The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadhirahkamil1221, 2022-10-26 10:18:31

KUMPULAN 6 (GEJALA PLAGIAT AKADEMIK YANG BERLELUASA DALAM KALANGAN PELAJAR)

KUMPULAN 6

MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM

GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK :



GEJALA PLAGIAT AKADEMIK YANG BERLELUASA
DALAM KELANGAN PELAJAR

KUMPULAN 6

BI
L NA
MA NO MA
TRIKS

1
SITI NA
DHIRAH 23DBS2
1F2005

2
ANIS S
AFIYA 23DBS2
1F2009

3
SYAZA I
NSYIRAH 23DBS2
1F2010

4
NUR EMI
LY EZLYN 23DBS2
1F2018

DISEMAK OLEH USTAZAH NOR WAHIDA BINTI
DZALIHU’ZZABIR

AHLI KUMPULAN

SITI NADHIRAH BINTI AHMAT KAMIL
23dBS21F2005

ANIS SAFIYABINTI MOHD SHIEZWAN



23DBS21F2009

SYAZA INSYIRAH BINTI MOHD
ABDUL SATAR

23DBS21F2010

NUR EMILY EZLYN BINTI SUPIAN
23DBS21F2018

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN M/S
1 pengenalan 1
2 penghargaan 2
3 jenis-jenis plagiat 3
4 objektif
5 punca dan keterangan 4
6 kesan negatif
7 video plagiat 5-7
8 hukum plagiat 8
9 cara menghndari 9
10 kesimpulan 10
11 lampiran 11
12
12 rujukan 13

14

PENGENALAN

Plagiarisme merupakan satu masalah etika yang telah lama wujud sejak awal tahun 1600-an lagi.
Namun, pada zaman berteknologi khususnya internet, masalah plagiarisme telah berkembang dengan
serius. Sebelum perkembangan internet, pelajar memplagiat dengan cara yang tradisional iaitu mencari
maklumat melalui bahan bercetak yang berada dalam perpustakaan dan menyalinkannya ke dalam kertas
dengan penggunaan pensil atau pen. Cara yang lain pula adalah dengan menaip semula ke dalam
komputer, mencetak dan menghantarkannya untuk dinilai oleh pengajarnya. Situasi ini telah berubah
setelah penggunaan internet diperluaskan. Pelajar hanya menyalin dan menampalkan (copy & paste)
pernyataan yang dikehendaki melalui maklumat yang didapati melalui internet tanpa menulis sumber
rujukan yang sesuai atau memberi pengiktirafan kepada pengarang asal.

Kajian lepas telah menyatakan terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah plagiarisme melalui
penggunaan internet semakin membimbangkan masalah ini. faktor yang menyebabkan masalah
plagiarisme melalui penggunaan internet adalah ketidaksedaran, sikap peribadi, kemudahan internet,
ketidakyakinan diri serta tekanan yang dihadapi oleh pelajar. Selain itu, kefahaman konsep plagiarisme
melalui penggunaan internet juga memainkan peranan yang penting dalam masalah ini. kefahaman
konsep plagiarisme melalui penggunaan internet amat penting dalam menangani masalah tersebut. Maka
kefahaman pelajar terhadap konsep plagiarisme turut perlu diketahui selain daripada faktor-faktor
yang menyebabkan plagiarisme melalui penggunaan internet.

APA ITU PLAGIARISME?

Plagiarisme merupakan satu aktiviti yang menciplak atau pengambilan karangan, pendapat, dan
sebagainya dari orang lain. Individu yang melakukan aktiviti palgiarismedikenali sabagai plagiator.Selain
daripada itu, mereka juga iaitu plagiator juga akan mengakui hasil penemuan dan penyelidikan orang lain
sebagai kepunyaan sendiri.Aktiviti plagiat amat mudah untuk dilakukan oleh individu yang tidak
bertanggungjawab kerana sumber rujukan atau hasil kajian amat mudah untuk di akses seperti di dalam
bentuk teks elektronik yang terdapat dalam laman web atau blog atau daripada bahan cetak seperti
buku dan jurnal.

