The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAI NOR HANIS BINTI MEOR ABDUL LATIFF
PISMP JUN 2021 (B)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAI NOR HANIS BINTI MEOR ABDUL LATIFF IPG-Pelajar, 2024-02-29 12:00:50

BUKU LOG DIGITAL BSMM 2024

MAI NOR HANIS BINTI MEOR ABDUL LATIFF
PISMP JUN 2021 (B)

BUKU LOG DIGITAL 2024 BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) DISEDIAKAN OLEH : MAI NOR HANIS BINTI MEOR ABDUL LATIFF PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MPU3451a UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


ISI KANDUNGAN 1.0 BIODATA 2.0 SEJARAH PENGASAS DAN PENUBUHAN 3.0 PEMBANGUNAN KONVENSYEN GENEVA DAN PROTOKOL TAMBAHAN 4.0 UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN 5.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN 6.0 SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA 7.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 7.1 STRUKTUR ORGANISASI 7.2 JENIS KEAHLIAN 7.3 PAKAIAN SERAGAM 7.4 LOGO, LAGU DAN IKRAR 8.0 LAPORAN AKTIVITI 9.0 PERANCANGAN ORIENTASI UNIT BERUNIFORM 9.1 TAKWIM TAHUNAN 9.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


1.0 BIODATA


1.0 BIODATA NAMA MAI NOR HANIS BINTI MEOR ABDUL LATIFF ANGKA GILIRAN 2021142340404 UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1 AMBILAN JUN 2021 (B) ALAMAT NO 87, JALAN MUAFAKAT 4, TAMAN DATO BANDAR, 41050, MERU, KLANG SELANGOR INSTITUT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA EMAIL [email protected]


2.0 SEJARAH PENGASAS DAN PENUBUHAN


2.0 SEJARAH PENGASAS DAN PENUBUHAN Palang Merah ditubuhkan oleh Jean Henry Dunant yang dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Ayahnya merupakan seorang pengusaha berpengaruh di Geneva manakala ibunya adalah seorang yang lemah lembut dan berpegang teguh pada agama. Jean banyak mencontohi sikap ibunya. Walaupun dibesarkan dalam kemewahan, namun dia dididik dengan disiplin dan kekuatan spiritual. Kepercayaan dan moral yang tinggi sentiasa menjadi keutamaannya. Semasa remajanya, dia aktif dalam menyertai beberapa gerakan dan aktiviti keagamaan serta kebajikan. Antara pergerakan yang disertai oleh Jean ialah Kesatuan Kristian dan Yahudi dan League of Alms yang bertujuan untuk membantu golongan miskin, sakit dan menderita. Dia juga sering melakukan lawatan ke penjara untuk memulihkan banduan. Pergerakan yang paling diminati Jean ialah Kesatuan Pemuda-pemuda Kristian (YMCU) yang pada masa itu aktif di Switzerland, Perancis dan Belgium. Pada masa yang sama, kesatuan in juga terdapat dii England bergabung untuk membentuk Kesatuan Sedunia Cadangan penggabungan ini dicetuskan oleh Jean Henry sendiri. Semasa berumur 21 tahun, Jean Henry bekerna sambil belajar di sebuah bank di Geneva. Tujuannya adalah unluk mempelajari selok-belok perbankan sehingga diantik menjadi Pengurus Besar di sebuah bank di Algeria. Kemudian, beliau meletakken jawatan kerana ingin melibatkan diri dalam perniegaan. Perniagaan yang diusahakan Jean Henry berjaya dan beliau mendapat banyak keuntungan. Walau bagaimanapun, Peperangan Selferino mengubah perjalanan hidupnya. SEJARAH PENGASAS


