The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PORTFOLIO PBS 2 (SHARMILA ESVARAN) [3PISMP BM4]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharmilaesvaran7, 2021-08-20 09:05:48

PORTFOLIO PBS 2 (SHARMILA ESVARAN) [3PISMP BM4]

PORTFOLIO PBS 2 (SHARMILA ESVARAN) [3PISMP BM4]

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU
Laman Web: http.//ipgkti.moe.edu.my

NAMA PELAJAR : SHARMILA A/P ESVARAN

TAHUN :2

PROGRAM : PISMP

AMBILAN : JUN 2020

PENGKHUSUSAN : BAHASA MELAYU

SEKOLAH : SJK(T) LADANG KULAI OIL PALM,

KEMLAENDTEARINANGPEKNDUIDLIKAAINOMAILLAYPSAIALM, 81000 KULAI,
JOHOR.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAMPIRAN I

BORANG SEMAKAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Nama Pelajar SHARMILA A/P ESVARAN No. KP 010720-05-0794

Program PISMP Kumpulan SEM 3 Ambilan JUN 2020

Bidang Teras BAHASA MELAYU Elektif PENDIDIKAN MORAL
Teras 01.08.2021 HINGGA 05.08.2021
Fasa PBS 1 2/3
Tempoh
PBS

Nama SJK(T) LADANG KULAI OIL PALM
Sekolah

TAHAP PENCAPAIAN: Aspek Lengkap Tidak Catatan
Item Lengkap

1. Kehadiran
2. Laporan Perkembangan Pelajar
3. Portfolio individu

4. Kerja Kursus PBS

KEPUTUSAN: LENGKAP TIDAK LENGKAP

Dengan ini diperakui bahawa pelajar telah Melengkapkan/Tidak Melengkapkan keperluan PBS

Tandatangan:
Nama:
Tarikh:

**Tanda  jika berkenaan

LAMPIRAN 1-2a

KANDUNGAN PORTFOLIO
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

(Diisi oleh Penilai)

Bil Tajuk Item Tandakan

1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 

2.1 Nama IPGK /

2.2 Gambar /

2.3 Nama Pelajar /
/
2.4 No. Kad Pengenalan /
/
2 Biodata 2.5 Alamat tetap /
/
2.6 No. Telefon dan E-mel /

2.7 Ambilan dan Pengkhususan /
/
2.8 Tahun dan Semester : Tahun 2 Semester 1 /

2.9 Tarikh PBS: 01.08.2021 hingga 05.08.2021

3 Pernyataan Profesional / 3.1 Pernyataan sebelum, semasa dan selepas PBS
Kontrak Aktiviti

Instrumen Pengumpulan 4.1 Pemerhatian
4.2 Senarai semak
4 Data Berhubung 4.3 Temu bual
Tugasan (pilih yang

sesuai) 4.4 Soal selidik

5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah

5 Kolaboratif 5.2 Perbincangan dengan mentor
(Lampiran 1-3) 5.3 Perbincangan dengan guru-guru lain
5.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah

5.5 Interaksi dengan murid

6 Refleksi 7.1 Aktiviti
(Lampiran 1-5) 7.2 Perbincangan/Interaksi

7 Laporan Akhir

Ulasan Penilai : ________________________________________________________________

________________________________________________________________

Tandatangan : ___________________________ Tarikh: ________________________

Nama : ___________________________



INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

BAHASA MELAYU (SJKT) AMBILAN JUN 2020

PORTFOLIO
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 2

Nama : SHARMILA A/P ESVARAN
No. Kad Pengenalan : 010720-05-0794
Angka Giliran : 2020122340087
No. Kad Matrik : P19120515
Alamat Tetap : NO. 60, JALAN SRI PUTRI 1/3, TAMAN

No. Telefon PUTRI KULAI, 81000 KULAI, JOHOR.
E-mel : 016-6800252
Program : [email protected]
Pengkhususan : PISMP
Ambilan : BAHASA MELAYU
Tahun dan Semester : JUN 2020
Tarikh PBS : TAHUN 2 SEMESTER 1
: 1 OGOS 2021 - 5 OGOS 2021

