of 11TH NOVEMBER 2023
1 UPACARA PERTUNANGAN PEMBUKAAN: THE POWER OF YOUR LOVE Lord, I come to You Let my heart be changed, renewed Flowing from the grace, That I found in You And Lord I’ve come to know, The weakness I see in me Will be stripped away, By the power of Your love Cho: Hold me close, let Your love surround me Bring me near, draw me to Your side And as I wait, I’ll rise up like an eagle And I will soar with You, Your spirit leads me on By the power of Your love PEMBUKAAN P: Pemimpin U: Umat P: Demi nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus. U: Amin. P: Semoga rahmat dan damai Tuhan berserta saudara-saudari sekalian. U: Sekarang dan selama-lamanya.
2 P: Saudara Sherwin dan Saudari Jolenny, para ahli keluarga dan hadirin sekalian yang dikasihi: Pertunangan adalah langkah pertama ke arah perkahwinan bahagia. Walaupun sudah sewajarnya kita mengharapkan saudara-saudari berdua ini nanti disatukan dalam perkahwinan dan sama-sama menempuhi jalan hidup bahagia, namun ajaran Gereja dengan tegas menyatakan bahawa pertunangan itu bukan janji atau sumpah untuk perkahwinan (Kanon 1062). Kerana itu, jika kemudian ternyata bahawa Tuhan menghendaki agar mereka memilih teman hidup yang lain, maka mereka masing-masing bebas; tidak ada soal ingkar akan janji atau sumpah setia. Apabila kita bersama-sama menyampaikan doa restu saudara-saudari berdua ini, kita memohon kepada Tuhan untuk membimbing mereka ke arah perkahwinan yang bahagia, sesuai dengan kehendakNya yang kudus dan berguna bagi keselamatan mereka berdua. P: Marilah berdoa: Allah yang Maha Kuasa dan Kekal, Engkau menghendaki agar manusia sendiri mencari jalan kehidupannya. Untuk sebahagian besar kebahagiaan atau kemalangan, bergantung kepada kami sendiri, sebab cara kami mengatur kehidupan itu ada di tangan kami sendiri: Oleh kerana itu kami mohon kepada Mu bagi pertunangan di antara Sherwin dan Jolenny, sudilah memberkati mereka yang mahu mempersiapkan diri untuk mencari jalan kehidupan yang akan membahagiakan mereka. Sudilah mendampingi mereka dengan RahmatMu, agar mereka menggunakan tenaga dan fikiran mereka dengan baik dan berbahagia bersamasama. Demi Kristus pengantara kami. U: Amin. BACAAN KITAB SUCI P: Saudara sekalian, Dasar hidup bahagia ialah mrengamalkan cinta kasih. Marilah kita mendengarkan dan renungkan Sabda Allah mengenai cinta kasih itu. Bacaan ini diambil dari surat pertama rasul Paulus kepada umat di Korintus 13:1, 4-8. Meskipun aku dapat bercakap dalam pelbagai bahasa manusia, bahkan dalam bahasa malaikat sekalipun, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka kata-kataku hanya seperti bunyi bising yang tidak bermakna. Sesiapa yang mengasihi oang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar, dan tidak sombong. Dia tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam. Sesiapa yang mengasihi orang lain, tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan. Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar. Orang perlu sentiasa mengasihi orang lain. Sekarang ada orang yang dapat menyampaikan perkhabaran daripada Allah, tetapi hal itu hanya untuk sementara. Sekarang ada yang mempunyai karunia untuk bercakap dalam pelbagai bahasa yang ajaib, tetapi hal itu akan berakhir juga. Sekarang ada orang yang mengetahui banyak hal yang dalam, tetapi semua itupun akan dilupakan. Demikianlah Sabda Tuhan. U: Syukur kepada Allah.
