The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU 23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA (JENAYAH SIBER)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jacquilyne Irene, 2024-05-10 04:10:52

Jenayah Siber

MPU 23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA (JENAYAH SIBER)

NAMA NO MATRIK GLORIA SOFEA AK CLEMENT 20DSK23F1023 JACKQUILYNE IRENE AK GALANG 20DSK23F1037 ERICA AK LIOM 20DSK23F1011 SHIRLY ANGELINA BINTI EDWIN 20DSK23F1041 ESHANTINY SHARLENY AK JEMAT 20DSK23F1013 MPU 23042 : NILAI MASYARAKAT MALAYSIA TAJUK : JENAYAH SIBER AHLI KUMPULAN PENSYARAH : PN. NINIE AMIRA BINTI DRAHIM DIPLOMA : SAINS KESETIAUSAHAAN INSTITUT: POLITEKNIK MUKAH


BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PENGHARGAAN 2 2 OBJEKTIF 3 3 PENGENALAN 4 4 APA ITU JENAYAH SIBER ? 5 5 KERJASAMA SECARA MULTILATERAL DALAM MEMBANTERAS JENAYAH SIBER 6 6 MEMBERIKAN KESEDARAN MELALUI KEMPEN DAN IKLAN 7 7 ANCAMAN BULI SIBER 8 8 MENGATASI MASALAH JENAYAH SIBER 9 9 SIAPAKAH MANGSA? 10 10 SIAPAKAH PEMANGSA?/HACKING 11-12 11 PHISHING !!! 13 12 ISU-ISU JENAYAH SIBER DI MALAYSIA 14 13 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DALAM JENAYAH SIBER 15-16 14 KESIMPULAN 17 15 LAMPIRAN/LATIHAN PENGUKUHAN 18 16 SUMBER RUJUKAN 19 17 SINOPSIS 20 ISI KANDUNGAN :


Pertama sekali kami ingin mengucapkan jutaan Terima kasih kepada Pn. Ninie Amira selaku pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan seta berkongsi maklumat dalam membantu kami menyiapkan E-Folio ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan Terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan serta sepanjang kami menyiapkan E-Folio ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekelas dan ahli keluarga kami kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan sepanjang kami menyiapkan E-Folio ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan Terima kasih sebagai penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam penghasilan folio ini secara langsung atau secara tidak langsung. PENGHARGAAN:


O B J E K T I F : Tujuan buku ini dihasilkan adalah bagi memberi pengajaran dan pendedahan kepada pembaca tentang jenayah siber. Dalam era globalisasi ini jenayah siber merupakan isu yang paling popular dalam kalangan masyarakat terutama di Malaysia. Jenayah siber seharusnya diambil berat dan perlu ditanggani. Buku ini menjelaskan tentang kesan, faktor dan cara bagi menangani jenayah siber yang semakin berleluasa. Selain itu, buku ini dapat membuka mata pembaca serta mengambil pengajaran di dalam buku ini.


PENGENALAN Pada era globalisasi ini jenayah siber semakin berleluasa walaupun pelbagai cara telah dilakukan bagi mengatasinya. Jenayah siber merujuk kepada aktiviti jenayah yang dilakukan secara digital, melibatkan penggunaan komputer, rangkaian, dan teknologi digital lain. Ia termasuk serangan seperti penipuan dalam talian, serangan penggodaman, pencurian identiti, dan pelanggaran privasi. Jenayah siber semakin meningkat dengan pesat seiring dengan kemajuan teknologi, dan perlindungan keselamatan siber menjadi semakin penting. Terdapat banyak kesan,faktor dan cara bagi mengatasi jenayah siber. Penjenayah siber mengeksploitasi capaian global Internet dan perkembangan teknologi untuk melakukan jenis jenayah siber yang baru dan melakukan jenayah tradisional dengan cara baru. Semakin canggih kaedah mereka, semakin penting untuk anda mengetahui jenis-jenis ancaman yang terdapat dalam talian bagi melindungi diri anda


