SOALAN SEJARAH TAHUN 6 SOALAN ARAS RENDAH (5 markah) 1.Siapakah Perdana Menteri Malaysia Yang Kelima? -Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi 2. Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan ? - 31 ogos 1957 3.Apakah gelaran Yang diberikan kepada perdana menteri Malaysia Yang Ketiga? - Bapa perpaduan 4.Apakah kuasa luar Yang mula - mula memasuki tanah melayu ? -portugis 5.Berikan tarikh sebenar pembentukan Malaysia (Hari,Bulan,tahun) -16 September 1963 6.Di manakah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu diadakan ? -Dataran merdeka, Kuala Lumpur 7.Apakah maksud warna biru Yang terdapat pada Bendera Malaysia ? -melambangkan perpaduan 8.Siapakah yang mencipta Bendera Malaysia yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Jalur Gemilang’? - Mohamed bin Hamzah 9. Siapakah raja perlis Yang pertama Yang diiktiraf maharaja siam ? Syed Hussin Jamalullail 10.Siapakah pemgasas kesultanan terengganu ? Sultan Zainal Abidin 1
SOALAN ARAS SEDERHANA (10 markah) 1. Sebagai rakyat Malaysia,kita hendaklah saling menghormati ketika perayaan agama lain diraikan supaya A. kita dapat menikmati perayaan kaum lain B.( negara kita sentiasa aman dan damai ) C. dapat makan makanan percuma D. tanda kita sentiasa bersyukur 2. Berikut ialah makanan tempatan yang menjadi tarikan para pelancong, kecuali A. Nasi lemak B. Roti canai C. Nasi kandar D.( Steak) 3.Tunjukkan dua sebab mengapa MAGERAN ditubuhkan? 1.mengawal ketenteraman 2.memastikan kelicinan pentadbiran negara 3.menjaga keharmonian 4.saling mempercayai dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. 4. Pahang terkenal dengan pusat peranginan tanah tinggi. Berikut merupakan tarikan yang terdapat di Cameron Highlands. A. (Ladang teh ) B. Taman tema C. Hutan simpan kekal D. Empangan terbesar 5. Antara yang berikut, yang manakah merupakan gelaran bagi ketua Negeri Sembilan? A. Raja B. Sultan C. Yang di-Pertua Negeri D. (Yang di-Pertuan Besar) 6.Buktikan bahawa rukun negara yang pertama,”kepercayaan kepada tuhan” merupakan pegangan paling utama rakyat Malaysia. =Agama menjadi pegangan paling utama rakyat Malaysia. Oleh itu, setiap rakyat seharusnya menghormati amalan keagamaan masyarakat lain. Prinsip kepercayaan kepada tuhan ini juga dapat menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, rakyat dapat menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab terhadap negara. 7.Buktikan bagaimanakah negeri Pulau Pinang mendapat nama? =Nama Pulau Pinang diambil sempena nama pokok pinang yang banyak tumbuh di pulau tersebut suatu masa dahulu. 8.Buktikan bahawa rukun negara yang keempat,”kedaulatan undang-undang” merupakan prinsip bagi rakyat Malaysia. =Prinsip ini menuntut rakyat mentaati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang . Apabila kedaulatan undang-undnag dipelihara, maka negara berada dalam keadaan aman dan damai. Sebagai rakyat , kita perlu mempertahan kedaulatan undang-undang agar tidak dicabar mana-mana pihak.
9. Pada kebiasaannya ,kita menyambut sesuatu perayaan bertujuan untuk A. bersuka ria B. mengeratkan silaturahim C. memenuhi tuntutan agama D. (mengingati peristiwa yang bakal berlaku) 10.Berikan sebab mengapa Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein membentuk MAGERAN(Majlis Gerakan Negara)? =bagi mengawal keamanan negara yang tergugat kerana peristiwa 13 Mei 1969.
SOALAN ARAS TINGGI (15 markah) 1.Dalam sejarah kajian perlu dilakukan tentang sebab dan akibat peristiwa berlaku. Pertahankan hujah tersebut. Jawapan: i) Penting bagi mengambil iktibar ii) meraikan peristiwa sejarah 2.Berikut merupakan penyebaran kepercayaan terawal masyarakat di tanah Melayu melalui dagangan. i)Animisme ii)Buddha iii)Islam iv)Hindu a)i dan ii b)ii dan iii c)iii dan iv d)ii,iii dan iv jawapan: d 3.Berikan 2 alasan bagi menyokong menjamin keselamatan negara merupakan sebab-sebab pembentukan Malaysia Jawapan: -Ancaman komunis -Ancaman pergaduahan perkauman -Ancaman dari negara luar seperti Indonesia 4.Wajarkah anak-anak muda zaman sekarang menghargai segala usaha dan pengorbanan tokoh negeri yang terlibat dalam pembentukan negara. Sila terangkan. Jawapan : - Demi menjaga keharmonian kehidupan negara - Menyemai rasa bangga dan kesungguhan dalam membawa kejayaan kepada negara. 5. Cadangkan langkah bagi memperkasakan lagi penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ketika pembentukan negara Malaysia. -jawapan logik 6. Bagaimana kesan sosial dan ekonomi akibat penjajahan british mampu memberi impak kepada negara. Jawapan : -perlombongan -pertanian -penanaman getah -sistem perbankan moden 7.Perkembangan zaman prasejarah banyak membantu manusia dalam pengurusan kehidupan harian sebagai contoh dalam aspek pertanian.Bandingkan perkembangan teknologi pada masa dahulu dan masa sekarang. 8.Pada zaman dahulu peperangan adalah salah satu jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah.Kritikkan hujah tersebut bagi mengelakkan hal tersebut berlaku pada zaman sekarang. 9.Penambah baik perlu dilakukan bagi memelihara perpaduan kaum bagi mengelakkan peristiwa lampau berulang.Senaraikan 2 langkah.
10.Ramalkan 2 kesan yang akan berlaku jika tiada tokoh yang berani berdiri memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita