The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by minghuay.1006, 2020-07-23 09:39:15

CARA-CARA MELUAHKAN EMOSI MGSS

CARA-CARA MELUAHKAN EMOSI MGSS

CARA-CARA

MELUAHKAN

EMOSI

Disediakan oleh
Lim Ming Huay
Guru Bimbingan & Kaunseling
SMK (P) Methodist Melaka

PENDAHULUAN

Pelbagai jenis emosi terjelma dari menangis, marah, sedih dan sebagainya.
Jelas sekali, emosi merupakan intipati perasaan manusia. Antaranya,

kemarahan sering menjadi emosi yang terbesar. Emosi jika tidak diluahkan
dengan baik maka akan menimbulkan kesan buruk dan berpanjangan.

Berikut adalah tips-tips
untuk meluahkan emosi

dengan baik:

1.Bernafas Cara yang betul
dengan ketika anda
dalam meluahkan emosi,
adalah menarik
Ketika anda beremosi, tarikan nafas dan nafas sedalam-
aliran darah anda akan berjalan dengan dalamnya dari
cepat sehingga menyebabkan tubuh diafragma. Ini
badan anda tiba-tiba sakit dan tegang. dilakukan kerana
dapat menyalurkan
oksigen ke otak
dan kemudian
mengendurkan
otot yang tegang
dan anda boleh
berfikiran jelas dan
menenangkan diri.

2.TULIS Menulis merupakan salah satu
T E N TA N G cara yang berguna untuk
APA YANG kenalpasti perasaan anda sendiri.
ANDA Ada orang meluahkan perasaan
RASA di dalam diari, ada juga yang
menghasilkan satu blog untuk
meluahkan segala perasaan diri,
samada bagi orang baca atau pun
sebagai blog peribadi yang
menulis segala isi hati. Lepas kita
taip atau tulis , kita akan rasa lega
.

Ingat :
Luahkan perasaan pada orang yang anda percayaai

3. Komunikasi

Menurut Teori Hubungan Interpersonal dalam
Psikologi, komunikasi merupakan suatu kemahiran
yang sukar dikuasai, khasnya ketika seseorang
sedang marah.

Kita perlu meluahkan perasaan dengan cara yang
betul dan tegas, terutama kepada orang yang rapat.

Membincangkan dengan ahli keluarga dan kawan
akan menyebabkan anda rasa tenang.

4.BERDOA

Setiap orang memiliki kepercayaan dan
kekuatan iman yang berbeza.

Ramai yang mengatakan bahawa cara yang
paling mudah dan mujarab untuk mengatasi

emosi adalah dengan berdoa. Caranya,
mengucapkan doa singkat atau kata-kata

agama.

Berdoa mungkin tidak lama, tetapi kesannya
segera boleh menenangkan diri anda.

5. Kaunseling

Menahan emosi sebenarnya bukan cara
yang baik kerana emosi adalah
berbahaya jika tidak diurus atau
membiarkan diri kita dikuasai oleh emosi.

Sekiranya emosi sudah mengganggu
kualiti hidup, cubalah bincang dengan
seseorang yang profesional, yang mampu
membantu anda mengendalikan emosi
anda.

Menurut Fakta Psikologi Tentang Menangis,
pemikiran dan perasaan manusia tidak sepatutnya
dipenuhi dengan kemarahan.

Menangis boleh melepaskan emosi ini dan
mengeluarkan segala keresahan dan kemarahan.
Menangis boleh melegakan perasaan walaupun
masalah tidak dapat diselesaikan.

6. Menangis

7.MELUKIS
ATAU

MEWARNA

Seseorang akan merasa lebih tenang apabila
melukis atau mewarna.

Tidak semestinya orang yang tidak berseni tidak
boleh mencuba cara ini.

Proses melukis dan mewarna akan membuat
seseorang rasa tenang dan lapang hati.

Emosi bukan selalu datang dari 8.
orang lain, ia boleh berpunca Berfikiran Positif
dari diri sendiri. Jadi, kita perlu
cuba melihat dari pelbagai sudut
dan berfikiran positif yang mana
membawa banyak manfaat.
Mengganti fikiran negatif dengan
fikiran positif boleh mengubah
situasi anda.

Semakin anda berlatih
mengubah pandangan terhadap
situasi yang membuat anda
marah, anda pasti akan menjadi
lebih bijaksana dan merasa
bahawa marah itu hanyalah
perkara sia-sia sahaja.