Jenayah siber merupakan suatu bentuk perlakuan jenayah yang baharu pada abad ini, ia menggunakan pelbagai jenis peranti elektronik melalui sambungan perkhimatan internet yang membolehkan sesebuah perlakuan jenayah dilakukan. Ia juga terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahan sebuah program atau data komputer, penggodam dan lain-lain. Jenayah ini melibatkan seorang individu atau sekumpulan orang. Selain itu, jenayah siber telah menyebabkan berlakunya kehilangan atau kerosakan pada peralatan, data dan maklumat yang melibatkan sesebuah perisian mahupun pemprosesan komputer sama ada serangan virus, pencerobohan serta kecurian segala maklumat dari sesebuah komputer atau peranti elektronik yang telah dijadikan sasaran oleh penjenayah siber. Pejenayah siber juga merupakan suatu bentuk jenayah moden yang wujud pada zaman serba moden pada masa kini, di mana ia tidak lagi seperti jenayah pada zaman dahulu yang hanya terhad kepada persekitaran fizikal sahaja. Namun pada masas kini, ia telah menjangkau kepada perlakuan jenayah melalui alam siber dengan menggunakan teknologi maklumat yang canggih pada masa kini. Di samping itu, jenayah siber yang wujud pada hari ini tidak lagi terbatas hanya dengan menggunakan komputer sebagai alat dalam melakukan sesuatu jenayah, sebaliknya jenayah siber pada hari ini juga boleh ditakrifkan dengan jenayah yang berlaku di internet ataupun di alam siber yang akan melibatkan penipuan dan helah tipu. Oleh itu, kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini menjadikan satu wadah penyebaran maklumat si dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah ,idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet. APA ITU JENAYAH SIBER ?


Kerjasama Secara Multilateral Dalam Membanteras Jenayah Siber : Isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. Misalnya, berlaku transaksi wang yang meragukan di luar negara dan negara tersebut bertindak melaporkan kepada negara yang terkesan maka, penggubahan wang haram dapat dikesan dan seterusnya menangkap penjenayah yang melakukan korupsi di luar negara bagi mengelak tindakan pihak berkuasa tempatan. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yeng boleh didefinisikan apabila kita bermuafakat dalam menyelesaikan sesuatu perkara sudah pasti kebaikan bersama akan diperoleh tetapi jika sebliknya hanya kerugian akan kita dapat.


Memberikan kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa. Kempen melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu diperluaskan dan mencapai seluruh ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi hari ini. Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber untuk memerangkap mangsa oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan kempen yang dijalankan adalah perlu supaya masyarakat betul-betul memahami dan mengambil serius akan langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon pintar masing-masing. Masyarakat juga perlu bersikap inteligensia dan madani dalam menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka akan taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah siber. Setiap input atau masalah yang berkaitan dengan jenayah siber hendaklah dikongsikan agar ia menjadi rujukan kepada golongan yang pakar dalam memastikan perkara yang telah berlaku tidak berulang serta mengenal pasti potensi ancaman keselamatan siber.


ANCAMAN BULI Mengalami kerugian besar Dalam konteks ini, mangsa dikehendaki untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun syarikat untuk turut serta dalam skim namun berkesudahan menjadi mangsa. Menganggu emosi dan psikologi mangsa Buli siber berbeza dengan buli fizikal kerana mangsa buli fizikal dapat dilihat dengan mata kasar manakala mangsa buli siber mengalami gangguan dalaman seperti kata-kata yang tidak elok. Dikenakan tindakan undang-undang siber Contohnya Akta Jenayah Komputer 1997 yang berkaitan dengan penyalhgunaan komputer untuk tujuan melakukan jenayah. Di bawah akta ini, akses secara tidak sah atau mengubah apa-apa program adalah salah dan boleh dikenakan hukuman. Keselamatan diancam Jenayah siber turut mengancam keselamatan negara. Kebanyakan penggodam akan menyasarkan sistem sistem negara. Orang awam yang kurang memahami bentuk serangan siber turut menjadi mangsa dan menjejaskan keselematan peribadi mereka.


