SENSASI EDISI JUN 2023 Cinta dan kelangsungan hidup Ridzuan Hashim Cinta dan kelangsungan hidup Ridzuan Hashim Pahlawan Dalam Salji: Heliza Helmi dan Dedikasinya dalam Misi Kemanusiaan untuk Rakyat Syria Pahlawan Dalam Salji: Heliza Helmi dan Dedikasinya dalam Misi Kemanusiaan untuk Rakyat Syria Gegarkan Fesyen Raya dengan Kehebatan Dron: Koleksi Terbaru Bulan Bintang Melakar Sejarah Gegarkan Fesyen Raya dengan Kehebatan Dron: Koleksi Terbaru Bulan Bintang Melakar Sejarah Che Ta belikan gelang bernilai RM 30,000 buat ibunya Che Ta belikan gelang bernilai RM 30,000 buat ibunya MAJLIS PERKAHWINAN SHUIB DAN WATIE DITAJA RM1.7 JUTA
JUN 23 I S I K A N D U N G A N S E N S A S I 7 0 02 Tinta Editor 03 Perkenalan Shuib dan Watie bermula daripada ucapan takziah 04 Majlis Pertunangan Shuib dan Watie 05 Majlis perkahwinan Shuib dan Watie ditaja RM1.7 juta 07 Terbaru Bulan Bintang Melakar Sejarah 08 Perjuangan Heliza Helmi 10 Cinta dan pengorbanan Ridzuan Hashim 11 Che Ta belikan gelang RM30K? 12 Ruang Kreatif 13 Ruang Iklan
SIDANG EDITOR Noor Afifah Binti Mohammed Yusof Nurulain Izzati Binti Mohd Faizal Siti Rauhun Binti Bukram Ketua Editor Pembantu Editor Ketua Artikel Ketua Grafik Jenny Cheok San San Ketua Wartawan Anis Hazwani Binti Mohd Ayub Khan J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 01
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Syukur kepada hadrat Ilahi kerana mempermudahkan urusan kami dalam penghasilan majalah ini. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan beribu kesyukuran dan penghargaan atas usaha semua yang terlibat dalam penghasilan majalah ini. walaupun berdepan dengan dengan pelbagai masalah. Majalah Sensasi ini telah menekankan perjalanan perkahwinan antara Shuib dengan Watie yang mendapat tajaan. Harapan kami semestinya berharap bahawa majalah ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada umum agar sedar kepentingan perkahwinan. Bagi mencapai matlamat ini, kami telah menyediakan peristiwa pengenalan Shuib dengan Watie agar dapat membantu berkongsi ilmu pengetahuan kepada para pembaca. Akhir kata, kami berharap agar majalah ini dapat memberi minat kepada para pembaca untuk meneruskan pembacaan ketika membaca majalah ini. Majalah ini juga telah menyediakan ruang kreatif agar membawa pembaca jauh dari perbincangan utama majalah ini. Semoga majalah ini memberi makna kepada pembaca setelah membacanya. Sekian daripada kami. Terima kasih dan selamat membaca. Tinta Editor J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 0 2
Perkenalan Shuib dan Watie bermula daripada ucapan takziah Ucapan salam takziah melalui mesej di media sosial menjadi detik permulaan perkenalan antara Shuib Sepahtu, pelawak terkenal dan Watie Hanifiah, seorang usahawan setelah pemergian isteri Shuib, iaitu Sarah Raissudin pada bulan Ogos 2021 yang lalu akibat jangkitan Covid-19. Mesej Watie tersebut tidak dibalas Shuib serta merta, namun, Shuib membalasnya selepas lima bulan berlalu. Setelah lima bulan berlalu, pada permulaannya, Shuib berasa ragu atas tindakannya yang memulakan langkah pertama untuk berkenalan dengan Watie dengan meminta nombor telefonnya. "Masa saya mesej mintak nombor telefon, saya tak sangka akan dapat. Tapi pada masa itu rasa macam apa yang saya buat ini, saya tak sepatutnya minta", ulas Shuib ketika ditemubual. Dia tidak menyangka bahawa langkah pertamanya untuk berkenalan dengan Watie berjaya. "Dia pula ambil masa yang lama untuk balas mesej jadi saya pun berserah sahaja lah dan tunggu