The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HEP MTQH, 2023-12-31 21:38:55

BUKU ADAB & TATATERTIB SESI 2024/2025

Kemaskini 29/12/2023

Keywords: iBDa,imtiaz Tuminah Hamidi,Buku Adab & Tatatertib,sesi 2024/2025

Nama Penuh : Nama Kelas : No. Kad Pengenalan : Tarikh Lahir : Alamat Rumah : No. Telefon : Nama Firqah : Tandatangan : ………………………….... Nama :…………………………….. Tarikh :……………………………..


ISI KANDUNGANBAHAGIAN A: PENGENALAN 1. Kenali SMimtiaz Tuminah Hamidi 2. Visi, Misi dan Moto 3. Falsafah imtiaz 4. Program Ulul Albab 5. Keunikan imtiaz BAHAGIAN B: TATATERTIB SM imtiaz ULUL ALBAB 1.0 Syarat Kemasukan Tingkatan Satu Bagi Sesi 2024 2.0 Definisi 3.0 Kehadiran Di Sekolah 4.0 Perhimpunan 5.0 Keterampilan Pelajar 5.1 Potongan Rambut 5.2 Pakaian Rasmi Sekolah 5.3 Seluar 5.4 Tali Pinggang 5.5 Songkok 5.6 Pakaian Pendidikan Jasmani 5.7 Kasut 5.8 Tanda Nama / Kad Pelajar 5.9 Sarung Kaki 5.10 Pakaian MPP 5.11 Pakaian Ketika Beriadah 5.12 Pakaian Keluar Bandar / Balik Kampung / Balik ke Rumah 5.13 Pakaian di Dewan Makan 5.14 Pakaian Kelas Akademik Fasa 3 5.15 Pakaian Semasa Sembahyang Jumaat 6.0 Waktu Belajar 7.0 Harta Benda Sekolah dan Asrama 7.1 Buku Teks 7.2 Perabot 7.3 Lain-Lain Peralatan 8.0 Amalan Ibadat 9.0 Ujian dan Peperiksaan 10.0 Kegiatan Kokurikulum 11.0 Larangan-Larangan 12.0 Lawatan-Lawatan dan Pelawat 13.0 Kebersihan 14.0 Tatatertib di Luar Kawasan Sekolah


15.0 Salahlaku Yang Dilakukan Pelajar Mengikut Tempat 15.1 Perhimpunan 15.2 Dalam Kelas 15.3 Di Luar Bilik Kelas 15.4 Di Perpustakaan / Pusat Sumber 15.5 Di Makmal Bengkel / Bilik-Bilik Khas 15.6 Di Tandas 16.0 Tatasusila 17.0 Peraturan-Peraturan Am 18.0 Makanan d an Minuman 19.0 Tatatertib Waktu Makan 20.0 Dapur dan Dewan Makan 21.0 Asrama / Bilik Tidur 22.0 Masjid / Surau 23.0 Kecemasan 24.0 Keluar-Masuk Asrama / Balik Kampung / Keluar ke Bandar(outing). 25.0 Masa Lawatan 26.0 Waktu Mengambil dan Menghantar Pelajar 27.0 Penggunaan Telefon Awam 28.0 Rawatan dan Cuti Sakit 29.0 Kewangan (Yuran) 30.0 Keluar atau Berpindah Sekolah 31.0 Program / Aktiviti Sekolah 32.0 Kehilangan / Kerosakan / Keselamatan barang rampasan 33.0 Kategori-Kategori Kesalahan Sekolah dan Asrama. BAHAGIAN C: LAMPIRAN


PANDUAN TATATERTIB DAN ADAB SM imtiaz TUMINAH HAMIDI SESI 2024/2025 BAHAGIAN A: PENGENALAN 1. Kenali imtiaz Melaka SM imtiaz Tuminah Hamidi adalah sebuah sekolah agama berdaftar di bawah Jabatan AgamaIslamPerak (JAIPk). Sekolah ini diuruskan oleh Y2G - Ulul Albab Center of Excellence yang beroperasi di Kuala Lumpur dan tidak berorentasikan perniagaan malah tanah yang dibangunkan sertasemuakemudahan bangunannya di SM imtiaz Tuminah Hamidi ini adalah bersifat wakaf. Matlamat utama penubuhan SM imtiaz Tuminah Hamidi adalah untuk melahirkan pelajar yangbukan sahaja cemerlang dalam subjek Agama dan Akademik, tetapi juga berkemahirandalambersosialisasi serta kepimpinan. Nama imtiaz yang didaftarkan ini juga adalah bersesuaiandengan maknanya iaitu cemerlang dan Program Ulul Albab yang dipelopori oleh kerajaanNegeri Terengganu. Penekanan sistem pembelajaran sekolah ini adalah melalui Program Ulul Albab iaitu HafazanAl- Quran, penguasaan pelbagai bahasa dan pendedahan kepada Sains & Teknologi serta keupayaanminda yang akan melahirkan pelajar generasi Ulul Albab yang cemerlang dalamsemua bidangdanmempunyai keperibadian muslim yang unggul. Ia berkonsepkan gabungan dwi aliran iaitu kurikulumkebangsaan yang digabungkan dengan program Al-Quran termasuk subjek-subjek agamayangdirangka mengikut kesesuaian serta keperluan semasa. Sekolah ini mula beroperasi pada2021dengan nama Maahad Tahfiz Al-Quran Hamadiah dan berubah nama pada 2023 kepada SMimtiaz Tuminah Hamidi. 2. Visi, Misi dan Moto Visi Melahirkan satu generasi Al-Quran (Quranic Ummah) yang memenuhi keperluan tenaga profesional khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi. Misi Pengenalan dan Pemahaman Hafazan Al-Quran Program “Super Learning” Penguasaan Bahasa Asing Pembangunan Personaliti Pendedahan Komunikasi dengan ICT Pengwujudan Suasana yang Kondusif Moto “MENJANA GENERASI QURANIK”


3. Falsafah imtiaz A. Falsafah Falsafah imtiaz adalah untuk melahirkan generasi akan datang kelak yang mempunyai ciri-ciri berikut: i itqan (Kesungguhan) m mahabbah (Kasih Sayang) t taqwa (Taat Pada Allah) i istiqamah (Berterusan) a akhlak (Budi Pekerti) z zaamah (Kepimpinan) B. Pendekatan I. Gabungan kurikulum kebangsaan dan program hafazan secara serentak II. Penglibatan maksima ibu bapa III. Penyertaan program aktiviti bersama masyarakat IV. Menggunakan konsep “pembelajaran itu seronok” 4. Program Ulul Albab Golongan Ulul Albab merupakan satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalamAl-Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian Tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya. Objektif Ulul Albab Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan golongan Ulul Albab yangbercirikan tiga komponen iaitu: 1. Quranik Hafiz 30 juzuk Al-Quran serta memahami tuntutan Al-Quran berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal, Sebar (BIFFAS). Dilakukan selama 2 jam sehari bermula dari jam 8:00 pagi hingga 10:00 pagi secara formalnya dan antara waktu maghrib dan isya’ untuk kelas tambahan Sasaran hafazan adalah 10 juzu’ setahun dan dilakukan selama 3 tahun dari Tingkatan 1hingga Tingkatan 3 2. Ijtihadik Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otakdan minda, berfikiran kreatif & inovatif serta berteknologi tinggi. Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan mindadanfizikal para pelajar. 3. Ensiklopedik Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidangilmu & bahasa asing.


5. Keunikan imtiaz 1. Kurikulum MODEL ULUL ALBAB KSSM & Program Quran digabungkan secara sepadu & serentak. 2. Kokurikulum Memanah Aktiviti-aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih yang berkelayakan & berpengalaman. 3. Pembelajaran ‘Super Learning’ Program Khas Tingkatan 1 Semester 1 Latih Tubi 'Compacting Syllabus' 4. Pembangunan Personaliti Motivasi Diri Kerohanian Kepimpinan Solat Berjemaah Pidato & Khutbah Jumaat 5. Program komuniti Solat Jenazah Ziarah Kubur Jaulah Masjid Gotong-royong Lawatan ke Rumah Kebajikan


BAHAGIAN B: TATATERTIB 1.0 SYARAT KEMASUKAN TINGKATAN SATU BAGI SESI 2024: 1.1 Memperolehi 3A 3B dalam UPSR serta lulus sesi temuduga di dalamprogramsimulasi: 1.1.1 Al-Quran: Hafazan 30%1.1.2 Tilawah: Tajwid & Makhraj Penulisan: Soalan objektif IQ dan P. Am 20%25%Penulisan Bahasa Inggeris & Jawi 10%1.1.3 Personaliti Pelajar 5%1.1.4 Penglibatan Kokurikulum 10%Jumlah 100%==== 2.0 DEFINISI: Di dalam peraturan-peraturan ini perkataan-perkataan berikut adalah dimaksudkansebagaimana di bawah : 2.1 imtiaz dimaksudkan kepada Sekolah Menengah imtiaz Tuminah Hamidi. 2.2 Pelajar bermaksud murid-murid yang didaftarkan untuk mengikuti pembelajarandi Sekolah Menengah imtiaz Tuminah Hamidi. 2.3 Guru bermaksud orang yang diberi tauliah dan tanggungjawab samada sepenuhatauseparuh masa atau sambilan untuk mengajar dan mendidik pelajar di SekolahMenengah imtiaz Tuminah Hamidi. 2.4 MPP bermaksud bermaksud Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah imtiaz Tuminah Hamidi Melaka yang telah diberi tanggungjawab untuk membantu pemantauan disiplin dan tatatertib pelajar-pelajar lain. 2.5 Kawasan sekolah bermaksud satu lingkungan berpagar yang mengandungi bangunan-bangunan yang berfungsi dalam memberikan kemudahan sekolah. 2.6 Asrama bermaksud tempat penginapan pelajar di Sekolah Menengah imtiaz Tuminah Hamidi.


3.0 KEHADIRAN DI SEKOLAH: 3.1 Waktu rasmi persekolahan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam5.00petang dan tertakluk kepada perubahan di dalam bulan-bulan tertentu. 3.2 Kehadiran ke sekolah adalah wajib dengan memakai pakaian seragamsekolahyangtelah ditetapkan beserta peralatan sekolah yang lengkap. 3.3 Kedatangan akan ditanda pada waktu yang sama. 3.4 Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentuyangmunasabah hendaklah memaklumkan pihak sekolah melalui surat, telefonataupesanan. Pelajar-pelajar yang gagal berbuat demikian akan dianggap ponteng. 3.5 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa alasan munasabah akan menerimasurat- surat berikut melalui pos, faks atau emel. 3.5.1 TIGA hari berturut-turut tanpa sebab munasabah akan menerimasurat amaran pertama. 3.5.2 ENAM hari berturut-turut tanpa sebab munasabah akan menerimasurat amaran kedua. 3.5.3 SEMBILAN hari berturut-turut tanpa sebab munasabah akan menerimasurat amaran pemberhentian sekolah. 3.5.4 DUA BELAS hari berturut-turut tanpa sebab munasabah akan menerimasurat pemberhentian dari pihak sekolah. Dengan ini, pelajar terbabit telahdibuang dari Rekod Pendaftaran Pelajar di sekolah ini. 3.5.5 Pelajar tidak hadir ke sekolah secara berselang-selang selama : 3.5.5.1 SEPULUH hari akan menerima surat amaran / peringatanpertama. 3.5.5.2 LIMA BELAS hari akan menerima surat amaran / peringatankedua. 3.5.5.3 DUA PULUH HARI akan menerima surat amaran /peringatanpemberhentian. 3.5.5.4 DUA PULUH LIMA TIGA akan menerima surat pemberhentiansekolah. 3.6 Pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti matapelajaran pendidikan jasmani atausukan hendaklah membuktikan dengan surat akuan doktor / bukti tang boleh diterimadan mesti berada bersama guru pendidikan jasmani pada waktu berkenaan. 3.7 Kelas tambahan / gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa. Kehadiran ke kelas ini adalah wajib. 3.8 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama sewaktu sesi pembelajarandanpengajaran, walau dengan alasan apa sekalipun. 3.9 Semua pelajar tidak dibenarkan balik ke asrama semasa rehat. 3.10 Lewat datang ke sekolah: Pelajar dianggap lewat apabila tiba di tempat perhimpunan selepas jam7.30pagi setiap hari persekolahan. 3.10.1 Datang lewat kali pertama diberi amaran. 3.10.2 Datang lewat kali kedua akan didenda melakukan kerja amal. 3.10.3 Datang lewat berulang kali boleh digantung persekolahan atau diberhentikan persekolahannya.


3.11 Ponteng kelas: 3.11.1 Ponteng kelas kali pertama akan diberi amaran. 3.11.2 Ponteng kelas kali kedua akan didenda melakukan kerja amal. 3.11.3 Ponteng kelas berulang kali boleh digantung persekolahanataudiberhentikan persekolahannya. 3.12 Keluar masuk kawasan sekolah / keluar asrama: 3.12.1 Keluar masuk ke kawasan sekolah dan asrama hanya melalui pintuutama sahaja. 3.12.2 Pelajar dilarang keluar dari kawasan sekolah sewaktu sesi persekolahankecuali dengan kebenaran Pengetua atau Ketua Unit HEP. 3.12.3 Pelajar-pelajar yang hendak mendapatkan rawatan perubatan di Pusat Kesihatan / Hospital hendaklah mendapat kebenaran daripada KetuaUnit HEP serta mengisi borang rawatan. 3.12.4 Seseorang pelajar yang hendak ke tandas atau keluar dari bilik kelas, hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar ketikaitudan daripada ketua tingkatan ketika ketiadaan guru. 3.12.5 Hanya seorang pelajar lelaki yang dibenarkan ke tandas pada satu-satumasa pembelajaran. 3.13 Hadir dan pulang dari sekolah: 3.13.1 Pelajar-pelajar DIWAJIBKAN berbaris dengan tertib mengikut tingkatan semasa datang ke kelas dari asrama pada sebelah pagi dan berhimpun di tempat perhimpunan sebelum memasuki kelas. 3.13.2 Pelajar-pelajar DIWAJIBKAN berbaris dengan tertib mengikut tingkatan semasa datang ke kelas dari asrama selepas waktupersekolahan dan terus ke masjid untuk solat berjemaah. 3.13.3 Semua pelajar dikehendaki beratur di tepi kelas masing-masingselepas loceng akhir dibunyikan untuk mengaminkan doa sebelumpulang. 4.0 PERHIMPUNAN: 4.1 Perhimpunan rasmi sekolah akan diadakan pada setiap hari ISNINdi medanperhimpunan bermula jam 9.30 pagi kecuali diberitahu sebaliknya. Semua pelajar DIWAJIBKAN hadir ke perhimpunan. Perhimpunan tidak rasmi diadakan padasetiaphari jam 7.30 pagi sebelum masuk ke kelas. Perhimpunan juga boleh diadakanbila- bila masa dan di mana-mana tempat yang dikehendaki oleh Pengetua / Penyelaras. 4.2 Semasa perhimpunan rasmi dan harian, semua pelajar dikehendaki berbaris mengikut kelas masing-masing. 4.3 Semua pelajar DIWAJIBKAN memakai seragam sekolah yang lengkap pada setiapkali perhimpunan rasmi dan harian. 4.4 Pelajar yang terganggu kesihatannya semasa perhimpunan, mana-mana MPP dikehendaki bertindak segera dengan cara:


4.4.1 Membawa pelajar ke 'bilik rawatan' sebelum tindakan selanjutnya diambil olehguru bertugas. 4.5 Pelajar-pelajar boleh bersurai untuk ke kelas dengan tertib dan teratur masing-masing selepas doa dibacakan. 5.0 KETERAMPILAN PELAJAR: 5.1 Potongan Rambut: 5.1.1 Tidak dibenarkan berambut panjang sebagaimana istilah berikut: 5.1.1.1 Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga di bahagianbelakang. 5.1.1.2 Rambut menutup garisan tengah dahi di bahagian hadapan. 5.1.1.3 Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagiandaripadanya dan 'sideburn' melebihi garisan tengah hidungdi bahagian sisi. 5.1.1.4 Rambut lebih daripada 3cm panjang. 5.1.2 Tidak benarkan berambut fesyen 'punk' / ‘qaza / slop kiri atau kanan sahajadan fesyen-fesyen lain yang tidak dibenarkan oleh Kementerian PelajaranMalaysia. 5.1.3 Tidak dibenarkan mewarna rambut, menyimpan jambul, ekor rambut danseumpamanya. 5.1.4 Rambut mestilah sentiasa disikat rapi dan kemas. 5.1.5 Pihak sekolah berhak untuk memotong/mengemaskan rambut pelajar jika tidakmengikuti peraturan. 6.2 Pakaian Rasmi Sekolah: 5.2.1 Pakaian rasmi sekolah pada hari pembelajaran pada sebelah siang ialah: Isnin : Baju kemeja putih berlengan panjang serta bertali leher sekolahSelasa : Baju Korporat sekolah Rabu : Baju Rasmi Unit Beruniform Khamis : Baju Batik sekolah Jumaat : Pakaian Kebangsaan serta sampin rasmi sekolah 5.2.2 Pakaian rasmi sekolah pada hari pembelajaran pada sebelah malampadawaktu al-Quran ialah jubah putih serta kopiah putih dan berserban. 5.2.3 Hanya "singlet" berwama putih sahaja dibenarkan dipakai dalamkemeja. 5.2.4 Semua pelajar diwajibkan memakai tali leher sepanjang waktu persekolahandengan kemas. 5.2.5 Setiap pelajar mestilah menulis nama dan nombor kod asrama ke atas setiappakaiannya. 5.3 Seluar: 5.3.1 Seluar panjang berwarna maroon. 5.3.2 Buka kaki seluar adalah bersaiz telus lutut, bersesuaian dengan pemakai. 5.3.3 Seluar yang kelihatan ketat tidak dibenarkan sama sekali. 5.3.4 Labuh kaki seluar hendaklah selebih-lebihnya mencecah kasut. 5.3.5 Seluar potongan 'jeans' tidak dibenarkan sama sekali. 5.3.6 Poket seluar jenis tampal tidak dibenarkan. 5.3.7 Dilarang memakai seluar yang disambung atau sebarang ubah suai yang difikirkan tidak munasabah. 5.3.8 Lilitan peha hendaklah tidak melebihi 3c m hing ga 6 c m . 5.3.9 Pinggang seluar hendaklah melilit perut dan tidak rendah dari paras pusat.