3.1 Pernyataan sebelum PBS

Saya telah ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 2 selama seminggu yang
bermula pada 1 Ogos 2021 hingga 5 Ogos 2021. Ini merupakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang
kedua yang akan dilaksanakan secara atas talian untuk kali pertama bagi diri saya sebagai guru pelatih PISMP
ambilan Jun 2020. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kulai Oil Palm yang terletak di Ladang Kulai Oil
Palm, Kulai, Johor telah saya pilih bagi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang kedua ini. Saya telah
memilih sekolah tersebut kerana perjalanan ke sana hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja dari
rumah saya.

Sebelum menjalani PBS ini, kumpulan kami telah menerima taklimat sebagai persediaan ringkas mengenai
tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang PBS. Oleh itu, Unit Praktikum telah memberi taklimat pada 25 Julai
2021 (Ahad), pukul 4.30 petang melalui aplikasi Zoom berkaitan dengan perkara yang harus kami lakukan
sepanjang PBS yang akan dilaksanakan secara atas talian supaya dapat menyiapkan tugasan yang diberi
dengan baik, lancar dan sistematik. Selepas tamat taklimat itu, beberapa bahan lampiran telah diedarkan kepada
kami melalui Telegram serta dimuat naik dalam Google Classroom sebagai garis panduan untuk melakukan PBS
ini.

Sebelum mula menjalani PBS, saya telah memastikan pencapaian internet yang memuaskan di rumah serta
komputer riba berada dalam keadaan baik dan tidak mempunyai masalah. Hal ini demikian kerana, PBS yang
kedua ini akan dilaksanakan secara atas talian untuk kali pertama disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang
menyebabkan kumpulan kami tidak dapat pergi ke sekolah. Persediaan awal ini adalah amat penting bagi saya
agar tidak kelam-kabut serta berasa keliru semasa menjalani PBS yang akan dilaksanakan secara atas talian
nanti. Berdasarkan senarai semak tugasan yang telah diedarkan, dapat dikenal pasti bahawa terdapat beberapa
perkara utama yang perlu saya lakukan. Beberapa strategi pelaksanaan yang perlu dilakukan sepanjang PBS ini
telah saya susun agar menjadikan proses pencarian maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini mudah dan
lancar. Saya turut berbincang dengan rakan-rakan lain mengenai tugasan yang telah diberikan untuk
mendapatkan maklumat tambahan.

Saya telah menyediakan tiga cara untuk menyempurnakan tugasan saya iaitu pemerhatian, senarai semak
dan temu bual. Perancangan dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan telah saya senaraikan agar tidak menjadi
keliru ketika menjalani program PBS secara atas talian.

Secara dasarnya, aktiviti ataupun perkara yang telah saya fokuskan semasa PBS secara atas talian dijalankan
adalah seperti berikut:

i. Ringkasan Maklumat Kursus / Modul
ii. Meliputi unsur pemerhatian terhadap PdPR
iii. Merangkumi sumber PdPR
iv. Mengandungi strategi pelaksanaan PdPR / kemahiran mengajar
v. Mengenai persekitaran dan budaya sekolah

3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan
(Laporkan apa sebenarnya anda telah laksanakan dalam bentuk jadual)

Bil Tarikh Perkara
1. 01/08/2021 • Menghantar Live Location kepada Guru Besar melalui

(pagi-tengah hari) Whatsapp sebagai bukti kehadiran sebelum pukul 8.00
pagi.
2. 02/08/2021
(pagi–tengah hari) • Memperkenalkan diri saya sebagai guru pelatih kepada
Guru Besar.
3. 03/08/2021
(pagi–tengah hari) • Taklimat ringkas daripada Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan Pentadbiran melalui aplikasi Google Meet.
4. 04/08/2021
(pagi–tengah hari) • Menghantar Live Location kepada Guru Besar melalui
Whatsapp sebagai bukti kehadiran tepat pada pukul 1.00
tengah hari.

