The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by damiamaisarahmk, 2021-01-30 08:47:23

PENDIDIKAN SENI VISUAL F2

PENDIDIKAN SENI VISUAL F2




2 -






ISI KANDUNGAN SEJARAH
BECA
SEJARAH
KERETA
LEMBU

PERSEPSI PERSEPSI
SENI SENI BECA

KERETA
LEMBU

SEJARAH KERETA LEMBU

Kereta lembu merupakan kenderaan dua roda yang ditarik oleh lembu. Ia
merupakan pengangkutan yang digunakan sejak masa silam lagi di kebanyakan
tempat di dunia. Ia masih digunakan hari ini di mana kenderaan moden terlalu
mahal atau infrastruktur tidak menyokong kereta. Kereta lembu yang ditarik
oleh seekor lembu lebih kebiasaannya digunakan bagi mengangkut barangan.
Rangka kereta dipasang pada lembu penarik dengan menggunakan rantai khas
yang diikat pada kayu gandar.

Kereta lembu di Malaysia digunakan sebelum kereta digunakan,
dan sehingga sekarang masih ada yang digunakan termasuk kereta
lembu pembawa penumpang. Pada masa kini, ia digunakan
terutama sebagai tarikan pelancong. Kereta lembu yang
membawa penumpang biasanya dilengkapi atap sebagai
perlindungan daripada terik matahari dan hujan dan ia sering kali
dicat dengan warna terang dan ceria supaya dapat menarik
pelancong daripada negara luar.Kereta lembu ini juga perlulah
dijaga supaya tidak hilang ditelan zaman dan dapat diketahui oleh
generasi yang seterusnya.

PERSEPSI SENI:KERETA LEMBU

Pengangkutan tradisional seperti kereta lembu ini dapat dikaitkan
dengann seni ragam hias.Seni ragam hias merupakan karya seni rupa
yang diambil daripada motif flora,fauna,geometri,awan larat dan
figuratif.Seni ragam yang terdapat di dalam kereta lembu ini biasanya
terdapat pada bahagian kisi-kisi,belakang tempat duduk penumpang
atau bawah letak kaki serta corak bumbung yang terdapat di kereta
lembu sebagai fungsi melindungi penumpang daripada cuaca.fungsi
seni ragam hias ini adalah untuk memaparkan nilai estetik dan
menarik perhatian.Gambar dibawah menunjukkan seni ragam hias di
bumbung kereta lembu.

CONTOH KERETA LEMBU

SEJARAH BECA

Beca merupakan kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca. Beca di
Malaysia, dalam rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15
beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini
mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Terdapat juga model beca
dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga
dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang seperti kereta lembu.
Rekod beca terawal adalah apabila ia digunakan di Singapura pada 1914
apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman
Upton. Bagaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui jalan yang sempit
dan berliku-liku berbanding lanca yang ditarik manusia. Oleh sebab kerana itu,
batch beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan bawa ke Jawa. Hanya pada
akhir 1920-an beca kembali diperkenalkan di Singapura dan kegunaannya
meningkat dengan kedatangan migran China yang mendapati membawa beca
memberikan pendapatan yang baik. Beca kemudian menjadi semakin popular
di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan seluruh Asia.

PERSEPSI SENI BECA

Sebelum memasuki kepada persepsi seni,pada era sekarang beca telah
mengalami pelbagai evolusi.Beca pada zaman sekarang dilengkapi dengan
anak patung serta lampu berdasarkan tema ataupun warna.Beca pada zaman
dahulu dikayuh dengan menggunakan basikal berbanding dengan beca
sekarang yang lebih banyak penunggang menunggang motosikal.Gambar
pertama dibawah ialah gambar beca selepas mengalami evolusi.Persepsi seni
beca juga lebih kurang seperti persepsi seni kereta lembu.Beca juga
mempunyai seni ragam hias seperti kereta lembu iaitu di kisi-kisi,belakang
tempat duduk penumpang atau bawah tempat letak kaki.

CONTOH BECA PADA ZAMAN DAHULU DAN SEKARANG

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version