The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafiz.azlanatputharaj, 2021-11-04 04:47:33

MA2 PI HAFIZ

MPW 1143 - PENGAJIAN ISLAM
MODULE ASSIGNMENT 2

NAME: MUHAMMAD HAFIZ B. AZLAN
NO MATRIC: AAA3925

PENGERTIAN DAN
MAKSUD ISLAM

Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah
memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya
dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .

Maksud Islam ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan
undang-undang yang merangkumi penyususnan kehidupan manusia , baik yang mengenai orang
perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia
dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan ,
kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .

Ciri-ciri keistimewaan Islam

1. Rabbani
la bersifat rabbani kerana sumber utama syariah ialah Wahyu Allah swt. Wahyu ini diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w dengan dua pendekatan. Pertama wahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quraan dan
keduanya dalam bentuk maknanya sahaja iaitu al-sunnah. Oleh itu, Islam adalah berbeza dengan agama lain yang
dicipta atau dulhamkan oleh penciptanya yang bersifat lemah.

2. Thabat
Iaitu segala dasar yg digariskan oleh Allah melalui al-Quran dan al-Sunnah tidak boleh dan tidak akan berubah atau
dipinda. Antara perkara yg termasuk dlm konsep thabat ialah akidah, ibadat dan ketetapan hukum Syariah.

3. Marunah
iaitu berubah mengikut kesesuaian, tetapi tidak mengubah hukum / prinsip asas. Sebagai contoh, solat adalah wajib
dan perlu dilaksanakan mengikut ketetapan rukun. Walaubagaimanapun, jamak dan qasar dibenarkan dalam solat
sekiranya seseorang itu bermusafir. Ini terbukti bahawa hukum Islam tidak statik, sebaliknya bersifat anjal dan fleksibel
dengan memberi keutamaan kepada keselesaan penganutnya.

4. Waqi’iyyah
Maksud waqi'iyyah. Dari segi bahasa bermaksud realiti. Apabila di hubungkan dengan Islam bermaksud praktikal,
mampu di amalkan oleh semua. Prinsip waqi’iyyah ialah praktikal, menyelesaikan masalah, menekankan keserhanaan
dan positif terhadap pemikiran. Misalnya, Islam tidak memerintahkan manusia untuk beribadat sepanjang masa
sehingga mengabaikan kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri, keluarga, masyarakat
dan negara.

5. Tawazun
Iaitu setiap bahagian drpd bahagian yg lain saling berkaitan. Dapat dilihat pd aspek ciptaan Allah – langit dan bumi,
sudut rohani dan jasmani, dunia dan akhirat, individu dan masyarakat.

6. Syumuliyyah.
Iaitu ajaran Islam bersifat lengkap dan sempurna meliputi kehidupan di dunia dan akhirat. Konsep syumuliyyah. Prinsip
syumuliyyah ialah kesempurnaan hanya milik allah, semua makhluk terikat dengan masa, tempat dan ruang tertentu
dan manusia sebagai khalifah. Contohnya, pelaburan duit di dalam insurans nyawa dan Amanah Saham Bumiputera
(ASB).

7. ‘Alamiyyah
Alamiyyah bermaksud sejagat, buana, global atau universal, Iaitu menyakini bahawa ajaran Islam adalah sesuai pada
semua manusia. Manifestasi kesejagatan Islam bukan sahaja meliputi sesama manusia, malah merangkumi makhluk
yang lain. Allah S.W.T. bukanlah Tuhan bagi manusia sahaja, malah Allah S.W.T. juga merupakan Tuhan bagi makhluk
yang lain

8. Wasatiyah
Islam adalah agama yang menganjurkan kesederhanaan kehidupan bagi memenuhi tuntutan dunia dan akhirat. Dalam
aspek pemakanan umpamanya, Allah s.w.t. menyuruh manusia makan dan minum dari makanan dan minuman yang
baik. Namun pada masa yang sama juga Allah s.w.t. mengingatkan manusia agar tidak melampaui batas. Namun ini
tidak pula bermakna umat Islam mesti bersederhana dalam melaksanakan akidah Islamiyyah. Ertinya beriman kepada
semua rukun iman secara sederhana sahaja dan tidak benar-benar yakin.


Click to View FlipBook Version