• Menghantar Live Location kepada Guru Besar melalui
Whatsapp sebagai bukti kehadiran sebelum pukul 8.00
pagi.

• Diberi seorang guru pembimbing iaitu guru bahasa Melayu
dan mengikuti Kelas 2 Senbagam melalui aplikasi Google
Meet.

• Memerhatikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
yang digunakan oleh guru dan penglibatan murid dalam
PdPR Bahasa Melayu.

• Menghantar Live Location kepada Guru Besar melalui
Whatsapp sebagai bukti kehadiran tepat pada pukul 1.00
tengah hari.

• Menghantar Live Location kepada Guru Besar melalui
Whatsapp sebagai bukti kehadiran sebelum pukul 8.00
pagi.

• Menjalankan temu bual bersama dengan Guru Besar dan
GPK Pentadbiran.

• Menemu bual guru pembimbing yang merupakan mentor
saya dan guru lain.

• Menghantar Live Location kepada Guru Besar melalui
Whatsapp sebagai bukti kehadiran tepat pada pukul 1.00
tengah hari.

• Menghantar Live Location kepada Guru Besar melalui
Whatsapp sebagai bukti kehadiran sebelum pukul 8.00
pagi.

• Mengikuti Kelas 2 Senbagam melalui aplikasi Google Meet.

5. 05/08/2021 • Memerhatikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
(pagi-tengah hari) yang digunakan oleh guru dan penglibatan murid dalam
PdPR Bahasa Melayu.

• Menghantar Live Location kepada Guru Besar melalui
Whatsapp sebagai bukti kehadiran tepat pada pukul 1.00
tengah hari.

• Menghantar Live Location kepada Guru Besar melalui
Whatsapp sebagai bukti kehadiran sebelum pukul 8.00
pagi.

• Pergi ke STKOP untuk mengambil gambar persekitaran,
infrastruktur dan sudut-sudut di sekolah tersebut.

• Mendapat pengesahan kedatangan dan penilaian laporan
perkembangan pelajar daripada Guru Besar.

• Menghantar Live Location kepada Guru Besar melalui
Whatsapp sebagai bukti kehadiran tepat pada pukul 1.00
tengah hari.

4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN
4.1 Pemerhatian

a) Suasana Sekolah

Nama Sekolah Pintu Utama Sekolah

Bahagian Depan Sekolah Bangunan Sekolah

Bahagian Belakang Sekolah

b) Bilik Khas Sekolah

Bilik Persediaan Bilik Guru Bilik Peralatan Sukan

Bilik Makmal Sains Bilik Darjah Bilik Isolasi

Bilik Operasi Buku Teks, Bilik Kesihatan, Bilik Gerakan Kokurikulum, Bilik Komputer, Bilik Pengurusan Sukan,
Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Pejabat Guru, Bilik Mesyuarat Utama, Bilik
Penolong Kanan, Bilik Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru Besar, Bilik Mesyuarat Kecil, Bilik Pengurusan

Peperiksaan, Bilik Akses, Bilik Cetak, Bilik Fail, Bilik Pemulihan, Bilik Perpustakaan Bahan Cetak, Bilik Utiliti

c) Kemudahan dan Infrastuktur Sekolah

Basin Membasuh Tangan Pengukuran Suhu Badan dan Saringan Gejala Alat Pemadam Api

Padang Sekolah Tempat Letak Kereta Tempat Letak Motosikal

Tong Sampah Kantin Sekolah Taman Sekolah

Televisyen Tempat Menunggu

Tempat Rehat Pelajar Pondok Pengawal Keselamatan Perpustakaan Sekolah

d) Sudut-sudut Khas Sekolah

Sudut Persatuan/Kelab dan Sudut Hal Ehwal Murid Sudut Kurikulum
Permainan/Sukan

Sudut Sejarah Sudut Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil Sudut Unit Beruniform

Sudut Pendidikan Holistik 2.0 Sudut Matematik Sudut Kokurikulum

Sudut Covid-19 Sudut Vandalisme Sudut Merokok

e) Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dalam Aplikasi Google Meet
Pada hari Isnin:

Murid mengucapkan selamat pagi kepada guru. Guru menerangkan isi pelajaran berkaitan
dengan topik yang akan diajar kepada murid.