dia balas", katanya. Namun, menurut Shuib, Watie pula mengambil masa yang lama untuk membalas mesejnya dan membuatkan perbualan tersebut menjadi sunyi seketika. Setelah Watie membalas mesej tersebut bermulalah detik perkenalan mereka berdua. Ketika pertama kali bersua muka, kehadiran Watie disambut baik oleh ahli keluarga Shuib terutamanya ibu Shuib. "Penerimaan anakanak dan keluarga dia juga sangat baik terutama ibunya", katanya. Watie juga menjelaskan bahawa dia juga meminta pendapat keluarganya tentang perkenalannya dengan Shuib itu. "Saya ada ambil masa, beritahu keluarga untuk minta pendapat dan mereka juga tahu saya suka budak-budak. ", katanya lagi. "Dia nampak boleh jadi suami dan pemimpin yang baik. Sebab itu saya yakin nak bawa hubungan itu lebih jauh", ujar Watie. Watie menjelaskan bahawa dia tertarik dengan perlakuan Shuib terhadap arwah Siti Sarah yang penuh kasih sayang dan menyakinkannya untuk meneruskan hubungan mereka ke fasa yang seterusnya iaitu fasa pertunangan. J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 0 3 OLEH SITI RAUHUN
M A J L I S P E R T U N A N G A N S H U I B D A N W A T I E Shuib dan Watie selamat bertunang pada 6 Mei yang lalu di rumah kediaman Watie di Shah Alam. Majlis pertunangan mereka didadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Menurut laporan, pasangan ini bakal bernikah pada 23 Jun depan. Di sekitar majlis pertunangan pasangan ini, disaksikan pihak lelaki membawa tiga dulang hantaran manakala pihak wanita membalasnya dengan membawa lima dulang hantaran. Antara barang-barang hantaran yang dihadiahkan dalam majlis pertunangan tersebut ialah sirih junjung, sampin, buah-buahan, kasut dan manisan. Shuib mengaku bahawa hatinya berdebar-debar sebelum majlis pertunangannya itu, mempunyai perasaan yang bercampur baur, berasa seronok dan terharu. “Perasaan yang cukup berdebar-debar dari semalam, dari rumah lagi. Jadi lainlah, tapi ada rasa seronok dan terharu. Sebab melihat bekas mentua, mak dan sebelah sana keluarga disatukan, rasa terharu dan bersyukur", katanya. “Apa yang boleh diharapkan ialah doa daripada semua orang. Semoga semua doa itu menguatkan lagi membawa kita ke arah kehidupan paling baik,” ujarnya lagi. Pasangan ini mengharapkan doa orang ramai agar perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga bersama berjalan dengan baik dan lancar. J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 0 4 Sekitar majlis pertunangan Shuib dan Watie pada 6 Mei lalu. OLEH SITI RAUHUN
Majlis perkahwinan pasangan ini sebenarnya telah mendapat restu anak sulung Shuib, Uwais yang memberikan persetujuan terhadap Shuib untuk mendirikan rumah tangga bersama Watie. Shuib turut menjelaskan bahawa mungkin dia tidak akan berkahwin sekiranya anak-anaknya tidak merestui perhubungannya itu. "Apa yang saya nak buat sekali pun saya akan berbincang dengan anak-anak. Paling penting adalah Uwais sebab dia paling sulung dan mula faham tentang pelbagai perkara", jelas Shuib kepada wartawan. "Uwais adalah orang terakhir saya tunggu untuk dia beri persetujuan (berkahwin)", jelasnya lagi. Mengulas isu lanjut berkenaan kecaman netizen berhubung perkahwinannya ini setelah pemergian isterinya, Siti Sarah, selepas dua tahun, dia menjelaskan bahawa Allahyarham isterinya sentiasa berada di tempat paling istimewa dalam hidupnya dan berkata bahawa perkahwinannya ini dilakukan demi anak-anaknya. Majlis perkahwinan Shuib dan Watie ini akan diadakan secara sederhana sahaja bertempat di Putra Glass