BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAKWIM SEKOLAH 2023/2024 PROGRAM TAHUNAN SEKOLAH PROGRAM BULAN Hari Orientasi MAC Hari Watikah Perlantikan APRIL Pelancaran program Nilam MEI Program Ziarah Cakna APRIL Minggu Sains & Karnival Sains MEI Latihan Kebakaran JUN Merentas Desa MEI Minggu Matematik SEPTEMBER Sambutan Hari Guru MEI Sambutan Hari Jadi Fasa 1 JUN Program Anti Dadah JULAI Kejohanan Olahraga JULAI Sambutan Hari Kemerdekaan OGOS Minggu Panitia Kemanusiaan (PJPK, Muzik & Seni) OGOS Minggu Panitia Kemanusiaan (RBT, SEJARAH & P.MORAL) OGOS Vinayagar Chaturthi SEPTEMBER Kalaimagal Vizha OKTOBER Sambutan Perayaan Deepavali NOVEMBER Lawatan JUN Sambutan Hari Jadi Fasa 2 DISEMBER Sambutan Perayaan Ponggal JANUARI 2024 Penyampaian Hadiah FEBRUARI 2024 Jamuan Perpisahan & Jamuan Perpisahan Tahun 6 FEBRUARI 2024 SJK (T) LADANG KATI, SAUK
TAHUN 2023 JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2023
JADUAL GAJI 2023 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SJK (T) LADANG KATI, SAUK JADUAL GAJI 2023
TAHUN 2023 BANTUAN GRAN PER KAPITA (PCG) 2023
BANTUAN GRAN PERKAPITA BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SJK (T) LADANG KATI, SAUK PCG 2023 BIL JENIS PERUNTUKAN PERUNTUKAN JUMLAH 1 i) BANTUAN SUKAN SEKOLAH SPK 1/2021 RM 84.00 RM 154.56 1 ii) SUKAN TAHUNAN SEKOLAH – SPK 1/2021 RM 70.56 2i) BKKS (BANTUAN KOKURIKULUM) – SPK 1/2021 168.00 RM 203.28 2ii) KOKURIKULUM TAMBAHAN – SPI 1/2021 35.28 3 PCG PSS RM 840.00 BIMBINGAN KAUNSELING RM 210.00 RM 3748.92 LPBT/LPK RM 2646.00 4 PCG – TERAS 1 1600 X 42% = RM 672 672.00 X 60% = 403.20 a) SAINS b) MATEMATIK c) B.INGGERIS RM 161. 28 (40%) RM 120.96 (30%) RM 120.96 (30%) RM 403.20 5 672.00 X 40% = 268.80 i) B.MELAYU ii) B.TAMIL iii) PEND.MORAL RM 89.60 RM 89.60 RM 89.60 RM 268.80 6 i) SEJARAH SPK 1/2021 i) KERTAS UJIAN DALAMAN SPK 1/2021 i) PENDIDIKAN ISLAM/MORAL SPK 1/2021 RM 336.00 RM 70.56 RM 70.56 PCG – TERAS 2 1176 a) PEND.MUZIK b) PEND.SENI c) PJPK d) RBT RM 294 RM 294 RM 294 RM 294
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2023 SENARAI TUGAS STAF SEKOLAH
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SENARAI TUGAS GURU BESAR PENGURUS KERJA IKHTISAS SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Penyelia dan pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dan diselaraskan daripada polisi Kementerian Pendidikan dan objektif Pendidikan Negeri dan negara. 2. Menentukan sasaran sekolah, merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, jadual waktu, penugasan guru dan sebagainya. 3. Menentukan kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-buku pelajar. 4. Menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-data untuk perancangan dan tindakan susulan. 5. Menyelia proses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekod guru atau perbincangan dengan guru. 6. Memeriksa buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatan kurikulum dari masa ke semasa. 7. Menentukan polisi untuk aktiviti ko-kurikulum 8. Membaca dan meneliti laporan kegiatan ko kurikulum serta memberi nasihat dan bimbingan kepada guru dan murid. PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID 1. Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh. Mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujukkan oleh Badan Disiplin, berjumpa dengan ibubapa dan penjaga, guru ko-kurikulum dan sebagainya. 2. Melaksanakan projek-projek khas seperti pdpc, menyelia dan menilai keberkesanannya. 3. PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN ( MANAGEMENT AND DEVELOPMENT)
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SENARAI TUGAS GURU BESAR MURID-MURID SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Menyelia pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid. 2. Menyelia buku jadual kedatangan murid. 3. Menyelia pemberian bantuan kepada murid-murid. 4. Menyelia Skim Pinjaman Buku Teks serta menentukan polisi dan senarai pelajar yang layak dan tidak layak. 5. Menentukan polisi berkaitan dengan peperiksaan awam seperti menentukan mata pelajaran yang akan diambil oleh murid. 6. Menyemak dan menandatangani sijil berhenti sekolah dan surat akuan. 7. Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna supaya wujud tahap kesihatan yang tinggi di kalangan murid. 8. Bertanggungjawab ke atas pembuangan dan penggantungan murid-murid. 9. Bertanggungjawab ke atas keselamatan murid di sekolah. PENGURUSAN PERSONEL 1. Menentukan pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke dalam jawatan berpencen dan jenis cuti kakitangan sekolah. 2. Menolong kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja. 3. Menentukan tugasan dan bidang kerja (development of staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang tahun. 4. Mengambil tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidang kuasanya. 5. Menjaga kebajikan kakitangan.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SENARAI TUGAS GURU BESAR KEWANGAN SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekod akaun, laporan kewangan dan punca-punca kewangan suwa dan kerajaan. 2. Mengemas kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuat tindakan susulan ke atas laporan audit. 3. Mengawal stok-stok dan harta benda sekolah. 4. Mengawal perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuat anggaran perbelanjaan tahunan yang kos efektif. PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI (SYNERGY) 1. Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman, perbincangan, berkongsi maklumat, merangsang budaya, mencari maklumat dan pengetahuan serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan diri. 2. Mengawal `learning experiences’ dengan berdasarkan pemerhatian, data dan salinan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan `learning experiences’ murid. 3. Melaksanakan kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru. 4. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti. PEMBANGUNAN DIRI (PERSONAL DEVELOPMENT) 1. Membaca makalah, buku-buku ikhtisas, pengurusan dan filosofi, menghadiri kursus, seminar, bengkel bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan sekerja. 2. Menjalankan kajian , mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yang lebih berkesan. 3. Menerbit artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas.