Murid dikehendaki untuk mengisi tempat kosong Guru memberi latihan dalam buku aktiviti
berdasarkan jawapan dalam teks tersebut. kepada murid.

Pada hari Rabu:

Guru memberitahu murid tentang Murid membaca teks dialog yang
topik yang akan diajar. dipaparkan dalam slaid tersebut.

f) Susunan dan Kemudahan Bilik Darjah

Susunan Bilik Darjah Sudut Mata Pelajaran

Papan Kenyataan Tingkap dan Langsir

Meja dan Kerusi Murid Meja Guru
Papan Putih
Tong Sampah Projektor LCD

Hasil Karya Murid Bahan Pembelajaran

g) Ruang Keceriaan Sekolah dan Pemangkin Motivasi

Hasil Karya Murid Kata Hikmah Tokoh

Nilai-nilai Murni Papan Kenyataan
Akuarium Pokok-pokok Bunga

4.2 Senarai Semak

SENARAI SEMAK BAGI PENGUMPULAN DATA DI SJK(T) LADANG KULAI OIL PALM, JOHOR.

SENARAI SEMAK KEMUDAHAN KELAS

Bil Perkara Ada Tiada Catatan
1. Papan Kenyataan /
/
2. • Visi dan Misi Sekolah /
3. • Peraturan Kelas /
• Jadual Bertugas /
Keceriaan Kelas /
Kelengkapan Kemudahan /
• Kerusi dan Meja /
• Tong Sampah /
• Lampu dan Kipas /
• LCD Projektor /
• Jam Dinding dan Papan Putih /
• Meja Guru /
• Tingkap dan Langsir

SENARAI SEMAK DISIPLIN MURID

Bil Perkara Ada Tiada Catatan
1. Berpakaian kemas
2. Menghormati guru /
3. Mendengar arahan guru
4. Tidak menganggu murid lain /
5. Menepati masa
/

/

/

SENARAI SEMAK NILAI / PERWATAKAN GURU-GURU SEMASA PROSES PdPR

Bil Perkara Ada Tiada Catatan
1. Menepati masa /
2. Keterampilan yang kemas /
3. Mengamal nilai integriti /
4. Berinteraksi dengan sopan /
5. Mengamalkan budaya ilmu /

SENARAI SEMAK BILIK-BILIK KHAS

Bil Perkara Ada Tiada Catatan
1. Bilik Pejabat
/

2. Bilik GPK Pentadbiran dan Guru Besar /
3. Bilik Persediaan /
4. Bilik Makmal Sains /
5. Bilik Peralatan Sukan /
6. Bilik Bimbingan dan Kaunseling /
7. Bilik Pemulihan /
8. Bilik Darjah /
9. Bilik Guru /
10. Bilik Isolasi /
11. Bilik Operasi Buku Teks /
12. Bilik Kesihatan /
13. Bilik Gerakan Kokurikulum /
14. Bilik Komputer /
15. Bilik Pengurusan Sukan /
16. Bilik Kemahiran Hidup /
17. Bilik Mesyuarat Utama dan Kecil /
18. Bilik Pengurusan Peperiksaan /
19. Bilik Akses /
20. Bilik Cetak /
21. Bilik Fail /
22. Bilik Utiliti /







6.0 ILMU / PENGETAHUAN BARU
Bagi menjalani PBS di sekolah ini, beberapa kaedah telah saya gunakan untuk mengumpul data

dan maklumat yang efektif. Contoh kaedahnya adalah seperti pemerhatian, senarai semak dan temu bual. Teknik-
teknik ini amat membantu saya dalam menimba ilmu pengetahuan ketika menjalani PBS fasa yang kedua secara
atas talian di SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm, Johor.

