TENTATIF MAJLIS PERINGKAT SK PASOH SATU 2023M / 1445H 29SEPTEMBER 2023 TARIKH - MASA & TEMPAT - 7.30 -11.00 PAGI SK PASOH SATU “Perpaduan Teras Malaysia Madani“
Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab berusaha untuk mengadakan aktiviti serta program mengenang dan memuliakan junjungan besar ini. Sambutan Maulidur Rasul di peringkat sekolah ini merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. Begitu juga perasaan taat dan ingin mencontohi baginda serta berbangga menjadi umat baginda. Sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam Al-quran: “Sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia”. (Al-qalam 4). Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di peringkat sekolah. Pada tahun ini beberapa aktiviti sederhana telah dirancang yang akan melibatkan semua guru dan murid sekolah bertepatan dengan tema “ Perpaduan Teras Malaysia Madani ”. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disamping menghayati sirah hidup baginda s.a.w. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Disamping itu perasaan cinta dan kasih akan timbul terhadap Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.
❖ Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah s.w.t disamping memperingati perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarkan agama islam. ❖ Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad s.a.w dan mengamalkan sunnah yang dibawa Baginda ❖ Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad s.a.w ❖ Menimbulkan semangat jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan murid-murid ❖ Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam pasukan ❖ Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dengan mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya, mematuhi perkataan, dan perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.
Penasihat : Pn Masrawati binti Md Ali (Guru Besar) Pengerusi : En Jamal Abd Nasir bin Kamal (GPK Pentadbiran) Naib Pengerusi : En Mohd Zulkepli bin Zakaria (GPK Hal Ehwal Murid) : En Noraidil bin Paiman (GPK Kokurikulum) Penyelaras Program : Pn Junaidah binti Haji Abdullah Setiausaha : Pn Nor Azila binti Mohd Zin Bendahari : Pn Auni Nabihah binti Ghazali BACAAN DOA En Muhammad Haeqal bin Ishak PENGACARA MAJLIS Pn Siti Aishah binti Mohd Ozib Pn Rahimah binti Rahman BUKU PROGRAM Pn Nor Hamidah binti Zakaria Pn Nur Hafizah binti Bachok SIARAYA En Muhamad Khalil Husyairi bin Ghazali
JAMUAN Pn Wahidah binti Wahid Pn Auni Nabihah binti Ghazali Pn Sharina binti Jamaludin Pn Ainaa Solihah binti Ghazali Pn Siti Nor Aisah binti Moktar CENDERAMATA Pn Junaidah binti Haji Abdullah DISIPLIN / KESELAMATAN Cik Nur Syahirah binti Roslan Cik Sofea Erni binti Mohd Shafari Pn Lidawati binti Mat Jusoh Pn Nik Rasmiza binti Nik Hassan Pn Salbiah binti Mahdi Pn Nur Zayyani binti Mohd Nor Salim KERTAS KERJA / DOKUMENTASI Pn Junaidah binti Haji Abdullah PERSIAPAN TEMPAT En Azahari bin Abdul Waris En Rusli bin Suboh Pn Afroha binti Mat Kesumin Pn Nor Azila binti Mohd Zin JURUFOTO / VIDEO /TAYANGAN Pn Nur Fatin Syazana binti Zaidi
7.30 Pagi : Bacaan Yasin : Bacaan Tilawah Al-Quran : Tayangan sirah Nabi 8.30 Pagi : Bacaan doa : Ceramah Maulud : Rehat Tahap 1 : Penyampaian cenderamata penceramah : Rehat Tahap 2 : Tutup dewan / Kelas seperti biasa 12.00 Tengah Hari : Bersurai
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH SATU