SENARAI TUGAS GURU KANAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PENTADBIRAN PENTADBIR SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah. 2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa. 3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan. 4. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang. 5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah. SENARAI TUGAS 1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. 2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya berjalan dengan lancar dan berkesan. 3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur dan baik. 4. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. 5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik. 6. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guruguru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka. 7. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan. 8. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan. 9. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan yang ada di sekolah. 10. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 11.Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya. 12.Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan.
SENARAI TUGAS GURU KANAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PENTADBIRAN PENTADBIRAN SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama. 2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya. 3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa. 4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti sepanjang tahun. 5. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru 6. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. 7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi sekolahnya. 8. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga perbincangan. 9. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar. KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN SEKOLAH 1. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan sekolah. 2. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya. KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN SEKOLAH 1. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar. 2. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.
SENARAI TUGAS GURU KANAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PENTADBIRAN KESELAMATAN SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar. 2. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya. 1. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa. 2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan ataupun yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. KANTIN 1. Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. BUKU TEKS 1. Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah. TUGAS-TUGAS LAIN
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID TUGAS AM SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran. 2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang engkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa. 3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling. 4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan. 5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar. 6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik. 7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru. 8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan. PENTADBIRAN 1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya. 2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini. 3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan. 4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu. 5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertuka ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini. 6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah. 7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah. 8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID DISIPLIN SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna. 2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar. 3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas. 4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku. 5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat. BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. 2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya. 4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan. 5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajarpelajar baru. PROGRAM PERLINDUNGAN 1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik. 2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad kesihatan murid. 3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat. 4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar.
