PUSAT TINGKATAN ENAM
SMK TUNKU AMPUAN DURAH
AJK KERJA
PENYERAHAN PANDU LALU
SIJIL / DOKUMEN PELAJAR
STPM 2020
20 September 2021
1.0 PENDAHULUAN
Sekolah Berkesan ialah sekolah yang memperlihatkan pencapaian pelajar yang cemerlang, baik
daripada segi akademik mahupun aspek pembentukan sahsiah dan kokurikulum. Selain itu
perkongsian visi dan misi, kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap pembelajaran
dan pengajaran pengukuhan dan daya saing tinggi dalam kalangan pelajar serta permuafakatan
bersama ibu bapa dan masyarakat setempat akan turut memantapkan kecemerlangan sekolah.
Penyerahan sijil / dokumen pelajar STPM 2020 secara pandu lalu diadakan sebagai satu
pemangkin demi merealisasikan pematuhan SOP kesan pandemik Covid 19 yang melanda
negara kita dan dunia kini. Penyerahan pandu lalu ini bertujuan untuk melahirkan kesepaduan
dan kejelekitan antara semua pihak dari aspek kerjasama, sosialisasi dan kesefahaman dalam
setiap aspek kehidupan sebagai warga Malaysia yang mempunyai jati diri cemerlang dan
berketrampilan.
2.0 RASIONAL
Penyerahan sijil / dokumen pelajar STPM 2020 secara pandu lalu adalah untuk membolehkan
pelajar tersebut mendapatkan semua dokumen diperlukan bagi proses pendaftaran kemasukan ke
institusi pengajian tinggi ditawarkan mulai 25 September sehingga 30 September 2021
3.0 OBJEKTIF
3.1 Pihak sekolah dapat menyerahkan sendiri dokumen berkaitan secara terus kepada pelajar
atau ibu bapa pelajar berkenaan dengan cepat dan mematuhi SOP ditetapkan
3.2 Pelajar, para ibu bapa serta guru dapat mengurangkan pertemuan bersemuka dalam masa
yang singkat dan mencapai tujuan penyerahan dokumen secara formal
2
4.0 TARIKH, MASA & TEMPAT
Tarikh : 20 September 2021 (Isnin)
Kehadiran guru : 8.00 pagi
Masa pelajar : 9.00 - 12 tengah hari
Tempat : SMK Tunku Ampuan Durah
5.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tingkatan enam sesi 2019/2020 seramai 100 orang
6.0 AHLI JAWATANKUASA
Senarai ahli jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengendalikan penyerahan pandu lalu sijil /
dokumen ini adalah seperti berikut:
BIL AHLI JAWATANKUASA BIDANGTUGAS
1. Penyelaras Program
1. Memastikan proses pergerakan kenderaan
Pn Norzita bt Mohd Darus dan penyerahan sijil / dokumen berjalan
Pn. Hjh Rosliza binti Khamis dengan teratur dan lancar
2. Mengambil gambar sepanjang proses
penyerahan sijil / dokumen
3. Memastikan semua GM terlibat ada dan
saling membantu melancarkan proses
penyerahan sijil / dokumen serta
penyelesaian masalah jika timbul
4. Memastikan meja dan kerusi diperlukan
ditempatkan di setiap stesen ditetapkan
2. Jemputan/Sambutan/Protokol 1. Menunggu ketibaan pelajar atau ibu bapa di
Pn. Ani binti Ahmad pintu pagar utama sekolah
2. Memastikan pelajar atau ibu bapa diambil
suhu / memakai pelitup muka / mematuhi SOP
ditetapkan
3. Membantu memandu arah ke stesen mengikut
kelas
3
3. Pendaftaran dan penyerahan sijil /
dokumen pelajar
1. Memastikan semua sijil / dokumen
PRA U DURAH & MUHRIZ dimasukkan kedalam Folder Hitam
PRA U MUNAWIR disediakan bagi setiap pelajar mengikut kelas
masing-masing
Pn. Nurbaiti binti Marzuki
2. Memastikan GM berada di stesen masing-
En. Alias bin Ali masing pada jam 8.45 pagi
PRA U ANTAH 3. Memastikan pelajar atau ibu bapa
En. Jerald Fernandez menandatangani borang pengesahan
PRA U NAJIHAH penyerahan sijil / dokumen sebelum beredar
Pn. Norshamsila binti Saludin keluar
PRA U KURSHIAH
Pn. Rohani binti Abdullah 4. Menyerahkan sijil / dokumen kepada pelajar
yang tepat. Elakkan berlakunya masalah
tertukar sijil / dokumen
5. Memaklumkan kepada pelajar untuk
menandatangani sijil berhenti sebelum
difotokopi
7.0 GERAK KERJA PENYERAHAN SIJIL / DOKUMEN SECARA PANDU LALU
GERAK KERJA PENYERAHAN SIJIL / DOKUMEN
SECARA PANDU LALU
8.45 pagi : Semua GM berada di stesen ditetapkan mengikut
pelan lantai
9.00 pagi : Pendaftaran / penyerahan sijil / dokumen kepada
- 12.00 tgh para pelajar / ibu bapa
12.10 tgh : Bersurai
4
8.0 Penutup
Diharapkan gerak kerja penyerahan sijil / dokumen STPM ini akan dapat mengeratkan lagi
hubungan antara para pelajar dan guru-guru selain dapat meninggalkan kenangan terindah
sepanjang bergelar pelajar tingkatan enam SMK Tunku Ampuan Durah walaupun secara pandu
lalu.
Disediakan oleh,
( NORZITA BINTI MOHD DARUS )
Ketua Unit HEM,
Pusat Tingkatan Enam
Disahkan oleh,
( PN. NORAZIZAH BINTI SAMSURI )
GPK Tingkatan Enam,
SMK Tunku Ampuan Durah
5