Plagiarisme bukanlah satu isu yang baharu dalam kalangan pelajar. Bagaimanapun pada era teknologi
maklumat dan komunikasi khususnya internet, masalah ini didapati bertambah serius. Perbuatan
plagiarisme ini telah memberi banyak impak yang besar terhadap pembelajaran pelajar . Kertas kerja
konseptual ini akan membincangkan tentang konsep plagiarisme melalui penggunaan internet serta
faktor yang menyebabkan isu ini semakin berkembang. Di samping itu, kertas kerja ini juga akan
menyentuh tentang kesan perbuatan ini terhadap pembelajaran pelajar. Kesimpulan, kertas kerja ini
akan menghasilkan satu kerangka konseptual antara ketiga-tiga aspek iaitu konsep, faktor dan kesan
pembelajaran pelajar.

PENGHARGAAN

SYUKUR KE HADRAT ILAHI, KAMI DAPAT MENYIAPKAN PROJEK
KUMPULAN E-FOLIO BERTAJUK GEJALA PLAGIAT AKADEMIK YANG
BERLELUASA DALAM KALANGAN PELAJAR, DALAM TEMPOH MASA YANG
DITETAPKAN SELEPAS BEKERJA DENGAN GIGIH. TERLEBIH DAHULU, RIBUAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA USTAZAH NOR WAHIDA BINTI
DZALIHU’ZZABIR PENSYARAH TOPIK PENGAJIAN ISLAM KAMI BAGI MPU
23012 PENGAJIAN ISLAM . BELIAU TELAH BANYAK MEMBANTU DALAM
MENYIAPKAN KERJA INI DAN TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK
MEMASTIKAN KAMI MEMAHAMI APA YANG TELAH DIAJARNYA KEPADA
KAMI. TERIMA KASIH JUGA KEPADA RAKAN-RAKAN SEKERJA YANG
BANYAK MEMBERIKAN SOKONGAN DAN KERJASAMA YANG TIDAK
BERBELAH BAGI SEPANJANG PROJEK INI DIJALANKAN. RAKAN-RAKAN
SEMUA, TERIMA KASIH YANG SETULUS-TULUSNYA. KITA MUNGKIN TIDAK
DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS INI DENGAN JAYANYA TANPA MEREKA.
AKHIR KATA, UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA
SESIAPA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG
DALAM MENYIAPKAN PROJEK INI; KAMI INGIN MENUNJUKKAN RASA
TERIMA KASIH KAMI KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. TERIMA KASIH
BANYAK - BANYAK.

JENIS-JENIS PLAGIAT

PLAGIARISME CLONE

Plagiarisme clone adalah perbuatan mengambil
kerja orang lain, kata demi kata, dan
menyerahkannya sebagai anda sendiri. Ini
sering dilihat dalam kerja sekolah yang
dikemukakan oleh pelajar atau di laman web
yang mengikis kandungan dari laman web yang
bereputasi dan menampalnya di laman web
mereka sendiri seolah-olah tulisan mereka
sendiri

KITAR SEMULA PLAGIARISME

Juga dikenali sebagai plagiarisme diri,
plagiarisme kitar semula adalah
meminjam dari karya sebelumnya
sendiri tanpa menyebut sumbernya
dengan betul. Ia biasanya tidak
disengajakan, walaupun ada beberapa
keadaan di mana ia berada.