House, Putra Height dan hanya terhad kepada 600 tetamu sahaja. Siri eksklusif terbaharu, Walimatulurus Shuib dan Watie yang mempunyai tiga episod sahaja yang berkaitan perjalanan kisah cinta pasangan ini, bakal ditayangkan di Astro Ria bermula 24 Jun, jam 9 malam untuk tontonan para peminat. Shuib Sepahtu bakal menamatkan zaman dudanya pada 23 Jun ini dengan tunangnya, Watie Hanifiah. Menurut Shuib dan Watie, majlis resepsi tidak diadakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak dan hanya mengadakan majlis pernikahan sahaja. "Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak", katanya. Majlis perkahwinan pasangan ini ditaja lebih RM1.7 juta termasuk barangan kemas, majlis khatam al-Quran, berinai sehinggalah majlis akad nikah. Shuib meluahkan rasa syukur apabila perkahwinannya kali ini ditaja, namun dia juga memberitahu bahawa terdapat juga kos yang dikeluarkan sendiri, majlis perkahwinannya bukan ditaja sepenuhnya. "Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga," ujarnya lagi. Majlis perkahwinan Shuib dan Watie ditaja RM1.7 juta J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 0 5 OLEH SITI RAUHUN
Promosi Aidiladha kembali lagi!! SERLAHKAN KECANTIKAN ANDA DI PAGI HARI RAYA Leeyanarahman Butik Dunia Fesyen Terkini Layari kami di: leeyanarahman.co OLEH NURULAIN IZZATI J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 0 6
Jenama pakaian tempatan, Bulan Bintang, mencipta sejarah dalam dunia fesyen dengan mengadakan pertunjukan yang megah untuk koleksi terbaru mereka dan mengumumkan pasukan 'Bulan Bintang Ambassador 2023'. Acara tersebut, dengan tema 'Bulan Bintang Takes The Sky', diadakan di Menara Kuala Lumpur (Menara KL) dan dihoskan oleh selebriti terkenal, Nabila Huda dan Sherry Alhadad. Pertunjukan fesyen ini menjadi perbualan dan sorotan di media sosial karena menggunakan Menara KL dengan sebaiknya dan menjadikan langit sebagai latar belakang. Penonton disajikan dengan teknologi baharu 'projection mapping' yang memberikan pengalaman unik dan pertunjukan dron dengan formasi yang mengisahkan perjalanan Bulan Bintang. Kombinasi antara keindahan bangunan ikonik dan teknologi inovatif menciptakan atmosfer yang memukau, menjadikan acara ini sebagai salah satu yang paling menarik dan unik dalam dunia fesyen di Malaysia. Acara tersebut memberikan pengalaman unik kepada penonton dengan memproyeksikan gambar dan nama koleksi di tiang Menara KL, sambil menghiasi langit malam dengan 350 dron yang membentuk formasi yang mengisahkan perjalanan Bulan Bintang. Pertunjukan dron ini mencatatkan rekor sebagai pertunjukan dron terbanyak yang pernah diadakan di Malaysia. Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, menyatakan bahawa mereka telah menyediakan segalanya untuk koleksi raya tahun ini dengan menghabiskan kos yang tinggi, terutamanya untuk pertunjukan dron yang spektakuler. Azzim juga menjelaskan bahawa pemilihan duta Bulan Bintang didasarkan pada jumlah pengikut media sosial mereka untuk memperluas jangkauan pasaran. Koleksi Raya Bulan Bintang 2023 kini telah tersedia di ejen sah dan butik Bulan Bintang di seluruh Malaysia. Dengan acara megah ini, Bulan Bintang telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai salah satu jenama pakaian tempatan yang terkemuka dalam industri fesyen Malaysia. J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 0 7 Oleh Noor Afifah
