SK PENGKALAN KUBOR 1 SABTU • 17 JUN 2023 • 8.30 PAGI • DEWAN SRI PELANGI 84 Dirasmikan oleh: YANG BERBAHAGIA DATUK HJ. ZULKIFLI BIN ABDULLAH PENGERUSI YAYASAN AL BUSYRAA
BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Aturcara dan Agenda Mesyuarat Agung 2 2 Senarai AJK PIBG sesi 2022/2023 3 3 J/K Kerja Mesyuarat Agung 4 4 Surat Makluman dan Usul 6 5 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-47 7 6 Penyata Kewangan Penerimaan dan Pengeluaran 2022/2023 23 7 Usul dan Cadangan 25 8 Kehadiran AJK PIBG ke Mesyuarat 28 9 Senarai AJK PIBG 2023/2024 29 10 Penghargaan 30
2 1. Ucapan Aluan YDP PIBG . 2. Membentang Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 4. Perkara Berbangkit. 5. Membentang dan mengesahkan sumbangan PIBG 2023 6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG sesi 2022/23 7. Pembentangan dan Perbahasan Usul 8. Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 9. Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 10. Hal-Hal Lain. 11. Ucapan Penangguhan 8.30 pagi : Pendaftaran 9.15 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 bermula : Cabutan Bertuah 11.30 pagi : Ketibaan VIP : Persembahan : Ucapan Alu-aluan Guru Besar SK Pengkalan Kubor 1 Encik Mazlan Bin Mat : Ucapan Yang Dipertua PIBG Ustaz Abd Razak Bin Hussin : Ucapan dan perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 Yang Berbahagia Datuk Zulkifli Bin Abdullah (Pengerusi Yayasan Al Busyraa) : Penyampian Hadiah UPKK : Cabutan Bertuah 12.30 tengah hari : Bersurai
3 Yang Dipertua : En. Abd Razak bin Hussin Naib YDP : En. Nordin bin Ghani Setiausaha : En. Zahari bin Muhammad Naib Setiausaha : Pn. Nasihah binti Azemi Bendahari : Pn. Sarirahmahrusah binti Hussin Penasihat : En. Mazlan bin Mat (Guru Besar) Ex- Officio : En. Ramli bin Ibrahim (PK 1) Pn. Fatmawati Bt Abdul Satar ( PK HEM) En. Rozmi bin Mokhtar (PKKO) Ahli Jawatankuasa : En. Zulkifli bin Mat Ail ( Ibu Bapa) En. Dasuki bin Din En. Wan Hassan bin Wan Ibrahim En. Shamedi bin Abdullah Pn. Wan Yah binti Wan Ismail ( Guru-Guru ) : Pn. Surayah binti Ibrahim Cik Noriah binti Zulkifli Pn. Nik Husni binti Zamakhshari Pemeriksa Kira-Kira : Cik Farrah Azlinda binti Abdullah En. Mohd Zahanuddin bin Mohamed SENARAI JAWATANKUASA PIBG SEK.KEB. PENGKALAN KUBOR (1) SESI 2022/2023
4 Sambutan & Protokol Ustaz Abd Razak Bin Hussin (YDP) En. Nordin Bin Mamat@Ghani( NYDP) En. Mazlan Bin Mat (GB) En. Zulkifli bin Mat Ail(Tim. PPD) En. Ramli Bin Ibrahim(PKP) Pn. Fatmawati Binti Abdul Satar (PKHEM) En. Rozmi Bin Mokhtar (PKKO) Pendaftaran Pn. Sabariah Binti Baba YM. Raja Nor Amima Binti Raja Mazlan Pn. Dayang Zuida Binti Abang Usop Pn.Rafidah Binti Mohd Nawi Pn. Ben A/P Ah Soon Pn. Siti Nor Binti Berahim YM. Ustazah Tuan Suriawani Binti Tuan Cob Ustazah Mazdah Binti Seman En. Abd Rahman Bin Daud Ustaz Khuzaini Bin Ahmad Ustaz Mohd Shairodi Bin Mohd Ali En. Ismail Bin Daud Persiapan Dewan En. Che Zahari Bin Che Hussin Ustaz Aminuddin Bin Sulaiman En. Rozanizam Bin Muhamad Ustaz Maliki Bin Omar En. Wan Hafizul Bin Wan Hanafi En. Muniamin Bin Yaakob En. Zahari Bin Muhammad Semua Pekerja Sekolah Persegaran VIP Pn. Arjunawaty Binti Mat Nawawi Pn.Siti Zaliha Binti Hussin Pn. Siti Nurizan Binti Jaafar Pn. Norasiah Binti Mohamad Persegaran Ibubapa Pn.Rozita Binti Mat Ali Pn.Siti Nurhafiza Binti Juhari Pn.Wan Hazirawati Binti Wan Hussin Pencatat Minit Pn. Nik Husni Binti Zamakhshaari Pn. Nasihah Binti Azmi Ustazah Norhafizah Binti Hassan Juru Gambar Dan Dokumentasi En. Wan Mohd Faizal Bin Wan Abdul Majid En. Muhamad Siddiq Aiman Bin Shari Bacaan Doa Ustaz Noorazman Bin Awang Hamat Pengacara Majlis Ustazah Nor Akrami Binti Samat @ Darawi Pn. Rosmaria Binti Mohd Zori Cenderamata, Hadiah Pn Surayah binti Ibrahim Pn.Nor Hasnah Binti Ab Razak JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48
5 Hiasan Pentas Dan Backdrop Pn. Rohani Binti Yaacob Pn. Nor Mariayati Binti Abdul Ghani En. Ab. Ghani BIkiri Bin Husain Pn. Noranizah Binti Mohd Nawi Ustaz Muhammad Farid Bin Rahmatan Pn. Nik Suhaida Binti Nik Ahmad Persembahan Cik Farrah Azlinda Binti Abdullah Pn. Arjunawaty Binti Mat Nawawi Pn. Sarirahmahrushah Binti Hussin En. Mohd Hafidzullah Amin Bin Abdul Malik Cabutan Bertuah Pn. Norhayati Binti Muhammad Pn. Zaleha Binti Mohamed Pn. Habibah Binti Ismail Cik Noriah Binti Zulkifli Kain Rentang Pn. Kamariah Binti Ab. Rahman @ Haron En. Zahari Bin Muhammad Kebersihan Semua Pekerja Sekolah Keselamatan(Parking) Jaga Sekolah Buku Program Cik Noriah Binti Zulkifli Ustaz Zunuwanis Bin Ibrahim Siaraya En. Zamzuri Bin Ibrahim YM Tuan Mohd Zaidi Bin Tuan Long Hussin
