Soalan Sirah Tahun 6 ARAS RENDAH 1. Pilih asas pembentukan negara madinah yang tepat. a. Pembinaan masjid Nabawi c. Pembinaan Majis Quba b. Mempersaudarakan kaum d. Pembinaan negara mekah muhajirin dan musyrikin 2. Nyatakan peranan masjid pada awal pembentukan negara Madinah. a. Tempat bergotong royong c. Pusat ibadah b.Pusat jual beli d. Pusat mengumpul hasil pertanian 3. Kenalpasti definisi yang tepat bagi kaum muhajirin a. Para pedagang yang berhijrah bersama-sama dengan nabi Muhammad SAW dari mekah ke Madinah b. Para pedagang yang berhijrah bersama-sama dengan nabi Muhammad SAW dari mekah ke Madinah c. Para sahabat yang berhijrah bersama-sama dengan nabi Muhammad SAW dari Madinah ke Mekah d. Para sahabat yang berhijrah bersama-sama dengan nabi Muhammad SAW dari mekah ke Madinah 4. Pilih jawapan yang tepat bagi akhlak yang diamalkan kaum ansar untuk mengukuhkan silaturahim dengan kaum muhajirin. a. Membantu Menyediakan Makanan c. Memberikan tanah untuk bertanam b. Membantu Menyediakan Keperluan d. Berkongsi tanah dan harta 5. Kenalpasti pengertian Tasamuh yang benar a. Toleransi, iaitu bertolak ansur dan mudah memaafkan b. Toleransi, iaitu tidak angkuh c. Memahami iatu bertolak ansur dan mudah memaafkan d. Penyayang iaitu bertolak ansur dan tidak angkuh 6. Berikut penjelasan terhadap iktibar daripada sifat Nabi Muhammad SAW kecuali… a. Berlapang dada dan memberikan kemaafan b. Sabar, menjauhi pergaduhan c. Mewujudkan pergaduhan dan permusuhan d. Menghormati perbezaan pendapat dalam perbincangan
7. Berikan kesan mengamalkan Tasamuh dalam kehidupan a. Hidup berpuak-puak b. Hilang sabar c. Mewujudkan pergaduhan dan permusuhan d. Pergaduhan dapat dielakkan 8. Takrifan jihad adalah a. Mencurahkan tenaga dan kekuatan dalam mendapatkan kekayaan b. Seorang muslim mencurahkan tenaga dan kekuatan dalam melakukan sesuatu perkara c. Mewujudkan peperangan untuk mendapatkan takhta d. Bermusuhan demi mendapatkan harta dan kedudukan 9. Pilih contoh jihad yang sebenar dalam menuntut ilmu a. Belajar sambil lewa b. Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh c. Belajar berdikari dan menyendiri d. Belajar untuk mendapat pujian 10. Pilih salah satu aspek jihad yang ada dalam islam a. Jihad mengikut hawa nafsu b. Jihad melawan musuh yang jelas c. Jihad melawan saudara seagama d. Jihad melawan kebaikan
ARAS SEDERHANA 1. Kemukakan satu iktibar dari Peristiwa Pembentukan Negara Madinah? 2. Perincikan satu isi kandungan Piagam Madinah dari sudut kewajipan umat islam 3. Bezakan kaum Muhajirin dan kaum Ansar dari sudut makna dan contoh dalam kalangan para sahabat. 4. Bagaimanakah dapat anda terapkan sifat tasamuh Nabi Muhammad SAW di dalam kehidupan seharian anda? 5. Jelaskan satu pengajaran daripada kisah Nabi Muhammad SAW di Taif 6. Tunjukkan bagaimana Nabi Muhammad SAW mengamalkan sifat tasamuh dalam bergaul dengan masyarakat berbilang kaum dan agama. 7. Kemukakan satu iktibar daripada sifat tasamuh Nabi Muhammad SAW dan kesan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 8. Jelaskan maksud jihad dalam mempertahankan kesucian Islam beserta contohnya. 9. Bezakan contoh jihad dengan jiwa dan jihad dengan harta benda. 10. Buktikan iktibar daripada konsep jihad yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. ARAS TINGGI 1. Cadangkan 2 tingkah laku yang boleh dilakukan beserta huraian yang lengkap bagi menjaga hubungan silaturrahim di antara kawan-kawan di dalam kelas. 2. Ciptakan satu slogan kata yang penuh semangat dan memberi maksud kepada kepribadian Nabi Muhammad S.A.W serta kehidupan umat islam di Madinah. Contoh “Akhlak Muhammad, Disiplin Umat”. 3. Bandingkan tugas Nabi Muhammad sebagai pemimpin umat islam dan peranan ketua kelas ketika mengetuai kawan-kawanya di dalam kelas dari aspek niai-nilai murni. 4. Rancangkan 2 tindakan yang boleh anda lakukan beserta sebab apabila melihat rakanrakan anda sedang bergaduh di dalam kelas. 5. Buktikan 2 peranan beserta contoh apabila anda sebagai ketua kumpulan mengetuai perbincangan bersama rakan-rakan anda. 6. Lakonkan 1 situasi pendek bersama rakan anda yang mengamalkan konsep tasammuh ketika membeli makanan di kantin sekolah. 7. Ciptakan satu ayat dalam bahasa melayu yang mengandungi unsur tasammuh apabila rakan-rakan anda mengutuk dan menghina anda. 8. Simpulkan kehidupan anda sebagai pelajar dalam mengahayati konsep jihad bagi menjadi seorang yang berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.
9. Bandingkan satu persamaan diantara konsep jihad Nabi Muhammad S.A.W ketika berpuasa yang berperang melawan kaum musyrikin dengan anda sebagai penuntut ilmu yang berpuasa ketika belajar di sekolah. 10. Ciptakan satu aktiviti yang boleh anda lakukan sebagai seorang pelajar bagi mewujudkan sifat jihad di dalam diri anda.