Selebriti berjiwa murni Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi, mengenepikan urusan keduniaan lain untuk membantu dan menyelamatkan rakyat Syria yang sedang meniti musim sejuk melampau. Mereka merespons panggilan kecemasan dari Misi Musim Sejuk Rescue Syria, yang mereka terima dalam waktu yang singkat. Tanpa berfikir panjang, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi tiba di bumi Syria dengan tekad kuat untuk berjuang di jalan yang diredai oleh Allah SWT. Heliza Helmi cukup dikenali dengan aktiviti sukarelawannya dan pernah menyertai beberapa misi bantuan kemanusiaan di Sulawesi, Gaza, dan tempat lainnya. Dia mengakui bahawa keadaan di Syria saat ini sangat sejuk hingga mencengkam tulang. Dia merasakan betapa sukar dan mencabarnya kehidupan penduduk di sana. Dalam video tersebut, Heliza Helmi berkata, "Kaki tangan semua makin kebas dan pedih! MENGGIGIL! Walaupun semua kelengkapan ada, tetap sejuk ke tulang hitam! Terus terang nak share, sekarang suhunya terlampau sejuk. Kakja habis pakai berlapis-lapis baju, stokin, pakai selimut tebal, namun sepanjang malam Kakja menggigil kesejukan. Kelmarin ke kem pelarian Syria, ada yang tiada langsung kelengkapan musim sejuk, khemah mereka sangat usang dan senang runtuh." Pahlawan Dalam Salji: Heliza Helmi dan Dedikasinya dalam Misi Kemanusiaan untuk Rakyat Syria Misi MAPIM telah melakukan tugas mulia dengan mengagihkan bantuan kepada 95 keluarga di 2 titik penempatan di Syria. Bantuan yang termasuk selimut, khemah pelarian, ubat-ubatan, food pack, alat pemanas, dan baju sejuk memberikan bantuan yang sangat diperlukan kepada mereka yang sedang menghadapi keadaan yang mengancam nyawa akibat kedinginan yang teruk. Heliza Helmi dan Hazwani Helmi adalah contoh inspiratif tentang keberanian dan kepedulian dalam berjuang untuk menyelamatkan rakyat Syria dari penderitaan musim sejuk yang melampau. Tindakan sukarelawan ini memberikan harapan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan, sambil menyebarkan kesedaran tentang krisis kemanusiaan yang sedang berlangsung di Syria. J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 0 8 Oleh Noor Afifah
Santai MT E K A T E i K I n L dA W a A K Oleh Nurulain Izati k D u alam banyak-banyak or ih, kuih apakah yang ang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. Donut Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? Meter bas Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Penguin J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 0 9
Bakat lakonan Ridzuan yang begitu hebat telah diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem ke-9 dalam filem Hati Bukan Kristal. Bukan itu sahaja, ratusan drama termasuk telemovie dan puluhan filem membuktikan bahawasannya betapa besar kecintaan beliau terhadap bidang lakonannya kerana sehingga sekarang tidak pernah susut walaupun karyanya sudah melebihi 20 tahun. Beliau yang berpulang ke negeri abadi pada usia 62 tahun juga pernah menerima pengiktirafan sebagai yang terpopular sepanjang penglibatannya dalam bidang seni. Bayangkan betapa besarnya pengorbanan Allahyarham sehingga merahsiakan masalah sakit jantung beberapa tahun yang lalu saat mengetahui dirinya mempunyai penyakit yang begitu kronik. Allahyarham meminta anak lelakinya, Muhamad Dhanial hasil pernikahan dengan bekas isteri, pelakon dan hos Didie Alias untuk merahsiakan penyakit itu kepada umum dengan alasan beliau bimbang jika tidak menerima tawaran berlakon. Begitu besar pengorbanan yang dilakukan oleh Allahyarham buat dunia seni demi kelangsungan hidupnya. Allahyarham mempunyai jiwa yang begitu besar terhadap kerjaya