The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH YANG DIPILIH TUNKU ABDUL PAHMAN PUTRA AL-HAJ

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LAM YIHUAN, 2021-09-11 03:41:43

TOKOH KEMERDEKAAN

TOKOH YANG DIPILIH TUNKU ABDUL PAHMAN PUTRA AL-HAJ

TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN
DI MALAYSIA

LAM YIHUAN

BIODATA PELAJAR

>Lam YiHuan
>2Melati
>Smk Taman Bukit Indah
>5/9/2007
>14 years old

BIODATA TOKOH

>Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah
>lahir pada 8 Februari 1903-meninggal dunia pada 6 Disember 1990
>lahir di Istana Tia Tangga, Alor Setar, Kedah, Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu, Siam (kini Malaysia)
>Pendidikan:Ijazah undang-undang
>Perkerjaan:Menteri
>Profession:ahli politik,peguam

PENDAHULUAN

Terdapat 10 tokoh-tokoh kemerdekaan di
Malaysia.Manakala,tokoh yang terkenal dan diketahui oleh semua
rakyat Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Halim Shah merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari
1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun
1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan
salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya
dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa
Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Kelebihan tokoh

>Gigih
Malaysia pada tahun 1960-an tergolong sebagai antara negara miskin dalam Dunia Ketiga,
bagaimanapun kegigihan Tunku dalam menaikkan hasil penanaman getah dan perlombongan bijih dan
lain-lain sumber asli negara telah menghasilkan kemakmuran ekonomi negara.
>Prihatin
Tunku telah menumpukan perhatiannya terhadap pembangunan ekonomi negara termasuk
pembangunan di luar bandar dalam usahanya membanteras kemiskinan.
>Daya kepemimpinan
Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah seorang pemimpin yang berprinsip
dan tegas dalam membangunkan Malaysia selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.Gaya
kepemimpinan Tunku sentiasa mendahulukan rakyat, contohnya beliau tidak suka kepada peperangan
dan menyelesaikan sesuatu isu di meja rundingan, antaranya ialah rundingan dengan pemimpin Parti
Komunis Malaya (PKM) Chin Peng di Baling, Kedah pada 1955, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

Kelebihan tokoh

>Bertanggungjawab.
Tunku sebagai seorang ahli politik yang berkelulusan undang-undang di England, telah
berjaya menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia selepas mencapai
kemerdekaan daripada British, malah Tunku sendiri pernah menyatakan bahawa beliau
mahu menjadi perdana menteri paling gembira di dunia… maksud Tunku ialah memastikan
rakyat Malaysia hidup aman damai dan bahagia.
>Kebijaksanaan
Tunku juga seorang negarawan yang budiman dan seorang pemimpin demokratik yang
berwawasan dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam membentuk Malaysia sebagai
sebuah negara demokrasi berpelembangaan.

Bukti kredibiliti tokoh

Sebelum menjadi Perdana Menteri,Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah menjadi tokoh yang baik.
>Di kulim,Tunku menumpukan banyak masa beliau melawat daerah itu dan mengenali
masalah pertanian yang membentuk 90% penduduk.
>Apabila Kuala Nerang mengalami malaria,beliau memberi arahan untuk membuat
tinjauan yang dibuat dari rawa yang bersempadan dengan bandar itu, memperolehi
anggaran untuk mengurusnya dan memohon kepada Sekretariat Negeri bagi dana yang
diperlukan.Bertuah,akhirnya wang itu datang dan kerja itu dijalankan di bawah
pengawasan Tunku.
>Daerah ini terdiri daripada sekelompok pulau, penduduk yang kurang penduduk, jarang
ditanam dan tanpa jalan raya. Apabila Tunku memohon dana kerajaan untuk
membangunkan Langkawi permohonannya ditolak. Tunku memenangi kerjasama daripada
orang awam di semua masyarakat menyebabkan pembinaan sebuah jeti dan kemudiannya
membuka beberapa jalan tanah menggunakan wang dan bahan yang dikumpulkannya.

Jasa dan sumbangan tokoh

Sumbangan politik Tunku yang amat besar ialah penyertaan beliau dalam Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC). Bagi menghargai sumbangannya, Tunku telah dilantik sebagai
Setiausaha Agung OIC yang pertama. Tunku berusaha mendapatkan kerjasama OIC untuk
menyelesaikan peperangan Iran-lraq. pada masa yang sama Malaysia juga rnenyokong
perjuangan rakyat palestin dalam memerangi kezaliman rejim lsrael. Tunku juga
menubuhkan Bank Pembangunan Islam yang memberi bantuan kewangan kepada negara
anggota OIC.
Sumbangan politik Tunku yang masih disanjung tinggi ialah usaha beliau membentuk
Gagasan Malaysia. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan idea pembentukan
Malaysia di Hotel Adelphi Singapura. Tujuan beliau adalah untuk menjamin kekukuhan
politik, keselamatan, ekonomi dan sosial semua negara yang terlibat. pada peringkat
awal, gabungan ini melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah. Sarawak dan Brunei
tetapi kemudiannya Brunei telah menarik diri kerana menghadapi pemberontakan
daripada rakyat yang dipimpin oleh A.M.Azahari selain disebabkan isu hasil minyak.

Jasa dan sumbangan tokoh

Pembentukan Gagasan Malaysia juga mendapat reaksi negatif dari negara jiran seperti Filipina dan
Indonesia yang kemudiannya melancarkan konfrontasi. Tunku dengan kebijaksanaannya berjaya
mengatasi segala cabaran ini dengan mendapat sokongan padu dari rakyat, kerajaan British dan
PBB. pada l6 Septernber I963, Persekutuan Malaysia telah dibentuk dan Tunku digelar 'Bapa Malaysia'.
Selain dari itu, Tunku juga mementingkan hubungan antarabangsa. Malaysia bergerak aktif dalam
badan-badan antarabangsa seperti PBB dan Komanwel Tunku telah menghantar misi perdamaian dan
kearnanan ke Congo pada tahun 1961. Beliau juga sangat menghormati hak asasi manusia dan ini
digambarkan dalam usaha beliau mengkritik keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan sehingga negara
tersebut disingkirkan daripada Komanwel.
Tunku juga menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran dengan mencadangkan penubuhan ASA
dan MAPHILINDO. Tujuan pertubuhan-pertubuhan tersebut adalah untuk rneningkatkan
persahabatan dan penyertaan dalam ASEAN. ASEAN yang dibentuk pada tahun 1967 bertujuan
mewujudkan hubungan serantau yang baru.

Penutup

Kesimpulannya,Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah ialah seorang yang perlu dihormati dan diketahui oleh semua
rakyat Malaysia.Beliau ialah seorang pemimpin yang bijak,berpandang jauh,baik
hati dan berbakat.Beliau juga berjaya untuk membawa Malaysia ke arah
kemajuan kegemilangan.oleh itu,semua rakyat Malaysia perlu ingat tunku selama-
lamanya dan juga perlu memberitahu keturunan autobiografi tentang Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah supaya
tunku tidak akan lupa oleh rakyat Malaysia.


Click to View FlipBook Version