SENARAI TUGAS GURU KANAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KOKURIKULUM BIDANG PERSATUAN/KELAB SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Merancang kegiatan persatuan dan kelab. 2. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab. 3. Menyelia kegiatan persatuan dan kelab. 4. Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah UNIT BERUNIFORM 1. Merancang kegiatan persatuan dan kelab. 2. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab. 3. Menyelia kegiatan persatuan dan kelab. 4. Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah SUKAN/PERMAINAN 1. Merancang kegiatan persatuan dan kelab. 2. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab. 3. Menyelia kegiatan persatuan dan kelab. 4. Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LAIN 1. Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa 2. Melaksanakan arahan dan tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
SENARAI TUGAS GURU KANAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KOKURIKULUM PENTADBIRAN SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Menyelaras proses penubuhan kelab dan persatuan/Sukan dan permainan serta unit pakaian seragam 2. Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum 3. Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan kokurikulum 4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kokurikulum yang diambil 5. Membantu sekolah dalam segala jenis pengelolaan atau penganjuran dalam program yang melibatkan kokurikulum 6. Menyelaras Hari-Hari Perayaan dan Upacara Sekolah 7. Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum untuk meningkatkan tahap pencapaian 8. Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum 9. Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkap dan dihantar satu salinan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri 10.Mengurus kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang kokurikulum 11.Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka 12.Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kamalangan yang layak dituntut 13.Merancang aktiviti kokurikulum untuk aktiviti selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah (jika perlu)
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SENARAI TUGAS GURU KELAS BUKU DAFTAR KEDATANGAN SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Mengisi kehadiran murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid sebelum pukul 9 pagi. 2. Merumus keselurhan kehadiran pada setiap hujung bulan pesrekolahan dalam APDM. 3. Mengemaskini data murid perpindahan atau kemasukan baru murid dari masa ke semasa dalam APDM 4. Menghubungi ibu bapa/penjaga sekiranya murid ponteng berturut-turut selama tiga hari. 5. Menghubungi ibubapa/penjaga untuk pengesahan peribadi daripada doktor bagi murid yang tidak dapat hadir PENGURUSAN BAYARAN SEKOLAH 1. Mengutip Bayaran sekolah untuk tujuan sesuatu hal khususnya seperti Buku tulis, buku latihan khas, baju-T sukan, PIBG dan sebagainya. 2. Merekod semua wang kutipan sebelum diserahkan kepada guru-guru yang berkenaan. PERKARA-PERKARA AKADEMIK 1. Merekodkan keputusan setiap PBD dalam rekod Transit Matapelajaran. 2. Mengisi markah peperiksaan/ujian semesta dalam Borang Markah. 3. Memastikan papan kenyataan di adalam kelas dimanafaatkan dengan sepenuhnya seperti mempamerkan jadual waktu, peraturan-peraturan sekolah, notis Guru Besar, jadual kegiatan KK, rooster tugas murid, dsb. 4. Mengawasi kekemasan, kebersihan dan keselesaan di adalam kelas untuk pdpc BANTUAN KEWANGAN MURID 1. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan kewangan. 2. Memaklumkan kepada Penolong kanan (HEM) murid yang memerlukan bantuan pakaian seragam, kasut atau beg sekolah. TUGAS-TUGAS LAIN 1. Mengenalpasti dan melantik Ketua kelas/Pembantunya pada permulaan penggal. 2. Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan khidmat bimbingan dan kaunseling. 3. Mengenalpasti murid yang ada masalah kesihatan, ekonomi, rumah tangga, yatim piatu, emosi dan mental. 4. Melaksanakan tugas seprti yang diarahkan oleh JP/GB/PK/PP dari masa kesemasa.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SENARAI TUGAS GURU AKADEMIK MENGAJAR SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan DSKP. 2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dengan berkesan 3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni 4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan sewajarnya. MEMBUAT PERANCANGAN PDPC 1. Meracang PdPc tahunan mengikt Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dan juga Dokumen Penjajaran Kurikulum 2020 & 2021. 2. Menyediakan rancangan pelajaran Tahunan dan harian . 3. Merancang Rekod Transit berasaskan PdPc , Ujian bulanan dan tahunan. 4. Merancang tindakan-tindakan susulan dan program intervensi terhadap penilaian/ keputusan ujian berkenaan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. MELAKSANAKAN PELBAGAI TUGAS KHAS 1. Menghadiri kursus kemahiran anjuran PPD dan JPN. 2. Mengendalikan kursus-kursus dalaman kepada ahli-ahli staf yang lain. 3. Menjadi ahli pelbagai jawatankuasa dalaman yang ditubuhkan oleh Guru Besar. 4. Mengendalikan kelas-kelas tambahan apabila dirancangkan oleh Guru Besar. 5. Mengendalikan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti diagihkan oleh GK Kokurikulum. 6. Mengambil alih tugas-tugas rasmi bagi rakan yang lain semasa ketiadaannya. 7. Menjadi guru pengganti atau guru “ sit-in” dari masa ke semasa. 8. Mewakili pihak sekolah dalam jemputan-jemputan rasmi atas arahan Guru Besar. 9. Menjalankan tugas-tugas khas yang diarahakan oleh Jabatan Pendidikan,GB/Gk1/GK2/GK KK. 10. Menghadiri contact hour setiap hari Khamis , selepas sekolah iaitu 1.05pm-2.05pm.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SENARAI TUGAS GURU AKADEMIK MENJAGA DISIPLIN, KESELAMATAN & KEBAJIKAN MURID SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi oleh setiap murid. 2. Mewujudkan suasana ceria dan kondusif bagi pdpc. 3. Mengendalikan kes-kes disiplin, keselamatan dan kebajikan murid. 4. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai di kalangan murid MENTADBIR DAN MENGURUS BILIK DARJAH 1. Mengutamakan disiplin di samping pdpc. 2. Mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan kelengkkapan yang sedia ada. 3. Memastikan suasana bersih, kemas dan teratur. 4. Mengambil tindakan segera terhadap kes-kes murid ponteng..
SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS BUKU PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN PERSIAPAN SEBELUM MEMULAKAN KERJA SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Menghadirkan diri di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pelajaran bermula. 2. Mengenalpasti kawasan yang memerlukan perhatian utama. 3. Mengenalpasti kumpulan murid yang kena giliran bekerja. 4. Membahagikan kerja mengikut kumpulan murid MENGAWAS MURID MENJALANKAN KERJA 1. Menunjukkan dengan jelas tugas yang diagihkan kepada murid. 2. Memastikan tugas dijalankan dengan sempurna, cepat dan berkesan. 3. Menentukan setiap murid yang bertugas bekerja dengan berdisplin. 4. Mengarahkan murid berhenti bekerja dan masuk ke kelas dengan segera. MENGAWAS MURID SEMASA REHAT 1. Memastikan semasa semua murid berada dalam kawasan sekolah. 2. Mengawal disiplin murid-murid yang berebut-rebut membeli makanan/minuman di dalam kantin. 3. Memastikan murid-murid makan/minum dengan beradab dan sopan. 4. Menjaga kebersihan tempat/kawasan mereka minum /makan. MENGAWAL DISIPLIN MURID 1. Mengendalikan kes-kes kemalangan dalam kawasan sekolah. 2. Menyelesaikan perkelahian/pergaduhan/kehilangan barang, dsb. 3. Menguruskan kes-kes murid sakit dan memerlukan tindakan segera.
