http://nurhijrahkorban.com Nur Hijrah Korban 019-2597712 / 012-6723490 LAPORAN PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA 1444H/2023M Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kami masih boleh meneruskan Program Korban & Aqiqah pada tahun ini. Pihak Nur Hijrah Korban telah pun menyelesaikan pelaksanaan program ini dengan jayanya iaitu sebanyak 270 ekor ternakan, iaitu 203 ekor lembu dan 58 ekor kambing untuk korban, dan 5 ekor lembu dan 7 ekor kambing untuk aqiqah. Kawasan utama agihan kami ialah di Kg. Po Thi En di Negeri Kompong Cham dan negerinegeri lain yang berdekatan iaitu Tbong Khmum, Kracheh dan Steung Treng. Setinggitinggi penghargaan diucapkan atas kepercayaan semua peserta yang menyertai program kami. Mudah-mudahan amalan ini diterima Allah, amin. PROGRAM WAQAF PERIGI DAN TANDAS DI KEMBOJA Selain itu, kami juga menguruskan Program Waqaf Perigi di Kemboja. Terkini, kami telah membina 1791 buah waqaf perigi sejak program ini diperkenalkan dari tahun 2010 sehinggalah sekarang. Keadaan umat Islam di Kemboja yang sangat memerlukan bekalan air yang bersih untuk kegunaan seharian terutamanya di kampung-kampung yang masih dhaif. Selain itu, kami juga memperkenalkan Program Waqaf Tandas di Kemboja. Keperluan pada penjagaan kebersihan diri sangat tinggi di Kemboja. Namun pada mereka, keperluan memenuhi tuntutan sara hidup lebih penting daripada membina kemudahan tandas sendiri. Alhamdulillah, setakat ini pihak kami sudah pun menguruskan 52 buah waqaf tandas di sana. Setinggi-tinggi harapan agar semakin ramai lagi peserta yang akan menyertai program ini pada masa akan datang, insya Allah memandangkan keperluan tandas ini sangat tinggi di sana. Setinggi-tinggi harapan agar semakin ramai lagi peserta yang akan menyertai program ini pada masa akan datang, insya Allah memandang keperluan tandas ini sangat tinggi di sana. Benarlah maksud hadith Nabi Muhammad SAW: “Jika seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya.”(HR. Muslim no.1631) NUR HIJRAH KORBAN ENTERPRISE (SA0342285-U), LOT 2343 JALAN AMAN BATU 9 KAMPUNG MEDAN 42500 TELOK PANGLIMA GARANG, K.LANGAT SELANGOR