The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO KAEDAH FIQH DAN PERANANNYA DLM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by neffamazery, 2021-05-20 07:34:56

E-FOLIO KAEDAH FIQH DAN PERANANNYA DLM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

E-FOLIO KAEDAH FIQH DAN PERANANNYA DLM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

PENDAHULUAN

Kaedah fiqah merupakan satu prinsip umum yang dijadikan
sebagai satu panduan umum dalam pembinaan hukum-hukum
Islam apabila masalah-masalah baharu yang memerlukan
keputusan hukum yang cepat. Prinsip umum ini membolehkan
sesuatu masalah baharu yang timbul diselesaikan dengan mudah
mengenai hukumnya yang sebenar melalui rujukan kepada sumber-
sumber hukum lain. Penggunaan kaedah fiqh tidak akan menafikan
nas-nas al-Quran dan hadis tetapi kedua-dua sumber utama
tersebut amat penting untuk memahami syariat dan muamalah
manusia. Kaedah fiqh ini dapat memberikan hukum secara cepat
apabila sesuatu permasalahan timbul.

PENGERTIAN KAEDAH FIQH

KAEDAH Koleksi kaedah utama
yang bersifat umum
Bahasa: Tapak, asas bagi menyelesaikan
rumah dan prinsip. isu-isu tertentu.

“PERANAN KAEDAH FIQH
DALAM SAINS TEKNOLOGI

DAN KEJURUTERAAN”

1. Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk
digunapakai kepada persoalan sains teknologi dan
kejuruteraan

 Kaedah fiqh menetapkan formula teras
atau asas untuk digunapakai bagi menjadi
rujukan sebelum memulakan penyelidikan.

 Setiap persoalan yang baru dalam kajian
sains teknologi dan kejuruteraan boleh
dirujuk kepada kaedah fiqh bagi
menentukan hukumnya.

2. Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat
dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang

melibatkan isu-isu sains teknologi dan kejuruteraan.

 Kaedah-kaedah fiqh telah membantu saintis,
teknorat dan jurutera mengenalpasti isu dalam
operasi mereka untuk diselesaikan.

 Isu-isu dalam sains, teknologi dan kejuruteraan
mampu ditangani melalui panduan kaedah ini
bagi menjadikan operasi dalam penyelidikan
menapat rahmat dan berkat ilahi.

3. Meneyediakan keperluan hukum-hukum yang
menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam sains

teknologi dan kejuruteraan.

 Hukum-hukum yang sudah
diputuskan dalam kaedah fiqh
sangat sesuai untuk menjawab
segala persoalan cabangan atau
sampingan yang timbul dalam
sains, teknologi dan kejuruteraan.

KESIMPULAN

Penggunaan kaedah fiqh dalam sains teknologi dan
kejuruteraan merupakan sesuatu yang perlu diambil kira oleh
setiap saintis, teknorat dan jurutera. Pengaplikasian sains dan
teknologi serta kejuruteraan oleh manusia perlu dilihat terlebih
dahulu kesan langsung dan sampingan ketika perlaksanaannya.
Pemakaian kaedah fiqah dalam bidang sains dan teknologi dan
kejuruteraan juga haruslah didasari dengan kefahaman yang
mendalam mengenai sesuatu kaedah yang akan diguna pakai. Hal ini
perlu bagi memastikan segala kajian dan tindakan yang dilakukan
menepati kaedah syarak dan tidak bertentangan dengan tujuan
syariat, iaitu unutuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan
dan harta serta kemaslahatan lain.

RUJUKAN

[1]https://dem2s2dis2017.blogspot.com/2018/02/bab-
5kaedah-fiqah-dalam-sains-teknologi.html
[2]https://www.academia.edu/3788927/AA209_Sains_Teknolo
gi_dan_Kejuruteraan_Dalam_Islam
[3] https://huna4074.blogspot.com/2019/02/sains-teknologi-
dan-kejuruteraan-dalam.html
[4] https://www.slideshare.net/normurnimohamad/kaedah-
fiqh-dalam-sains-teknologi-dan-kejuruteraan


Click to View FlipBook Version