5.3.10 Setiap pelajar mestilah menulis nama dan nombor kod asrama ke atas setiap seluar. 5.4 Tali pinggang: 5.4.1 Hanya tali pinggang berwama hitam / gelap bersaiz satu inci sahaja dibenarkan. 5.4.2 Tali pinggang tidak boleh diconteng atau ditulis sebarang tanda kecuali nombor dorm. 5.4.3 Kepala tali pinggang yang bersesuaian sahaja dibenarkan. 5.5 Songkok: 5.5.1 Semua pelajar lelaki DIWAJIBKAN memakai songkok hitam sepanjang waktu persekolahan. 5.5.2 Setiap songkok mestilah ditulis nama pelajar dan nombor kod asrama. 5.5.3 Pelajar hendaklah memelihara songkok dan jika didapati bersepah, merekaakan diambil tindakan. 5.6 Pakaian Pendidikan Jasmani: 5.6.1 Memakai baju 'T' rasmi berlengan pendek dan berkolar tanpa sebarang tulisan yang tidak berkaitan dengan sekolah. 5.6.2 Memakai seluar trek berwarna gelap (biru atau hitam} 5.6.3 Mesti memakai kasut sebagai langkah keselamatan. 5.7 Kasut: 5.7.1 Semua pelajar hanya dibenarkan memakai kasut kulit/pvc berwarna hitamtanpa jalur atau tulisan. Kasut sukan (sport shoes) tidak dibenarkan. 5.7.2 Tali kasut mestilah diikat dengan kemas dan rapi. 5.7.3 Kasut berwarna tidak dibenarkan sama sekali dan dirampas jika memakainya. 5.8 Tanda Nama / Kad Pelajar: 5.8.1 Semua pelajar dimestikan memakai kad pelajar sepanjang sesi persekolahandan di luar waktu belajar, walaupun di luar sekolah sekiranya pelajar masihlagi beruniform sekolah. 5.8.2 Pelajar mesti memakai kad pelajar pada paras poket baju / diletakkan pada tali leher. 5.8.3 Kad pelajar yang hilang mesti diganti baru dan tempahan hanya dibuat di pejabat pentadbiran sekolah. 5.9 Sarung Kaki: 5.9.1 Hanya sarung kaki berwarna hitam dan tanpa sebarang jalur dibenarkan. 5.9.2 Panjang sarung kaki hendaklah sekurang-kurangnya 10 cm di atas buku lali.


5.10 Pakaian MPP Lelaki: 5.10.1 Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru peach/krim susu dan berseluar slack hitam gelap, berkasut hitam, bertali leher maroon dan blazer hitamgelap. 5.11 Pakaian Ketika Bermain di Padang: Pelajar lelaki mesti memakai seluar trek berwarna gelap, berkasut dan berbaju 'T' yangtidakmengandungi tulisan yang menunjukkan unsur tidak baik sebagai pelajar. 5.12 Pakaian Keluar Bandar / Balik Kampung / Balik ke Rumah: 5.12.1 Semua pelajar dimestikan memakai pakaian seragam sekolah atau pakaianrasmi asrama yang kemas dan lengkap. 5.12.2 Semasa dari rumah untuk pulang ke asrama, semua pelajar dimestikanmemakai pakaian seragam sekolah atau pakaian rasmi asrama. 5.13 Pakaian di Dewan Makan: 5.13.1 Ketika minum petang semua pelajar dikehendaki memakai pakaian yangkemas dan sopan. Memakai kain pelekat/sarung dan 'singlet' serta seluar pendek tidak dibenarkan. 'Jeans' juga haram dipakai. 5.13.2 Sewaktu makan malam, pelajar mesti berpakaian kemas dan sopan. Tidakdibenarkan memakai kain pelekat/sarung dan seluar pendek sertatidakdibenarkan memakai 'jeans'. 5.13.3 Semasa cuti am dan hari S a b t u dan A had , pelajar lelaki hendaklahmemakai pakaian yang kemas dan sopan. Tidak dibenarkan memakai 'jeans' dan 'singlet'. 5.14 Pakaian Semasa Kel a s Ak a d em ik Fa s a 3 : 5.14.1 Pelajar lelaki mestilah berpakaian kemas dan sopan. Tidak dibenarkan memakai 'jeans' dan 'singlet' atau berkain pelekat / sarung. 5.15 Pakaian Semasa Sembahyang Jumaat: 5.15.1 Semua pelajar lelaki DIMESTIKAN memakai pakaian Melayu lengkap, iaitubajudan seluar putih, berkain sampin rasmi. 5.15.2 Semasa sampai di masjid semua pelajar DIMESTIKAN terus berada dalammasjid, duduk di saf paling hadapan dan tidak dibenarkan berbual atau berada di luar masjid. 5.15.3 Semasa berada din masjid, pelajar mestilah memelihara adab-adab masjiddanmemberi salam kepada umat Islam. 5.16 Lain-lain peraturan tambahan: 5.16.1 Semua pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dan lain-laian peralatan elektronik kecuali dengan izin pihak sekolah dengan kebenaran bersyarat, tidak memakai barangan kemas dan menyimpan kuku panjang. 5.16.2 Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai dan janggut.


6.0 WAKTU BELAJAR 6.1 Pelajar wajib mematuhi semua peraturan waktu belajar yang ditetapkan oleh pihaksekolah. 6.2 Peraturan wajib belajar mesti dirujuk mengikut jadual waktu persekolahan. 6.3 Semua pelajar wajib berada di kelas masing-masing, setiap pagi untuk bacaan doasebelum memulakan pembelajaran dengan diawasi MPP. 6.4 Pelajar tidak dibenarkan keluar kelas kecuali dengan izin guru atau Ketua Tingkatan. 6.5 Semua pelajar mesti berbaris untuk ke tempat pembelajaran di luar kelas. 6.6 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan pulang selepas waktu persekolahan tamat. 6.7 Sesi pembelajaran bermula pada jam 10.30 pagi hingga jam 4.30 petang padahari lsnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. 6.8 Waktu rehat ialah jam 10.00 pagi hingga jam 10.30 pagi setiap hari. 7.0 HARTA BENDA SEKOLAH DAN ASRAMA Harta benda sekolah dan asrama ialah segala barang kepunyaan Sekolah dan Asrama. Jikaharta benda sekolah dan asrama dirosakkan secara sengaja atau tidak sengaja, pelajar yangterlibat akan dikenakan tindakan sewajarnya. 7.1 Buku Teks / Rujukan 7.1.1 Buku teks atau rujukan kepunyaan sekolah akan dipinjamkan kepada pelajar. 7.1.2 Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan bukuteksatau rujukan yang dipinjamkan. 7.1.3 Semua buku teks atau rujukan yang dipinjamkan mesti dibalut denganpembalut. 7.1.4 Buku teks atau rujukan yang tidak dibalut seperti arahan akan 'dirampas' danpemiliknya akan didenda sebanyak 30% daripada harga buku tersebut (kesalahan pertama). 7.1.5 Bagi kesalahan kedua, buku tersebut akan ditarik balik oleh pihak sekolahdan pelajar dianggap telah menghilangkan buku tersebut. 7.1.6 Buku teks atau rujukan yang hilang mesti diganti dengan yang baruatauharga yang setaraf dengan harga buku yang hilang. 7.1.7 Tidak dibenarkan meninggalkan buku teks atau rujukan dalamkelas selepaswaktu persekolahan. Buku teks yang ditinggalkan akan dirampas. 7.1.8 Pelajar tidak dibenarkan menconteng, melukis gambar dan mengoyakbahagian-bahagian / gambar dalam buku teks atau rujukan. Pelajar yangmelakukan kesalahan ini dikehendaki menggantikan buku tersebut denganbuku baru atau harga yang setaraf dengan buku tersebut. 7.1.9 Buku teks atau rujukan mesti dibawa ke sekolah mengikut waktupembelajaran yang berkenaan. 7.1.10 Semua buku teks atau rujukan mesti diserahkan kepada pihak sekolahsetiapakhir sesi persekolahan. 7.1.11 Pelajar yang gagal menyerahkan buku teks at a u sebahagian bukuteksatau rujukan, dianggap berhutang dan pihak sekolah berhak menahankeputusan peperiksaan a t a u mendenda pelajar mengikut kesesuaiansehingga semua buku teks dipulangkan semula. 7.2 Perabot 7.2.1 Kerusi dan bangku yang digunakan mesti dijaga dengan baik. 7.2.2 Dilarang menulis, menanda / mengukir / menconteng dengan apa jua tandapada perabot sekolah dan asrama.