1. Pendidikan dan Kesedaran Awam Pendidikan awam yang berkaitan dengan keselamatan siber serta kesedaran tentang risiko dan langkah-langkah pencegahan penting untuk masyarakat. Ini boleh termasuk dengan membuat kempen kesedaran, program latihan, dan inisiatif pendidikan. 2. Kerjasama antarabangsa Kerjasama antarabangsa merujuk kepada kerjasama yang melibatkan dua atau lebih negara untuk mencapai matlamat bersama. Contoh-contohnya termasuk, perjanjian keselamatan. kerjasama antarabangsa yang kukuh dalam pertukaran maklumat, teknologi, dan kerjasama undang-undang adalah penting untuk menangani jenayah siber yang melintasi sempadan negara. 3. Penguatkuasaan Undang-Undang Penegakan undang-undang yang berkesan dengan undang-undang yang jelas dan tegas untuk menangani jenayah siber adalah penting. Ini termasuk penubuhan pasukan khas untuk menyiasat kes-kes jenayah siber. Hal ini juga ia sekali gus dapat mengurangkan berlakunya jenayah siber terus berlaku. Jika seseorang individu melakukan jenayah siber, kita dapat mengenakan hukuman denda atau penjara. 4. Kesedaran Privasi dan Kepentingan Data Kesedaran Privasi adalah kesedaran individu tentang pentingnya menjaga kerahsiaan maklumat peribadi mereka, mengawal siapa yang mempunyai akses kepada maklumat tersebut, dan bagaimana maklumat tersebut digunakan. Ini melibatkan pemahaman tentang risiko keselamatan siber, penipuan, dan penyalahgunaan data. Kepentingan Data merujuk kepada nilai dan manfaat yang diperoleh daripada penggunaan data. Ini termasuk pemahaman tentang bagaimana data boleh digunakan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan, membuat keputusan yang lebih baik. Kepentingan data juga melibatkan kesedaran tentang keperluan untuk melindungi data daripada akses yang tidak dibenarkan, dan penggunaan yang tidak sah. Kesimpulannya, dengan menyelaraskan dan melaksanakan strategistrategi ini secara bersepadu, kita dapat membantu mengurangkan risiko jenayah siber dan meningkatkan keselamatan siber di negara.


SIAPAKAH Mangsa adalah mangsa yang berjaya ditipu oleh pemangsa. Salah satunya merupakan seorang mangsa ialah............. Memasukkan data sensitif seperti no. IC, nombor kad kredit dalam web tiada HTTPS Tidak berwaspada terhadap permintaan maklumat sensitif dari whatsapp atau emel yang tidak dikenali Menggunakan WI-FI awam sewaktu pembelian dan perbankan secara online Klik pautan yang tidak dikenali dan mudah mempercayai orang yang tidak dikenali Menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali terutamanya panggilan antarabangsa


SIAPAKAH PEMANGSA ? Hacking atau penggodam merupakan suatu tindakan mengakses sesebuah komputer tanpa mendapatkan sebarang kebenaran atau izin dari pihak yang bertanggungjawab yang ditugaskan mahupun kebenaran daripada pemilik sesebuah komputer. Penggodaman kebiasaannya dilakukan oleh individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi berkenaan dengan ilmu pengaturcaraan komputer yang membolehkan mereka untuk melakukan penggodaman dengan mencari di manakah titik kelemahan sesebuah komputer mahupun perisisan yang membolehkan baginya untuk menceroboh sistem keselamatan serta mengakses sistem tersebut. Apabila seseorang penggodam (hackers) berjaya menceroboh mahupun melumpuhkan sesebuah sistem komputer, kebiasaannya mereka akan segala menyalin maklumat-maklumat sulit dan penting, memadam atau mengubahsuai mana-mana kandungan maklumat atau sistem program yang tersimpan di dalam sesebuah komputer mahupun yang lebih parah lagi apabila mereka mencuri wang atau membuat pesanan barang melalui sistem komputer yang dicerobohi dan barang tersebut dihantar kepada mereka sendiri.


HACKING !!!!! Kesan yang buruk jelas kelihatan daripada penggodaman ini apabila ia menyebabkan kerugian yang teramatlah besar dari segi kewangan dan kehilangan harta benda yang benar yang terpaks aditanggung oleh mangsa apabila penggodaman tersebut turut melibatkan pengalihan wang atau harta benda dari sesebuah institusi kewangan atau perbankan elektronik mahupun pasar dalam talian (online shop). Namun, tidak semua penggodam melakukan penggodaman dengan niat untuk mencuri wang, terdapat juga segelintir penggodam yang melakukan penggodaman hanya kerana ingin menguji “kehandalan” mereka dalam menembusi sistem keselamatan sesebuah komputer mahupun perisian tanpa mencuri sebarang maklumat mahupun wang.