SENARAI TUGAS KETUA PANITIA BUKU PENGURUSAN SEKOLAH MATAPELAJARAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Menetukan penggunaan Dokumen Standard Kurikulum dengan penuhnya. 2. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran/ pembelajaran yang sesuai dan terkini. 3. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran Tahunan. 4. Menyalaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan kertas-kertas jawapan. 5. Menganalisa keptusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengakaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari masa ke semasa seperti mengadakan: a. Kelas tambahan b. Ceramah menjawab soalan-soalan c. Peraduan-peraduan tertentu d. Kuiz e. Bahas f. Kelas kemenjadian murid 6. Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolah untuk perpustakaan atau rujukan guru. 7. Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan. 8. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika diperlukan. 9. Menkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap kelas, jika diperlukan. 10.Mengadakan tindakl balas kepada sertiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru, jika ada. 11.Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persertujuan pihak sekolah. 12.Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meningatkan prestasi murid-murid. 13.Melaksanakan peraturan-peraturan panitianya. 14.Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepenggal sekali atau lebih kerap lagi, jika perlu. 15.Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SENARAI TUGAS GURU DISIPLIN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah. 2. Merekodkan segala kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman/denda yang dikenakan ke atas murid-murid. 3. Menjadi Penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah. 4. Membantu Guru Besar dalam menentukan supaya peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya. 5. Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga Pengawas Sekolah serta merujukkannya kepada Guru Besar, jika perlu. 6. Memastikan para guru mengemaskini data murid dalam Sistem Salahlaku Disiplin Murid. 7. Sentiasa berhubung rapat dengan guru bimbingan dan kauseling untuk menyelesaikan masalah-masalah murid dan juga dalam membantu menyelesaikan murid-murid yang bermasalah. 8. Sentiasa berusha untuk menanamkan semangat patuh kepada arahan-arahan sekolah di kalangan murid-murid. 9. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas mingguan/harian dan Lembaga Pengawas Sekolah untuk tujuan menguruskan kawalan murid-murid pada hari perhimpunan dan majlismajlis yang diadakan oleh pihak sekolah. 10.Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah. 11.Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS GURU BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PUSAT SUMBER MENYEDIAKAN PERATURAN SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Mengurus perlantikan pengawas pusat sumber. 2. Menyediakan peraturan penggunaan pusat sumber. 3. Memamstikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua murid. 4. Melatih pengawas pusat sumber yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan. MEMBUAT ANGGARAN PERBELANJAAN 1. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan. 2. Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan. 3. Mengagihkan pembelian buku mengikut peruntukan yang ada, sama ada dari wang kerajaan atau wang suwa MEMBUAT PESANAN BUKU 1. Menyediakan senarai nama buku dan alatan pusat sumber yang hendak dibeli. 2. Membuat pesanan buku-buku melalui Guru Besar. 3. Memeriksa buku-buku yang dibekalkan oleh pembekal untuk menentukan cukup bilangannya dan baik keadaannya. 4. Berhubung dengan ketua panitia dan guru-guru lain dalam memilih buku dan majalahmajalah. 5. Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku ke dalam stok. MEMPROSES BUKU 1. Menyediakan “slid kerja” iaitu mencatatkan mengenai pengarang/penerbit dan butiran berkenaan. 2. Membuat tanda hak milik dan pengenalan pada tiap-tiap buku.