SEJARAH PENGASAS DAN PENUBUHAN 2.0 Pada bulan Jun 1859, ketika berumur 31 tahun, Jean Henry pergi ke Castiglionedelta Pieve di utara Itali. Ketika itu, Pertempuran Solferino sedang berlangsung tidak jauh dari situ. Pertempuran tersebut melibatkan tentera Austria bertempur dengan gabungan tentera Perancis dan Sardinia. Selepas pertempuran berlanjutan selama 16 jam, medan pertempuran dipenuhi dengan 40000 askar yang terkorban dan cedera. 1.Membantu tentera yang cedera dan sakit Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan. 2. 3.Rumah dan gereja menjadi hospital sementara. Penduduk setempat diminta memberikan pertolongan agar memberi pertolongan cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terlibat. 4. Menggunakan kempen dan slogan “Tutti Fratelli” Kitakan bersaudara. Slogan ini mula disebarkan oleh seorang wanita di bandar Castiglione Delle Stiviere. 5. Kenangan yang pahit di Solferino telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada Jean Henry. Setelah kembali ke Switzerland, beliau mula memikirkan cara-cara untuk mengelakkan penderitaan dalam peperangan. Pengalaman beliau di Solferino kemudiannya ditulis dalam sebuah buku yang diberi judul "A Memory Of Solferino". Jean Henry menghabiskan masa selama tiga tahun untuk menulis buku tersebut dan diterbitkan pada November 1862. Buku tersebut kemudian dihantar kepada semua ketua kerajaan di Eropah untuk menyedarkan mereka tentang penderitaan yang dialami oleh mangsa peperangan, tanpa mengira mereka adalah tentera sendiri, tentera musuh, atau orang awam yang tidak terlibat. SEJARAH PENUBUHAN INISIATIF JEAN HENRY “PERTEMPURAN SOLFERINO”


“A MEMORY OF SOLFERINO” Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutamanya letua- letua di setiap kerajaan dan mahu mewujudkan dua cadangan Jean Henry, iaitu: Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan. 1.Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera daripada mana- mana pasukan hendaklah diberikan bantuan 2.


“SEJARAH PENUBUHAN JAWATANKUASA BERLIMA” Pada tahun 1863, sebuah jawatankuasa yang dinamakan Persatuan Kebajikan Awam Geneva, juga dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima, telah dibentuk. Jawatankuasa ini terdiri daripada Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr. Louis Appia, Jeneral Dufour, dan Henry Dunant. Matlamat utama jawatankuasa ini adalah untuk merangka peraturan-peraturan dan melaksanakan cadangan yang terdapat dalam buku "Kenangan Solferino". Antara 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen Antarabangsa telah diadakan di Geneva yang dihadiri oleh wakil dari 16 negara. Di akhir konvensyen ini, para wakil telah menerima dan bersetuju untuk melaksanakan sepuluh resolusi dan tiga cadangan untuk menubuhkan Persatuan Palang Merah. Keputusan Konvensyen Antarabangsa Pertama, yang dihadiri oleh 16 negara, memberi peruntukan seperti berikut: Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Baniuan yang boleh membantu Perkhdmatan Perubatan Tentera di masa peperangan. 1. Ambulan, hospital tentera dan kakitangan perubatan adalah dilindungi semasa peperangan. 2. Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam, iaitu gelangan tangan dengan lambang palang merah yang berlatarbelakangkan warna putih. 3.


3.0 PEMBANGUNAN KONVENSYEN GENEVA DAN PROTOKOL TAMBAHAN


PEMBANGUNAN KONVENSYEN GENEVA DAN PROTOKOL TAMBAHAN 3.0 Diadakan pada 1864, bertujuan untuk meningkatkan keadaan orang yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera semasa medan pertempuran. Ia meliputi perlindungan terhadap mereka yang terluka dan sakit, staf perubatan yang merawat mereka, bangunan perlindungan, dan peralatan yang digunakan untuk merawat mereka. Konvensyen ini juga mengawal dan menetapkan penggunaan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Pada 1907, bertujuan untuk meningkatkan keadaan anakanak kapal dan angkatan tentera yang cedera, sakit, atau karam semasa pertempuran di laut. Ia memberikan perlindungan kepada mereka dan menetapkan keadaan yang membolehkan bantuan kepada mereka. Pada 1929, merujuk kepada layanan yang diberikan kepada tawanan perang. Ia melindungi tawanan perang, menyediakan peraturan untuk layanan mereka, dan menetapkan hak dan tanggungjawab terhadap pihak yang menawan mereka. Juga diadakan pada 1949, berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa perang. Ia menetapkan peraturan untuk melindungi masyarakat awam, terutama mereka yang tinggal di kawasan jajahan atau yang kehilangan kebebasan mereka. KONVENSYEN GENEVA PERTAMA KONVENSYEN GENEVA KEDUA KONVENSYEN GENEVA KETIGA KONVENSYEN GENEVA KEEMPAT KONVENSYEN GENEVA