6
7 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN KUBOR (1) KALI KE-47 Tarikh : 28 Mei 2022 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Sri Pelangi SKPK 1 KEHADIRAN AJK KEHADIRAN IBU BAPA : 203 orang NAMA JAWATAN Encik Abd Razak bin Hussin Yang Dipertua PIBG Encik Nordin bin Ghani Naib Yang Dipertua PIBG Encik Mazlan bin Mat Penasihat Encik Ramli bin Ibrahim Ex Officio 1 Encik Muhammad Jazlan bin Yusoff Ex Officio 2 Encik Rozmi bin Mokhtar Ex Officio 3 Encik Zahari bin Muhammad Setiausaha Kehormat Pn. Nasihah binti Azemi Naib Setiausaha Kehormat Pn. Sarirahmahrusah binti Hussin Bendahari Kehormat Encik Ismail bin Hussin AJK Guru Pn. Surayah binti Ibrahim AJK Guru Cik Noriah binti Zulkifli AJK Guru Pn. Nik Husni binti Zamakhshari AJK Guru Encik Zulkifli bin Mat Ail AJK Ibu Bapa Encik Dasuki bin Din AJK Ibu Bapa Encik Wan Hassan bin Wan Ibrahim AJK Ibu Bapa Encik Shamedi bin Abdullah AJK Ibu Bapa Pn. Wan Yah binti Wan Ismail AJK Ibu Bapa Cik Farrah Azlinda binti Abdullah Pemeriksa Kira-kira 1 En. Mohd Zahanuddin bin Mohamed Pemeriksa Kira-kira 2
8 1. UCAPAN ALUAN TUAN PENASIHAT PIBG 1.1 Guru besar memaklumkan konsep baharu Sekolah Sejahtera telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memberikan penekanan terhadap nilai murni menerusi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Konsep yang tidak membebankan guru dan semulajadi ini bertujuan kearah pembentukan budaya amalan baik di sekolah oleh guru dan murid. 1.2 Beliau turut memaklumkan sekolahku SEJAHTERA bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat. Akronim dari SEJAHTERA yang membawa maksud Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati diri, Adab sopan, Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan Artikulasi memerlukan kerjasama ibu bapa dan dilaksanakan secara holistik. 1.3 Beliau turut menegaskan bahawa kecemerlangan anak-anak bermula dari rumah dan ibu bapa merupakan guru pertama kepada anak-anak. Didikan dengan mengutamakan nilai-nilai murni dapat mengelakkan daripada gejala negatif. Justeru itu, adalah tidak adil apabila tanggungjawab mendidik dilepaskan kepada guru sepenuhnya. 1.4 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG (YDP PIBG), Encik Abd Razak bin Hussin kerana menerajui PIBG dan sentiasa berusaha untuk pembangunan sekolah bagi.
9 1.5 Beliau turut menyatakan bagi meningkatkan keceriaan sekolah dan menjadikan sekolah sebagai “second home” yang kondusif dan murid seronok apabila berada di sekolah, pihak sekolah memerlukan dana bagi tujuan membina laluan berbumbung dari pintu pagar hingga ke bangunan yang berukuran 200 meter. Pembinaan laluan ini memerlukan kos yang dianggarkan sebanyak RM 25,000.00. Pembinaan laluan ini masih dalam proses mendapatkan sumbangan dan dana dari orang ramai termasuk ibu bapa sendiri. 1.6 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah telah mengenalpasti murid-murid yang bermasalah membaca. Seramai 55 orang murid bermula tahun dua hingga enam dan pihak sekolah telah mengambil inisiatif menggunakan buku Bacalah Sayang bagi membantu mereka. Usaha murni ini mengambil masa dua bulan bagi mendapatkan hasil yang diinginkan iaitu murid terlibat telah boleh membaca. Beliau turut mengharap agar lebih banyak program boleh dilaksanakan untuk murid SKPK1. 1.7 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Zulkifli bin Abdullah dan semua hadirin yang hadir. Mesyuarat tidak dapat dilaksanakan tanpa kehadiran semua. 2.0 UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 2.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia(YB) Datuk Haji Zulkifli bin Abdullah (Pengerusi Yayasan Al Busyra), Encik Mazlan bin Mat (Guru Besar SK Pengkalan Kubor 1), Encik Zulkifli bin Mail (wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat, Naib yang Dipertua(NYDP) PIBG, Encik Nordin bin Ghani, barisan para pentadbir, guruguru kanan, para guru dan ibu bapa ke mesyuarat Agong PIBG kali Ke 47.
