The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rabiatul Adawiyah, 2023-10-10 21:15:49

Kaum kadazandusun di Sabah

Assignment e-portfolio

KADAZAN DUSUN NAMA: i)RABIATULADAWIYAHBINTIHAJIOSALI(BM23100004) ii)ALYA MAISARAHBINTI AHMADRIDZUAN(BM23100020) iii)AININSOFIYABTMOHDAZABI(BM2 3100006) iv)SHAHAIRULAIMANBIN MOHDMAULIDIN(BM23100012) v)AKIDHAIKALBINHAIROLFAZLI(BM23100005)


Pengenalan kadazandusun Kaum kadazandusun sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama sabah iaitu kadazan dan dusun namun disebabkan persamaan bahasa , budaya dan situasi, politik kaum kadazan dan kaum dusun satu istilah terbaru telah dibentuk untuk menyatukan kedua dua kaum ini iaitu kadazan dusun , kaum ini sememangnya kaya dengan keunikan budayanya dari segi asal usul , legenda,bahasa,pakaian,muzik,tarian tradisional dan corak kehidupan masayrakatnya


Asalusul Kadazandusun KADAZANDUSUN merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesar di Negeri Sabah. Masyarakat ini merupakan golongan petani, tetapi dengan perkembangan sosio-ekonomi yang dicapai oleh negara Malaysia sekarang, masyarakat ini beransur-ansur beralih ke bidang perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden. Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat Kadazandusun dikenali sebagai Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka. Setelah mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan nama "Kadazan" secara rasmi sebagai identiti mereka. Tetapi, oleh kerana masih terdapat etnik dari pedalaman yang berpendirian mendukung identiti "Dusun", istilah "Kadazan" dan "Dusun "dipersatukan menjadi "Kadazandusun" untuk memupuk dan menyatupadukan semangat "kesatuan" di kalangan mereka,


Pakaian kadazandusun Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki. Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan Pakaian tradisional lelaki kaum kadazandusun


Blaus berlengan pendek, berwarnahitam(baldu) untuk wanita petengahan umur(Sinompukung) Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya `bobohizan'(Kinoingan). Sarong (tapi) panjang berenda Si berwarna hitam Pakaian tradisional wanita kadazandusun


HINAVA Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing , Linopot Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum KadazanDusun di Sabah la merupakan hidangan yang dihasilkan daripada is ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cil merah, halia, bawang merah limau kapas dan garam Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi) Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini Makanan kaum kadazandusun


PINAASAKAN Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing , Linopot Pinasakan (Pinaasakan atau Pinarasakan) Sada, adalah makanan tradisi suku kaum Kadazandusun dan sangat terkenal di Sabah. Sajian ini mengandungi ikan sardin yang ditumis dan dicampur dengan bambangan (buah tradisional dalam keluarga buah mangga), takob-takob atau asam gelugur, kunyit dan garam. Makanan kaum kadazandusun


BOSOU Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing , Linopot Bosou atau Tinamba, yang menyerupai pekasam atau jeruk, adalah makanan tradisi istimewa suku Dusun di Ranau, Sabah. Terdapat beberapa jenis Bosou seperti Bosou Ikan, Bosou Daging, Bosou Nangka dan Bosou Sayur, dan boleh dihidang begitu sahaja seperti budu atau tempoyak di Semenanjung Malaysia. Makanan kaum kadazandusun


Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing , Linopot Sup Manuk Lihing atau lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia Makanan kaum kadazandusun Linopot merupakan nasi yang dibungkus menggunakan daun Tarap atau daun Doringin. Penggunaan daun Tarap atau Doringin dalam penyediaan makanan ini akan menyebabkan nasi yang dibungkus mempunyai bau harum semula jadi. Padi yang digunakan dalam membuat Linopot ini ialah padi bukit kerana pada masa dulu, kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan menananam padi bukit. Mereka membuat hidangan ini untuk dijadikan bekal ketika bekerja LINOPOT SUP MANUK LIHING


Adat Resam kaum Kadazandusun Merisik Meminang Bertunang Majlis perkahwinan Adat Perkahwinan Memberi sebentuk cincin.Cincin ini merupakan tanda peminangan dari pihak lelaki Jika risikan diterima ,mereka akan menentukan hari bagi pihak lelaki untuk membawa cincin pusaka yang diperbuat dari tembaga, cincin itu digelar cincin menanti mimpi dan dibawa pada waktu pagi Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibubapa perempuan akan memulangkan menanti mimpi itu dan memberi tahu samada pihak lelaki perlu membayar sugit Pesta perkahwinan wajib dilakukan walaupun sesingkat 2-3 hari. Bagi mereka yang berkemampuan pula, majlis dibuat selama 7- 14 hari.


Kepelbagaian serta keunikan adat dan amalan kepercayaan suku kaum Kadazandusun di Daerah Penampang. Sabah masih menjadi tumpuan orang ramai. Adat dan amalan kepercayaan ini telah diwarisi secara turun-temurun yang masih dikekalkan sehingga kini walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kebaikan dalam mengekalkan amalan turun-temurun seperti ini amat penting bagi rujukan di masa akan datang serta dapat dilihat oleh generasi baru agar mereka tahu dan tidak jahil dengan adat dan amalan-amalan yang digunakan oleh nenek moyang mereka. Selain itu, pengekalan adat ini penting juga untuk mengelakkan is lupus ditelan zaman. Adat juga merupakan salah satu media gambaran atau latar belakang sesebuah kaum khususnya kaum yang terbesar di Sabah iaitu Kadazan-dusun Penutup


Click to View FlipBook Version