The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dmia.adzwa, 2021-12-23 22:45:14

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (3)

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (3)

MPU21032 PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK
TUGASAN:



RUKUN
NEGARA

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL



KELAS DKM5-S4



NAMA PENSYARAH:
MDM ZAINAB BINTI MOHAMMAD AHMAD

SENARAI EDITOR

HARDIE DANIAL ISMAIL
MOHD IQBAL

05DKM19F1138 05DKM19F1129

DAMIA ADZWA NURUL NATASHA

05DKM19F1122 05DKM19F1095

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN RUKUN NEGARA
SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
PENGISYTIHARAN RUKUN NEGARA
OBJEKTIF RUKUN NEGARA
MAKSUD RUKUN NEGARA
CARA MENGHORMATI RUKUN NEGARA
KEBAIKAN RUKUN NEGARA KEPADA MASYARAKAT
CABARAN DALAM MENGHADAPI RUKUN NEGARA

PENGENALAN

RUKUN NEGARA




Asas rukun hidup bermasyarakat ialah persetujuan dan penyatuan yang
melambangkan wujudnya perpaduan hati. Perpecahan dan perbalahan
pula mengakibatkan anggota itu akan sentiasa berperang dengan tarikan
yang berlainan arag. Ini bermakna penentangab yang tidak
berkesudahan akan berlegar dalam kehidupan masyarakat. Justeru,
bagi mewujudkan sebuah negara yang pady, mesti ada etika dan falsafah
kenegaraan yang dapat membangun sifa patriotisme, kesetiaan,
permuafakatan dan perpaduan rakyat.

Rukun Negara merupakan pemikiran kebangsaan Malaysia yang
diperkenalkan secara rasmu pada 31 Ohod 1970. Ianya bertujuan untuk
membentuk identiti rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang
bersatu padu. Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak
perpaduan antara sesama rakyat untuk menggapai kegemilangan yang
lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, memelihata cara hidup
demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran
negara dapat dinikmati bersama secara saksama. Membentuk satu sifat
yang liberal terhadap tradisi kebudayaang yang progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden. Perkara ini dapat mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera selamanya. Namun, pada masa
ini prinsip Rukun Negara makin dipinggirkan oleh masyarakat kita
terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kepentingan
penghayatan rukun negara dalam menghayati prinsip-prinsip Rukun
Negara akan dibincangankan.

Di tanah air kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai
falsafah , etika dan ideologi(doktrin) negara. Demikianlah setiap
warganegara memahami latar belakang, objektif dan prinsip serta
definisi setiap Rukun Negara tersebut. Dari segi latar belakangnya,
Rukun Negara digubal setelah terjadinya peristiwa hitam rusuhan kaum
pada 13 Mei 1969. Peristiwa gelap tersebut mendorong pemimpin negara
dari pelbagai kaum memikirkan satu formula pemikiran bagi
memulihkan perpaduan kaum dengan lebih utuh dan kental.

PEMSBEEJNATRUAKHAN

RUKUN NEGARA

Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta
ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13
Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu bukti
berlakunya permusuhan kaum yang sangat dahsyat suatu
ketika dahulu.Permusuhan dan berbalahan ini berlaku akibat
ketidakadilan layanan yang diterima oleh masyarakat
pelbagai kaum di negara ini. Perkara ini berakar umbi sejak
pemerintahan British, kemudian diteruskan dengan
penjajahan Jepun yang ternyata memberi layanan istimewa
kepada kaum Melayu. Keadaan demikian telah menjadi
‘barah’ sehingga tercetusnya peristiwa ini.
Masyarakat Malaysia seharusnya mengambil iktibar dan
pengajaran daripada Peristiwa 13 Mei 1969 supaya negara
terus dalam keasdaan aman dan makmur. Oleh itu,
masyarakat Malaysia perlu berpegang kepada prinsip –
prinsip Rukun Negara yang telah ditetapkan.
Yang di – Pertuan Agong (YDPA) telah mengisytiharkan darurat
ekoran huru – hara tercetus pada 13 MEI 1969. Semasa darurat,
negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
MAGERAN pun telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara
(MPN) yang bertanggungjawab menggubal Rukun Negara.
Rukun Negara merupakan ideologi negara dalam membentuk
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