yang ditekuni, sekali gus menjadi periuk nasi buatnya. Namun janji Ilahi adalah sesuatu yang pasti dan kita sebagai manusia tidak dapat menolak, Allahyarham diambil pulang oleh Yang Esa selepas rebah sewaktu bersarapan di rumahnya di Bandar Tun Razak, di bulan Syawal. Allahyarham telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat pada Khamis yang lalu. Semoga roh Allahyarham Ridzuan Hashim tenang di alam keabadian. Al Fatihah. Baru-baru ini digemparkan dengan pemergian pelakon terkenal, Allahyarham Ridzuan Hashim pada Khamis yang lalu disifatkan mengejutkan dan dianggap sebagai kehilangan yang begitu besar oleh rakan artis dalam industri hiburan tanah air. Sosok tubuhnya yang begitu tegap dengan senyumannya yang manis dari Allahyarham Ridzuan masih terniang-niang di mata setiap orang. Kini, Malaysia telah kehilangan seorang lagi anak seni yang berwibawa dan berjiwa besar kerana beliau amat sinonim dengan pembawakan karakter King yang ditampilkan menerusi filem KL Gangster ataupun watak seorang lelaki berpangkat Datuk dalam kebanyakan drama lakonannya di kaca TV. Ridzuan Hashim juga lebih dikenali sebagai ‘sang pematah hati’ dalam filem-filem bergenre cinta pada sekitar akhir tahun 80-an dan 90-an. Antara perfileman tempatan yang telah membesarkan nama seorang Ridzuan Hashim adalah filem Antara Dua Hati dan Hati Bukan Kristal pada awal pembabitannya sebagai seorang pelakon. INTA DAN KELANGSUNGAN HIDUP RIDZUAN HASHIM J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 10 C Bersama keluarga Oleh Anis Hazwani
H E T A B E L I K A N G E L A N G B E R N I L A I R M 3 0 , 0 0 0 B U A T I B U N Y A Bila tiba waktu perayaan pastinya ramai manusia sibuk melakukan persiapan masingmasing. Begitu juga kepada seluruh umat islam bagi menyambut Hari Raya AidilAdha yang bakal tiba tidak lama lagi. Namun begitu, lain pula cerita dramatis oleh pelakon popular ini, Rozita Che Wan yang telah membuat persiapan untuk menyambut Aidiladha dengan membelikan gelang emas baharu bernilai RM 30,000 buat ibu tercinta. Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok miliknya, Rozita atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta dilihat hadir ke sebuah kedai emas do ibu kota bersama ibunya baru-baru ini. Pada ruangan kapsyen, dia menulis bahawasannya dia telah membawa ibunya untuk membeli gelang emas baharu dan akui rambang mata apabila tiba di kedai tersebut. Dalam pada itu, Che Ta turut dilihat mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM30,000 daripada tas tangannya untuk membayar gelang tersebut secara tunai. Video berdurasi 0.20 saat itu sekali gus berjaya menarik perhatian dan reaksi dalam kalangan wargamaya. Menjengah ke ruangan balas, ratarata netizen memuji sikap Che Ta yang sentiasa berkongsi rezeki dengan keluarganya. Malah, netizen juga berdoa agar suatu hari nanti mereka boleh melakukan perkara sama seperti mana yang dilakukan oleh ibu kepada tiga cahaya mata itu. C J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 11 Oleh Anis Hazwani
cinta sejati TIADA PENGGANTI Cinta yang sempurna berasal dari dua orang yang tidak sempurna dan mereka tak saling menyerah untuk saling memperjuangkan satu sama lain. J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 12 Oleh Nurulain Izzati
CATERING B J U N 2 0 2 3 | H ALA M A N 13 ISMILLAH
S E N S A S I S E N S A S I "Cinta tidak akan menuntut kesempurnaan, cinta akan memahami, menerima dan rela untuk berkorban. Karena cinta seharusnya membuatmu bahagia bukan terluka."