OBJEKTIF

Objektif Melalui tugasan ini kami rangkumkan beberapa
objektif seperti yang berikut : Tugasan ini dilakukan
secara amnya ialah untuk mengenal pasti permasalan
plagiat yang telah diahadapi oleh pelajar-pelajar di
Malaysia. Jadi, sumber sahih yang diperoleh dari pelbagai
bahan dan media membantu kami membuat tugasan ini
dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Kami telah
menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan
menganalisis maklumat tentang kegiatan plagiat yang
acapkali berlaku pada masa ini. Tugasan ini dapat menambah
pengetahuan kami tentang kegiatan plagiat di kalangan
pelajar-pelajar di Malaysia. Ini juga memberi kami
pendedahan untuk mengenali dan memahami apakah punca
sebenar berlakunya kegiatan plagiat ini. Bukan itu sahaja,
kegiatan ini turut memberikan kesan yang negatif dalam
diri seseorang yang terlibat. Kami juga telah
mencadangkan beberapa cara untuk menghindari kegiatan
plagiat ini

Punca berlakunya gejala plagiat
akademik dalam kalangan pelajar

1) Tidak mempunyai masa yang secukupnya.

Alasan ini sering diaturkanan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dalam
kekurangan masa tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran
pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan
mereka. Pada pendapat kami, faktor kekurangan masa tidak akan timbul kerana tempoh
tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah lebih daripada
cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam
diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh pensyarah itu tidak
mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk
meniru atau mengambil tugasan orang lain.

2) Pelajar kurang mahir mencari maklumat.

Pelajar yang tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat akan mengalami
kesulitan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar
lebih cenderung untuk melakukan plagiarism. Seharusnya, pelajar perlu didedahkan dengan
kemahiran mencari maklumat. Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara menyelidik
serta tahu objektif utama tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang tepat.
Mungkin dengan cara ini, produk yang dikeluarkan oleh para pelajar lebih kreatif dan
berkualiti. Kami yakin, semua university di negara kita mempunyai sistem mereka sendiri
untuk membantu para pelajar mencari maklumat.

3) Sifat pelajar itu sendiri.

Kebanyakan pelajar yang melakukan plagiarism adalah terdiri daripada mereka yang
mempunyai sifat-sifat tertentu dalam diri mereka. Mereka telah dididik dari sekolah
rendah untuk meniru tanpa usaha sendiri. Berjaya menjejaki kaki ke mara gading tanpa
usaha sendiri dan hanya dengan bantuan plagiarism. Sifat ini akan terbawa-bawa ke
universiti. Kami yakin, apabila di Universiti kebanyakan pelajar seperti ini tidak dapat
meneruskan pelajaran mereka dan mereka akan ketinggalan serta seterusnya terpaksa
menamatkan pengajian mereka terlebih awal.

4) Suasana pembelajaran di Universiti berbeza dengan sebelumnya.

Persekitaran di university sangat berbeza dengan persekitaran semasa di sekolah
mahupun di peringkat sekolah atau matrikulasi, para pelajar akan disuap dengan nota-
nota oleh guru-guru dan apabila mereka menjejakkan kaki di universiti. Amalan seperti
itu sudah tidak lagi diteruskan oleh para pensyarah. Di Universiti, para pelajar lebih diajar
berdikari dan segala nota pembelajaran perlu di cari sendiri oleh pelajar tersebut.
Sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini akan menyebabkan mereka
ketinggalan dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan nota-nota atau segala
maklumat tentang yang dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut akan
melakukan amalan ‘copy paste’ untuk menyiapkan tugasan mereka.

5) Kurang persedian dalam menyiapkan tugasan.

Etika dalam penyediaan sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakan
pelajar yang melakukan amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak
mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapkan sesuatu tugasan atau melakukan
sesuatu kajian ilmiah. Sekiranya persediaan tidak dilakukan terlebih awal, kerja yang
dihasilkan tidak memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk buat lain, maka
pelajar itu tidak akan bersemangat dan lebih cenderung untuk melakukan plagiarism
kerana mereka fikir, banyak masa yang mereka telah luangkan untuk menyiapkan tugasan
tersebut. Sedangkan kerja yang dilakukan sebelum ini adalah tidak bersungguh-sungguh.
Sepatutnya pelajar tidak harus bergantung 100% kepada internet. Pelajar perlu
mendapatkan bantuan daripada pensyarah mereka yang lebih berpengalaman dan luas ilmu
pengetahuan. Untuk menghasilkan kerja yang bermutu, pelajar tidak boleh berguru
dengan internet semata-mata.