SENARAI TUGAS GURU BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PUSAT SUMBER MENYEDIAKAN KAD-KAD SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Setiap buku hendaklah dilekatkan dengan kocek buku, kad buku, slid tulang belakang dan kad katalog GALAKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER 1. Menyediakan aktiviti-aktiviti seperti: a. menganjurkan pertandingan kuiz b. mengadakan pameran c. meneka buku d. bercerita e. perbincangan mengenai buku f. ceramah g. drama ringkas h. seminar REKOD PENGGUNAAN 1. Mencatatkan bilangan pengguna pusat sumber, setiap kali dibuka. 2. Senarai peminjam buku dan senarai kekerapan murid meminjam buku RAWATAN BUKU 1. Membaiki buku-buku yang rosak dengan cara menjilidkannya semula. 2. Menjilidkan majalah-majalah. 3. Menentukan dan menjamin keselamatan segala harta dan perabot dalam bilik pusat sumber daripada kehilangan. 4. Menjaga atrau menjamin kebersihan PSS. 5. Menyediakan Fail kuasa. 6. Menyimpan guntingan akhbar-akhbar dan kertas soalan-soalan peperiksaan untuk rujukan PENYEMAKAN/HAPUS KIRA BUKU STOK 1. Buku-buku yang berkedaan yang amat buruk dipilih dan dicadangkan untuk dihapuskira. 2. Meyemak/menutup stok pada akhir tahun.
SENARAI TUGAS BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PEMBANTU TADBIR MENGENDALIKAN HAL-HAL KEWANGAN DAN AKAUN SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Menyediakan anggaran belanjawan dan megawal perbelanjaan. 2. Memohon peruntukan tambahan dan menjawab pertanyaan audit. 3. Menyediakan pulangan bulanan. 4. Mengendalikan wang runcit 5. Mengendalikan pembayaran gaji dan elaun. 6. Menyediakan Kew 8, baucer gaji dan elaun dan sijil gaji akhir. 7. Membuat potongan bulanan (KWSP/pinjaman/cukai pendapatan/dll) 8. Mengemaskini pergerakan gaji tahunan MENGURUS PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN 1. Menyediakan pesanan kerajaan/waran perjalanan udara, dll 2. Mengesahkan penerimaan 3. Menyediakan daftar bil dan baucer bayaran. 4. Mengurus sebutharga dan memproses tuntutan. 5. Mengendalikan hal-hal bantuan persekolahan. 6. Merekod penerimaan cek dan menghantar cek ke bank. MENYELIA KAKITANGAN BUKAN GURU 1. Mengawasi kehadiran 2. Mengemaskini rekod cuti
SENARAI TUGAS BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PEMBANTU TADBIR MENYIMPAN DAN MENGAWAL STOK/HARTA BENDA SEKOLAH SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Merekod dan mengemaskinikan buku inventori/stok 2. Mengawal penggunaan alat/bahan. 3. Menyelia pengurusan stor (keselamatan, kebersihan, dll). 4. Mengendalikan urusan hapus kira. 5. Menyediakan laopran berkaitan dengan kehilangan/kecurian. MENGURUS PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN 1. Melayan tetamu/ibu bapa/staf sekolah. 2. Menerima dan menyelesaikan aduan. 3. Menjadualkan temu janji dengan Guru Besar/GK
SENARAI TUGAS BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PEKERJA RENDAH AWAM MENJAMIN KEBERSIHAN &KECERIAAN KAWASAN SEKOLAH SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Memotong rumput dan mejaga kebersihan kawasan. 2. Menanam dan menjaga pokok-pokok/bunga/taman sekolah 3. Menjaga kebersihan bangunan (contoh: tandas) 4. Mengecat bangunan MENJALANKAN TUGAS-TUGAS PENYELENGGARAN 1. Membaik pulih perabot. 2. Menjalankan pembaikan kecil. 3. Melaporkan kerosakan kemudahan. 4. Membuat kerja-kerja pertukangan kayu MENGAWAL PENGGUNAAN MESIN & PERALATAN SEKOLAH 1. Membersih mesin/alat 2. Memastikan mesin/alat digunakan dengan betul. 3. Menyusun/menyimpan mesin dan alat selepas digunakan. MENJAGA STOR 1. Menjamin keselamatan stor. 2. Menyimpan rekod penggunaan minyak petrol/minyak enjin, dll 3. Memastikan stok sentiasa lengkap dan cukup MEMBERI KHIDMAT SOKONGAN 1. Mengangkat barang/alat 2. Menyusun barang/alat yang diangkat. 3. Membantu dalam urusan percetakan. 4. Menaik dan menurunkan bendera.