10 2.2 Beliau bersyukur pihak sekolah dan PIBG dapat mengadakan mesyuarat pada secara bersemuka dan menyatakan PIBG merupakan saluran yang betul dan paling baik untuk berkongsi permasalahan yang dihadapi dengan pihak sekolah. 2.3 Beliau menyatakan Ibu bapa zaman sekarang merupakan ibu bapa yang cerdik namun masih ada yang suka menghebahkan sesuatu isu ketidakpuasan hati melalui medium Facebook dan Tik Tok. Beliau berharap ibu bapa di sekolah ini tidak bertindak sedemikian kerana sebarang masalah dapat diselesaikan mengikut saluran yang betul dan berhemah. 2.4 Beliau turut menambah selaku YDP, beliau mengharapkan agar ibu bapa dapat memberikan cadangan yang baik serta menjaga keaiban kita dan jangan sesekali membuka keaiban sendiri. 3.0 UCAPAN WAKIL PPD TUMPAT EN. ZULKIFLI BIN MAT AIL 3.1 Encik Zulkifli bin Mat Ail selaku wakil PPD dan AJK ibu bapa bersyukur, mesyuarat kali ini berjaya dilaksanakan. Beliau menyampaikan amanat Ketua Pengarah Pendidikan Daerah (KPPD) yang tidak dapat hadir kemesyuarat ini. 3.2 Beliau memaklumkan pesanan dari KPPD agar segala idea ibu bapa untuk sekolah diharapkan boleh mendatangkan kebaikan untuk semua. 3.3 Beliau memaklumkan segala sebutan tentang yuran sudah tiada. Semua yuran murid telah dibayar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Semua sumbangan lain yang diputuskan dalam mesyuarat PIBG dan segala keputusan perlu diputuskan dalam Mesyuarat Agung PIBG. Oleh sebab itu, keputusan berkenaan sumbangan PIBG untuk tahun hadapan diputuskan pada mesyuarat hari ini.
11 3.4 Beliau turut memaklumkan berkenaan bantuan kerajaan untuk murid sekolah yang layak iaitu Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150.00 dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Semua bantuan dihantar terus kepada pihak sekolah dan pihak PPD hanya membantu menguruskan wang tersebut. Sehubungan itu, ibu bapa diminta hadir sendiri semasa menerima wang bantuan tersebut kecuali mempunyai surat tetapi bersyarat iaitu tidak boleh menuntut dua kali dan murid juga tidak boleh menuntut. 3.5 Beliau berpesan supaya ibu bapa cakna dan memastikan anak-anak hadir dan pulang dari aktiviti ko kurikulum mengikut masa yang ditetapkan. Patuhi masa mengikut surat yang telah dikeluarkan oleh pihak sekolah. Jika anak mempunyai penyakit yang kritikal serta tidak dapat menyertai aktiviti ko kurikulum, sila maklumkan kepada guru ataupun pihak sekolah. 3.6 Beliau memohon supaya ibubapa mengisi maklumat dengan betul bagi permohonan bantuan pakaian seragam kepada golongan B40 mengikut pendapatan dalam borang Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Pendapatan RM3,000.00 atau perkapita RM110.00 layak diberi bantuan. Pemilihan berdasarkan maklumat dalam APDM, jadi pastikan semua maklumat anak-anak di sekolah rendah mahupun sekolah menengah sama. Jika tidak akan menimbulkan masalah. 3.7 Beliau selaku AJK dan PPD berharap dapat memberi sumbangan kepada ibu bapa dan guru. Sebarang masalah jangan diviralkan
12 4.0 UCAPAN PERASMIAN OLEH DATUK ZULKIFLI BIN ABDULLAH 4.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis, wakil PPD Guru Besar, YDP PIBG, yang juga merangkap AJK ibu bapa, NYDP serta sahabatsahabat yang lain. Harapan beliau agar semua ibu bapa yang hadir pada hari ini agar dapat menunggu sehingga mesyuarat selesai. 4.2 Beliau berharap ibu bapa melibatkan diri dalam memberi pandangan kepada pihak sekolah agar anak-anak menjadi lebih cemerlang. Jangan bersikap seperti melepaskan “batuk di tangga” kerana cabaran yang agak besar apabila berada di sekolah yang mempunyai bilangan murid yang ramai dan agak nakal. 4.3 Beliau turut berharap ibu bapa mengorbankan diri sekiranya ingin melihat kecemerlangan anak-anak kerana semua ibu bapa mempunyai hasrat agar anak-anak mencapai kejayaan. Terutama ketika anak-anak masih berada di peringkat sekolah rendah dan sebuah kejayaan bukanlah mudah untuk dicapai. 4.4 Beliau menasihati supaya ibu bapa dapat menjaga puasa, bersahur, bertahajud dan melakukan amalan yang baik pada bulan puasa kerana amat besar ganjarannya. Dunia ini merupakan tempat ujian. Ibu bapa yang solat akan membentuk anak-anak yang baik. Ibu bapa yang terlebih dahulu perlu mencipta kejayaan. 4.5 Perasmi menyatakan kejayaan kita sebagai ibu dan bapa perlu diterjemahkan kepada anak-anak kerana diri kita, sikap kita dan akhlak kita diperhatikan oleh anak-anak. Hendaklah yakin, perkara ini jika ibu dan bapa lakukan, akan menyumbang lima peratus kepada pembentukan sahsiah anak-anak.