7.2.3 Cermin tingkap yang dipecahkan hendaklah diganti oleh pelajar yangberkenaan a t a u seluruh ahli kelas atau semua penghuni bilik berkenaan. 7.2.4 Dilarang merosakkan a t a u menconteng papan kenyataan sekolah dan asrama atau meninggalkan sebarang siaran di papan kenyataan sekolah. 7.3 Lain-lain peralatan: 7.3.1 Dilarang menconteng pintu dan bangunan Sekolah atau Asrama serta meja-meja dalam Bengkel, Pusat Sumber, Makmal dan Dewan Makan. 7.3.2 Harta benda Sekolah dan Asrama di makmal dan bengkel-bengkel sertaalatan sukan dan permainan hendaklah dijaga dan digunakan sebaik mungkin. 7.3.3 Semua peralatan sekolah dan asrama yang hendak dipinjamoleh pihakluar mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran dan kelulusan daripadapengetua. 8.0 AMALAN IBADAT: 8.1 Semua pelajar Islam diwajibkan melakukan amalan ibadat pada waktu dan tempat 8ang ditentukan oleh pihak sekolah dan asrama. 8.2 Semua pelajar diwajibkan solat berjemaah di surau. 8.3 Pelajar yang tidak hadir solat berjemaah akan dikenakan tindakan. 8.3 Pelajar tidak digalakkan berpuasa semasa belajar tetapi jika berpuasa hendaklahmemaklumkan kepada Penyelia Asrama untuk persiapan berbuka puasa. 9. UJIAN D AN PEPERIKSAAN: 9.1 Kehadiran dalam semua ujian dan peperiksaan adalah wajib. 9.2 Pelajar-pelajar yang mempersendakan ujian atau peperiksaan dalamapa bentuk sekali pun akan dihukum denda atau rotan. 9.3 Pelajar-pelajar hendaklah menjauhkan sebarang penyelewengan atau penipuan dalam ujian dan peperiksaan. 9.4 Memalsukan tandatangan atau markah dalam Kad atau Rekod Kemajuan Pelajar merupakan kesalahan berat (Kategori A) 10.0 KEGIATAN KOKURIKULUM: 10.1 Kokurikulum adalah aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah di luar daripadawaktu belajar, Kokurikulum sekolah dibahagikan kepada TIGA bahagian utama, iaitu: 10.1.1 Sukan dan Permainan 10.1.2 Persatuan dan Kelab 10.1.3 Pasukan Berpakaian Seragam 10.2 Semua pelajar MESTI menyertai kegiatan kokurikulum seperti berikut melainkan adasurat akuan doktor atau arahan bertulis daripada lbu / Bapa / Penjaga: 10..2.1 Mesti menyertai SATU daripada kegiatan Sukan atau Permainan DAN10.2.2 Mesti menyertai SATU daripada kegiatan Persatuan atau kelab DAN10.2.3 Mesti menyertai SATU daripada pasukan pakaian seragam.


10.3 Semua pelajar yang berdaftar wajib menyertai semua aktiviti atau latihan yangditetapkan oleh pasukan Kelab atau persatuan atau badan beruniformmasing- masing. 10.4 Sijil keahlian hanya akan diberikan kepada ahli yang menghadiri aktiviti sebanyak 85%. 10.5 Pakaian untuk kokurikulum seperti pakaian semasa Pendidikan Jasmani kecuali dimaklumkan sebagaimana diberitahu kemudian. 10.6 Pakaian semasa kegiatan Persatuan dan Kelab adalah pakaian seragamsekolahatau pakaian asrama atau sebagaimana diberitahu kemudian. 10.7 Pakaian untuk pasukan beruniform adalah seperti yang ditetapkan oleh unit masing-masing. 10.8 Pelajar-pelajar yang akan menyertai aktiviti kokurikulum anjuran Sekolah, Daerah, Negeri, atau Negara: surat kebenaran mengikuti program aktiviti untuk semuaperingkat tersebut berdasarkan surat kebenaran yang telah diisi dalamd okumensurat tawaran. 11.0 LARANGAN-LARANGAN: 11.1 Semua pelajar dilarang sama sekali mengambil bahagian dalambentuk politik: 11.1.1 Berkempen untuk mendapatkan undi bagi pihak mana-mana parti politikatau organisasi atau sebarang calon di mana-mana tempat. 11.1.2 Dengan hasrat menyokong atau menentang sebarang parti politik atauorganisasi atau pencalonan sebarang individu sebagai penentangsatupihak yang lain di sebarang perkumpulan berpidato atau menghalangsebarang perkumpulan orang ramai yang diluluskan oleh undang- undang. 11.1.3 Mengedar atau menyebabkan pengedaran sebarang majalah politikatau dokumen propaganda bagi pihak politik atau menyokongsebarang parti politik atau ada kaitan dengan seseorang calon yangbartanding dalam sebarang pengundian. 11.1.4 Berterusan mengganggu sebarang peraturan orang ramai yang halal dengan cara menghalang perjalanan mesyuarat. 11.1.5 Mengambil bahagian dalam sebarang perarakan yang dikelolakanatau diadakan dengan tujuan menyokong atau menentang sebarangparti politik atau organisasi atau sebarang calon yang bertanding. (NOTA: Pengundian bermaksud pengundian bagi Ahli Dewan UndanganNegeri / Parlimen atau Majlis Tempatan). 11.2 Surat-menyurat: 11.2.1 Pelajar dilarang menulis surat kepada kedutaan atau badan yang diiktiraf sebagai blok komunis di dalam atau di luar negeri. 11.2.2 Pelajar yang hendak menulis surat kepada badan-badan sama ada dalamatauluar negeri yang bukan blok komunis hendaklah melalui Pengetua. 11.2.3 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan alamat sekolah untuk tujuan surat-menyurat bersifat peribadi. 11.2.4 Pengetua, HEP, Penyelaras dan Guru Disiplin BERHAK membuka surat peribadi yang disyaki.


11.3 Semua pelajar tidak dibenarkan menjadi ahli / menyertai / mengambil bahagian/ melibatkan diri /mewakili mana-mana persatuan / pertubuhan / kesatuan yang bukananjuran sekolah atau Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pelajaran. 11.4 Pelajar-pelajar yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badan luar hendaklahmendapat kebenaran Pengetua. Pelajar tidak dibenarkan mengikuti / menyertai mana- mana perjumpaan, perkelahan I lawatan yang tidak dianjurkan oleh pihak sekolah/ Jabatan Pelajaran /Kementerian Pelajaran. 11.5 Membeli atau menganjur sebarang permainan untung• untungan atau sesuatupengagihan hadiah dengan cara beradu nasib adalah diharamkan di kawasan sekolah. 11.6 Pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan perjudiandanpelacuran di luar sekolah. 11.7 Mendera, membuli atau ragging pelajar-pelajar lain adalah dilarang, walaupundengan apa tujuan atau program sekalipun. 11.8 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan• kawasan / tempat-tempat berikut tanpa kebenaran guru: 11.8.1 Bilik Pengetua 11.8.2 Pejabat Asrama 11.8.3 Makmal Sains 11.8.4 Bengkel Kemahiran Hidup 11.8.5 Bilik-bilik Khas 11.8.6 Bilik Stor 11.9 Tempat-tempat lain yang tidak dinyatakan di atas adalah meliputi kesalahan kepadaundang-undang ini. 12.0 LAWATAN-LAWATAN DAN PELAWAT : 12.1 Pelajar-pelajar yang bercadang membuat lawatan keluar negeri hendaklahmemberitahu HEP atau M us y rif / M u s y rif ah . 12.2 Jika dipersetujui, permohonan lawatan hendaklah disampaikan kepada Pengetuadalam tempoh ENAM minggu sebelum tarikh lawatan. Satu salinan kebenarandanprogram hendaklah disimpan di dalam fail. 12.3 Pelawat / orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan pelajar kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua / HEP. Jika dibenarkan perjumpaan itu hendaklahdibuat di pejabat. 12.4 Jika pelawat / ibu bapa / penjaga yang datang itu berhajat membawa keluar pelajar berkenaan kerana sesuatu sebab yang darurat, hendaklah terlebih dahulu mengisi borang pemohonan. 12.5 Keluar waktu belajar mestilah mendapat kelulusan oleh Pengetua / HEPsebelumdibenarkan keluar kecuali dalam kes-kes yang sangat mustahak. Panggilantelefonuntuk pelajar tidak dilayan. 13.0 KEBERSIHAN: 13.1 Kebersihan diri mencerminkan peribadi / personaliti seseorang pelajar. Oleh itu, semua pelajar mestilah: 13.1.1 Selalu menjaga kebersihan pakaian / diri seperti rambut / kuku / gigi dankeseluruhan badan. 13.1.2 Sentiasa bersih dalam peraturan dan tingkah laku. 13.2 Pelajar hendaklah mengamalkan semangat bertanggungjawab terhadap kebersihansekolah, bangunan bilik, kelas, dewan, makmal, bengkel, kantin dan tandas.


