The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aznida77, 2023-09-19 00:52:53

Laporan Kejohanan Olahraga MSSDPD Kali Ke 53 Tahun 2023

SK Kampung Baru Si Rusa

Keywords: laporan

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD PORT DICKSON KALI KE 53 TAHUN 2023 BIL PERKARA PENGELOLAAN 1 NAMA PERTANDINGAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD PORT DICKSON KALI KE 53 TAHUN 2023 2 NAMA PENGELOLA SMK INTAN PERDANA SK KAMPUNG BARU SI RUSA 3 TARIKH / HARI 31 JULAI HINGGA 4 OGOS 2023 4 TEMPAT PERTANDINGAN SMK RAJA JUMAAT, PORT DICKSON STADIUM TUANKU ABDUL RAHMAN, PAROI 5 PERASMIAN PENUTUP TN ISHAK BIN MOHD NOR 6 PENYERTAAN MURID/ PELAJAR #RUJUK BUKU KEJOHANAN https://smis.events/MSSDPORTDICKSON53 7 PENCAPAIAN #RUJUK BUKU KEJOHANAN http://smis.events/result/index.php?c=MSSDPORTDICKSON53 8 KEWANGAN / PERBELANJAAN #RUJUK LAMPIRAN 9 KEKUATAN Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dengan beberapa kekuatan : Penglibatan semua sekolah menengah dan sekolah rendah dalam kejohanan ini terdiri daripada pelbagai bangsa mampuu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan atlet. Pegawai-pegawai kejohanan yang dilantik juga mampu memberi khidmat berlandaskan Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Peraturan Am/ Pertandingan MSSNS dan MSSM. Sokongan padu dari semua pihak seperti PPD, PGB, MGB, PTPS Olahraga MSSNS, PTPS Olahraga MSSD, PONS dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Lokasi pertandingan yang sangat kondusif , peralatan untuk acara yang dipertandingkan mencukupi, penempatan pasukan dan kemudahan yang selesa. 10 KELEMAHAN Terdapat beberapa kelemahan yang perlu ditambah baik pada masa akan datang : Kos pengurusan kejohanan hanya bergantung kepada sumbangan bayaran daripada setiap pasukan sekolah yang bertanding. Tiada sokongan kewangan daripada sumber lain/pihak luar.


Sumbangan tersebut pula digunakan untuk menampung dua pengurusan kejohanan iaitu Kejohanan Interzone Sekolah Rendah dan Kejohanan Olahraga MSSD PD. Guru-guru yang telah dilantik sebagai pegawai kejohanan tidak mendapat pelepasan keluar bertugas pada hari kejohanan. Kekurangan pegawai teknikal yang berkemahiran berikutan guru yang berkemahiran dalam bidang kepengadilan olahraga telah bertukar portfolio, kekangan tugas-tugas pentadbiran dan sebagainya. Penglibatan jawatankuasa pelaksana dari sekolah menengah tidak menyeluruh. Ketepatan masa para pegawai kejohanan dalam mengendalikan pertandingan perlu ditingkatkan. Kelemahan dalam menepati masa daripada segelintir Pengurus Pasukan dalam tugasan mendaftar, menghantar dokumen-dokumen atlet (salinan sijil-sijil lahir/kad pengenalan tidak disahkan oleh pengetua/gurubesar)dan kawalan disiplin atlet dari aspek kebersihan dan pengurusan masa ke lokasi pertandingan / penerimaan hadiah. Tiada penyertaan dalam acara 3000m(P15) /5000m(L15/10000m (L18) jalan kaki, 400m lari berpagar (P18). 11 INTERVENSI Penambahbaikan pada masa akan datang : Perlunya sumbangan-sumbangan daripada sumber yang lain untuk menampung kos pengurusan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kursus-kursus dan galakan penyertaan/penglibatan guruguru dalam bidang kepengadilan perlu ditingkatkan. Penglibatan jawatankuasa pelaksana dari sekolah menengah perlu lebih menyeluruh. Contohnya Jawatankuasa Kebersihan memerlukan tenaga dan kekuatan QM daripada sekolah menengah untuk bertugas di lokasi yang berskala besar. Penggiliran tugas-tugas jawatankuasa kepada sekolah-


sekolah yang dilantik perlu diberi perhatian bagi melancarkan pengurusan kejohanan. Jawatankuasa Dokumentasi perlu mewujudkan laporan sepenuhnya tentang kejohanan. Pengurus-pengurus pasukan perlu lebih cakna dan hadir sepenuhnya pada setiap kali perjumpaan/ mesyuarat supaya tidak keciciran info-info penting tentang kejohanan. Sekolah-sekolah perlu lebih bersedia dalam penyediaan atlet-atlet mengikut spesifikasi acara yang dipertandingkan supaya dapat membentuk pasukan olahraga yang lengkap ke peringkat negeri dan peringkat seterusnya. 12 DOKUMENTASI / GAMBAR #SEPERTI DI LAMPIRAN https://www.canva.com/design/DAFqT455duk/tuDJkbzNvDO8kx CDHgyfJw/edit MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA Disediakan oleh; Disahkan oleh; …………………………….. CIK AZNIDA BINTI TASMUJI EN MUSTAZA BIN SHAPIAI PK Kokurikulum Guru Besar SK Kampung Baru Si Rusa SK Kampung Baru Si Rusa


PENYATA KEWANGAN KEJOHANAN OLAHRAGA INTERZONE SEKOLAH RENDAH DAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD PD KALI KE 53 TAHUN 2023 BIL PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM 1 Sumbangan Bayaran MSSDPD Kejohanan Interzone Sekolah Rendah Sekolah Menengah : Makan Petugas RM2,576.00 RM400 x12 RM4,800.00 Khemah Teknikal RM1,200.00 RM280 x1 RM280.00 Belian Runcit (Sampul/ Plastik Sampah) RM50.80 Persediaan Padang RM150.00 Sekolah Rendah: RM380 x 16 RM6,080.00 Kejohanan Olahraga MSSD Pd RM280 x 6 RM1,680.00 Khemah Teknikal (SMKRJ) RM300.00 RM200 x28 RM5,600.00 Khemah Teknikal (STAR, Paroi) RM1,100.00 Makan Petugas (SMKRJ) RM1,162.00 Makan Petugas (STAR, Paroi) RM4,554.00 Elaun PONS RM400.00 Pingat dan Trofi RM2,689.50 Sewaan Stadium RM2,865.00 Banner RM55.00 Sewaan Siaraya RM500.00 Borang Pertandingan RM180.00 Pengangkutan Peralatan RM200.00 Persediaan Padang RM150.00 Belian runcit RM205.80 Pingat tambahan RM101.90 Jumlah Perbelanjaan sebenar RM18,440.00 JUMLAH RM18,440.00 JUMLAH RM18,440.00


BUKU KEJOHANAN KEPUTUSAN KEJOHANAN


DOKUMENTASI / GAMBAR


Click to View FlipBook Version