KONSEP PERPADUAN DI MALAYSIA PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN MPU21032 PENSYARAH NINIE AMIRA BINTI DRAHIM
KARTIKA PURA ANAK JOSEPH JULIN 20DSK23F2008 DAYANGKU NUR AFIZATUL 20DSK23F2057 CHERYN ANAK RANTAI 20DSK23F2024 KAREN BELLE ANAK RANDI 20DSK23F2018
Konsep Perpaduan di Malaysia E - B o o k E d i s i P e r t a m a 2 0 2 4 PENULIS & EDITOR Kartika Pura Anak Joseph Julin Dayangku Nur Afizatul Cheryn Anak Rantai Karen Belle Anak Randi
PENGHARGAAN Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ninie Amira Binti Drahim atas bimbingan, ilmu serta inspirasi yang telah beliau berikan kepada kami sepanjang perjalanan akademik ini berlangsung. Tanpa bimbingan dan sokongan beliau, kami tidak akan mampu mencapai apa yang telah kami capai hari ini. Segala ilmu yang kami peroleh dari beliau tidak hanya memperkaya pengetahuan kami, malahan juga membentuk kami menjadi individu kearah lebih baik lagi. Kami beruntung dapat belajar di bawah arahan beliau. Semoga keberhasilan beliau dalam mendidik dan membimbing kami terus membuahkan hasil yang gemilang dan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya ini. Segala projek dan tugassan ini tidak akan berhasil tanpa kerjasama dan dedikasi dari setiap orang di dalam kumpulan ini. Anda semua telah bekerja keras bersama-sama untuk mencapai tujuan kami, dan hasil yang telah kami raih adalah hasil kolaborasi kita. Semoga kerjasama ini terus berkembang serta menghasilkan hasil kerja yang gemilang di masa akan datang. Dengan ini marilah kita terus bekerjasama untuk mencapai lebih banyak prestasi bersama. i
OBJEKTIF MENGUKUHKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL BERTERASKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan RUKUN NEGARA. PATRIOTISME DAN DEMOKRASI Meningkatkan litersi, pemahaman dan penghayatan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan RUKUN NEGARA sebagai asas amalan hidup. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pemahaman dan penghayatan SEJARAH MALAYSIA dan Memperkukuhkan intergrasi nasional. MEMBENTUK IDENTITI NASIONAL DENGAN SEMANGAT JATI DIRI, PATRIOTIK, PRIHATIN TOLERANSI, SALING MENGHORMATI DAN BERTANGGUNGJAWAB . IDENTITI NASIONAL Mengukuhkan peranan bahasa sebagai medium integrasi perpaduan, mengukuhkan kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik. Selain itu, dasar ini dapat membentuk masyarakat berkepribadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia. MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG MENGHARGAI DAN MENGAMALKAN PERPADUAN. EKOSISTEM PERPADUAN Memantapkan keberkesanan komunikasi bagi meningkatkan kesedaran sosial dalam masyarakat. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan, membina dan mengukuhkan tapak intergrasi perpaduan. Seterusnya, memperkasa jentera perpaduan melalui kerjasama strategik dan memantapkan lagi memperkasakan institusi keluarga dan komuniti. Akhir sekali, ia dapat menigkatkan penguatkuasaan undang-undang serta keberkesanan mekanisme pemantauan dan dapat memperkukuhkan peranan pemimpin sebagai pemangkin perpaduan. Menggariskan tiga objektif utama Dasar Perpaduan Negara yang berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian adalah untuk menetapkan strategi yang berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat. Tiga objektif utama itu ialah: ii
ISI KANDUNGAN Pengenalan 5. KESIMPULAN 6. LATIHAN PENGUKUHAN 7. RUJUKAN 8. SINOPSIS Isi - isi 1.Definisi perpaduan 2.Kepentingan Konsep Perpaduan 3.Punca perpaduan semakin luntur 4.Cara mengukuhkan perpaduan iii
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. DEFINISI PERPADUAN Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia. 1
Membentuk semangat nasionalisme demi mempertahankan negara daripada penjajahan. Demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk di Malaysia. Memelihara budaya dan warisan masyarakat. Membantu negara untuk mencapai wawasan dan kemajuan yang lebih baik. Menjadi keunikan yang menarik pelancong asing. Menjadi contoh kepada masyarakat global untuk mencapai keamanan. 1 KEPENTINGAN KONSEP PERPADUAN Perpaduan menjadi nilai penting dalam membina Malaysia, memastikan keharmonian di tengah-tengah kepelbagaian budaya. Semangat ini memacu pencapaian cita-cita yang lebih tinggi. Gabungan perpaduan megah dan kemajuan cemerlang adalah dua tonggak penting dalam membentuk semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat. 2 3 4 5 6 2