13 4.6 Beliau meminta ibu bapa agar dapat mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang taat dengan menunjukkan sikap yang baik dan berbakti kepada kedua ibu bapa . Anak derhaka tidak selamat banyak perkara. Taat kepada ke dua ibu bapa dan bersedekah merupakan dua faktor paling utama yang refleksinya dapat untuk lihat diri kita dan anak-anak berjaya. Usah menunggu sehingga mempunyai 200 ribu atau 300 ribu baru hendak bersedekah. Mulakan walaupun sedikit. 4.7 Demi murid-murid dan ibu bapa di SKPK 1, beliau berbesar hati memberi sumbangan sebanyak RM5000.00. Dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim” beliau merasmikan mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 pada jam 10.00 pagi. 5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 dan 46 SESI 2020-2021 5.1 Setiausaha PIBG iaitu Encik Zahari bin Muhammad membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 dan 46 dengan meminta hadirin merujuk Buku Mesyuarat Agung kali ke-45 dan 46 . 5.2 Yang Dipertua, Ustaz Abd Razak bin Hussin meminta sidang mesyuarat mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan disahkan. Minit mesyuarat Agung kali 45 dan 46 disahkan oleh Encik Aziz bin Yusof dan disokong oleh Encik Mohamad bin Daud. 6.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT- Tiada perkara berbangkit
14 7.0 MEMBENTANGKAN AMAUN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG/BAYARAN TAMBAHAN 2022 7.1 Guru Besar mengemukakan cadangan untuk mengekalkan kutipan sumbangan sebanyak RM30 bagi sebuah keluarga setahun. 7.2 Beliau memaklumkan senarai harga buku aktiviti tambahan, lembaran kerja dan buku transisi tahun 2022 sebagaimana jadual di bawah. JADUAL 1 – Senarai Buku Aktiviti Atau Transisi Bagi Murid Pada Tahun 2022 7.3 Semua ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju dengan jumlah sumbangan sebanyak RM30 bagi sebuah keluarga setahun dan bayaran buku aktiviti tambahan/lembaran kerja& Transisi mengikut tahun. * RM 2.00 untuk bayaran PAJSK & IQ-NILAM masing-masing dibayar terus kepada Kedai Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah(PSS)-bagi murid yang belum ada buku berkenaan. Perkara Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Sumbangan PIBG RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 Buku Aktiviti Tambahan/ Lembaran Kerja & Transisi RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM60.00 RM60.00 RM80.00 Jumlah RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM90.00 RM90.00 RM110.00 * RM 2.00 untuk bayaran PAJSK & IQ-NILAM masing-masing dibayar terus kepada Kedai Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah(PSS)-bagi murid yang belum ada buku berkenaan.
15 8.0 MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN PIBG SK PENGKALAN KUBOR 1 BERAKHIR 31 DISEMBER 2020 8.1 Puan Sarirahmahrusah binti Hussin selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan penerimaan dan pengeluaran PIBG SKPK 1 2021/2022, (Rujuk muka surat 17) PENYATA KEWANGAN PIBG SKPK (1) 31 DISEMBER 2019 BIL. WANG MASUK JUMLAH 1 BAKI BERAKHIR 31.12.2018 12,827.62 2 SUMBANGAN IBU/BAPA/PENJAGA 2019 13,560.00 3 SUMBANGAN IBU/BAPA//PENJAGA PADA MAT KE -44 1,211.00 4 SUMBANGAN HAMBA ALLAH 150.00 JUMLAH 27,748.62 BIL. WANG KELUAR JUMLAH 1 MOTIVASI KEIBUBAPAAN MURID 765.00 2 DIARI JPN/2019 60.00 3 MESYUARAT AGUNG PIBG KE-44 1,885.00 4 HADIAH KECEMERLANGAN UPSR 2018 800.00 5 CENDERAHATI PENGAWAL KESELEMATAN 600.00 6 MESYUARAT AJK 180.00 7 PAYUNG & KHEMAH RUANG ILMU 670.00 8 KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH & PPDT 680.00 9 CAT & BERUS 100.00 10 MAJLIS SOLAT HAJAT & RESTU ILMU 620.00 11 PROGRAM OUTRECH PEMULIHAN KHAS 150.00 12 LAWATAN MURID KE PULAU PINANG 450.00 13 SUMBANGAN TABUNG MAJLIS GURU BESAR ZON PENGKALAN KUBOR 200.00 14 SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 1000.00 15 INSENTIF UPSR 2019 630.00 16 PROGRAM JOM KE SEKOLAH & KEHADIRAN 1,350.00 17 PERTUKARAN & PERSARAAN 550.00 18 DERMA PELBAGAI 830.00 19 MAJLIS KECEMERLANGAN AKADEMIK,KOKURIKULUM, NILAM & KAFA 1,370.00 20 RESIT PIBG 120.00 JUMLAH 13,010.00 BAKI 14,738.62
