The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cabaran dan Risiko yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam Revolusi Industri 4.0

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by slyverstine22-143, 2022-04-17 21:21:46

Pentaksiran Berterusan GISC 1082.pdf

Cabaran dan Risiko yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam Revolusi Industri 4.0

Pentaksiran Bertersusan 3
GISC1082

CABARAN DAN RISIKO

YANG PERLU DIHADAPI OLEH
MALAYSIA DALAM REVOLUSI
INDUSTRI4.0

Slyverstine
Gisang Anak
Asing
2021032310067

Kandungan

Isi Kandungan Muka Surat
1
1.0 Pengenalan
1-2
2.0 Cabaran yang Perlu Dihadapi oleh Malaysia Dalam

3-4
Revolusi 4.0
4
2.1 Ancaman Keselamatan Siber 5

2.2 Inovasi dalam Sistem Pendidikan




3.0 Risiko yang Perlu Dihadapi oleh Malaysia Dalam


Revolusi Industri 4.0
3.1 Kekurangan Tenaga Mahir
3.2 Ekonomi Negara




5.0 Penutup

Rujukan

ii

1.0 Pengenalan

Pada Oktober 2018, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) secara
rasmi mengeluarkan dasar negara yang dipanggil "Industry4WRD" untuk membantu

perniagaan dan pembuatan Malaysia bersedia untuk industri yang melibatkan penjualan
dalam talian dengan penerapan komunikasi dan teknologi digital kepada masyarakat. Isu
Revolusi Industri 4.0 ini juga muncul dalam Bajet 2020 yang lalu, di mana kerajaan telah

menyediakan peruntukan yang besar dalam bidang pembangunan industri teknologi,
termasuk penubuhan Digital Malaysia, pengenalan geran pembangunan ekosistem 5G,

pemerkasaan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang menyediakan
pelbagai dana geran padanan, membida untuk menggalakkan lebih banyak projek
perintis aplikasi digital.




Revolusi perindustrian adalah peringkat yang diukur dengan pembangunan saintifik
teknologi global. Pada masa kini, dunia telah memasuki tahap Revolusi Perindustrian 4.0
dengan pembangunan teknologi robotik, kecerdasan dan bidang lain. Revolusi ini berkait
rapat dengan pengetahuan serta kemahiran manusia untuk berfikir secara kreatif dan
inovatif yang mampu mencipta nilai dalam sistem ekonomi dunia. Walau bagaimanapun,

modal insan adalah digalakkan untuk berdaya saing agar berupaya untuk menghadapi
perubahan yang masih perlahan di negara Malaysia (Laporan Modal Insan Global, 2017).

Produk baharu teknologi ini dijangka memberi kesan negatif kepada manusia,
memperlahankannya serta fungsi psikologi kerana keterikatan dengan teknologi sedia
ada. (Ali, Rose, dan Siti Hamisa, 2017).




2.0 Cabaran yang Perlu Dihadapi Oleh Malaysia Dalam Revolusi 4.0
Ancaman




2.1 Ancaman Keselamatan Siber




Kedatangan revolusi industri 4.0 membuka kepada ancaman jenayah siber yang
lebih tinggi berbanding dengan revolusi sebelum ini. Pengenalan Interlnet

Pelbagai Benda (IoT) yang mengintergrasikan antara sistem fizikal dan siber yang
pasti akan menimbulkan lebih banyak keburukan dalam sistem rangkaian seperti

1

ancaman penggodam dan penjenayah siber. Ancaman siber ini secara terus akan

membawa kepada risiko keselamatan maklumat peribadi individu atau sesebuah

syarikat serta hilang kawalan data, pendedahan data dan maklumat persendirian

yang dikongsikan secara umum di laman sosial atau penjejakan maklumat.

Menurut Business Insider Intelligence, penemuan Eclipse IoT menunjukkan

masalah keamanan dari 30% pada tahun 2018 menjadi 38% di tahun 2019,

tantangan ini akan diatasi dengan Revolusi Industri 4.0. Selain itu, menurut
sebuah studi statistik oleh Kaspersky Lab, contoh software hasads akan dapat

menyerang perangkat pintar, meningkat sekitar 7.000 di 2017, dan meningkat di

tahun berikutnya. Sejauh ini, sekitar 6 miliar perangkat pintar yang dapat

digunakan, termasuk penggunaan jam tangan digital, Televisi, smartphone,
Pc,Laptop, ac.
2.2 Inovasi dalam Sistem Pendidikan

Cabaran yang dihadapi oleh pendidikan hari ini adalah berbeza dengan masa
lalu. Menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0, pendidik perlu lebih terbuka

dan bersedia untuk perubahan ini masa hadapan untuk memastikan pelajar
seterusnya mengekalkan kecekapan dan berdaya saing dalam bersaing di

peringkat globalisasi. Mereka perlu kreatif untuk merancang untuk mereka bentuk
sesuatu produk dan bijak mencipta potensi untuk aplikasi IoT Sistem ini berinovasi

melalui digital. Kemahuan dan perubahan perlu sebagai langkah Menghadapi
cabaran Revolusi Perindustrian 4.0. Jika dilihatkan dengan kemajuan teknologi

yang sedia ada di Malaysia pada masa kini peluang untuk bersaing di persada
dunia adalah tipis kerana negara kita masih bergantung kepada teknologi

daripada luar negara yang mempunyai teknologi yang maju serta moden kerana
negara kita masih belum berusaha untuk membangunkan teknologi tersendiri.

