E-Modul 3M
BAHASA MELAYU
PENULISAN
BAHAGIAN C
PENGENALAN
1. Modul ini dihasilkan untuk membantu
murid-murid menulis isi-isi penting bagi
karangan jenis fakta.
2. Modul ini mengandungi 3 bahagian
utama, iaitu bahagian untuk aktiviti
membaca, aktiviti merangka dan
aktiviti menulis.
3. Setiap bahagian akan disertakan satu
contoh sebagai panduan murid untuk
menjawab latihan yang diberikan.
4. Modul ini disertakan dengan nota, cara
menjawab soalan dan latihan interaktif.
MANUAL PENGGUNAAN
1. Murid akan menyelesaikan ketiga-tiga
aktiviti mengikut turutan, bermula
dengan aktiviti membaca, aktiviti
merangka dan aktiviti menulis.
2. Setiap aktiviti akan dibimbing oleh
guru terlebih dahulu.
3. Kemudian, latihan yang disediakan di
Google Form dan Liveworksheet perlu
dilengkapkan oleh murid.
FORMAT KARANGAN FAKTA
Pendahuluan :
Isi-Isi Penting + Huraian
Isi 1 + huraian
Isi 2 + huraian
Isi 3 + huraian
Isi 4 + huraian
Penutup :
AKTIVITI 1 :
AKTIVITI
MEMBACA
ARAHAN :
1. Aktiviti membaca adalah untuk
membantu murid kenal pasti isi-isi
penting dalam sebuah karangan.
2. Guru akan membimbing peserta kajian
untuk mencari isi-isi penting dalam
karangan.
3. Kemudian, untuk bahagian latihan,
murid perlu kenal pasti dan tulis isi-isi
penting dalam Google Form yang telah
disediakan.
4. Guru akan menyemak jawapan murid
berdasarkan jawapan yang dihantar di
Google Form.
Tips Untuk Mencari Isi-isi Penting
1. Isi penting biasanya terdapat di
awal ayat.
2. Isi penting boleh berada selepas
perkataan ialah atau adalah.
3. Isi penting juga boleh ada selepas
penanda wacana pada permulaan
setiap perenggan baharu.
CONTOH 1
Kenal pasti isi utama yang
terdapat di dalam karangan.
Karangan ini menceritakan
tentang cara-cara untuk
membalas jasa guru.
Guru ialah individu yang banyak mencurahkan
ilmu kepada kita di sekolah. Banyak usaha,
pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada
murid-murid semata-mata mahu melihat mereka
berjaya. Sebagai murid pula kita perlu mengenang dan
membalas jasa guru.
Membalas jasa orang yang telah berjasa
kepada kita merupakan nilai yang sangat mulia.
Antara cara yang paling mudah adalah dengan belajar
rajin-rajin sehingga berjaya. Untuk berjaya kita
perlu fokus ketika guru mengajar dan bersungguh-
sungguh untuk mempelajari apa yang diajar oleh guru.
Apabila kita berjaya sudah pasti guru akan berasa
bangga dan gembira dengan kejayaan kita.
Selain itu, kita juga perlu patuh dan
mengamalkan segala nasihat guru. Guru menasihati
kita agar berbudi Bahasa setiap masa. Segala nasihat
guru adalah bertujuan mendidik kita supaya menjadi
murid yang berbudi pekerti dan mempunyai jati diri.
Apabila kita mempunyai jati diri yang kukuh pasti
dapat mendepani segala cabaran dalam masyarakat
yang kian mencabar.
Seterusnya, kita hendaklah menghormati guru-
guru sebagai salah satu cara kita menghargai mereka.
Banyak cara untuk menghormati guru antaranya
mengucapkan terima kasih setiap kali guru memberi
runjuk ajar atau nasihat, ringankan tulang membantu
guru-guru dan memberi salam atau menyapa apabila
bertembung dengan guru-guru. Apabila ini berlaku
pastinya guru-guru berasa dihargai.
Akhir sekali, cara kita membalas jasa guru-
guru adalah dengan menghargai sumbangan dan
pengorbanan yang dicurahkan. Hal ini sebagai tanda
terima kasih kita kepada mereka yang telah berjasa
selama ini. Antaranya ialah dengan memberi ucapan
atau hadiah sempena hari guru atau hari lahir
mereka. Kita juga boleh terus berhubung dan
menziarahi guru-guru walaupun sudah meninggalkan
alam persekolahan.
Sebagai kesimpulannya, banyak cara yang boleh
dilakukan untuk membalas jasa guru. Oleh itu, kita
hendaklah berusaha menjadi murid yang tahu
mengenang budi seperti kata pepatah, orang berbudi
kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Rangka Karangan
Pendahuluan
Guru individu yang memberi ilmu – banyak
pengorbanan – mengenang jasa.
Isi-Isi Penting :
1. Rajin belajar – memberikan tumpuan
ketika guru mengajar – kita berjaya akan
membanggakan guru
2. Patuh akan nasihat guru – mempunyai
jati diri untuk menghadapi cabaran
3. Menghormati guru – membantu dan
memberi salam
4. Menghargai guru – memberi hadiah,
menghubungi dan menziarahi guru
Penutup
Banyak cara membalas jasa guru –
berusaha menjadi murid yang tahu
mengenang budi.
CONTOH 2
Kenal pasti isi utama yang
terdapat dalam karangan
berikut. Tajuk karangan ini
ialah kelebihan melibatkan
diri dalam aktiviti
kokurikulum.
Kokurikulum ialah aktiviti yang dilakukan di luar
waktu sekolah dan kelas. Contoh aktiviti kokurikulum
ialah perkhemahan, bersukan, berpesatuan dan
sebagainya. Aktiviti kokurikulum dapat memberikan
banyak kebaikan kepada kita.
