PENGENALAN
KEPADA TARIAN
TRADISI SABAH
Pengenalan
• Perkataan tarian merujuk kepada gerakan badan serta tangan
dan kaki berirama mengikut rentak muzik (Kamus Dewan Edisi
Keempat (2014)).
• Secara amnya, tarian dirujuk sebagai magarang terutamanya
genre lengkap tarian yang diiringi dengan tarian.
• Antara tarian tradisi Sabah ialah tarian Sazau Papar, Sumazau,
daling-daling, Adai-adai, Limbai, Magunatip
TARIAN SUMAZAU
• Tarian Tradisi Suku Kaum Kadazan Dusun Yang Merupakan
Kaum Terbesar Atau Majoriti Di Sabah.
• Tujuan : menyambut kedatangan Bambazon yang bermaksud
semangat padi
• Dilakukan setiap kali selepas musim menuai
• Sering dipersembahkan pada Pesta Menuai atau Tadau
Kaamatan.
TARIAN SAZAU PAPAR
• Tarian tradisi kaum Kadazan Dusun yang menetap di daerah
Papar (Pantai Barat Sabah)
• Bertujuan untuk pemujaan terhadap atau tajau yang
dipercayai mempunyai semangat yang dipelihara, disembah
atau diberikan makan supaya semangat berkenaan tidak
mengganggu dan marah terhadap orang yang menyimpannya
• Irama tarian ini agak rancak dan pergerakan tangan penari
kelihatan lembut.
Penari mempersembahkan tarian mereka secara
berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan
perempuan mula menari mengikut paluan gong.
Manakala, pergerakan kaki bagi penari wanita
pula kelihatan seperti orang yang sedang
mengirik padi dari tangkainya.
Keunikan pergerakan tapak kaki perempuan,
tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari.
TARIAN DALING-DALING
Tarian Daling-daling merupakan tarian traditional bagi suku
kaum Βajau dan Suluk juga amat terkenal.
Tarian Daling-daling ini biasanya dipersembahkan dengan
iringan pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian,
kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang
disematkan di sepuluh jari penari wanitanya.
Daling Daling adalah berasal daripada perkataan Inggeris
'darling' yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan
yang unik di majlis khusus dan istimewa di mana penari lelaki
dan perempuan akan berbalas pantun sambil menari.
Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus
penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian Daling-
daling ini.
Tarian Limbai
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau.
Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin
lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.
Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan
dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di
hadapan pengantin.
•
Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput
pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul
yakni pernikahan.
Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota
rombongan pengantin naik ke rumah.
Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai
lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
TARIAN ADAI-ADAI
• Adai-adai ialah tarian suku kam Brunei di Sabah.
• Tarian ini tercipta ketika para nelayan yang sedan berdayung
pulang dari menangkap ikan pada waktu malam agar rasa
mengantuk para nelayan akan hilang.
• Tarian ini menggambarkan pada kehidupan kaum nelayan
yang mana merupakan kehidupan tradisi masyarakat Brunei.
• Dalam tarian ini, ia mengisahkan cerita kumpulan nelayan
pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita
menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk
membantu hasil tangkapan yang akan diperolehi.
• Tarian Adai-Adai ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang
berbentuk pantun dan dinyayikan beramai-ramai .
• Kewujudan tarian-tarian ini dicipta melalui adaptasi lagu-lagu
Brunei Asli yang disesuaikan dengan irama dan suasana lagu
itu dinanyikan seperti Lagu 'Adai-Adai'.
• Lagu ini lazimnya dinyanyikan oleh kaum nelayan ketika
hendak pergi atau pulang dari menangkap ikan.
• Daripada kisah tersebut diciptalah tarian yang
menggambarkan keriangan, kepenatan dan pekerjaan yang
dilakukan iaitu menangkap ikan.
TARIAN MAGUNATIP
Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat
beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah.
Perkataan Magunatip diambil daripada perkataan "atip"
yang bermaksud menekan antara dua permukaan.
Keunikan tarian magunatip ini bukan saja bagaimana cara
ia di tarikan namun kekuatan dan ketangkasaan perlu ada
di samping pakaian tarian ini mengambarkan pahlawan
murut satu ketika dulu.
Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh
kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan
menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama
yang menarik.
Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu
upacara yand diadakan