6.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya telah mengalami dan mengharungi
pengalaman baru iaitu suasana dan budaya di sekolah tersebut. Sekolah tersebut memiliki beberapa bilik khas
seperti bilik kemahiran hidup, bilik isolasi, bilik peralatan sukan dan sebagainya. Bilik-bilik ini dapat memudahkan
murid dalam proses pembelajaran serta mewujudkan suasana yang lebih kondusif. Terdapat juga beberapa sudut
yang menarik seperti sudut Covid-19, sudut merokok, sudut pelbagai matapelajaran dan seumpamanya. Sudut-
sudut ini akan menyebabkan murid tidak berasa bosan untuk datang ke sekolah serta menarik minat mereka
dalam menimba ilmu pengetahuan mengenai beberapa isu penting.

Satu kesimpulan ataupun rumusan telah saya buat secara keseluruhan dari segi disiplin murid
dalam talian. Murid-murid telah diberi kesedaran moral yang kukuh. Misalnya, murid-murid akan mengucapkan
selamat pagi selepas masuk dalam kelas atas talian melalui aplikasi Google Meet. Mereka memberi salam kepada
para guru dengan senyuman yang manis. Sikap mereka yang sopan dalam percakapan dan patuh kepada arahan
guru telah meninggalkan kenangan yang baik dalam sanubari saya. Kebanyakan murid di dalam kelas atas talian
telah menunjukkan disiplin yang baik ketika waktu PdPR dengan memberi perhatian sepenuhnya apabila guru
mengajar serta memberi tindak balas yang cepat terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru.

Di samping itu, sekolah ini terletak di kawasan luar bandar dengan infrastruktur yang sempurna
dan guru-guru tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh iaitu menggunakan kemudahan yang telah
disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah tanpa mengira latar belakang setiap murid.
Mereka mencuba sedaya upaya untuk menolong murid dalam mencapai keputusan yang cemerlang serta
memiliki sahsiah yang terpuji dalam bidang akademik dan kokurikulum. Perkara ini bukan sahaja dapat
menjayakan masa depan murid tetapi juga akan meningkatkan imej sekolah tersebut. Dengan ini, saya berharap
dapat menempuh alam perguruan pada masa yang akan datang sekiranya saya ditempatkan di sebuah sekolah
sebegini.

6.2 Senarai Semak
Melalui senarai semak yang telah dibuat, saya telah mengumpul informasi mengenai

kemudahan di dalam bilik darjah dan sekolah, disiplin murid serta perwatakan guru secara atas talian. Selain itu,
saya telah membuat catatan yang lebih terperinci tentang bilik-bilik khas serta infrastruktur di SJK(T) Ladang Kulai
Oil Palm, Johor.

Dalam senarai semak yang pertama, didapati bahawa bilik darjah di sekolah ini mempunyai
kemudahan yang mencukupi dan berfungsi dengan baik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa susunan yang
kondusif dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Secara keseluruhannya, semua bilik darjah di sekolah ini mempunyai kemudahan asas
seperti papan putih, kipas, lampu, kerusi, meja dan sebagainya. Seterusnya, hampir semua bilik khas di sekolah
ini mempunyai penghawa dingin. Dengan ini, murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan secara
tidak langsung dapat meningkatkan minat mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, kebanyakan murid di sekolah ini amat berdisiplin iaitu mereka sering
menghormati serta mendengar arahan guru dan menepati masa ketika hadir ke kelas atas talian pada waktu awal
pagi. Murid-murid tersebut berpakaian kemas yang juga mewujudkan tanggapan baik terhadap mereka. Murid-
murid yang berdisiplin ini dapat membentuk satu persekitaran yang baik semasa proses PdPR kerana tiada
perselisihan faham ataupun kekacauan yang timbul dalam kalangan mereka.

Selain daripada itu, saya juga telah membuat analisis yang ringkas tentang perwatakan guru
yang ditunjukkan dalam kelas atas talian. Saya telah mendapati bahawa guru-guru di sekolah ini telah
menunjukkan sahsiah yang terpuji dalam pergaulan seharian dengan murid-murid yang boleh memberi implikasi
positif. Guru-guru tersebut juga menunjukkan disiplin yang baik dari segi pakaian, pertuturan dan tingkah laku.
Mereka juga mengamalkan budaya berkongsi ilmu dan pengalaman yang berkesan kepada anak murid mereka.
Perkara ini dapat mendorong murid-murid untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

Akhir sekali, saya telah mengumpul maklumat tentang bilik-bilik khas serta kemudahan yang
sedia ada di sekolah ini menerusi senarai semak yang telah dibuat. Secara kesimpulannya, sekolah ini
mempunyai infrastruktur yang canggih, lengkap serta berfungsi dalam keadaan yang baik.

6.3 Temu Bual

Terdapat juga banyak ilmu yang telah saya perolehi melalui temu bual yang dijalankan bersama
GPK Pentadbiran sekolah tersebut. Dalam temu bual yang telah dijalankan, beberapa soalan telah diketengahkan
berkaitan dengan perkembangan murid-murid dan sekolah tersebut. GPK Pentadbiran sekolah tersebut telah
memberi kerjasama yang baik serta komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan sesi temu bual ini dengan
menjawab semua soalan yang telah saya lontarkan.

Temu Bual dengan GPK Pentadbiran

Nama : Encik Kaviyarasan A/L Mealan

Jawatan : GPK Pentadbiran

Aplikasi : Whatsapp

Tarikh : 3/8/2021

Masa : 11.00 - 11.30 pagi

Soalan-soalan yang telah dikemukakan:

a) Pengenalan pendek mengenai diri sendiri.

Nama saya ialah Kaviyarasan A/L Mealan. Saya memegang jawatan sebagai GPK Pentadbiran
selama dua tahun di sekolah ini.

b) Apakah bidang tugas encik sebagai GPK Pentadbiran di sekolah ini?

Tugas saya sebagai GPK Pentadbiran di sekolah ini sangat luas kerana merangkumi pelbagai
bidang iaitu merangkumi kurikulum, pengurusan serta pembangunan diri pelajar, organisasi dan kendiri. Oleh itu,
saya akan membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai proses pengajaran, menyusun jadual waktu kelas
dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian dan membantu merancang dan menyelia program budaya
sekolah.

c) Apakah program yang telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi murid di sekolah ini?

Sebagai contoh, Prorgram UTE telah dijalankan di sekolah ini yang dikenali sebagai Ujian
Terancang Efektif dalam usaha membantu murid membuat ulangkaji atau persediaan bagi tujuan menghadapi
peperiksaan awam. Selain itu, Program Mentor-Mentee telah diadakan dalam usaha meningkatkan kejayaan
pencapaian akademik pelajar. Program-program yang telah dijalankan seperti ini akan meningkatkan prestasi
murid di sekolah ini.

d) Apakah pandangan encik terhadap kerjaya seorang guru?

Pada pandangan saya, kerjaya guru dianggap sangat mulia di mata masyarakat. Kerjaya
sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Peranan seorang guru ialah mengajar, mendidik dan
membimbing anak bangsa sehingga berjaya.

LAMPIRAN 1-5

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:
Temu bual dan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan:
• Dapat berkomunikasi secara berkesan dengan pihak pengurusan SJK(T) Ladang Kulai
Oil Palm, Johor seperti Guru Besar, GPK Pentadbiran, mentor dan guru.
• Dapat mengumpul banyak maklumat melalui temu bual dan perbincangan dengan pihak
pengurusan sekolah.

2.2 Kelemahan:
• Tidak mendapat jawapan yang tepat terhadap sesetengah soalan yang ditanya kepada
mereka.

3. Cadangan Penambahbaikan:

• Soalan-soalan temu bual harus disediakan lebih spesifik mengikut bidang tugas pihak
yang ditemu bual

LAMPIRAN 1-5

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:
Taklimat ringkas yang disampaikan oleh Guru Besar dan GPK Pentadbiran

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan:
• Guru Besar dan GPK Pentadbiran bersikap ramah mesra dan mereka telah bersedia
untuk menolong saya.
• Memberikan maklumat umum dan gambaran yang sangat baik berkenaan dengan
sekolah tersebut.