PROTOKOL TAMBAHAN PROTOKOL TAMBAHAN I Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva yang diadakan pada 12 Ogos 1949, yang berkenaan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa, telah ditambah pada 8 Jun 1977. Protokol ini memperluaskan skop perlindungan kepada orang awam dan mengenakan batasan terhadap kaedah dan cara peperangan. PROTOKOL TAMBAHAN II juga ditambah pada 8 Jun 1977, merupakan protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva yang berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa. Ia mengandungi jaminan asas untuk individu yang tidak terlibat dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, dan menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam, objek, serta kelengkapan penting untuk memastikan keselamatan mereka. PROTOKOL TAMBAHAN III Tambahan kepada Konvensyen Geneva pada 12 Ogos 1949, berkaitan dengan penggunaan lambang tambahan, telah dimasukkan pada 3 Disember 2005. Protokol ini menetapkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mempunyai status yang sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.


4.0 UNDANGUNDANG KEMANUSIAAN


4.0 KONFLIK BERSENJATA ANTARABANGSA (SEPERTI KONFLIK YANG MELIBATKAN SEKURANG-KURANGNYA DUA BUAH NEGARA) KONFLIK BERSENJATA YANG TERCETUS DALAM SEBUAH NEGARA (SEPERTI KONFLIK ANTARA KERAJAAN DENGAN KUMPULAN PEMBERONTAK) UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan. Ia melindungi mereka yang tidak, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam pertempuran. UUKA bertujuan untuk melindungi maruah manusia dan menghadkan penderitaan semasa peperangan. Ianya juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata. UUKA Uuka, yang merupakan salah satu undangundang yang paling penting dalam masyarakat antarabangsa, bertujuan untuk memastikan keselamatan dan martabat manusia semasa konflik bersenjata. Ia bertujuan untuk mengekalkan satu tahap kemanusiaan tertentu, dengan prinsip yang menyatakan bahawa perang juga mempunyai batasannya. UUKA melibatkan dua keadaan: UUKA digunapakai ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana yang memulakannya.


4.0 UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ORANG YANG DILINDUNGI UUKA UUKA melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran, contohnya seperti: >orang awam >anggota perubatan dan kor agama angkatan tentera >mereka yang tidak lagi terlibat di dalam pertempuran, contohnya penempur yang cedera, karam atau sakit >tawanan perang Terdapat juga peraturan-peraturan khas yang melindungi wanita dan kanak-kanak yang selalunya mudah menjadi mangsa semasa peperangan. CARA UUKA MELINDUNGI membezakan antara penempur dan orang awam, serta tidak menyerang orang awam. membantu mereka yang cedera dan sakit, serta melindungi anggota perubatan. memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengan membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka. ICRC ? Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memegang peranan sebagai penjaga bagi pelaksanaan UUKA, yang bergantung pada empat Konvensyen Geneva 1949 dan dua Protokol Tambahan 1977. Konvensyen dan Protokol Tambahan tersebut memberi kuasa kepada ICRC untuk melaksanakan tugasnya, termasuk memberikan bantuan kepada tentera yang cedera, sakit, atau terdampar semasa konflik, melawat tawanan perang, memberi bantuan kepada orang awam, dan memastikan mereka yang dilindungi oleh UUKA menerima perkhidmatan yang sewajarnya.