SENARAI TUGAS BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PEMBEKAL RMT TUGAS & TANGGUNGJAWAB SJK (T) LADANG KATI, SAUK 1. Menerima bahan-bahan makanan daripada Penyelia RMT 2. Membersih kawasan dan peralatan dapur sebelum menyediakan makanan. 3. Menyedia dan membersihkan bahan-bahan yang hendak dimasak seperti memotong daging, ikan, sayur-sayuran dan lain-lain. Memasakan makanan yang telah disediakan. 4. Memastikan bahan-bahan yang telah dimasak dirasa asam garamnya. 5. Bertanggungjawab yang bahan-bahan itu tidak hangus atau mentah. 6. Menyaji bahan-bahan yang telah dimasak di atas meja mengikut masa yang ditetapkan. 7. Melapor segera kepada Penyelia RMT kalau ada kekurangan makanan murid RMT 8. Membersih alat-alat yang telah digunakan sebelum balik. 9. Membuat laporan kerosakan alat-alat dapur dan memohon gantian dengan menunjukkan alat yang lama. 10.Memastikan bahawa paip air dan gas sentiasa tertutup dan pintu dikunci apabila selesai kerja. 11.Memberitahu Penyelia RMT dengan segera dan menunjukkan surat cuti sakit daripada doktor kalau sakit dan tidak dapat bertugas
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2023 PANDUAN AM STAF SEKOLAH
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PANDUAN STAF SEKOLAH PANDUAN AM 1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan 2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan. 3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 7. Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika berada di sekolah. 8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. KEDATANGAN 1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah. 3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 5. Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan. SJK (T) LADANG KATI, SAUK
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PANDUAN STAF SEKOLAH 1. Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pelajaran Negeri/Gabungan/Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan. 2. Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru. Dapatkan kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar. 3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan. KELUAR WAKTU MENGAJAR CUTI 1. Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugastugas seharian daripada tugas mengajar. 2. Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 3. Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 180 hari. 4. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun. PEMAKAIAN GURU 1. Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki),Baju Batik pada hari Khamis dan Baju Kebangsaan pada hari Jumaat (Guru Islam) sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995. 2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai. 4. Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. SJK (T) LADANG KATI, SAUK
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PANDUAN STAF SEKOLAH 1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan kekitaan. 2. Guru TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman, pendapat, kepercayaan kepada guru, pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 3. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. SENARAI TUGAS GURU 1. Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai panduan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seterusnya menyediakan khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan Negara tercapai. PERHUBUNGAN SESAMA GURU BILIK GURU 1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar. 2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN SJK (T) LADANG KATI, SAUK
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PANDUAN STAF SEKOLAH 1. Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas-tugas khas dan penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke pejabat pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar. 1. Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. 2. Buku Rekod Mengajar ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari ISNIN (jam 08.00 pagi) untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan. 3. Jika seseorang guru bercuti atau berkursus buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan 4. Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar hendaklah disediakan dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu dan harian sebelum dihantar kepada Guru Besar untuk penyemakan. 1. Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 2. Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan. TUGAS-TUGAS BUKU REKOD MENGAJAR JADUAL WAKTU KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 2. Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber atau perpustakaan. SJK (T) LADANG KATI, SAUK