9. BERMAIN MUZIK @ MENYANYI

Ada yang suka menyanyi untuk meluahkan perasaannya.
Tidak kira menyanyi seorang diri dalam bilik, dalam
tandas atau di pusat karaoke.

Dengan cara itu , seseorang dapat meluahkan
perasaannya yang terbuku dalam hati. Lebih-lebih lagi
bila menyanyi sambil bermain muzik.

Muzik yang sedih boleh membuat seseorang menangis
dan meluahkan emosinya. Sebaliknya, muzik yang
menggembirakan dapat membantu seseorang melupakan
perasaan resah atau sedihnya.

Bersenam atau beriadah 10.
merupakan aktiviti fizikal di mana Bersenam
anda boleh meluahkan emosi
secara positif. Contohnya ke @
gimnasium atau sekadar joging Beriadah
dan lari sampai berpeluh.

Bagi mengatasi tahap kemarahan yang lebih kuat,
kita boleh cuba dengan aktiviti yang lebih lasak
seperti body pump, kick boxing atau aerobik dan
aktiviti yang menenangkan seperti yoga.

Ketika bersenam atau beriadah, badan kita
secara otomatik akan menghasilkan hormon
endorphin yang lebih banyak, sehingga kita rasa
relaks dan tenang.

Makan seringkali dipilih 11.
sebagai penyelesaian
atau jalan keluar untuk Makan
meluahkan perasaan,
khasnya tidak puas hati
atau marah.

Meskipun makan boleh mengakibatkan kegemukan, namun
ia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tindakan yang
akan mencederakan orang lain. Ini disebabkan makanan
manis boleh mengubahkan perasaan seseorang kepada
hormon yang menggembirakan.

12. Tidur Tidur seringkali menjadi penyelesaian utama bagi
masalah emosi.

Namun ketika seseorang sedang beremosi, dia
tidak mudah masuk tidur kerana badan kita akan
merasa lelah dan boleh menimbulkan
beberapa jenis gangguan tidur yang mana akan
merbahaya kesihatannya.

Oleh itu, kita perlu meredakan emosi sebelum tidur
untuk menjamin kesihatan.

13.
Berjalan-

jalan

Berjalan-jalan boleh
mengubati seseorang yang
berasa sedih ataupun
marah.

Berjalan-jalan menjadikan
kita berasa segar dan
terbebas dari permasalahan
sehingga menyembuhkan
emosi kita. Ini disebabkan
kemasukkan oksigen yang
banyak ke dalam otak
menyebabkan kita rasa lega.

Ramai juga yang suka meluahkan
perasaan mereka dengan cara ' menjerit ' .
Khasnya seseorang yang tengah cemas
dan stres dengan pelajaran, pekerjaan
atau percintaan.

Caranya adalah naik ke atas bukit ,
menjerit sekuat-kuatnya, selepas itu
duduk sahaja di atas sana. Ada juga yang
suka menjerit dengan lautan yang luas .

14. MENJERIT

15. Menyendiri

Menyendiri dan mencari ruang sunyi
untuk meditasi boleh kita lakukan ketika
marah atau kecewa. Meditasi boleh
melepaskan emosi negatif dalam
keadaan positif dan baik.

Carilah situasi yang membuat anda tidak
mudah menimbulkan emosi. Selain itu,
kita boleh menenangkan diri dengan
aktiviti seperti yoga.

RUMUSAN Emosi biasa muncul pada saat kita menghadapi ancaman, tekanan
atau suatu perubahan yang membuatkan seseoang itu perlu
menyesuaikan diri.

Pengurusan emosi khasnya perasaan marah dan sedih merupakan
perkara yang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan dan
kesihatan fizikal dan mental seseorang.

Luahan emosi adalah sesuatu yang normal dan perlu dalam kehidupan.
Ia perlu dilatih sejak kecil lagi untuk memastikan seseorang
berkemahiran dan mampu menanganinya.

Akhir sekali, jangan pandang remeh dengan emosi yang nampaknya
tidak berharga tetapi boleh mempengaruhi motivasi dan
perkembangan dalam kehidupan seseorang.

Jom, marilah kita mempelajari cara-cara meluahkan emosi dengan
baik, bijaksana dan bertanggungjawab.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version