6) Kurang kesedaran tentang plagiarism.

Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi mereka, menciplak
kerja orang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu
tugas dan bukannya meniru bulat-bulat buah fikiran orang lain. Kami berpendapat, para
pensyarah perlu mewujudkan satu sesi khas dengan pelajar untuk membicarakan tentang
isu dan masalah para pelajar seperti isu plagiarism ini. Para pelajar juga perlu
menitikberatkan tentang masalah ini kerana pelajar itu sendiri akan mendapat kesan
buruk sekiranya mereka sering mengamalkan amalan ini.

7) Sikap pelajar yang suka membuang masa

Seperti yang kita tahu, kebanyakkan pelajar gemar menghabiskan masa
dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah,contohnya bermain
permainan video dan melepak sehingga mengabaikan tugasan kuliah. Akhirnya,
mereka ini mengambil jalan pintas untuk menyiapkan kerja dengan 'copy
paste' di mana-mana laman web yang berkaitan.




8) Tahap pemahaman pelajar

Masih ramai di kalangan pelajar yang masih tidak tahu cara mencari maklumat
dengan betul. Kebanyakkan daripada mereka beranggapan bahawa mengambil
maklumat di laman web adalah perkara yang betul. Maka,tanpa disedari
berlaku plagiat dalam akademik.




9) Pelajar tidak membuat persediaan

Kebiasaannya,sebelum pelajar diberikan tugasan pensyarah akan
memaklumkan terlebih dahulu bagi memberikan masa yang secukupnya untuk
para pelajar membuat persediaan terlebih dahulu. Namun,kebanyakkan
pelajar tidak merancang apa yang perlu dilakukan. Justeru itu,mereka
mengambil langkah mudah dengan melakukan peniruan.





Etika dalam mencari ilmu sepatutnya perlu ada dalam diri pelajar. Jika
tidak,maka berlakulah perkara plagiat seperti ini. Persoalannya,sejauh
manakah kepuasan yang dapat pelajar rasakan sekiranya hasil tugasan mereka
bukanlah daripada pendapat mereka sendiri? Sebagai pelajar,kita perlu sedar
bahawa perbuatan yang tidak jujur ini akan memberikan impak yang negatif
dalam kehidupan.

KESAN NEGATIF

Penafiaan Hak

Dalam banyak kes, pelaku plagiat hanya mempertimbangkan kesan apabila
mereka tertangkap melakukan plagiat. Walau bagaimanapun, sama ada
mereka ini tertangkap atau tidak, plagiarisme ini menyebabkan beberapa
kesan kritikal. Pertama, mereka menafikan hak diri mereka satu matlamat
pembelajaran dan pengajaran yang dicadangkan bagi esei ilmiah, proposal
atau laporan dengan tidak menjalankan kajian secara telus dan terperinci
dengan menggubal dokumen asal. Pelaku lain akan berasa kecewa jika
mereka membuat usaha yang bersungguh-sungguh tetapi pelaku plagiat ini
hanya mengambil jalan mudah untuk mendapatkan markah yang tinggi.