13.3 Pelajar hendaklah menggunakan tandas dengan cara yang betul bagi mencegahkerosakan. 14.0 TATATERTIB DI LUAR KAWASAN SEKOLAH: 14.1 Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan nilai•nilai murni yang telah dipelajari. 14.2 Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menjaga maruah, berusaha dan bertindak positif untuk meninggikan imej imtiaz dan asrama. 14.3 Pelajar-pelajar dilarang sama sekali memburuk-burukkan sekolah atau kakitangansekolah kepada pihak luar. 15.0 SALAHLAKU YANG DILAKUKAN PELAJAR MENGIKUT TEMPAT. Semua pelajar ditegah sama sekali melakukan kesalahan-kesalahan berikut dan boleh didendaberdasarkan peruntukan peraturan sekolah, sekiranya melakukan kesalahan berikut: 15.1 Perhimpunan: 15.1.1 Tiba di tempat perhimpunan lewat melebihi 7.30 pagi atau tidak mengikuti waktu ditetapkan. 15.1.2 Membuat bising sewaktu acara perhimpunan. 15.1.3 Berbaris tidak mengikut kelas. 15.1.4 Tidak berpakaian lengkap 15.2 Dalam Kelas: 15.2.1 Tidak membawa buku teks atau buku nota / latihan yang ditetapkan. 15.2.2 Tidak menyiapkan / membuat kerja rumah yang diarahkan / ingkar arahan guru / melawan guru sama ada dengan perkataan atauperbuatan. 15.2.3 Tidak memberi perhatian terhadap pengajaran guru atau tidur semasaguru mengajar. 15.2.4 Masuk lewat ke kelas tanpa sebab munasabah. 15.2.5 Keluar dan masuk kelas sewenang-wenangnya tanpa kebenaran guruatau Ketua Tingkatan. 15.2.6 Merosakkan harta benda sekolah termasuk menconteng, menulisperkataan yang tidak berkaitan dengan sekolah atau tulisan dan lukisanlucah. 15.2.6 Mengotorkan kelas seperti membuang sampah merata-rata. 15.2.6 Tidak mengemaskan meja setelah tamat belajar. 15.3 Di luar bilik kelas: 15.3.1 Tidak memberi salam kepada guru. 15.3.2 Tidak menghiraukan arahan / teguran daripada guru. 15.3.3 Membuat bising sehingga menggangu pembelajaran kelas lain. 15.3.4 Menconteng, menulis atau mengukir pada dinding tandas / bangunan dan tempat-tempat lain dalam kawasan sekolahdengan unsur- unsur yang tiada kaitan dengan sekolah / unsur-unsur lucah. 15.3.5 Berada di luar kelas ketika ketiadaan guru. 15.3.6 Membuang sampah merata-rata tempat sesuka hati.


15.4 Di Perpustakaan / Pusat Sumber: 15.4.1 Membuat bising. 15.4.2 Mengoyak buku, majalah, akhbar dan bahan•bahan lain. 15.4.3 Mencuri bahan-bahan perpustakaan. 15.4.4 Tidak menyimpan semula buku, majalah, akhbar dan bahan-bahan yangdigunakan di tempat yang diarahkan. 15.4.5 Ingkar arahan pengawas perpustakaan / pusat sumber. 15.4.6 Masuk ke perpustakaan / pusat sumber tidak diiringi guru. 15.5 Di Makmal Bengkel / Bilik-bilik Khas: 15.5.1 Membuat bising. 15.5.2 Menyentuh alat, radas atau bahan-bahan lain tanpa arahan guru. 15.5.3 Membuang sampah dalam sinki. 15.5.4 Menconteng dan mengguris meja / kerusi di makmal / bilik-bilik khas. 15.5.5 Mencuri atau merosakkan alatan yang terdapat dalam makmal/ bengkel/ bilik- bilik khas. 15.6 Di Tandas: 15.6.1 Ponteng / bersembunyi atau berada terlalu lama di tandas. 15.6.2 Bising semasa dalam tandas. 15.6.3 Merokok atau perkara berkaitan dengannya. 15.6.4 Menconteng pada sebarang tempat di dalam atau di luar tandas. 15.6.5 Mencuri atau merosakkan sebarang alatan di dalam tandas. 15.6.6 Membaca sebarang nota yang berkaitan peperiksaan / ujian dijalankan. 16.0 TATASUSILA: 16.1 Semua pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan asrama. 16.2 Bertanggungjawab menjaga keindahan, kebersihan dan keindahan sekolah dan asrama. 16.3 Hendaklah sentiasa beradab, bersopan santun, berbudi bahasa danbertanggungjawab. 16.4 Hendaklah sentiasa berdisiplin, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan saling hormat menghormati. 16.5 Hendaklah mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama antara sesama pelajar. 16.6 Hendaklah menunaikan sembahyang fardhu mengikut masa yang ditetapkan. 16.7 Hendaklah mempunyai semangat belajar yang bersungguh-sungguh dantahumenggunakan masa lapang dengan baik dan berdisiplin. 17.0 PERATURAN-PERATURAN AM: 17.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membeli barang-barang makanan daripada penjaja- penjaja luar. Pelajar-pelajar juga dilarang menyimpan barang makanan didalambilikkecuali makanan yang dibenarkan sahaja. 17.2 Pelajar-pelajar hendaklah bekerjasama dengan ketua-ketua bilik, ketua pelajar, ahli- ahli jawatankuasa yang dilantik, kakitangan asrama dengan mengikut arahanyangdiberikan oleh mereka. 17.3 Pelajar-pelajar MESTILAH membayar harga perkakas yang dirosakkan / dipecahkanI dihilangkan seperti perabot-perabot, cermin tingkap, suis lampu, paip air, bukuperpustakaan dan lain-lain barang asrama. Sebarang kerosakan MESTI dilaporkankepadaPengetua atau wakilnya. 17.4 Pelajar-pelajar dilarang sama sekali membawa I memakai barang-barang kemas atauberharga.


17.5 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bercuti dua (2) atau t i g a (3) hari atau seminggusebelum cuti penggal yang sebenarnya, juga tidak dibenarkan mengambil cuti bersambung selepas habis cuti dengan apa saja alasan sekali pun melainkanberlakunya kecemasan. 17.6 Padang permainan hendaklah dikosongkan pada tepat jam 6.15 petang. 17.7 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyertai dan menganggotai sebarang aktiviti yangdianjurkan oleh pihak luar kecuali mendapat kebenaran pihak sekolah. 17.8 Selain dari pelajar asrama sesiapa pun tidak dibenarkan makan dan bermalamdi asrama kecuali mendapat kebenaran Pengetua atau HEM. 17.9 Jika didapati paip-paip air atau lampu terpasang secara membazir di asrama, tindakantatatertib akan dikenakan kepada semua penghuni tingkat berkenaan. 17.10 Setiap rombongan yang membuat sebarang lawatan di luar kawasan asrama hendaklahdiiringi oleh kakitangan sekolah. 17.11 Pakaian yang dijemur di ampaian MESTILAH diangkat sebelum jam 6.30 petang. Kainbaju yang basah tidak dibenarkan diletakkan di bilik tidur. Pelajar-pelajar juga dilarangmenjemur di pagar-pagar asrama. 17.12 Almari dan loker hendaklah dikunci pada setiap masa. Pelajar-pelajar dinasihatkanagar memiliki tidak lebih daripada RM 20.00 (Ringgit Malaysia: DUA PULUHSAHAJA) pada setiap masa. Duit yang lebih hendaklah diserahkan kepada musyrif / musyrifahfirqah masing-masing untuk disimpan. 18.0 MAKANAN DAN MINUMAN: 18.1 Tidak dibenarkan sama sekali membawa makanan dan minuman keluar dari dewanmakan. Pelajar-pelajar dilarang membawa keluar alat-alat seperti pinggan, cawandantray dari dewan makan. Makanan bagi pelajar yang sakit akan dihantar oleh kakitangansekolah. 18.2 Pelajar-pelajar yang berpuasa hendaklah melaporkan namanya kepada kakitanganbertugas untuk diatur makanannya di dewan makan. 18.3 Bungkusan-bungkusan makanan boleh diterima dari rumah masing-masing tetapi ibubapa dinasihatkan jangan menghantar barang-barang yang mudah busuk / basi. 18.4 Segala pengaduan berkenaan makanan hendaklah dikemukakan kepadaJawatankuasa Makanan / MPP bertugas untuk dilaporkan kepada pihak Pentadbir Sekolah. 19.0 TATATERTIB WAKTU MAKAN 19.1 Pelajar-pelajar perlu kemas dan bersih semasa di Dewan Makan. 19.2 Pelajar-pelajar perlu beratur dengan tertib untuk mengambil tray makanan dan dilarangberebut-rebut. 19.3 Jangan bersifat tamak dengan mengambil makanan berlebihan. Elakkan pembaziran. 19.4 Ketika makan janganlah membuat bising seperti menghentak-hentak dan melagalagakan sudu, garfu dan tray. 19.5 Jangan makan tergopoh-gapah kerana ini akan merosakkan kesihatan. 19.6 Jangan bercakap atau menjerit semasa makanan penuh di dalam mulut. 19.7 Jangan bermain dan bergurau pada waktu makan seperti menendang kaki kawan. 19.8 Jangan mengotorkan meja makan dengan membuang sisa-sisa di atasnya. Tempat khas telah disediakan untuk membuang sisa-sisa makanan. 19.9 Apabila sudah selesai makan, jangan keluar dari Dewan Makan tanpa 'mintadiri' terlebih dahulu. Rapatkan kerusi ke meja. 19.10 Jangan mencungkil makanan yang terlekat di celah-celah gigi di hadapan kawan-kawanyang masih makan. Semasa mencungkil sisa makanan di celah gigi, tutupmulut dengan sebelah tangan yang lain. 19.11 Makan sambil membaca terutama di Dewan Makan adalah kelakuan yang tidak sopan.