16 PENYATA KEWANGAN PIBG SKPK (1) 31 DISEMBER 2020 BIL WANG MASUK JUMLAH 1 BAKI BERAKHIR 31.12.2019 14,738.62 2 SUMBANGAN IBU/BAPA/PENJAGA 2020 13,110.00 JUMLAH 27,848.62 BIL WANG KELUAR JUMLAH 1 MOTIVASI KEIBUBAPAAN & MURID TAHUN 6 330.00 2 KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 670.00 3 PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS 218.00 4 PROGRAM KEHADIRAN KE SEKOLAH & INSENTIF 1,000.00 5 PROGRAM OUTRECH PEMULIHAN KHAS 150.00 6 MESYUARAT AJK 83.00 7 PERTUKARAN DAN PERSARAAN 488.00 8 SUMBANGAN TABUNG MAJLIS GURU BESAR ZON PENGKALAN KUBOR 200.00 9 BUKU RESIT PIBG 240.00 10 THERMOMETER / IMBAS SUHU 940.00 11 CENDERAHATI PENGAWAL KESELAMATAN 600.00 12 MAJLIS KWAMP 150.00 13 DERMA PELBAGAI 660.00 14 SUMBANGAN TABUNG MSSD ZON PENGKALAN KUBOR 200.00 JUMLAH 5,929.00 BAKI 21,919.62 8.2 Penyata kewangan PIBG SK Pengkalan Kubor 1 dari 1 Januari 2019 berakhir pada 31 Disember 2020 telah diterima. Pencadang : Encik Zulkifli bin Mat Ail Disokong oleh : Encik Mohd Nordin bin Ghani. MAKLUMAN : Sidang mesyuarat
17 9.0 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL 9.1 Usul 1 diterima daripada Puan Ruziah Hassan. Beliau meminta agar ibu bapa diberi kebenaran supaya boleh memasuki kawasan sekolah semasa Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA). Maklumbalas: Guru besar memaklumkan, ibu bapa hanya dibenarkan memasuki kawasan sekolah setakat di pondok Jaga sahaja. Larangan ini untuk keselesaan semua kecuali jika ada kes-kes tertentu. 9.2 Usul 2 diterima daripada Encik Abd Raman Talib. Beliau minta perhatian guru-guru KAFA supaya menjaga bakul makanan murid-murid. Maklumbalas: Guru besar akan memaklumkan perkara ini kepada guruguru KAFA untuk tindakan. 9.3 Usul 3 diterima daripada Puan Siti Nurfatihah. Beliau meminta agar penghantaran makanan untuk kelas KAFA dihantar kepada murid. Maklumbalas: Guru besar memaklumkan agar makanan tinggal di pondok pengawal. 9.4 Usul 4 diterima daripada Puan Roshida Ismail. Beliau mengusulkan agar kelas KAFA dimulai jam 1.30 agar ibu bapa dapat mengambil beg sekolah sesi pagi dan dapat mengurangkan beban berat beg terutama murid tahun 1. Maklumbalas: Guru besar memaklumkan akan berbincang terlebih dahulu tentang perkara ini.
18 9.5 Usul 5 diterima daripada Encik Mohd Hanif Azmin. Beliau mengusulkan kelas KAFA balik pukul 4.00 petang. Maklumbalas: Guru besar memalumkan, waktu balik kelas KAFA terikat dengan dengan jadual Jabaran Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pihak sekolah tidak boleh buat apa-apa. 9.6 Usul 6 diterima daripada Puan Masitah Jusoh. Beliau mengusulkan agar masalah KAFA dipendekkan masa. Maklumbalas: Guru besar memaklumkan jawapan sama seperti usul kelima. 9.7 Usul 7 diterima daripada Encik Muhd Amir Ghani. Beliau mengusulkan agar masa kelas KAFA bagi murid tahun satu dimansuhkan atau dipendekkan masa. Maklumbalas: Guru besar memaklumkan jawapan sama seperti usul kelima. 9.8 Usul 8 diterima daripada Puan Nurul Fatihah Adwan. Beliau mengusulkan agar dipendekkan masa kelas KAFA lebih awal seperti bulan Ramadhan di mana murid balik pukul 3.15 petang. Kesian anak-anak penat dan stress. Sehari di sekolah, petang ada kelas mengaji, kerja sekolah lagi. Tidak siap cikgu marah. Anak-anak tidak ada masa dan penat. Minta dibincangkan masalah ini. Maklumbalas: Guru besar akan memaklumkan kepada guru-guru untuk beri pertimbangan jika murid tidak siap kerja sekolah.
19 9.9 Usul 9 diterima daripada Encik Mohd Fadil (Tidak hadir). Beliau mengusulkan agar murahkan sedikit sumbangan PIBG. Maklumbalas: Guru besar memaklumkan, sumbangan PIBG bukanlah yuran. RM30.00 merupakan sumbangan bagi sebuah keluarga. Beliau menambah semua ibu bapa telah bersetuju dengan nilai tersebut dan mampu dibayar oleh ibu bapa SKPK 1. 9.10 Usul 10 diterima daripada Puan Nik Hasitah (Tidak hadir). Beliau mengusulkan meja murid dibalut supaya lebih selesa dan pakaian sekolah tidak kotor dan kelas harus bersih dan dihias dengan cantik. Maklumbalas: Guru besar memaklumkan, bahawa usul ini melibatkan kewangan dan akan dibincangkan dalam mesyuarat PIBG supaya dapat setiap kelas mendapat sumbangan sebanyak RM50.00. 9.11 Usul 11 diterima daripada Puan Siti Suaidah. Beliau mencadangkan agar guru-guru whatssapp segala kerja sekolah. Maklumbalas: Guru besar memaklumkan, terpulang kepada guru mata pelajaran memandangkan setiap guru mempunyai banyak kelas untuk diajar. Perkara ini perlu dibincang dengan guru.