Kegagalan

Sama ada di peringkat sekolah, peringkat universiti ataupun sektor
pekerjaan, akan menyatakan dasar yang menggariskan proses disiplin jika
didapati bersalah melakukan plagiarisme. Hukuman kadang-kadang
berbeza-beza berdasarkan kepentingan tugasan tersebut. Pada tugasan
kerja rumah yang mudah, kemungkinan guru akan memberikan markah
rendah pada kerja itu. Pada kertas ilmiah atau projek besar, berkemungkinan
akan gagal projek atau kelas pada kesalahan pertama. Jika kesalahan
pertama akan menyebabkan kegagalan kepada projek, kesalahan yang
berikutnya boleh menyebabkan kegagalan seluruh subjek secara automatik.
Pengajar sering meletakkan prosedur khas mereka dalam kelas mengikut
sukatan pelajaran

Penggantung
an atau dibuang



Sekolah tinggi atau kolej biasanya terlibat jika kejadian plagiarisme diulangi
atau teruk. Ini berpunca dari satu atau lebih ramai pengajar melaporkan
kejadian ini melalui formal proses laporan disiplin sekolah. Di peringkat
sekolah menengah, pendengaran pihak sekolah biasanya diadakan untuk
menentukan sama ada tingkah laku pelajar melanggar kod di mana
memerlukan pelaksanaan semula kerja ataupun pemberian markah yang
rendah. Di universiti, lembaga kehakiman biasanya Pihak Fakulti akan
melaksanakan pendengaran tatatertib pelajar dan pensyarah jika ia sampai
ke tahap kod tingkah laku yang mewajarkan penggantungan atau
pembuangan pendengaran.

Kejatuhan Imej

Kerajaan juga mesti tegas dalam memberi amaran untuk menarik balik
ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) pelajar IPT atau pensyarah yang
menipu atau melakukan plagiat serta mengupah orang lain secara
profesional untuk menyiapkan tesis mereka. Perkara ini perlu demi
memelihara dan menjaga nama baik bukan sahaja universiti tempat mereka
mengikuti pengajian, malah imej negara. Ini adalah kerana ianya boleh
menjejaskan imej, integriti dan kualiti IPT, budaya ini turut mempengaruhi
minda dan psikologi para pelajar universiti secara tidak langsung di mana
pelajar yang melakukan kegiatan tidak bermoral ini akan terus dibelenggu
rasa bersalah, malu dan hilang keyakinan diri. Imej pelajar ini juga akan
terjejas apabila kegiatan mereka diketahui oleh pelajar lain ataupun
ditangkap oleh pensyarah kerana melakukan plagiarisme.

CONTOH PLAGIAT

HUKUM PLAGIAT

‫ْن َبَرَكِة اْلِع ْلِم َع ْزُو ُكِّل َقْو ٍل ِإىَل‬
‫ لأّن في ذلك ترّفعًا عن‬، ) ‫َقاِئِلِه‬
‫التزوير الذي أشار إليه النبّي صىّل‬

” : ‫الله عليه وسّلم في قوله‬
‫المتشّبع بما لم يعط كلابس ثوَبي‬

. ‫زور ” متفق عليه‬



Syaikh Al-Albani rahimahullah berkata:
“Para ulama mengatakan, “Di antara
keberkahan ilmu ialah menisbatkan
setiap perkataan kepada orang yang

mengatakannya,” karena yang demikian
itu lebih selemat dari pemalsuan

sebagaimana yang diisyaratkan oleh
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam

:sabdanya

CARA MEGHINDARI PLAGIAT

Ada pelbagai cara untuk menangani plagiarisme dari berlaku. Langkah-
langkah ini boleh diambil dari aspek individu itu sendiri, masyarakat
sesebuah kelompok akademik, penulis karya akademik dan orang ramai
secara amnya.

Bagi seseorang penulis akademik, seharusnya terdapat kesedaran dalam
diri mereka tentang originality atau keaslian sesebuah karya yang mereka
hasilkan. Mereka sewajarnya lebih bersifat jujur dan ada rasa
tanggungjawab terhadap karya akademik mereka sendiri. Mereka juga
perlu yakin yang karya mereka berdasarkan hasil kajian yang mereka sendiri
lakukan dan data-data yang mereka sendiri kumpulkan.