5.0 PRINSIPPRINSIP ASAS PERGERAKAN


5.0 1. KEMANUSIAAN Bantuan diberikan tanpa mengira asal bangsa, etnik, agama, kedudukan sosial, atau pendirian politik. Fokus utamanya adalah untuk mengurangkan penderitaan, dan keutamaan diberikan kepada kes-kes yang paling memerlukan pertolongan. 2. KESAKSAMAAN 3. BERKECUALI 4. KEBEBASAN PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN Pergerakan Palang Merah dan Bulan Merah bertujuan untuk mencegah serta meringankan penderitaan dengan segala usahanya di mana jua kehadirannya. Matlamat utamanya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta memastikan terwujudnya sikap menghormati sesama manusia. Ia juga menggalakkan pembangunan sifat persefahaman, persahabatan, kerjasama, dan keamanan antara manusia. Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan yang bebas. Walaupun Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan memberi bantuan kepada badan-badan awam yang berkuasa, namun ia mempunyai kuasa untuk bertindak secara independen. Pada setiap masa, ia berpegang kepada prinsip-prinsip Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Untuk mengekalkan kepercayaan yang dipercayakan kepadanya, ia tidak memihak kepada mana-mana pihak atau terlibat dalam pertikaian politik, perkauman, agama, atau ideologi apa pun


5. SUKARELA Bantuan diberikan tanpa mengira asal bangsa, etnik, agama, kedudukan sosial, atau pendirian politik. Fokus utamanya adalah untuk mengurangkan penderitaan, dan keutamaan diberikan kepada kes-kes yang paling memerlukan pertolongan. 6. BERSATU 7. KESEJAGATAN Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah merupakan sebuah organisasi sukarela yang beroperasi tanpa mengutamakan keuntungan. Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan yang bebas. Walaupun Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan memberi bantuan kepada badan-badan awam yang berkuasa, namun ia mempunyai kuasa untuk bertindak secara independen. Pada setiap masa, ia berpegang kepada prinsip-prinsip Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.


6.0 SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA


6.0 SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) diasaskan pada tahun 1948 sebagai cabang Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih banyak cawangan persatuan tersebut ditubuhkan di Malaysia, dengan permulaan di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Malaysia. Persatuan menerima pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963, dan menjadi ahli badan antarabangsa pada 24 Ogos 1963. Berdasarkan penyatuan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, satu undang-undang yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah diluluskan untuk menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah nama baru, iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Akta ini telah dibentangkan di Parlimen dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1965 Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia mengalami perubahan nama menjadi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan pengesahan penukaran nama melalui Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh Parlimen Malaysia. Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai sejarah yang meliputi tempoh sebelum kemerdekaan. Palang Merah telah wujud di Persekutuan Tanah Melayu semasa pemerintahan British sebagai "A branch of the British Red Cross." Perang Dunia Kedua dan penjajahan Jepun pada masa itu telah menyebabkan kehancuran di beberapa kawasan negara kita, menyebabkan penduduk hidup dalam kemiskinan dan penderitaan. PERANG DUNIA KEDUA PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU


CAWANGAN SABAH CAWANGAN SARAWAK CAWANGAN SEMENANJUNG MALAYSIA Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah, iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948 Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April/Mei tahun 1948. Namun, terdapat rekod rasmi mengatakan bahawa Cawangan Palang Merah telah diwujudkan lebih awal di Sarawak iaitu pada bulan Februari 1948 Yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950 yang kemudiannya menjadi satu cawangan dalam bulan Februari 1951. Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah diwujudkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952


1948 - Palang Merah British Cawangan Sarawak ditubuhkan 1950 - Ditubuhkan di Pulau Pinang. 1951 - Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor. 1952 - Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang. 1961 - Pada 01 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibaca di Parlimen. 1962 • 16 April 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (Perbadaanan) AKTA 1961 (No.4 tahun (1962) telah berkuatkuasa. 1963 - Pada 04 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima dan mengiktiral secara rasmi sebagai satu Persatuan Palang Merah. 1963 - Pada 24 Ogos, menjadi ahli kepada Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC). 1965 - Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965). 1975 - 21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975, (Akta 162 - pertukaran nama dan lambang persatuan). 2007 - Pada 25 Mac 2007, Mesyuarat Majlis PBSM kali ke-116 telah memutuskan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). RUMUSAN SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA


Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, struktur Persatuan Palang Merah di Semenanjung yang hanya bersifat cawangan dengan ibu pejabat jauh di London tidak lagi sesuai. Oleh itu, satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962, iaitu Akta Pertubuhan Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Incorporation) (Akta No. 4 tahun 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962. Apabila Malaya mengalami perubahan nama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak di bawahnya dilakukan pada tahun 1965, sebuah undangundang diperkenalkan dan diluluskan, iaitu Akta Pertubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 2 Julai 1965. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan, ratu Malaysian Red Crescent Sociely (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-152 tahun 1975 (Laws olMalaysia, Act 162) AKTA PERTUBUHAN Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut:


OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BSMM Di bawah peruntukan Akta Perbadanan, objektif BSMM: Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan perjanjian Konvensyen geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva. Subperaturan 5(1) (A) Dalam Persatuan-persatuan Pendidikan (persatuan Sekolah) 1998. Akta Pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41,perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998. Berikut merupakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1: Nama Dan Alamat • Peraturan 2: Matlamat • Peraturan 3: Objektif • Peraturan 4: Keahlian • Peraturan 5: Guru Penasihat • Peraturan 6: Ahli Jawatankuasa • Peraturan 7: Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa • Peraturan 8: Kewangan • Peraturan 9: Penyertaan • Peraturan 10: Aktiviti • Peraturan 11: Peraturan-peraturan • Peraturan 12: Pindaan Perlembagaan • Peraturan 13: Perbubaran Persatuan • Peraturan 14: Tindakan Disiplin • Peraturan 15: Hal-hal Lain • Perkara-perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah : • LENCANA / LOGO PERSATUAN • COGAN KATA / MOTO • TUGAS PERSATUAN DI PERINGKAT INTITUSI PENDIDIKAN, CAWANGAN, DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN • PENDAFTARAN PERSATUAN • JAWATANKUASA KECIL


7.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 7.1 STRUKTUR ORGANISASI 7.2 JENIS KEAHLIAN 7.3 PAKAIAN SERAGAM 7.4 LOGO, LAGU DAN IKRAR


7.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 7.1 STRUKTUR ORGANISASI Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan, iaitu: Ditubuhkan pada Tahun 1919. Merupakan Liga persatuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Bebas daripada pengaruh kerajaan Peranan Utama Memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangsa bencana alam Ditubuhkan pada Tahun 1863 olen 5 warganegara Swiss bagi membantu orang yang cedera tanpa berpihak kepada manamana pihak. Keputusan mereka berasaskan kepada pertimbangan kemanusiaan Peranan Utama Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang saudara/rusuhan Memberi bekalan kepada mangsa peperangan seperti makanan, ubatan, pakaian, buku Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan. Melantik anggota-anggota pertolongan cemas Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan Membantu orang-orang tawanan perang, Menghantar perutusan orang awam.


Negara-negara menandatangani konvensyen Geneva PERSIDANGAN Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa ICRC IFRC Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Geneva, 1863 Geneva, 1919 Suruhanjaya Tetap Majlis Delegasi Persatuanpersatuan Palang Merah & Bulan Sabit Merah Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa STRUKTUR DAN ORGANISASI PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA


PENAUNG BSMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BSMM PERINGKAT KEBANGSAAN, NEGERI, DAERAH DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU PRESIDEN BSMM YAB PERDANA MENTERI TIMBALAN PRESIDEN BSMM YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI NAIB PRESIDEN BSMM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MENTERI KESIHATAN MENTERI LUAR NEGERI MENTERI BELIA & SUKAN MENTERI PELAJARAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI


CARTA ORGANISASI BSMM


PENAUNG PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI NAIB SETIAUSAHA SETIAUSAHA BENDAHARI NAIB BENDAHARI CARTA ORGANISASI BSMM IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA DR. Hajah Kartini Binti Abdul Mutalib Cik Kristil Tan Ai Teng DR. Norsiah Binti Bahari Nurin Yasmin Binti Raziman Nur Athirah binti Iszamli Aina Qasrina binti Johari Puteri Nur Iman Qistina binti Arman Shah Nurwidad Awatif binti Mohd Zulkifly Nurul Faeika binti Mansor


AHLI JAWATANKUASA CARTA ORGANISASI BSMM IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA KUARTERMASTER PEN. KUARTERMASTER Maisarah Hanisah binti Zainul Azman Ayu Nabila binti Sabarrudin LATIHAN Nur Aisyah Damia binti Zulkeffly Fatin Najlaa binti Nordin Nur Syariah binti Ishak Amni Wazini binti Zaharudin WAKIL UNIT Nur Irdina Adlina binti Norazli Sham Nurul Shuhada binti Haraman Nurul Hashimah binti Abd Wahab Nurfarzana Huda binti Muhammad Haris SUKARELAWAN Nur Anisah binti Azlan Intan Nur Liana binti Mat Zain PENGANGKUTAN Assyifaa binti Azman Nur Dayana Faqihah binti Mohd Johan DOKUMENTASI Nur Alyaa Nabilah binti Rusle Nurirdina binti Norselin Siti Aisyah binti Abdul Halim Eishah Radhiah binti Amran


CONTOH CARTA ORGANISASI PERSATUAN BSMM DI SK BUKIT BARU, MELAKA 2023 CARTA ORGANISASI MURID BAGI PERSATUAN BSMM DI SK BUKIT BARU


3. AHLI BIASA (ORDINARY MEMBER) Yuran tahunan RM 2.00 setahun Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh setiausaha cawangan atau cabang BELIA (RED CRESCENT YOUTH) KANAK-KANAK (LINK) 4. AHLI BELIA (YOUTH MEMBER) Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi kepada: Tidak lebih 12 tahun dan berdaftar di Bahagian Unit Sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak 1. Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar Unit Bulan Sabit Muda. 2. Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di Unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment-VAD) 3. 7.2 JENIS KEAHLIAN AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP (HONORARY LIFE MEMBER) 1. Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup tidak lebih 4 orang setiap tahun. 2. AHLI SEUMUR HIDUP (Life Member) Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan Yuran : RM 500


7.3 PAKAIAN SERAGAM Senarai Jawatan BSMM dan Pangkat yang berkenaan untuk Warga KPM


7.3 PAKAIAN SERAGAM PASUKAN BANTUAN SUKARELA BELIA


PASUKAN BANTUAN SUKARELA BELIA


PASUKAN BANTUAN SUKARELA BELIA


PASUKAN BANTUAN SUKARELA BELIA


PASUKAN BANTUAN SUKARELA BELIA


PASUKAN BANTUAN SUKARELA BELIA


PASUKAN BANTUAN SUKARELA BELIA


PASUKAN BANTUAN SUKARELA BELIA


PASUKAN KADET BELIA


PASUKAN KADET BELIA


PASUKAN KADET BELIA


PASUKAN KADET BELIA


PASUKAN MUDA BELIA


PASUKAN MUDA BELIA


7.4 LOGO, LAGU IKRAR Penggunaan lambang Bulan Sabit Merah sebagai lambang pertubuhan mengikut Act 162, Malaysia Red Cross Society (Change of Name) Act 1975 LOGO KEGUNAAN LAMBANG IRCS dan IPRC berhak menggunakan lambang Palang Merah/ Bulan Sabit Merah/ Kristal Merah pada setiap masa, laitu sewaktu konfik atau aman. PERANAN LAMBANG Tanda Perlindungan Seseorang atau objek tidak boleh diserang. Seseorang atau objek itu adalah di bawah perlindungan undang-undang kemanus dan. Tanda Pengenalan Menunjukkan bahawa orang atau sesuatu objek adalan berkaitan dengan Pergerakan Palang merah atau Bulan Sabit Merah.


LAGU


Click to View FlipBook Version