20 9.12 Usul 12 diterima daripada Encik Hanapi Hussin. Beliau mengusulkan agar memperbanyakkan lagi garaj menunggu ibu bapa. Maklumbalas: Guru besar mengucapkan terima kasih kepada YDP kerana pada bulan puasa tahun lepas telah memberikan sebuah pondok menunggu yang bernilai RM5,500.00. Pembinaan garaj akan melibatkan kos kewangan dan lokasi. Terdapat empat buah garaj di luar pagar sekaran ini, namun masih ada ruang untuk pembinaan garaj baharu yang kosong. Oleh yang demikian, guru besar mengalu-alukan ibu bapa memberi sumbangan untuk membina garaj yang baharu. 9.13 Usul 13 diterima daripada Puan Julieanie Ishak. Beliau mengusulkan agar disediakan kotak bagi setiap murid dalam kelas walaupun penyediannya menggunakan duit ibu bapa (untuk meletak buku). Maklumbalas: Guru besar memaklumkan, pihak sekolah telah membuat jadual waktu kelas yang baharu. Kelas tahun 1, 2 dan 3 hanya melibatkan 4 hingga 5 mata pelajaran sahaja sehari. Beliau yakin, buku yang di bawa oleh murid setiap hari tidak banyak. Jadi, tiada keperluan untuk menyediakan kotak lagi. 9.14 Usul diterima daripada Encik Muhd Nasrul. Beliau mengusulkan agar mencantikkan lagi kawasan sekolah. Maklumbalas: Guru besar memaklumkan bahawa perkara ini dalam pertimbangan. Pihak sekolah akan cuba menambah baik lagi persekitaran sekolah agar sedap mata memandang.
21 10.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 10.1 Sidang mesyuarat bersetuju tiada pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022 11.0 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 11.1 Tiada pemilihan( semua ahli mesyuarat bersetuju agar AJK yang lepas dikekalkan ) 12.0 HAL-HAL LAIN 12.1 Encik Aziz bin Yusof mencadangkan makanan untuk murid-murid kelas KAFA diletakkan di atas meja yang sesuai. 12.2 Guru besar memaklumkan akan cuba perbaiki dan memperbesarkan sedikit tempat letak makanan agar lebih selesa. 12.3 Guru besar memaklumkan kepada ibu bapa, sumbangan PIBG yang telah dipersetujui pada 2022/2023, pungutan awal akan dibuat pada tahun 2023. Surat akan dikeluarkan dan dimaklumkan juga melalui whatssapp tanpa menunggu keputusan dibuat pada mesyuarat agung PIBG tahun 2023. Kutipan awal dibuat bagi tujuan menjalankan aktiviti sekolah yang memerlukan dana PIBG. Semua ibubapa sebulat suara telah bersetuju. 12.4 Setiausaha PIBG memaklumkan akan menjadikan kawasan sekolah sebagai dusun buah-buahan memandangkan kawasan sekolah yang luas. Minta ibu bapa yang mempunyai baka buah-buahan yang baik memberi sumbangan kepada pihak sekolah. 12.5 Bendahari PIBG mohon agar bayaran sumbangan PIBG ditangguh sementara dan kutipan akan bermula selepas cuti sekolah.