Dalam fasa Revolusi Industri 4.0, sistem pendidikan yang bernas

adalah sistem yang boleh melahirkan mahasiswa yang mampu belajar sepanjang

hidupnya dan juga berkemahiran yang menyeluruh untuk menghadapi masalah-

masalah yang akan datang. Agen perubahan merupakan seseorang yang boleh

membantu melaksanakan pelbagai bentuk perubahan menerusi amalan inovasi

yang terancang. Oleh itu, dengan ada perkembangan inovasi teknologi digital

seperti facebook, Youtube, Twitter serta kemunculan produk seperti iPhone,

Android juga telah mengubah kehidupan masyarakat menjadi semakin mencabar

serta berdaya saing.

2

3.0 Risiko yang Perlu Dihadapi oleh Malaysia Dalam Revolusi Industri 4.0

3.1 Kekurangan Tenaga Mahir

Jika teknologi semakin pesat di Malaysia satu daripada risiko yang akan dihadapi

oleh Malaysia ialah kekurangan tenaga mahir dalam mengendalikan teknologi atau


menyelenggara teknologi tersebut. Oleh itu, revolusi industri 4.0 ini merupakan

revolusi yang sukar untuk dicapai sepenuhnya.Selain itu, dalam fasa revolusi ini

juga memerlukan jangka masa yang panjang serta memakan kos yang tinggi

kerana pemintaan yang tinggi untuk teknologi. Risiko yang perlu diambil Malaysia

juga adalah bersedia untuk menyeru para pekerja Malaysia untuk balik berkhimat

di negara Malaysia bagi memenuhkan kekosongan tenaga mahir yang tinggi di

Malaysia. Oleh sebab itu, Malaysia perlu bersaing dengan negara lain untuk

menawan hati rakyat Malaysia untuk kembali ke tanah air agar revolusi industri 4.0

dapat dicapai. Penyediaan teknologi yang canggih juga perlu disediakan dengan

banyak agar memudahkan pengurusan pekerja mahir menyelesaikan masalah

dengan masa yang singkat.




Tambahan pula, China dan India menghadapi cabaran besar dalam


membangunkan pekerja berkemahiran tinggi dan inovatif untuk menghadapi

anjakan teknologi baharu ini. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ekonomi China

dan India banyak tertumpu kepada penggunaan kos buruh yang rendah.


Bagaimanapun, dengan kemunculan Industri 4.0, mereka terpaksa beralih


menggunakan pekerja berkemahiran tinggi, yang akan memberi kesan kepada kos

buruh sedia ada.




3.2 Ekonomi Negara




Revolusi juga membawa maksud perubahan yang baharu. Oleh itu, pihak

Malaysia juga perlu mengambil risiko yang sangat berani kerana bagi memulakan


pembaharuan memerlukan kos yang tinggi. Perkara ini perlu difikirkan dengan

melihat kepada jangka panjang, seperti yang kita sedia maklum negara kita sendiri

masih bergantung dengan teknologi negara maju yang lain. Oleh itu, Malaysia

pada peringkat awal perlu melahirkan ramai tenaga yang mahir dalam mencipta

teknologi sendiri. Jika Malaysia masih membeli teknologi dari negara luar maka

sukar untuk mendapatkan pulangan kepada ekonomi negara. Jika pembelian

3

teknologi dari negara luar semakin banyak maka mata wang Malaysia akan disalur

keluar sahaja dan tiada kemasukan mata wang asing. Jika adanya kilang pintar

serta teknologi canggih yang tidak menggunakan tenaga kerja maka

pengangguran akan semakin meningkat yang akan menyebabkan perkembangan

ekonomi negara semakin perlahan. Tambahan pula, jika penggangguran semakin

banyak di Malaysia maka semakin banyak yang akan berhijrah ke luar negara.

4.0 Penutup
Kedatangan Revolusi Perindustrian 4.0 yang menitikberatkan pembinaan
teknologi realiti maya tanpa sempadan pasti akan memberi kesan kepada semua
aspek kehidupan. Sejarah Revolusi Perindustrian ialah daripada penciptaan wap
hingga kewujudan Internet dan komputer, taraf hidup dalam kebanyakan
masyarakat di dunia telah bertambah baik. Tidak dinafikan bahawa teknologi yang
lebih maju dan fleksibel adalah aspek perubahan hidup Industri 4.0 yang
berpotensi untuk meningkatkan masyarakat, bergerak ke arah yang lebih
sistematik dan kualitatif berbanding tiga revolusi sebelumnya. Perubahan teknologi
yang pesat ini memerlukan program perancangan yang mampan dan
komprehensif untuk semua pihak berkepentingan, termasuk penggubal dasar
negara, supaya pembangunan ekonomi berasaskan Revolusi Perindustrian 4.0
dapat berfungsi dengan baik.

4

Rujukan
Hartwell, R. M., Mathias, P., & Spiers, J. (1970). The Industrial Revolution (Vol.

1). Barnes & Noble.
Schwab, K. (2016, Januari 14). The Fourth Industrial Revolution: What It

Means, How To Respond.
https://www.weforum.org/agenda/2016/01/thefourth-industrial-revolution-
what-it-means-and-how-to-respond/

Fikhan Ali Hamid Ali. (2021). Revolusi Perindustrian Keempat mendepani
cabaran era pandemik. Berita UTHM.
https://news.uthm.edu.my/ms/2021/02/revolusi-perindustrian-keempat-
mendepani-cabaran-era-pandemik/

5


Click to View FlipBook Version