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PANDUAN STAF SEKOLAH 1. Setiap guru kelas diberi sebuah buku kedatangan murid. Guru kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan tercetak di bahagian dalam kulit hadapan. 2. Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada SETIAP hari oleh guru kelas pada waktu PERTAMA. Sekiranya guru darjah tidak hadir, Guru Pembantu kelas bertanggungjawab menandanya. 3. Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa atau penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. 4. Analisis pada jadual kedatangan mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong Kanan HEM. 1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 2. Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti bilik kaunseling, bengkel serta makmal bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA guru, staf dan pelajar. 1. Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 2. Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap surat-surat tersebut. JADUAL KEDATANGAN MURID KEBERSIHAN SURAT-MENYURAT 1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya. PELAWAT-PELAWAT SJK (T) LADANG KATI, SAUK
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PANDUAN STAF SEKOLAH 1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur seperti yang telah dirancangkan. 1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. Setiap guru akan diberi giliran untuk menjadi Pengacara Majlis Perhimpunan Harian atau Pehimpunan Rasmi. 2. Guru yang bertugas hendaklah membuat persediaan awal sebelum perhimpunan diadakan pada setiap minggu. 3. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku, Lagu Sekolah dan Bacaan Ikrar Rukun Negara. 1. Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan. 2. Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan atau Ketua Panitia. 1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. KEGIATAN KOKURIKULUM PERHIMPUNAN SEKOLAH MESYUARAT GURU TANDA NAMA 1. Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat dan inventori yang dibekal atau diberikan untuk kegunaan P&P. 2. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 3. Guru hendaklah bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 4. Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta. 5. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan. BUKU STOK/INVENTORI SJK (T) LADANG KATI, SAUK
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PANDUAN STAF SEKOLAH 1. Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah DIBACA dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 2. Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 3. Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPG/PPDK hendaklah dibaca difahami dan ditandatangani. 1. Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan buku penggunaan telefon disediakan untuk mencatat nombor panggilan telefon dan tujuan telefon. 1. Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah. 2. Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu dibayar oleh guru. 3. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. ARAHAN DAN PEKELILING TELEFON/FAKS PIBG DAN MAJLIS SEKOLAH LARANGAN MEROKOK 1. Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’. 2. Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada setiap masa semasa berada di kawasan sekolah. GURU PENGGANTI (SIT-IN) 1. Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus, pemeriksaan skrip UPSR atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh Penolong Kanan 1/JK Jadual Waktu. 2. Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta untuk melaksanakan tugas sebagai guru pengganti. 3. Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam kelas tersebut. SJK (T) LADANG KATI, SAUK
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH PANDUAN STAF SEKOLAH 1. Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum atau mendenda murid supaya tidak bertentangan dengan etika profesion perguruan. 2. Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau memukul dengan benda keras, menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga lebam, biru atau berdarah, berdiri di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan perbuatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal murid adalah DILARANG. 3. Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil keupayaan dan kebolehan murid semasa proses P&P dijalankan. 1. Semua guru digalakkan untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu demi kelangsungan pendidikan berkualiti. Namun demikian peranan sebagai pembentuk insan dan penjana ilmu di sekolah WAJIB diutamakan. 2. Segala tugasan, aktiviti dan mentelaah nota-nota yang berkaitan dengan PJJ TIDAK DIBENARKAN berlangsung di sekolah atau di dalam kelas semasa proses P&P. MENGHUKUM/ MENDENDA MURID PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) HAL-HAL LAIN 1. Semua guru digalakkan untuk membantu melaksana segala aktiviti dan projek pengurusan sekolah dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama. 2. Sentiasa memberi khidmat professional yang bermutu terhadap objektif dan matlamat pendidikan. Sumber Rujukan: Buku Panduan Tugas Staf Sekolah Rendah. SJK (T) LADANG KATI, SAUK
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2023 MAKLUMAT MURID
DATA MURID CARA MURID DATANG KE SEKOLAH KENDERAAN MOTORSIKAL KERETA JALAN KAKI JALAN KAKI 3 MOTORSIKAL 16 KERETA 8
DATA MURID BILANGAN KELUARGA MURID 2023
DATA MURID TEMPAT TINGGAL MURID 2023
DATA MURID SENARAI NAMA MURID
DATA MURID MAKLUMAT WARIS IBUBAPA
AMANAT KPM TAHUN 2023 AMANAT KPM
AMANAT KPM
AMANAT KPM
AMANAT KPM
AMANAT KPM
AMANAT PENGARAH JPN TAHUN 2023 AMANAT PENGARAH JPN
AMANAT PENGARAH JPN PERAK