22 12.6 YDP PIBG mohon persetujuan ibu bapa untuk menjadikan murid-murid SKPK 1 yang kematian ibu bapa (miskin) sebagai anak angkat. Muridmurid ini akan diberi bantuan dan pembiayaan sewajarnya ketika memerlukan. 13.0 UCAPAN PENANGGUHAN 13.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang hadir pada mesyuarat hari ini. Mesyuarat ini disudahi dengan bacaan surah Al-Asr dan tasbih kafarah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.55 tengah hari. Minit mesyuarat disediakan oleh, Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh, (ZAHARI BIN MUHAMMAD) ( ABD RAZAK BIN HUSSIN ) Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG SK Pengkalan Kubor 1 SK Pengkalan Kubor 1 Sesi 2021 – 2022 Sesi 2021 – 2022 PENCATAT 1. Puan Siti Zaliha binti Hussin 2. Puan Habibah binti Ismail 3. Puan Rafidah binti Mohd Nawi
23 PENYATA KEWANGAN PENERIMAAN DAN PENGELUARAN PIBG SK PENGKALAN KUBOR 1 2022/2023 BIL WANG MASUK JUMLAH BIL WANG KELUAR JUMLAH 1 BAKI BERAKHIR (21.3.2022) 27,421.62 1 MESYUARAT AGUNG PIBG KE 47 1460.00 2 SUMBANGAN IBU/BAPA/PENJAGA (29 MEI 2022 HINGGA 18 MAC 2023) 14,370.00 2 HADIAH KECEMERLANGAN UPKK 1550.00 3 SUMBANGAN IBUBAPA UNTUK TABUNG MAPIBG KALI KE 47 840.00 3 SAGUHATI PENGAWAL KESELAMATAN 600.00 4 SUMBANGAN DATUK ZULKIFLI 5,000.00 4 MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 425.00 5 SUMBANGAN HAMBA ALLAH 2,142.88 5 BUKU RESIT 69.00 6 PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 1,500.00 7 PERTUKARAN DAN PERSARAAN 659.00 8 DERMA DAN SUMBANGAN PELBAGAI 939.00 9 KHAIRAT KEMATIAN 400.00 10 SUMBANGAN TABUNG MGB ZON PENGKALAN KUBOR 2022/23 150.00 11 JERSI BOLA DAN BOLA JARING 1,000.00 12 KELENGKAPAN PAKAIAN PASUKAN TARIAN DAN NASYID 2,000.00 13 HADIAH PROGRAM KESIHATAN GIGI 150.00 14 SET PERALATAN SIARAYA 2,200.00 15 TEMASYA SUKAN SKPK1 2,000.00 16 PERSEGARAN PELAJAR HARI SUKAN NEGARA 164.70 17 BAYARAN GURU GANTI PRA 150.00
24 PENYATA KEWANGAN PENERIMAAN DAN PENGELUARAN PIBG SK PENGKALAN KUBOR 1 2022/2023 BIL WANG MASUK JUMLAH BIL WANG KELUAR JUMLAH 18 MAJLIS APRESIASI PELAJAR 2,000.00 19 PERSEGARAN MESYUARAT AJK PIBG 400.00 20 CAT TAMBAHAN PAGAR SEKOLAH 1,500.00 21 BAIK PULIH DAN NAIK TARAF PENTAS DEWAN PELANGI 3,000.00 PERBELANJAAN 22,316.70 BAKI 27,457.80 JUMLAH 49,774.50 JUMLAH 49,774.50 Disediakan oleh : Disemak oleh: PN.SARIRAHMAHRUSAH BINTI HUSSIN CIK FARRAH AZLINDA BINTI ABDULLAH ( Bendahari PIBG ) ( Pemeriksa Kira-Kira 1) Disemak oleh: Disahkan : EN. MOHD ZAHANUDDIN BIN MOHAMED ENCIK ABD RAZAK BIN HUSSIN ( Pemeriksa Kira-Kira 2 ) ( Pengerusi PIBG )
25 USUL PIBG SK PENGKALAN KUBOR 1 SESI 2023/2024 BIL NAMA PENJAGA NAMA ANAK DAN KELAS USUL 1 1. Hasanudin 2. Aiman Bin Zakaria 3. W. Amalina binti W. Daud 4. Azman bin Zakaria 5. Nurhidayah 6. Wan Suria 1. Hafizuddin 5P 2. Muhd Zaim Hadir 3C 3. M. Fawwaz Uzair bin Mahadi 4B 4. Nik Nur Madihah 6C 5. Qurratul Ain 3B 6. Tuan Mohd Hadeef 2B Mohon disediakan tempat menyimpan buku sekolah kerana jadual padat dan beg terlalu berat. 2 1. Mohd Zubaidi bin M. Hasan 2. Cik Noor Aziemah 3. Siti Aishah Shakri 4. N. Siti Norazilah 5. Siti Su’aidah 1. Muhammad Aqif 1B 2. Azzahra Humaira 1B 3. M. Aqif Mumin Zaidi 1P 4. Nur Zandra Raifa binti Azuwan 2C 5. Ahmad Aswad Assufi 3B 1. Mohon sekolah mengambil berat dengan menhadkan penyediaan dan penjualan makanan jenis segera(fast food) dan jajan(makanan ringan) di kantin sekolah. Tingkatkan penjualan makanan sihat dan berkhasiat demi kesihatan anak murid. 3. 1. Mohd Hazri Effendi 2. Siti Aishah Shakri 3. Fazlin 4. Nurhidayah 5. Ezazailati binti Zakaria 6. Nor Amalina Dyana 7. Abdul Fatah 8. Surya binti Mohd Raffi 1. Nor Amalin 1B 2. M. Aqif Mumin Zaidi 1P 3. Arinna Insyirah 1C 4. Qurratul Ain 3B 5. Nurul Farahiyah 3C 6. Tuan Muhd Zarith Rafiqie 7. Sohidi Nasri 5M 8. Nur Ulyana 1P 1. Mohon pihak sekolah memberikan kelonggaran kepada ibu bapa untuk menghantar makanan semasa kelas KAFA. 4. Haris bin Abdullah - 1. Waktu balik sekolah diselaraskan. 5. Fazlin Arinna Insyirah 1C 1. Buku teks yang diberikan kepada murid rosak.