19.12 Ditegah meninggalkan majlis jamuan sebelum tetamu khas I undangan meninggalkanmajlis. 19.13 Hendaklah senyap kelika berada di dalam majlis terutama semasa tetamu berucap. 20.0 DAPUR DAN DEWAN MAKAN: 20.1 Kawasan dapur adalah kawasan larangan bagi semua pelajar kecuali PengawasI Jawatankuasa Makanan yang bertugas. 20.2 Pelajar-pelajar hendaklah ke Dewan Makan pada waktu yang dijadualkan. 20.3 Pelajar-pelajar DIWAJIBKAN menghantar tray, pinggan, gelas dan cawan ketempat yang telah disediakan. 21.0 ASRAMA / BILIK TIDUR: 21.1 Pelajar-pelajar hendaklah berada di bilik tidur selepas lampu dipadamkan dantidakdibenarkan berbual atau membuat bising. 21.2 Katil-katil dan kelengkapan yang disediakan di dalam bilik tidur tidak boleh dipindahkanke tempat lain. 21.3 Tiap-tiap bilik hendaklah dikemaskan sebelum jam 7.00 pagi. Tilam-tilammestilahdikemaskan dengan teratur serta pasangkan cadar berwarna b i r u mu d a danbantal- bantal hendaklah disarungkan dengan kain b i r u m u d a . 21.4 Kasut-kasut dan selipar mestilah diletakkan di tempat yang dikhaskan denganrapi. Selimut pula mestilah dilekatkan dengan kemas di hujung katil. 21.5 Pelajar-pelajar dilarang keras menampal apa jua gambar / poster atau pun sebarangpelekat sama ada di dinding mahupun di almari. 21.6 Sebarang pakaian sama ada pakaian luar atau dalam, tuala atau pakaian yangmasihbasah tidak dibenarkan disidai di dalam bilik atau digantung pada kipas. Pakaian- pakaian yang basah mestilah disidai di ampaian yang telah disediakan. 21.7 Pakaian yang jatuh dari ampaian hendaklah diambil dengan segera. Sekiranyatidak, pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan oleh pekerja-pekerja dan diserahkan kepadaPengetua / Penyelia Asrama. Pengetua atau Penyelia Asrama akan mendenda tiap-tiappakaian yang diambil balik. Sekiranya tidak ada orang yang menuntut haknyadalammasa satu minggu, pakaian-pakaian tersebut akan diberi kepada pelajar yangkurangmampu atau kepada badan-badan kebajikan. 21.8 Beg-beg yang besar hendaklah diletakkan / disusun dengan rapi di atas almari / ditempat yang dikhaskan. 21.9 Pelajar-pelajar yang sepatutnya ke sekolah tidak dibenarkan berada di asrama. 21.10 Persekitaran bilik mestilah sentiasa bersih dan teratur. Sebarang sampah mestilahdibuang di dalam tong sampah yang telah disediakan. Pelajar-pelajar dilarangkerasmembuang sampah keluar tingkap. 21.11 Ketua-ketua bilik hendaklah menentukan bahawa bilik-bilik mereka sentiasa kemas, teratur dan bersih. Kipas mestilah ditutup dan lampu-lampu dipadamkan sebelummeninggalkan bilik. 21.12 Pelajar-pelajar adalah digalakkan memberi kerjasama kepada pekerja-pekerjamembersih kawasan dalam menjaga kebersihan asrama. 21.13 Pemeriksaan bilik akan diadakan di dalam jangka waktu yang kerap. Pelajar-pelajar mestilah sentiasa bersedia sebelum pemeriksaan dijalankan. Semasa pemeriksaandijalankan pelajar-pelajar hendaklah berada dalam bilik dan dikehendaki berdiri di tepi katil. Pelajar-pelajar dilarang keras melarikan diri sewaktu pemeriksaan dijalankan. 21.14 Sewaktu pemeriksaan dijalankan, loker / almari hendaklah dibuka untuk pemeriksaan. Pemeriksaan rasmi akan diadakan setiap hari sabtu bertujuan untuk pemeriksaankebersihan.


21.15 Pelajar-pelajar dilarang berada di dalam bilik dan bilik bacaan pada waktu bermain. 21.16 Pakaian atau kasut tidak dibenarkan sama sekali direndam di dalam sinki. 21.17 Pelajar-pelajar dilarang keras bermain sebarang permainan di dalam bilik tidur. 21.18 Tiap-tiap kerosakan perlu dilaporkan kepada Ketua Warden / Penyelia Asrama . 21.19 Alat perakam kaset dan radio yang hendak digunakan adalah mesti dari jenis yangmenggunakan bateri sahaja. Radio dari jenis 'walkman' dan 'mini compo' tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar juga dilarang sekali menyambung wayar ke saluran elektrik untuk kegunaanradio dan sebagainya. 22.0 MASJID & SURAU 22.1 Masjid/surau sentiasa dibuka kepada pelajar-pelajar. 22.2 Lampu-lampu hendaklah dipadamkan apabila tidak digunakan. 22.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan tidur di dalam masjid kecuali dengan izin pihak pengurusanmasjid. 22.4 Pelajar-pelajar adalah DIWAJIBKAN solat secara berjemaah di masjid. 22.5 Pelajar-pelajar dibenarkan membaca kitab-kitab yang tersedia di masjid tetapi tidakdibenarkan membawa keluar. 22.6 Kitab-kitab yang diambil mestilah diletakkan ke tempat asal selepas menggunakannya. 22.7 Satu jawatankuasa surau hendaklah dibentuk di kalangan pelajar. 22.8 Pelajar dilarang berada di kawasan masjid sepanjang waktu akademik. 23.0 KECEMASAN: 23.1 Dalam masa kecemasan atau kebakaran, tiap-tiap penghuni hendaklah keluar dari bilik masing-masing secara teratur dan sentiasa mengikut arahan yang diberikanoleh Penolong Penyelia / MPP / Ketua Bilik. 23.2 Arahan dan peringatan kecemasan / kebakaran akan diberitahu dengan menggunakanloceng kecemasan. 24.0 KELUAR-MASUK ASRAMA / BALIK KAMPUNG / KELUAR KE BANDAR (OUTING). 24.1 Pelajar hanya dibenarkan keluar ke bandar mengikut jadual yang ditetapkan sahajaiaitu pada hari ahad. (10.00 PAGI – 6.00 PETANG). 24.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bermalam di rumah ibu bapa, waris, saudara maratanpa kebenaran khas / bertulis melainkan diberikan kebenaran pulang. 24.3 Pelajar dibenarkan / diwajibkan pulang ke rumah (bermalam) hanya sekali (1) sebulan. 24.4 Pelajar dimestikan pulang ke asrama selewat-lewatnya pukul 6.00 petang. Pelajar- pelajar yang pulang lewat daripada pukul 6.00 petang mestilah mengemukakanpenjelasan secara bertulis kepada Pengetua / Ketua Unit HEP / Ketua Warden. Tanpapenjelasan yang munasabah tindakan tegas akan diambil. 25.0 MASA LAWATAN: 25.1 lbu bapa digalakkan untuk datang pada bila-bila masa selagi tidak menggangguprosespembelajaran. Hanya lbu I Bapa I Penjaga dan anggota keluarga yang terdekat (seperti adik-beradik atau ibu/bapa saudara sahaja) dibenarkan menemui pelajar. 25.2 Masa kecemasan adalah mustahak, ibubapa atau penjaga / saudara-mara boleh melawat anak-anak mereka pada hari-hari yang lain setelah mendapat kebenaran Pengetua / KetuaUnit HEP / Ketua Warden.