PHISHING!!! Phishing bermula pada tahun 1996 oleh penggodam-penggodam yang mencuri kata laluan dan akaun america onlines. phishing merupakan suatu cubaan bersifat jenayah yang melibatkan penipuan bagi mendapatkan maklumat-maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai bagi tujuan aktiviti jenayah. Phishing kebiasaannya dilakukan melalui aplikasi seperti email, dengan menghantar email palsu yang hampir sama daripada organisasi-organisasi perbankan elektronik yang sah secara rawak kepada mangsa dengan menyamar sebagai wakil sah daripada pihak perbankan elektronik melalui penghantaran notis yang meminta mangsa-mangsa untuk mengisi butiran diri yang bersifat sensitif dan sulit seperti nombor akaun pemilik, nama pengguna mahupun kata laluan dibagi tujuan pengemaskinian akaun mahupun penyelenggaraan laman web pihak bank kewangan terbabit. Kebiasaannya bersama-sama email mahupun notis elektronik yang diberi, penjenayah siber akan memberikan sebuah hyperlink (pautan) yang akan membawa mangsa kepada laman web palsu yang direka khas seolah-olah laman web perbankan elektronik dalam talian yang sah tanpa disedari oleh mangsa dan akhirnya berlaku kecurian identiti (identity theft) yang akhirnya menyebabkan pelbagai maslah bakal berlaku terhadap mangsa seperti kerugian besar dalam bentuk kewangan, kecurian identiti mahupun halangan dalam melakukan capaian (akses) kepada akaun email atau perbankan elektronik mereka.


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan peningkatan kes jenayah siber, termasuk scam dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dengan sebanyak 4,686 kes membabitkan lebih RM100 juta kerugian dilaporkan sejak 2020 hingga September lalu. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajii Noor, berkata statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan jenayah siber paling banyak di negeri ini ialah telefon scam, 'love scam', pinjaman tidak wujud, pelaburan, belian online dan kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997. Katanya, menyedari situasi itu, kerajaan negeri komited untuk bersama-sama dengan kerajaan persekutuan dan agensi berkaitan bagi membanteras jenayah siber daripada berleluasa di negeri ini. "Daripada 4,687 kes itu, sebanyak 1,069 kes jenayah siber dilaporkan berlaku pada 2020 manakala 1,169 kes pada 2021, diikuti 1,206 kes pada 2022 dan sebanyak 1,243 kes antara Januari hingga September tahun ini. "Dalam tempoh itu, jenis kesalahan tipu belian online merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,823 kes, diikuti telefon scam sebanyak 1,122 kes, pinjaman tidak wujud sebanyak 817 kes, pelaburan (603 kes), love scam (158 kes) dan kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer sebanyak 164 kes," katanya pada majlis perasmian Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) , di sini, hari ini. Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya negeri, Datuk lr Shahelmey Yahya. Yang turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; timbalannya, Teo Nie Ching; Pengerusi Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia, Jeneral (Bersara) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin (Bersara) dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, CelcomDigi, Joachim Rajaram. Hajiji berkata, kes jenayah siber dan kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer di Sabah menyebabkan kerugian RM24.8 juta yang dialami mangsanya pada 2020, diikuti RM25.4 juta pada 2021 dan RM21.7 juta pada tahun lalu. Kerugian mangsa, katanya dilaporkan terus meningkat pada tahun ini dengan RM28 juta dicatatkan dalam tempoh Januari hingga September lalu. "Jumlah ini agak membimbangkan, justeru saya menggesa rakyat Sabah khususnya pengguna internet supaya tampil membuat laporan berkaitan insiden scam dan penipuan dalam talian yang dialami mereka. "Laporan yang dibuat adalah sangat penting bagi membantu pihak berkuasa membuat analisa 'trend' penjenayah termasuk 'scammer' dan membangunkan langkah pencegahan yang wajar untuk melindungi orang ramai daripada terus menjadi mangsa," katanya. Katanya, pihak perbankan, penguatkuasa undang-undang dan agensi keselamatan perlu terus bekerjasama untuk menangani isu itu dengan melaksanakan undang-undang, polisi dan peraturan baharu yang lebih efektif. Katanya, kerjasama di peringkat antarabangsa untuk menjalin hubungan bagi perkongsian maklumat juga perlu dilaksanakan, selain melabur dalam teknologi baharu untuk mengesan dan mencegah teknik penipuan dalam talian dengan segera dan berkesan."Pelbagai inisiatif perlu digerakkan dalam usaha membanteras jenayah scam dan penipuan dalam talian oleh pihak kerajaan melalui agensi dan jabatannya, syarikat korporat serta badan bukan kerajaan (NGO). "Beberapa peruntukan undang-undang sedia ada juga mungkin perlu dipinda termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah dan lain-lain agar sesuai dengan keperluan dan cabaran masa kini," katanya. Hajiji turut menasihatkan orang ramai di negeri ini agar tidak mudah terpedaya dengan helah 'scammer' yang menyamar melalui pelbagai cara untuk menipu bagi mendapatkan wang mereka.


Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan 2010) Akta Jenayah Komputer 1997 Akta Perdagangan Elektrik 2006


Undang-undang merupakan satu dasar kerajaan yang diwujudkan untuk kebaikan negara. Hal ini kerana, melalui undangundang kita dapat mengatur dan mengawal masyarakat. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat tidak menyukai undangundang kerana mereka beranggapan hidup mereka tidak bebas. dalam konteks Internet pula, undang-undang siber dicipta bagi memastikan netizen menggunakan ruang siber dengan baik dan berhemah. Antara langkah yang baik dalam menangani isu ancaman siber adalah melalui penguatkuasaan undang-undang siber. Walau bagaimanapun, netizen masih tidak menyedari tentang kewujudan undang-undang siber dan peningkatan angka kes jenayah siber setiap tahun. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesedaran informan terhadap kewujudan undang-undang siber dan menganalisis perlaksanaan undang-undang ancaman keselamatan siber di Malaysia. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kumpulan fokus, temu bual mendalam dan analisis dokumen untuk mendapatkan data kajian yang berkauliti. Jumlah informan kumpulan fokus ialah seramai 35 orang pengguna Internet manakala jumlah informan temu bual mendalam adalah seramai 6 orang pegawai kerajaan. Antara dokumen utama yang dianalisis ialah akta dan perundangan, laporan tahunan dan siaran media. hasil kajian mendapati informan kumpulan fokus tidak mengetahui kewujudan undang-undang siber kerana mereka merasakan undang-undang tersebut tidak penting, selain informan kurang peka dan mengamalkan sifat sambil lewa. Hasil analisis dokumen juga mendapati terdapat beberapa undang-undang siber yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ancaman siber seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Perdagangan Elektronik 2006, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan 2010).


Dengan kesan yang meluas dan mendalam terhadap individu, organisasi, dan masyarakat secara keseluruhan, perlindungan daripada jenayah siber bukan lagi pilihan, tetapi suatu keperluan yang mendesak. Kesedaran, pendidikan, dan tindakan proaktif adalah kunci untuk melawan ancaman yang semakin kompleks ini. Melalui kerjasama antara individu, industri, dan kerajaan, kita dapat membangun landskap digital yang lebih selamat dan memberi kesan positif kepada semua pihak yang terlibat.


LAMAN WEB: BERITA HARIAN https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/10/1170248/lebihrm100-juta-kerugian-akibat-jenayah-siber-di-sabah https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/370155/ancam an-buli-siber IPENDIDIKAN https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayahsiber.html https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayahsiber.html LAMAN WEB LAIN-LAIN https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/02/01/jenayah-siberadakah-peranti-anda-menjadi-sasaran/ https://ecentral.my/langkah-mengatasi-jenayah-siber/ https://www.astroawani.com/topic/jenayah-siber


SSIINNOOPPSSIISS Buku ini menerangkan tentang jenayah siber yang kian berlaku pada masa kini. Jenayah siber merujuk kepada ringkasan atau deskripsi singkat tentang satu kes jenayah atau topik berkaitan jenayah yang berlaku dalam dunia siber atau digital. Ini mungkin merangkumi topik seperti penipuan dalam talian, pencurian data, buli siber, atau serangan siber terhadap sistem komputer. Buku ini merangkumi butir-butir seperti cara kes berlaku, kesan kepada mangsa, dan langkah-langkah yang diambil untuk menangani kes tersebut.


T A M A T


Click to View FlipBook Version