The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KO WEN XUAN SJKC KG BARU RAHANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-87136181, 2021-10-07 11:53:17

HARI KEBANGSAAN

KO WEN XUAN SJKC KG BARU RAHANG

HARI KEBANGSAAN
MALAYSIA

PENGENALAN HARI KEMERDEKAAN

MALYSIA

⦿ Hari Kebangsaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari
Kemerdekaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh
Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi
menandakan negara bebas daripada belenggu
penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957. Hari
kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut
secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan
warna warni, nyanyian, pertunjukan pentas,
pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang
diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap
tahun.

⦿ Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula
menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api
yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu
juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi
turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari
tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah
di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

⦿ Sambutan hari kebangsaan secara
besar-besaran juga dibuat di Putrajaya.
Bangunan- bangunan perniagaan, rumah
kediaman dan kereta-kereta akan memasang
dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur
Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi
suasana perayaan. Hari kebangsaan
merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Hari Kebangsaan Malaysia

Seorang lelaki dilambung ke udara oleh
orang ramai semasa sambutan Hari

Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur, 2008

Nama rasmi Hari Merdeka

Juga dipanggil Merdeka, Hari
Diamalkan pada Kebangsaan, Hari
Kemerdekaan

Malaysia

Jenis Kebangsaan

Kepentingan Menandakan
kemerdekaan Persek
utuan Tanah Melayu

Tarikh 31 Ogos
Kekerapan tahunan

SEJARAH Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Abdul
⦿ Penubuhan Malaysia terdiri daripada Persekutuan
Tanah Melayu, Borneo Rahman ibni
Utara/Sabah, Sarawak dan Singapura dijadualkan Almarhum Tuanku
diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, Muhammad dibawa
bersamaan ulang tahun ke-6 kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa isu menyaksikan
berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina perbarisan ketika Hari
memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16
September tahun yang sama. Penangguhan itu Kebangsaan Tanah
juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Melayu 1958
Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum
di Borneo Utara dan Sarawak.[1] Bagaimanapun,
Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat
kemerdekaan daripada British pada 16 September
1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal
pada 22 Julai 1963.

⦿ Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan
pada 16 September 1963, dan disambut
sebagai Hari Malaysia. Sambutan kemerdekaan
besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos,
tarikh asal kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi
cuti umum di Sabah. Bagaimanapun, mulai
2000-an terdapat sedikit ketidakpuasan hati di
Malaysia Timur yang mendakwa sambutan hari
kebangsaan pada 31 Ogos terlalu bertumpuan
Semenanjung Malaysia.[2][3] Pada 2009, kerajaan
memutuskan bahawa bermula 2010, Hari Malaysia
16 September disambut sebagai cuti umum
persekutuan bersama-sama dengan Hari Merdeka
pada 31 Ogos.[4] Manakala bermula 2015,
Menteri Ahmad Shabery Cheek menyatakan
sambutan hari kemerdekaan mungkin disambut
tanpa menyebut bilangan tahun agar tidak
meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak.[5]

⦿ Zaman penjajahan Tanah Melayu bermula pada 1511 dimana
Melaka telah jatuh ke tangan Portugis.

⦿ Tanah Melayu dijajah oleh portugis selama 130tahun(kalau
tak silap)..

⦿ Kemudian pada tahu 1641 Melaka jatuh ke tangan penjajahan
Belanda setelah portugis tewas dengan

Belanda..

⦿ Pada tahun 1824 Belanda menyerahkan Melaka kepada British
melalui perjanjian Inggeris-Belanda..

⦿ Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama.
British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah
Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu
dengan bantuan pembesar-pembesar negeri.

⦿ Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan penduduk dan pembesar tempatan.

⦿ Hal ini telah menimbulkan beberapa buah
penentangan daripada pembesar pembesar
tempatan contohnya Dol Said, Tok Janggut,
Datuk Maharajalela, dan ramai lagi..

⦿ Kesannya,pada era 1920-an dan 1930-an, ramai
penduduk Tanah Melayu mempunyai kesedaran
untuk mendapatkan pendidikan.Maka muncul
golongan berpendidikan yang mule
memperjuangkan

⦿ semangat nasionalisme.Mereka menggunakan
pelbagai cara untuk manyampaikan ideologi
mereka.

⦿ Dalam usaha mereka untuk bebas daripada
tangan penjajah mereka dikejutkan dengan
kedatangan

⦿ Jepun pada tahun 1941.Namun disebabkan
berlaku pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki
telah

⦿ Jepun pada tahun 1941.Namun disebabkan
berlaku pengeboman di Hiroshima dan
Nagasaki telah menyebabkan Jepun
menyerah kalah pada tahun 1945.

⦿ Pengunduran Jepun telah memberi ruang
kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk
menguasai Tanah Melayu.

⦿ PKM telah bertindak ganas dengan
membunuh dan memusnahkan harta benda
awam dengan sewenangnya sehingga
memaksa British mengisytiharkan darurat di
Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960.

⦿ NAMA : Ko Wen Xuan
⦿ KELAS : 6M
⦿ NAMA SEKOLAH : SJKC Kampung Baru

Rahang
⦿ NAMA CIKGU : POK YET LING


Click to View FlipBook Version