2.2 Kelemahan:
• Pencapaian internet yang kurang memuaskan ketika menerima taklimat ringkas tentang
sekolah tersebut.

3. Cadangan Penambahbaikan:

• Bersedia dengan pencapaian internet yang lebih memuaskan supaya mendengar
taklimat tersebut dengan teliti.

LAMPIRAN 1-5

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:
Pengendalian kelas secara atas talian pada waktu pandemik Covid-19 ini.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan:
• Guru menyampaikan isi pelajaran kepada murid menggunakan slaid dengan efektif dan
berkesan.
• Murid-murid lebih suka aktiviti seperti menjawab soalan iaitu latihan isi tempat kosong.

2.2 Kelemahan:
• Terdapat beberapa murid tidak aktif dan kurang memberikan tumpuan yang sepenuhnya
ketika guru mengajar.

3. Cadangan Penambahbaikan:

• Guru boleh memanggil nama murid secara rawak untuk menjawab soalannya
berbanding dengan menyuruh mereka memberi jawapan secara sukarela.

8.0 LAPORAN AKHIR

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan program yang bertujuan untuk
memberikan pendedahan awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dan perspektif seorang guru.
Setiap Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan wajib menyertai program PBS ke sekolah selama tiga kali. Dalam
hal ini, program PBS yang dijalankan pada 1 Ogos 2021 hingga 5 Ogos 2021 di SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm
merupakan PBS kali kedua bagi diri saya yang dilaksanakan secara atas talian disebabkan oleh pandemik Covid-
19 ini.

Sebelum menjalani PBS, taklimat yang jelas telah diberikan kepada kami. Sepanjang taklimat
itu, pensyarah tertentu telah menerangkan kaedah membuat portfolio ini. Di samping itu, pensyarah tersebut telah
mengingatkan kami untuk menjagakan sikap-sikap dan juga disiplin kami semasa melaksanakan PBS dalam
talian. Saya telah menyediakan beberapa nota dan menyenaraikan tugas-tugas projek yang ingin saya lakukan
sebelum mula menjalani PBS atas talian. Tambahan pula, saya telah mencetak borang-borang yang diperlukan
sebelum berjumpa secara bersemuka dengan Guru Besar. Borang-borang tersebut adalah seperti borang
kehadiran, laporan perkembangan pelajar dan seumpamanya. Saya juga mencetak borang garis panduan PBS
bersama saya agar boleh merujuk kepadanya bila-bila masa sahaja.

Pada hari pertama, saya dikehendaki untuk menghantar Live Location melalui aplikasi
Whatsapp untuk membuktikan kehadiran saya sebelum pukul 8.00 pagi. Taklimat ringkas diadakan bagi tujuan
memberikan maklumat umum tentang sekolah tersebut. Perkara ini memudahkan saya untuk mengumpul lebih
banyak data dan maklumat yang diingini. Guru Besar dan GPK Pentadbiran di sekolah itu telah menyambut
kedatangan saya dengan mesra. Saya memberi borang kehadiran dan borang laporan perkembangan pelajar
kepada guru besar SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm, Encik Mayachandran melalui Whatsapp. Saya telah
memperkenalkan diri saya sebagai guru pelatih kepada Guru Besar dan GPK Pentadbiran semasa taklimat
tersebut.