25.3 Para pelawat mestilah melaporkan diri di pondok pengawal keselamatan dan mengisi borang / buku yang dikeluarkan oleh Pengawal Keselamatan. 25.4 Para pelawat adalah ditegah sama sekali naik ke bilik-bilik asrama. Setiap pertemuanHANYA dibenarkan di bilik rehat asrama/bilik tetamu sahaja (atau bilik-bilik tertentuyang dinyatakan) 25.5 Para pelawat adalah dilarang membawa keluar pelajar-pelajar dari kawasan asramatanpa kebenaran (bertulis) Pengetua / Ketua Unit HEP / Ketua Warden. 25.6 Pelajar tidak dibenarkan menerima tetamu perempuan melainkan ia datang bersamaibu bapanya. 25.7 Pengawal bertugas diberi kuasa penuh untuk menahan kenderaan-kenderaandari masuk ke dalam kawasan asrama pada masa tertentu atau sebab-sebab tertentu. 25.8 Kereta pelawat / ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan asrama kecuali mendapat kebenaran (bertulis) daripada Pengetua. 26.0 WAKTU MENGAMBIL DAN MENGHANTAR PELAJAR: 26.1 lbu-bapa / Penjaga / S audara-mara tidak dibenarkan sama sekali mengambil pelajar untuk pulang ke rumah pada waktu malam pada hari-hari yang dibenarkan. 26.2 lbu-bapa / Penjaga / Saudara-mara dilarang menghantar pelajar ke asramapadawaktu malam. Waktu yang dibenarkan ialah selewat-lewatnya pada pukul 6.00petang. 27.0 PENGGUNAAN TELEFON AWAM: 27.1 Waktu yang dibenarkan untuk menggunakan telefon awam adalah seperti berikut: Ahad - Khamis :Selepas Asar sehingga 6.30 petang Jumaat dan Sabtu : 9.00 malam- 11.00 malam Sabtu dan Ahad : 9.00 pagi – 12.00 tgh Selepas Asar sehinggga 6.30 petang 27.2 Penggunaan telefon di luar masa yang dibenarkan mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengetua / Ketua Unit HEP / Ketua Warden. 27.3 Perhubungan pada waktu malam baik pelajar mahupun ibu / bapa / penjaga / saudaramara yang memulakan dahulu adalah dilarang keras kecuali ada kes kesakitan, kematian atau seumpamanya. 27.4 Pengawal keselamatan adalah berkuasa untuk tidak melayani sebarang panggilanyang tidak mustahak / di luar dari waktu ya n g dibenarkan, kecuali ada kes-keskecemasan. 27.5 Perhubungan menerusi telefon mestilah dibuat secara ringkas yang mungkinbagi mengelakkan pelajar membuang masa. 27.6 Telefon hanya dibenarkan kepada yang perlu dan mustahak sahaja untuk membuat panggilan. Panggilan yang tidak mustahak tidak dibenarkan sama sekali. 28.0 RAWATAN DAN CUTI SAKIT: 28.1 Pelajar yang sakit mestilah memberitahu MPP dan melaporkan dengan segerakepadaPenolong Penyelia. 28.2 Pelajar yang hendak ke hospital hendaklah melaporkan diri kepada PenolongPenyelia sebelum jam 10.00 pagi.


28.3 Pada hari cuti, hari kelepasan am dan waktu malam, pelajar-pelajar yang sakit hendaklahmelaporkan kepada Ketua Pelajar I Ketua Warden untuk dibawa ke hospital. 28.4 Pelajar yang menghidapi penyakit berjangkit akan dinasihatkan supaya mendapat rawatandi rumah. lbu bapa / waris akan diberitahu melalui telefon atau email . 28.5 lbu bapa akan dimaklumkan sekiranya anak mereka dimasukkan ke hospital / menghidapi penyakit berjangkit. 29.0 KEWANGAN (YURAN) Pelajar-pelajar perlu menjelaskan yuran pada tiap-tiap bulan dalam tempoh satu(1) minggudari tarikh permulaan awal bulan. Semua bayaran hendaklah dibuat kepada kerani kewangansekolah. Pelajar-pelajar yang gagal menjelaskan yuran tiga (3) bulan berturut-turut bolehdiambiltindakan. 30.0 KELUAR ATAU BERPINDAH SEKOLAH: 30.1 Sekiranya pelajar memilih untuk keluar atau berpindah dari sekolah, pelajar juga secaraautomatik akan keluar asrama. 30.2 Pelajar yang ingin keluar atau berpindah dari sekolah dikehendaki untuk memaklumkankepada Pengetua terlebih dahulu dan dikehendaki menjelaskan hutang/tunggakansekolahjika ada. 31.0 PROGRAM / AKTIVITI SEKOLAH Pelajar dimestikan mengikuti dan mengambil bahagian dalam semua programatauaktiviti sekolahsama ada bidang Akademik atau Kokurikulum kecuali disahkan oleh doktor tidak bolehterlibatatassebab-sebab kesihatan. 32.0 KEHILANGAN / KEROSAKAN / KESELAMATAN BARANG RAMPASAN 32.1 Pihak sekolah TIDAK dipertanggungjawabkan atau/dan dipersalahkan sekiranya berlakusebarangkehilangan, kerosakan atas keselamatan barang rampasan. 32.2 Ibu bapa / penjaga TIDAK BOLEH menuntut ganti rugi atau / dan mendakwa pihak sekolahdi mahkamah di atas barang rampasan. 32.3 Sebarang bentuk kehilangan / kerosakan telefon bimbit yang bersifat di luar kawalanguruyangmenyimpan atau ketika penggunaan pelajar sendiri adalah DITANGGUNG OLEHPELAJAR.


33.0 KATEGORI-KATEGORI KESALAHAN SEKOLAH DAN ASRAMA. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan di sekolah dan di asrama adalah dibahagikan kepada jenis dan kategori seperti berikut: KATEGORI A (TANPA PERBICARAAN) Kod Kesalahan TindakanI. TINGKAH LAKU JENAYAH BuangSekolahA01 BERJUDI/ BERTARUH A02 MENCEMARKAN NAMA SEKOLAH/NAMA WARGA SEKOLAH MENERUSI MEDIA SIBER/BERTULIS A03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN/ MEROSAKKAN/MENCURI HARTA BENDA GURU / KAKITANGAN SEKOLAH A04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN/ MENJATUHKAN MARUAH KAKITANGAN A05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN PELAJAR A06 GENGSTERISME/ MENGANGGOTAI KUMPULAN HARAM/KONGSI GELAP A07 BAWA SENJATA MERBAHAYA A08 MENCABUL KEHORMATAN A09 MEMBUNUH A10 MEROGOL / BERKHALWAT / MELIWAT A11 MENCURI BARANG DENGAN NILAI LEBIH DARI RM1000 Kod II. PENYALAHGUNAAN DADAH / MINUMAN YANG MEMABUKKAN TindakanA12 MEMILIKI / MENYIMPAN/ MEMBEKAL/ MENJUAL/ MENGEDAR BuangSekolahA13 MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT / MEMINUM / MENGHIDU III. PENGLIBATAN POLITIK TindakanA14 PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN HARAM BuangSekolahIV. TATU TindakanA15 MELUKIS /MEMINTA / MEMILIKI TATU BuangSekolahIV. KESALAHAN IBU BAPA / PENJAGA TindakanA16 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN/ MENJATUHKAN MARUAH KAKITANGAN BuangSekolahA17 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN PELAJAR


SEBARANG SABITAN KES JENAYAH YANG DIREKODKAN BERSALAHOLEHPOLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DAN MAHKAMAH AKAN DI BERIKANTINDAKANBUANG SEKOLAH. KATEGORI A Kod VI. BULI TindakanA18 BULI FIZIKAL • Buang SekolahKod VII. ROKOK/VAPE TindakanA19 MEMILIKI / MENYIMPAN / MENJUAL / MENGEDAR / MENGHISAP • Di gantungpersekolahan(3 Hari) • Buang SekolahKod VIII. PONTENG TindakanA20 PONTENG SEKOLAH LEBIH 3 HARI • Di gantungpersekolahan(3 Hari) • BuangSekolahA21 KELUAR KAWASAN SEKOLAH/ASRAMA KELAS TANPA KEBENARAN PADA WAKTU PERSEKOLAHAN ATAU DI LUAR WAKTU SEKOLAH • Buang SekolahKod IX. TINGKAH LAKU LUCAH TindakanA22 BAWA/MENGEDAR/KATA/MELUKIS LUCAH A23 MENONTON VCD / FILEM LUCAH • Buang SekolahA24 TIDUR BERPELUKAN / BERDUA – DUAAN DI ATAS SATU KATIL / TILAM A25 BERCINTA DENGAN GURU / KAKITANGAN Kod X. PENGLIBATAN POLITIK TindakanA26 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA • Di gantungpersekolahan• BuangSekolahA27 MENYEBARKAN PENULISAN/ DOKUMEN/ PROPAGANDA POLITIK


