BIODATA
-SybilKathigasu-
Sybil Medan Daly atau lebih dikenali sebagai Sybil Kathigasu,
jururawat yang terkenal dengan keberanian dan kecekalan
membantu mangsa perang dan gerila anti-Jepun di Perak.
Sybil dan suaminya Dr. Abdon Clement Kathigasu
mengendalikan sebuah klinik di No. 141, Brewster Road (kini Jalan
Sultan Idris Shah) di Ipoh dari 1926 sehingga pencerobohan Jepun
ke atas Tanah Melayu. Mereka melarikan diri ke bandar Papan
berhampiran beberapa hari sebelum tentera Jepun menduduki
Ipoh.
Semasa pendudukan Jepun, pasangan ini memberikan bantuan
ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan kepada gerila anti-Jepun.
Sybil juga menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat yang
diperoleh daripada siaran radio British dengan gerila anti-Jepun.
Sybil dan suaminya ditangkap oleh tentera Jepun apabila kegiatan
mereka terbongkar. Semasa berada di dalam tahanan, penyeksaan
demi penyeksaan clilakukan oleh tentera Jepun sehingga
menyebabkan kematian suaminya.
Setelah tentera Jepun menyerah kalah, Sybil dibebaskan
dan diterbangkan ke Britain untuk menerima rawatan
perubatan.
No Dram of Mercy adalah kisah
tentang keberanian Sybil Kathigasu,
diceritakan secara ringkas dan
bersahaja dengan kata-katanya
sendiri.
Sybil Kathigasu
Pada 7 November 1947, beliau merupakan satu-satunya wanita
Malaya yang menerima pingat King George IV di Istana Buckingham,
England sebagai penghargaan kepada keberanian beliau.
Dan pada 12 Jun tahun berikutnya pada ketika beliau berusia
49 tahun, beliau telah meninggal dunia di Hospital Lanark, Scotland
akibat septicemia yang merupakan kesan daripada kecederaan
rahangnya.