Punca perpaduan semakin luntur Kepentingan diri sendiri Masyarakat kini lebih mementingkan kerjaya mereka,sibuk dengan urusan harian mereka yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Bagi mereka perkara yang penting dalam hidup adalah berusaha untuk menambahkan pendapatan dan mencari kekayaan semata-mata. Hal-hal lain kurang diberi perhatian,semangat dan penghayatan patriotisme kian pudar dalam kalangan masyarakat. Masyarakat kini tidak lagi menitikberatkan semangat patriotisme. Aktiviti seperti kempen-kempen kesedaran dan juga sambutan hari kebangsaan tidak lagi mendapat sambutan. Kurang menghayati perjuangan tokoh tokoh tempatan Pemuda hari ini tidak merasai kepayahan hidup dan pengorbanan para pejuang dahulu demi mencapai kemerdekaan, jadi genarasi kini kurang menghayati semangat patriotism. Masyarakat tidak mengenang jasa tokoh-tokoh terdahulu. Negara Malaysia kita yang aman dan makmur ini hasil daripada segala usaha mereka demi menuntut kemerdekaan. Tokohtokoh tempatan yang dulu terkenal telah kurang dikenali dalam kalangan masyarakat. Pihak kerajaan, dan media massa seharusnya memberi pendedahan atas jasa tokoh-tokoh tempatan agar mereka tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Terpengaruh dengan budaya barat Mereka berikut dengan gaya berpakaian, pergaulan bebas, dan bermacam aktiviti daripada barat yang mendorong kepada gejala sosial yang serius. Budaya dan semangat patriotisme terhadap negara tidak lagi diberi perhatian kerana lebih gemar mengikuti budaya dan pengaruh daripada barat. Isu ini perlu diberi lebih penekanan kerana semakin lama dibiarkan, semakin ia melarat. Semangat patriotisme kian pudar dan lebih memburukkan keadaan mereka lebih mengagungkan budaya luar daripada cinta akan budaya negara sendiri Tiada perasaan cinta akan negara Remaja kurang mendapat pendedahan tentang perjuangan dan pengorbanan jasa-jasa golongan terdahulu yang telah bersusah payah menuntut kemerdekaan. Masyarakat kini tidak merasai kesusahan hidup semasa zaman penjajahan dulu. Kita dapat hidup yang aman pada ini adalah menyebabkan sumbangan tentera dulu. Semangat patriotisme, cinta akan negara perlu ada dalam segenap masyarakat kerana siapa lagi yang akan mempertahan dan memperjuang nasib bangsa, negara jika bukan diri kita sendiri, rakyat Malaysia. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, semangat dan perjuangan kita tetap sama kerana kita semua adalah rakyat Malaysia 3
Cara mengukuhkan perpaduan Peranan ibu bapa Ibu bapa merupakan suri teladan dan menjadi contoh terbaik dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa boleh mendidik anak supaya mengenali dan menghormati kawan-kawan mereka yang terdiri daripada berbilang kaum. Anak-anak akan memahami budaya berbilang kaum dan dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum. Ibu bapa harus didikan agama atau ajaran moral kepada anak mereka Peranan sekolah Pelajar dapat mengetahui kepentingan memupuk perpaduan kaum di dalam negara. Guru boleh menjalankan aktiviti secara bersama yang mempunyai kaum yang berbeza. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelajar yang berbeza kaumnya. Peranan kerajaan Melalui kempen atau mengadakan kempen menyatupadukan perpaduan Memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan perpaduan kaum di dalam negara. Mansuhkan sekolah vernakular Kerajaan boleh mengadakan pelbagai program lain bagi menarik minat generasi muda terhadap perpaduan kaum seperti menganjurkan pertandingan membuat video atau poster. Mengadakan aktiviti seperti gotong royong bersama sama kaum yang lain Peranan remaja Bergaul dengan orang baru tanpa mengira kaum dan agama Melakukan apa-apa kerja seperti kerja kumpulan bersama dengan orang berbagai kaum Menghormati agama lain 4
KESIMPULAN Kepentingan perpaduan kaum di malaysia adalah bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti sudah tidak asing lagi bagi kita dengan wujudnya masyarakat majmuk berbilang kaum di negara kita seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan sebagainya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. 5
LATIHAN PENGUKUHAN 1.Mengapa konsep perpaduan terbentuk ? 2.Berikan 5 kesan mengamalkan perpaduan kaum. 3.Anda sebagai pelajar, bagaimana ingin mengekalkan perpaduan kaum di sekolah ? 4.Jika suatu hari terjadinya rusuhan kaum sekali lagi, apa yang patut anda lakukan agar perpaduan kaum tidak rapuh ? 6
R U J U K A N PAUTAN / LAMAN WEB https://www.scribd.com/presentation/98093416/konsepperpaduan https://perpaduandimalaysia.blogspot.com/2016/10/konsep -perpaduan-di-malaysia.html?m=1 http://konsepperpaduannilaimasyarakat.blogspot.com/2018 /03/perpaduan-ialah-penyatuan-dan-darjah.html?m=1 https://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksuddan-kepentingan-perpaduan.html Orang Ahli kumpulan Pensyarah Ninie Amira Binti Drahim 7
SINOPSIS Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek. Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik. Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspekaspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar. Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SRK, SRJK (C), dan SRJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi. Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar. 8