Kod XI. TINGKAH LAKU JENAYAH TindakanA28 MENCURI DENGAN NILAI BAWAH DARIPADA RM1000 • Di gantungpersekolahan• BuangSekolahA29 PERAS UGUT A30 MENCEROBOH BILIK GURU/PEJABAT/BILIK- BILIK KHAS A31 TUNJUK PERASAAN A32 MERUSUH A33 BERGADUH/BERKELAHI A34 KELAKUAN YANG MEMBAHAYAKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN KATEGORI A- Kod XII. KES-KES LAIN TindakanA35 • MEMBAWA BARANGAN LARANGAN - Bermain Mercun - Telefon Bimbit - Alatan Permainan Elektronik - Komik - Terbitan Lain Yang Tiada Kaitan Dengan Pelajaran 1 Dirotan2 BaranganDirampas3 Kali ke 2gantungsekolah(3hari)4 Buang sekolahKATEGORI B Kod XIII. TINGKAH LAKU KURANG SOPAN TindakanB01 KURANG SOPAN KEPADA GURU/KAKITANGAN SEKOLAH 1 Surat Amaran2 Dirotan3 Gantungsekolah(3hari) B02 KURANG SOPAN KEPADA TETAMU B03 BERKELAKUAN KASAR KEPADA PELAJAR LAIN B04 BULI ISYARAT B05 BULI BAHASA B06 INGKAR ARAHAN GURU/TIDAK MENGHORMATI GURU


Kod XIV. PONTENG / LEWAT LAPOR DIRI TindakanB08 PONTENG KELAS 1 Surat Amaran2 Dirotan3 Gantungsekolah(3hari) B09 PONTENG AKTIVITI KO-KURIKULUM B10 PONTENG UJIAN/PEPERIKSAAN TANPA SEBAB B11 PONTENG KELAS PERSEDIAAN MALAM (PREP) B12 PONTENG PROGRAM SEKOLAH B13 PONTENG PERHIMPUNAN/WAKTU KEAGAMAAN B14 LEWAT LAPOR DIRI KE ASRAMA Kod XV. KESALAHAN VANDALISME TindakanB15 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH 1 Surat Amaran2 Dirotan3 Ganti rugi 4 DigantungSekolah(3hari) Kod XVI. TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH TindakanB16 PECAH AMANAH 1 Surat Amaran2 Dirotan3 Ganti rugi (jikamelibatkanwang/hartabenda) 4 Keputusanditahan(jika melibatkanujian/peperiksaanuntukkertasberkenaandanyangseterusnya) 5 Digantungsekolah(3hari) 6 BuangsekolahB17 BERBOHONG B18 TIDAK JUJUR/ MENIPU/MENIRU Kod XVII. TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA TindakanB19 LEWAT KE SEKOLAH 1 AmaranLisan2 Surat amaran3 3 kali lewat –dirotanB20 LEWAT KE PERHIMPUNAN/KELAS/AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM


Kod XVIII. KES-KES LAIN TindakanB21 • MENGUNDANG KAWAN-KAWAN KE SEKOLAH TANPA KEBENARAN PENGETUA 1 Amaran2 3 kali kesalahan–Dirotan3 Kerja amal CATATAN: 1. Jika disabitkan kesalahan di dalam kategori A, pelajar akan digantung persekolahan selama 3hari persekolahan berturut-turut dan pelajar akan didenda untuk melakukan kerja-kerja amal seperti lampiran1.2. Jika disabitkan kesalahan untuk kali yang kedua, pelajar akan dibuang sekolah, kecuali apabilarayuantelah diluluskan oleh tuan pengetua. 3. Jika pelajar disabitkan kesalahan di dalam kategori A- dan B, pelajar akan dikenakan hukamanmengikuttingkatan hukuman yang tertera di atas. 4. Peraturan-peraturan di atas adalah tertakhluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. 5. Segala keputusan dan hukuman kes yang diputuskan adalah tertakhluk kepada budi bicara ahli jawatankuasa Lembaga Disiplin SM imtiaz Tuminah Hamidi


LAMPIRAN 1 BIL KERJA AMAL BILANGANHARI(MAX) 1 CUCI LONGKANG BANGUNAN AKADEMIK & ASRAMA SEMINGGU2 SAPU TANGGA & CUCI TANDAS ASRAMA SEMINGGU3 SUSUN KERUSI GURU SEBELUM & SELEPAS PERHIMPUNAN SEMINGGU4 SAPU HALAMAN, CUCI TEMPAT WUDU’ & TANDAS MASJID SEMINGGU5 CUCI TEMPAT WUDHUK DAN TANDAS SURAU SEMINGGU6 HAFAZAN SEMINGGU


BAHAGIAN C : LAMPIRAN LAMPIRAN 1 MASA JADUAL TEMPAT4.45 Pagi 4.30 Pagi (Isnin & Khamis) Bangun Tidur, Solat Tahajjud, Hafazan Al-Quran Asrama / Masjid5.45 Pagi Solat Subuh Tazkirah / Mathurat / Hafazan Al-Quran:Surah Pilihan Masjid6.30 Pagi Sarapan Pagi / Persiapan Diri & Asrama Asrama 7.30 Pagi Perhimpunan Pagi Semua Guru8.00 Pagi Kelas Al-Quran: ATJ / ATS / ATM Masjid10.00 Pagi Solat Dhuha / Minum Pagi Masjid / DM10.30 Pagi Kelas Akademik Fasa 1 Kelas Akademik12.30 T/Hari* Makan Tengahari / Qailullah / Solat Zohor DM/ Masjid2.30 Petang Kelas Akademik Fasa 2 Kelas Akademik4.30 Petang Solat Asar / Minum Petang Masjid / DM5.00 Petang Riadah Petang Padang6.15 Petang Makan Malam / Persiapan Diri & Asrama DM/ Asrama6.45 Petang Zikir / Bacaan Surah Pilihan / Mathurat Masjid7.15 Malam* Solat Maghrib Kelas Al-Quran: ATJ / ATS / ATM Masjid8.30 Malam Solat Isyak / Tazkirah Masjid9.00 Malam Kelas Intensif Akademik & Al-Quran Kelas Akademik/ Masjid10.30 Malam Minum Malam DM10.45 Malam Roll Call / Bacaan Al-Mulk Asrama 11.25 Malam Light Off Asrama & Akademik / Tidur Asrama ***Bergantung kepada perubahan waktu solat ● Puasa Sunat : Setiap Isnin & Khamis ● Jadual Sabtu & Ahad: Berdasarkan Jadual Hujung Minggu


LAMPIRAN 2 PAKAIAN WAJIB SEMASA WAKTU PERSEKOLAHAN


ETIKA PEMAKAIAN HARIAN SONGKOK HITAMBAJU SEKOLAH(PUTIH) TALI LEHER MTQHSELUAR SLACKMAROONTALI PINGGANGHITAMSTOKIN HITAMKASUT KULIT HITAMSONGKOK HITAMBAJU KORPORATSELUAR SLACKHITAMTALI PINGGANGHITAMSTOKIN HITAMKASUT KULIT HITAM


PAKAIAN SUKANSELUAR SUKANHITAMKASUT SUKANHITAMSTOKIN HITAMKOPIAH PUTIHKOPIAH PUTIHT-SHIRT RASMI SEKOLAHSELUAR SUKANSTOKIN HITAMKASUT SUKANSONGKOK HITAMBAJU BATIKSELUAR SLACKHITAMTALI PINGGANGHITAMSTOKIN HITAMKASUT KULIT HITAM


SONGKOK HITAMBAJU MELAYU(PUTIH) SAMPIN MAROONSTOKIN HITAMKASUT KULIT HITAMKOPIAH PUTIHBAJU JUBAHPUTIH


PEMAKAIAN PADASABTU(MALAM) SERBAN JUBAH(MAROON) •PEMAKAIANPAKAIAN SUKANBAJU SUKANSELUAR SUKANSTOKINKASUT SUKANKOPIAH PUTIHKURTA MERAHSELUAR TRACKBAJU SUKANSELUAR SUKANSTOKINKASUT SUKAN


SONGKOK HITAMBAJU BATIKSELUAR SLACKHITAMTALI PINGGANGHITAMSTOKIN HITAMKASUT KULIT HITAM


Click to View FlipBook Version