26 6. Nor Fazlinda Nur Fakhira Inani 3C 1. Mengekalkan pakaian sukan atau KOKU di sekolah pada musim panas ini. 7. Norhariza binti Abdullah Muhammad Haziq Fikri 1. Pihak sekolah menyediakan kotak/tempat sumbangan pakaian sekolah yang masih elok/preloved untuk kegunaan murid yang memerlukan seperti baju juara, baju KOKU, pakaian seragam sekolah,tali leher, kasut dll) 8. N. Siti Norazilah Nur Zandra Raifa binti Azuwan 2C 1. Menambah kipas di dalam kelas 9. Mohd Sabri bin Harun Nur Aufa 1C 1. Mohon borang yang disediakan oleh pihak sekolah menggunakan kertas bersaiz A4. 10. 1. Siti Aklima 2. Wan Suria 3. Noraini binti Ghazali - Tuan Mohd Hadeef 2B Putri Nur Zahrah Balqis 5C 1. Makanan yang dijual dikantin kurang memuaskan (rungutan anak) 2. Makanan di kantin tidak sedap 11. 1. Mohd Zaini bin Ramli 2. Kasmah binti Musa 3. Noorizimah binti Che Ibrahim 4. Noraini binti Ghazali 1. Aisyah Syakirah 2B 2. Nur Zaqiesya 6B 3. Nur Amalina damia 5B 4. Putri Nur Zahrah Balqis 5C 1. Mohon menu di kantin ditukar dan diperbaiki dari masa ke semasa.
27 12 Muhd Shafie bin Abdullah Muhammad Anas 2B 1. Perlu kerap mengadakan perjumpaan bersama ibubapa bagi memaklumkan prestasi anak-anak. 2. Menganjurkan rombongan/lawatan yang berkonsepkan pendidikan untuk murid seperti ke ZOO, Universiti dan lain-lain. 13. Nornida binti Kipali Nur Danisya Ayunie 5P 1. Menurunkan harga air minuman di kantin 14. Abdul Hamid bin Ahmad Anis Maisarah 6P 1. Mohon pihak sekolah berikan cara untuk meningkatkan penguasaan mata pelajaran Matematik, English di rumah supaya pembelajaran bukan hanya di sekolah sahaja. 15. Abdul Fatah Sohidi Nasri 5M 1. “Spot Check “beg murid 16. Rahayaizi binti Ibrahim Ainur Arissan 6P 1. Pihak sekolah mengadakan kelas pemulihan kepada murid yang lemah 3M(membaca,menulis dan mengira) 17. Faridah binti Jaafar Muhammad Adnin Naim 1B 1. Guru menyediakan kerja rumah untuk anak-anak ketika musim cuti sekolah 2. Penyediaan bekalan untuk anak-anak pada waktu KAFA dibincangkan semula.
28 Bil Nama Jawatan Kehadiran/Tarikh 13.3.23 22.5.23 11.6.23 1 En. Abd Razak bin Hussin YDP PIBG / / / 2 En. Nordin bin Ghani NYDP PIBG / / / 3 En. Mazlan bin Mat Penasihat / / / 4 En. Ramli bin Ibrahim Ex Officio 1 / / / 5 Pn. Fatmawati Binti Abdul Satar Ex Officio 2 / / / 6 Encik Rozmi bin Mokhtar Ex Officio 3 7 Encik Zahari bin Muhammad Setiausaha Kehormat / / / 8 Pn. Nasihah binti Azemi Naib Setiausaha Kehormat / / / 9 Pn. Sarirahmahrusah binti Hussin Bendahari Kehormat / / / 10 Pn. Surayah binti Ibrahim AJK Guru / / / 11 Cik Noriah binti Zulkifli AJK Guru / / / 12 Pn. Nik Husni binti Zamakhshari AJK Guru / / 13 Encik Zulkifli bin Mat Ail AJK Ibu Bapa / 14 Encik Dasuki bin Din AJK Ibu Bapa / / / 15 Encik Wan Hassan bin Wan Ibrahim AJK Ibu Bapa / / / 16 Encik Shamedi bin Abdullah AJK Ibu Bapa 17 Pn. Wan Yah binti Wan Ismail AJK Ibu Bapa / 18 Cik Farrah Azlinda binti Abdullah Pemeriksa Kirakira 1 / / / 19 En. Mohd Zahanuddin bin Mohamed Pemeriksa Kira-kira 2 / KEHADIRAN AJK PIBG KE MESYUARAT
JAWATAN NAMA AHLI PENASIHAT EN. MAZLAN BIN MAT (GURU BESAR SK PENGKALAN KUBOR 1) YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA WAKIL IBU BAPA: 1. 2. 3. 4. 5. WAKIL GURU: 1. 2. 3. 4. 5. PEMERIKSA KIRA-KIRA WAKIL IBU BAPA: WAKIL GURU: 29
30 ❖ Perusahaan Budu Cap Ketereh ❖ Stesen Minyak SHELL ❖ En. Nordin bin Ghani ❖ En. Mohd. Izmul Hakimee B. Yaacob ❖ En. Mazlan Bin Mat (Guru Besar) ❖ En. Zulkifli bin Mat Ail ❖ Kontraktor Kebersihan ❖ Kantin Sekolah ❖ Bumi Wan Enterprise ❖ BOSSKU SHOP ❖ Kedai Kak Lah Kepala Ikan Merah ❖ Sri GTG ❖ SUKSESS ❖ MOFAH RESOURCES Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada penaja-penaja yang telah memberikan sumbangan wang ringgit dan hadiah untuk cabutan bertuah kali ini:
kepada : • Semua guru, ibu bapa / penjaga yang sudi hadir serta menjayakan majlis ini. • Semua dermawan yang sudi menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan semua program PIBG bagi sesi 2022/2023. • Semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. • Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis yang penuh dengan usaha permuafakatan ini. PIBG SK Pengkalan Kubor 1 mengucapkan