3 Lagu Sahutan: A NEW COMMANEMENT A new commandment I give unto you That you love one another As I have loved you That you love one another As I have love you. Cho: By this shall all men know That you are my disciples If you have love one for another PENGHANTAR INJIL Alleluia, Alleluia, Alleluia! Hendaklah kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu. Alleluia, Alleluia, Alleluia! BACAAN INJIL YOHANNES 15:12-16 Inilah perintahKu: Hendaklah kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu. Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka. Kamu sahabat-sahabatKu, jika kamu melakukan apa yang Aku perintahkan. Aku tidak lagi memanggil kamu hamba, kerana hamba tidak mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh tuannya. Aku memanggil kamu sahabat-sahabatKu, kerana Aku sudah memberitahu kamu segala yang telah Aku dengar daripada BapaKu. Kamu tidak memilih Aku. Akulah yang memilih kamu dan menugaskan kamu supaya pergi dan berbuah lebat, buat yang akan tahan. Dengan demikian Bapa akan mengabulkan apa sahaja yang kamu minta daripadaNya demi namaKu. Demikianlah Sabdah Tuhan. U: Terpujilah Kristus. HOMILI/PENGAJARAN SINGKAT
4 TUKAR CINCIN/HADIAH P: Cincin-cincin (hadiah-hadiah) ini yang saling saudara-saudari serahkan kepada satu sama lain adalan tanda dan lambang cinta kasih dan sekaligus tanda serta penghargaan akan bimbingan Tuhan ke arah perkahwinan yang bahagia. P: Marilah berdoa: Allah yang Maha Kuasa dan Kekal, sudilah menjadikan cincin-cincin (dan hadiah-hadiah) ini sebagai lambang cinta kasih saudara-saudari berdua ini di antara satu sama lain. Semoga hidup mereka berlandaskan cinta yang sejati dan murni. Ya Tuhan, berkatilah mereka yang mengharapkan bimbinganMu ke arah perkahwinan yang bahagia, supaya mereka mengatur jalan hidup mereka sesuai dengan kehendakMu yang kudus. Demi Kristus, pengantara kami. U: Amin. (Cincin-cincin/hadiah-hadiah diperciki dengan air berkat. Sesudah itu tunangan lelaki menyarungkan cincin itu pada jari manis tangan kanan tunangan wanita; atau menyerahkan hadiah kepadanya. Sementara itu pemimpin berkata) P: Semoga Tuhan memberkati cita-cita yang kini saudara nyatakan. (Sesudah itu, tunangan wanita pula menyarungkan cincin pada jari manis tunangan lelaki; atau menyerahkan hadiah kepadanya. Sementara itu pemimbin berkata) P: Semoga Tuhan memberkati cita-cita yang kini saudari nyatakan.
5 DOA UMAT P: Marilah kita sekarang mendoakan saudara-saudari yang bertunang ini: Ya Tuhan, penuhilah kedua-dua saudara-saudari yang bertunang ini dengan berkat IlahiMu, supaya mereka menjadi bahagia. Kami mohon, U: Kabulkan doa kami, ya Tuhan. P: Berilah mereka damai, ya Tuhan dan jauhkanlah mereka dari segala penghalang kebahagiaan hidup mereka. Kami mohon, U: Kabulkan doa kami, ya Tuhan. P: Tolonglah mereka dalam segala kesulitan dan kecemasan terutama dalam masa persiapan ini. Kami mohon, U: Kabulkan doa kami, ya Tuhan. P: Ajarilah mereka, supaya mereka dapat mengatur hidup sesuai dengan kehendakMu yang kudus. Kami mohon, U: Kabulkan doa kami, ya Tuhan. P: Nyalakan dalam hati mereka api cinta dan belas kasihan yang tidak akan padam. Kami mohon, U: Kabulkan doa kami, ya Tuhan. P: Lindungilah mereka, seperti Engkau telah melindungi Maria dan Yosef di masa pertunangan mereka. Kami mohon, U: Kabulkan doa kami, ya Tuhan. P: Semoga mereka menjadi sukacita bagi ibu bapa mereka dan menerima ganjaran daripada Mu kerana menghormati mereka. Kami mohon, U: Kabulkan doa kami, ya Tuhan. P: Allah yang Maha Kuasa dan Maha Baik, sudilah mengabulkan doa-doa kami bagi saudara-saudari berdua ini. Bukalah pintu belaskasihanMu dan berilah mereka harta kebaikanMu yang tidak terhingga. Peliharalah mereka dan seluruh golongan muda dengan bantuan rahmatMu. Demi Kristus, pengantara kami. U: Amin.
6 DOA PENUTUP P: Semoga saudara-saudari dilimpahi berkat Allah Yang Maha Kuasa dan semoga cinta kasihNya dicurahkand alam hati saudara-saudari. Demi Kristus, pengantara kami. U: Amin. P: Saudara-daudari sekalian, semoga rahmat Allah yang Maha Kuasa menyertai kita semua. Demi nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus. U: Amin. P: Dengan ini upacara pertunangan sudah selesai. Damai Kristus menyertai kita semua. U: Amin. LAGU PENUTUP AJAIB TUHAN Hairan sungguh bila aku renungkan Rencana dan segenap ciptaan Ajaiblah segala ciptaanNya Tanda kebesaranNya di dunia Cho: Aku memuji kebesaran Mu Ajaib Tuhan, ajaib Tuhan Aku memuji kebesaran Mu Ajaib Tuhan, ajaib Tuhan Dunia ini dan semua ciptaanNya Bulan, bintang semuanya indah Penduduknya dari berbagai bangsa Semua dikasihi olehNya