The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pr3033, 2020-12-14 12:29:42

Kenangan 7 tahun di Sekolah Rendah

Cerpen by Emir Mukhreez

Keywords: Emir Mukhreez

Kenangan 7 tahun di
Sekolah Rendah

Oleh: Emir Mukhreez b Effandi
6 Abu Bakar

Saya bertuah kerana dapat merasai
belajar di dua buah sekolah.

Zaman persekolahan saya bermula ketika
saya berumur 6 tahun. Saya mula
bersekolah pada tahun 2014.

Sekolah saya yang pertama ialah di
Integrated Islamic School Shah Alam atau
lebih dikenali sebagai ISSA. Sekolah saya
terletak di Seksyen 19, Shah Alam.

Ini adalah lambang sekolah lama saya dan gambar hadapan sekolah saya

Di sekolah ISSA, saya ada ramai kawan
yang datang dari serata dunia. Ini adalah
kerana, ISSA ialah sekolah swasta yang
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa penghantaran.

Kawan-kawan saya, ada yang berasal dari
Kanada, Pakistan, Jepun dan juga dari
benua Afrika.

Saya sangat suka mendengar cerita
mereka mengenai negara mereka. Banyak
benda baru yang saya pelajari dari mereka.

Saya banyak menimba ilmu dan
pengalaman sepanjang belajar di situ.
Antaranya, membuat kereta solar dan
membuat cermin mata 3D.

Tapi malangnya sekolah ISSA tidak aktif
dalam aktiviti sukan. Minat saya dalam
sukan memanah tidak dapat dibuat di situ.
Ini adalah antara sebab kenapa saya
berpindah ke sekolah Hira’.

Pada tahun 2018, ketika saya berumur 10
tahun, saya mula berpindah ke sekolah
Hira’.

Perkara yang saya tidak boleh lupakan di
Hira’ ialah, saya agak keliru kerana hampir
semua blok kelas serupa. Sekolah Hira’
sangat berbeza dengan ISSA.

Hari pertama saya sangat kelakar.
Selepas perhimpunan pagi, saya sesat
untuk mencari kelas.

Saya tidak tahu hendak bertanya
kepada siapa kerana saya murid baru.
Kebetulan datanglah seorang muallimah,
lalu bertanya kepada saya “Kamu
hendak kemana?” Saya jawab “Saya
hendak ke kelas 4 Ali Abi Talib”.

Selepas itu, Muallimah tersebut
menunjukkan jalan untuk ke kelas saya.
Saya tidak ingat nama Muallimah
tersebut.

Dan bermulalah zaman persekolahan
saya yang baru. Di Hira’, ada satu
aktiviti sukan yang sangat saya minati,
iaitu sukan memanah.

Saya mula berlatih dalam sukan
memanah tradisional dan selepas
setahun saya mula berjinak dengan
sukan memanah moden.

Di dalam aktiviti memanah, saya telah
menyertai banyak pertandingan.

Antaranya, MSSD Klang pada tahun 2019
dan 2020, Sukan KESUNAS 2019. Juga
pertandingan peringkat antarabangsa iaitu
MISTAC pada tahun 2019. Saya bangga
dapat mewakili Hira’.

Disamping itu, saya juga banyak menyertai
pertandingan luar secara individu.

Saya di bilik BOM (Bilik Operasi Memanah) Kejohanan pertama sebagai wakil Hira’

Wakil Hira’ di MSSD Klang

Pingat pertama dalam sukan memanah

Di kejohanan antarabangsa ‘MISTAC’

Kejohanan Memanah di luar: Piala YB Seputeh

Kejohanan Memanah Terbuka Perak

Kejohanan Memanah Terbuka Port Dickson

Kejohanan Memanah Terbuka Port Dickson

Kejohanan Antarabangsa Shah Alam

Banyak kejayaan dan pengalaman yang
saya dapat sepanjang saya bergiat
dengan sukan memanah. Antara pingat
yang saya dapat ialah, 3 pingat emas dan
3 pingat perak dari MSSD, 1 pingat gangsa
dari pertandingan luar.

Pengalaman paling manis saya ialah,
saya dipilih sebagai model teknik panahan
didalam buku TKRS tahun 6.

Saya sangat bersyukur kerana bergiat
aktif di dalam sukan memanah.

Sesi pengambaran sebagai Model Teknik
Panahan TKRS

Hasil selepas sesi pengambaran

Pada tahun ini, ada sedikit kelainan,
kerana murid-murid perlu belajar dalam
kelas atas talian. Ini disebabkan, Bumi
diserang wabak Corona Virus-19.

Murid-murid tidak boleh bersekolah
kerana kami perlu menjaga jarak dan tidak
boleh bersentuhan.

Saya sangat sedih kerana tidak dapat
bersekolah, memandangkan ini ialah tahun
terakhir saya di Hira’.

Tetapi saya tetap bersyukur, kerana saya
tetap dapat berjumpa dan berbual
dengan Muallimah, Muallim dan kawan-
kawan secara atas talian.

Saya berharap sangat, semoga saya
dapat berjumpa dengan semua orang
sebelum saya menamatkan zaman
persekolan saya di Hira’.

Ini sahaja pengalaman dan kenangan
pahit manis saya sepanjang tujuh tahun
saya bersekolah di dua buah sekolah.

Saat-saat yang akan di rindui

Saat-saat yang akan di rindui

Sekian.
Terima Kasih


Click to View FlipBook Version