Guru Besar telah menyediakan jadual pelaksanaan kelas atas talian untuk saya. Saya telah
diberi Kelas 2 Shenbagam bersama dengan guru pembimbing iaitu Puan Manimegalai. Saya memperkenalkan
diri saya dalam talian kepada guru pembimbing yang merupakan mentor saya. Selepas berkenalan dengan
mereka, maka saya pun memulakan sesi temu bual dengan Guru Besar, GPK Pentadbiran, mentor dan seorang
guru untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberikan. Kaedah ini telah saya lakukan sebagai guru pelatih
dan jalan alternatif untuk mendapatkan ilmu daripada pihak pengurusan sekolah. Melalui kaedah verbal ini, ilmu
tentang pengurusan sekolah dapat saya timba dengan mudah. Kemudian, saya mula melakukan tugasan saya
iaitu menyusun maklumat dan data yang telah dikumpul tanpa membuang masa.

Justeru, saya juga telah membuat pemerhatian di sekeliling sekolah dan mengambil gambar-
gambar yang berkaitan dengan portfolio saya. Gambar-gambar yang saya ambil adalah berkaitan dengan
peralatan yang berkait rapat dengan kemudahan dan infrastruktur di sekolah dan sebagainya. Pemerhatian yang

dilakukan juga merupakan salah satu kaedah bagi saya untuk menguasai bidang yang dikaji di mana saya akan
melalui ‘direct experience’ dalam bidang akademik dan kokurikulum di sebuah sekolah.

Lebih-lebih lagi, senarai semak juga telah saya sediakan untuk menyiapkan tugasan ini. Senarai
semak disediakan adalah untuk mengambil kira setiap aspek daripada struktur dan pengurusan sekolah bagi
memudahkan kajian dalam menyelesaikan tugasan saya ini. Dalam hal ini, senarai semak yang sedia ada di
pejabat sekolah telah saya peroleh sebagai rujukan agar tidak terlepas pandang. Kajian saya telah menjadi lebih
mudah dan teratur dengan menyediakan senarai semak yang mengambil kira aspek-aspek penting yang terdapat
di sekolah tersebut.

Selepas menyempurnakan semua tugas yang diberikan, saya berasa amat gembira dan bangga
kerana telah berjaya melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang kedua atas talian di sekolah
ini. Dalam proses melakukan tugasan ini, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang baru.
Pengetahuan ini adalah amat berguna kepada saya apabila tamat pengajian di IPG dan mula mengajar di sebuah
sekolah pada masa kelak. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SJK(T) Ladang Kulai Oil
Palm, Johor kerana telah memberi peluang untuk membuat kajian. Saya juga berasa bersyukur kerana pihak
pengurusan sekolah tersebut telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam mengumpul maklumat umum tentang
sekolah serta menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Mereka bukan sahaja membantu saya dalam melakukan
tugasan tetapi juga berkongsi pengalaman mereka di sekolah yang sangat berguna dan berkesan.



LAMPIRAN 1-6

MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut:

Bil Perkara Catatan / data
1 Nama dan Alamat Sekolah
2 No. Telefon Sekolah SJK(T) Ladang Kulai Oil Palm, No 1, Jalan Kenangan,
81030 Kelapa Sawit, Kulai, Johor.

016-752 4574 (Guru Besar)

3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected]

4 Lokasi (Bandar / Luar Luar Bandar
Bandar)

5 Nama Pengurus Sekolah Encik Mayachandran A/L Subramaniam

6 Nama PK Pentadbiran Encik Kaviyarasan A/L Mealan

7 Nama PK HEM Encik Visvanathan A/L G. Velu

8 Nama PK Kokurikulum Encik Arivalagan A/L Marimuthu

9 Nama Penyelia Petang -

10 Gred/Band Sekolah B

11 Bilangan Guru Lelaki: 5

Perempuan: 11

12 Bilangan Guru Mengikut Siswazah: 10
Kelayakan Akademik Bukan Siswazah: 6

13 Bilangan Kelas 6

14 Purata Saiz Kelas 15 orang Melayu Cina India Lain-
15 Jumlah Murid Lelaki 00 68 lain

143 0

Perempuan 0 0 75 0

16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini

Sudut-sudut menarik yang terdapat di laluan sekolah.

Sudut-sudut informasi yang berwarna-warni di persekitaran sekolah.

Akuarium besar yang terdapat di kantin.


Click to View FlipBook Version