA SK Jalan Pegawai. Makluman: Semua Guru 18. PBD Pn Nur Fadhlinallyani memaklumkan Tahap 1 tiada pentaksiran. Hanya menggunakan PBD berterusan sahaja. Beliau meminta semua guru untuk menyemak dan mengemaskini kembali markah PBD akhir tahun untuk tujuan pelaporan tersebut. Tarikh akhir mengemaskini PBD pada 13hb Februari 2023. Pada 16hb Februari 2023 akan diadakan Hari Pelaporan untuk menyerahkan rekod PBD kepada semua waris. Tindakan : S/U PBS , Guru Kelas, Guru Mata pelajaran. SEGAK Pn. Sazlyna memaklumkan Sijil Ujian SEGAK akan diberikan oleh guru kelas kepada semua murid tahun 6. Tindakan : Guru Kelas Tahun 6


PSIKOMETRIK Puan Kharizad memaklumkan Sijil Ujian Pentaksiran Psikometrik akan diberikan oleh guru kelas kepada semua murid tahun 6. Tindakan : Guru Bimbingan Kaunseling dan Guru Kelas Tahun 6 PAJSK Encik Anwar memaklumkan semua guru kelas perlu mengemaskini laporan PAJSK dengan memasukkan penglibatan dan pencapaian murid dalam bidang Ko-Kurikulum. Sijil PAJSK telah diberikan kepada semua murid Tahun 6. Tindakan : Guru Kelas Tahap 2 v: Hal-hal Lain 19. En Nasrin memaklumkan Pemberian Wang BAP pada 25 Januari 2023. 20. Puan Nor Amizaton memaklumkan pemulangan buku teks untuk semua murid bermula 29hb Januari – 1 februari 2023. 21. Pengerusi memaklumkan Hari Anugerah Kecemerlangan peringkat sekolah telah di adakan pada 4hb Februari 2023. 22. Pengerusi turut memaklumkan Hari Keusahawanan peringkat sekolah telah diadakan pada 11hb Februari 2023. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang. Disediakan oleh, Disahkan oleh, `……………………………. ……………………………………………………. ( HAFIDZAH BINTI GHAZALI ) ( PN HUSLINA BT HUSSAIN,BKM.PJK. ) Setiausaha Pengerusi Jawatankuasa Induk Kurikulum Jawatankuasa Induk Kurikulum SK Jalan Pegawai. SK Jalan Pegawai.


Click to View FlipBook Version