Kokurikulum dapat membantu meningkatkan
pengetahuan dan pengalaman. Kita akan belajar
tentang latar belakang sukan atau persatuan,
matlamat ia ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang
disertai seperti pekhemahan, dan lawatan dapat
meningkatkatkan kemahiran dan pengalaman hidup
kita.
Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat
mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak
akan membuang masa dengan melakukan perkara yang
sia-sia. Aktiviti kokurikulum yang diadakan di luar
waktu sekolah dapat menghindarkan murid daripada
terdedah kepada perkara-perkara negatif yang
terdapat di persekitaran mereka.
Seterusnya, aktiviti kokurikulum boleh
menyihatkan tubuh badan kita melalui aktiviti sukan.
Bersukan akan membuatkan badan kita sihat dan otak
kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan
prestasi diri dari aspek kemahiran.
Akhir sekali, aktiviti kokurikulum mampu
mendisiplinkan serta membentuk peribadi diri yang
mulia dalam diri kita. Aktiviti kokurikulum dapat
mengajar murid untuk menepati masa, memupuk sikap
saling bantu membantu antara satu sama lain,
bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan
tugas.
Kesimpulannya, setiap murid perlu menyertai
aktiviti kokurikulum kerana aktiviti kokurikulum dapat
membentuk murid yang berakhlak mulia dan dapat
memupuk jati diri. Aktiviti kokurikulum juga harus
diterapkan dalam diri murid-murid kerana dapat
memberikan banyak faedah kepada murid-murid.
Rangka Karangan
Pendahuluan
Aktiviti yang dilakukan diluar waktu
sekolah dan kelas – perkhemahan, sukan,
persatuan – banyak kebaikan
Isi-Isi Penting :
1. Meningkatkan pengetahuan dan
pengalaman – dapat belajar tentang latar
belakang, matlamat persatuan –
pengalaman tingkatkan kemahiran
2. Isi masa lapang – membuat perkara
berfaedah – elakkan diri daripada perkara
negatif
3. Menyihatkan tubuh badan – bersukan –
badan sihat otak cerdas
4. Mendisiplinkan diri – pupuk sifat mulia –
tepati masa – bertanggungjawab –
amanah dalam tugasan
Penutup
Banyak cara membalas jasa guru –
berusaha menjadi murid yang tahu
mengenang budi.
LATIHAN 1
Baca karangan bertajuk ‘Aktiviti-aktiviti Berfaedah
Semasa Cuti Sekolah’ di bawah. Kemudian, kenal
pasti isi-isi penting dalam petikan.
Rangka Karangan
Pendahuluan
Cuti sekolah dipenuhi dengan perkara
berfaedah
Isi-isi penting :
Cari isi penting dalam karangan dan sila tekan link di
bawah untuk menulis isi-isi penting tersebut.
https://forms.gle/ZE5nv8YB6RvT5og39
Penutup
Aktiviti berfaedah dapat menghindarkan
diri daripada perkara yang tidak
bermanfaat
LATIHAN 2
Karangan di bawah menyatakan tentang ‘Cara-cara
Menggunakan Masa dengan Berfaedah’. Baca
dahulu dan kenal pasti isi-isi penting dalam
karangan tersebut.
Rangka Karangan
Pendahuluan
Masa sangat penting dalam hidup manusia
– “masa itu emas” – bijak mengurus masa
Isi-isi penting :
Cari isi penting dalam karangan dan sila tekan link di
bawah untuk menulis isi-isi penting tersebut.
https://forms.gle/UVLsKTWVg4aJrDu39
Penutup
Disipinkan diri dalam mengurus masa –
masa sangat berharga – uruslah dengan
bijak
LATIHAN 3
Karangan di bawah menyatakan tentang ‘Cara-cara
Untuk Berjaya dalam Pelajaran’. Baca karangan
dan kenal pasti isi-isi penting dalam karangan
tersebut.
Rangka Karangan
Pendahuluan
Pelajaran penting – menanam cita-cita –
kejayaan dalam pelajaran
Isi-isi penting :
Cari isi penting dalam karangan dan sila tekan link di
bawah untuk menulis isi-isi penting tersebut.
https://forms.gle/PTXcxReFMF9zq7DN8
Penutup
Berusaha dan bijak mengurus masa – tidak
putus asa
LATIHAN 4
Karangan di bawah menyatakan tentang ‘Faedah-
faedah Bergotong-Royong’. Baca karangan dan
kenal pasti isi-isi penting dalam karangan tersebut.
Rangka Karangan
Pendahuluan
Gotong-royong amalan yang baik – banyak
faedah
Isi-isi penting :
Cari isi penting dalam karangan dan sila tekan link di
bawah untuk menulis isi-isi penting tersebut.
https://forms.gle/ZAUfKUFY59Zefj8R9
Penutup
Memberikan banyak faedah – dijadikan
amalan
LATIHAN 5
Karangan di bawah menyatakan tentang ‘Kebaikan
Menggunakan Perpustakaan’. Baca karangan dan
kenal pasti isi-isi penting dalam karangan tersebut.
Rangka Karangan
Pendahuluan
Terdapat pelbagai jenis buku di
perpustakaan – setiap sekolah mempunyai
perpustakaan – banyak kebaikan
Isi-isi penting :
Cari isi penting dalam karangan dan sila tekan link di
bawah untuk menulis isi-isi penting tersebut.
https://forms.gle/9QhdQTLiuSvZqhC56
Penutup
Gedung ilmu yang menyediakan keperluan
pembelajaran