Bagi seorang pelajar pula, kesedaran tentang betapa tidak telusnya
melakukan plagiat perlu ada agar mereka tahu kesalahan ini serius dalam
dunia akademik. Mereka sedia maklum yang mencuri itu salah, tetapi tidak
endah tentang mengambil karya orang lain dan masukkan dalam penulisan
sendiri tanpa menyatakan dari mana mereka mendapatkan tulisan-tulisan
sedemikian. Pelajar perlu bersifat lebih bertanggungjawab, prihatin dan
jujur dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.Antara tindakan yang
paling wajar bagi mengelakkan gejala plagiat dalam kalangan pelajar ini juga
termasuklah, pelajar tersebut meletakkan diri mereka sebagai mangsa
plagiat di mana, mereka bertungkus lumus mennyiapkan tugasan atau karya
akademik mereka, dan orang lain mengambil secara terus hasil penulisan
mereka tanpa menyebut (cite) nama mereka sebagai penulis asal. Tidakkah
itu boleh menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati, dan situasinya sama
sahaja jika mereka yang menjadi plagiator.

Selain itu, pensyarah juga boleh memberikan sedikit
penghargaan kepada pelajar mereka yang tidak melakukan
sebarang aktiviti plagiarisme sepanjang sesi kuliah dengan
mereka. Ini boleh menjadikan mereka percaya pada diri
sendiri, yakni penulisan mereka.

Bagi pihak atasan pula, khususnya dalam institusi
pendidikan sendiri, contohnya pentadbiran tertinggi
sesebuah universiti yang terdiri dari profesor-profesor,
dan doktor-doktor, waima pensyarah-pensyarah sendiri
seharusnya memberikan panduan dan bimbingan kepada
pelajar-pelajar mereka. Selepas sesuatu tugasan diberikan,
mereka sewajarnya memberikan arahan yang jelas dan
terperinci dan menegaskan perlakuan plagiat adalah
dilarang sama sekali.

Mereka juga seharusnya lebih teliti dan tidak gopoh dalam
menulis karya akademik mereka. Hasil karya mereka perlulah
bermutu dan bukanlah hasil yang ‘tangkap-muat’ sahaja.
Mereka juga perlu yakin yang karya mereka berdasarkan
hasil kajian yang mereka sendiri lakukan dan data-data yang
mereka sendiri kumpulkan.

KESIMPULAN

Kesimpulaanya, isu plagiat ini tidaklah boleh dipandang remeh oleh masyarakat
terutamanya di kalangan pelajar.Seperti yang sudah sedia maklum bahawa amalan
plagiat itu adalah amalan menipu maka ia juga dikelaskan sebagai amalan yang
menyalahi hukum agama. Gejala plagiat hanya merosakkan hati sehingga diri
merasa baik apabila melakukan perkara buruk dan juga membiasakan diri untuk
menipu yang kemudiannya mendorong kepada perbuatan jenayah. Oleh itu, hal ini
perlu ditegaskan agar perkara ini dapat ditangani oleh pelajar.

Kecanggihan internet yang berlaku sangat pantas ini, memudahkan kegiatan-kegiatan
seperti plagiat berlaku. Ramai yang tidak menyedari bahawa maklumat-maklumat di
dalam laman web adalah terpelihara di bawah undang-u informasi itu diambil.Kita boleh
mengelak daripada perkara ini berlaku dengan menghormati dan memahami penulis karya
tersebut. Plagiat mungkin memudahkan pekerjaan seseorang. Tetapi, ia juga
membuatkan penulis karya tidak dapat berkembang luas. Jadi,marilah kita bersama-
sama berganding bahu berhenti melakukan kegiatan ini dengan menjadi lebih kreatif
terhadap karya kita sendiri.

Katakan TIDAK
kepada plagiat !

LAMPIRAN

RUJUKAN
INERNET

ttps://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2021/11/89
1685/isu-plagiarisme-yang-berul

YOUTUBE



BUKU
Al-quran
kamus dewan bahasa


Click to View FlipBook Version