PENGISYTIHARAN

RUKUN NEGARA




Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Bahawasanya negara kita
Ogos 1970 sempena ulang tahun Malaysia mendukung cita-cita
kemerdekaan Malaysia ke-13 oleh untuk mencapai perpaduan
Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum yang lebih erat di kalangan
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni masyarakat :
Almarhum Sultan Zainal Abidin. - Memelihara satu cara hidup
Rukun Negara diperkenalkan demokratik
berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang - Mencipta satu masyarakat
mengganggu-gugat perpaduan etnik yang adil di mana kemakmuran
di Malaysia. Tragedi 13 Mei 1969 Negara akan dapat dinikmati
berpunca daripada kempen pilihan bersama secara adil dan
raya yang menimbulkan isu saksama
perkauman sensitif. - Menjamin satu cara yang
Seperti diperkatakan Tun Tan Siew liberal terhadap tradisi-tradisi
Sin, pilihan raya membuktikan cara kebudayaaannya yang kaya dan
paling mudah untuk memancing undi berbagai-bagai corak
adalah dengan mengapi-apikan isu - Membina satu masyarakat
perkauman. progresif yang akan
Tercetusnya tragedi 13 Mei didakwa menggunakan sains dan
berpunca perasaan tidak puas hati teknologi moden
antara satu sama lain kerana orang
Melayu jauh ketinggalan dalam
bidang ekonomi dan pendidikan.

Maka kami rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan kesusilaan

OBJEKTIF

RUKUN NEGARA




1. Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.

SETIAP RAKYAT HENDAKLAH BEKERJASAMA DALAM MEMBENTUK
SATU BANGSA DAN NEGARA DI MANA MASYARAKAT BANGGA
BAHAWA MEREKA ADALAH RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA
KAUM DAN KEPERCAYAAN MASING-MASING. RAKYAT NEGARA INI
TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM DENGAN BERBAGAI-
BAGAIPERSOALAN YANG WUJUD. KEADAAN INI SEMAKIN RUMIT
KERANA WUJUDNYA KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI ANTARA
KAUM. WALAUPUN WUJUD UNSUR-UNSUR PERBEZAAN INI,
MELALUI RUKUN NEGARA AKAN DAPAT MEMBENTUK SATU BANGSA
YANG BERSATUPADU DI MANA SEMUA RAKYAT TAMPA MENGIRA
KAUM MEMPUNYAI SEMANGAT KESETIAAN DAN PERASAAN CINTA
TERHADAP NEGARA.


















2. MENCIPTA SEBUAH MASYARAKAT YANG ADIL




SEMUA MASYARAKAT MEMPUNYAI PELUANG YANG SAMA UNTUK
MENIKMATI KEKAYAAN NEGARA. MASYARAKAT YANG ADIL AKAN
WUJUD DI NEGARA INI JIKA KEKAYAAN NEGARA DIBAHAGIKAN
SECARA ADIL DAN SAKSAMA. BAGI MENCAPAI TUJUAN INI
PIHAK-PIHAK YANG LEMAH AKAN DIBANTU SUPAYA MEREKA
MEMPUNYAI PELUANG YANG SAMA UNTUK BERSAING DENGAN
PIHAK-PIHAK YANG LAIN YANG LEBIH MAJU. MASYARAKAT ADIL
YANG KITA CITA-CITA KAN ITU BEBAS DARIPADA PENINDASAN
SESEORANG TERHADAP YANG LAIN ATAUPUN PENINDASAN
SESUATU GOLONGAN TERHADAP YANG LAIN.














2.. MENCIPTA SEBUAH MASYA
RAKAT YANG ADIL




PELEMBAGAAN NEGARA MENJAMIN KEBEBASAN HAK ASASI DAN
KEBEBASAN KEGIATAN-KEGIATAN BERPOLITIK RAKYAT NEGARA INI
ASALKAN TIDAK MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA. TETAPI HAK-
HAK SERTA KEBEBASAN YANG DIBERIKAN INI TIDAK BOLEH DISALAH
GUNAKAN ATAS NAMA DEMOKRASI UNTUK MEMBAKAR PERASAAN
PERKAUMAN ATAU BAGI MEMUSNAHKADEMOKRASI. APABILA BERLAKU
SEBARANG MASALAH YANG MELANDA NEGARA, KEPENTINGAN
BANGSA DAN NEGARA MESTILAH DIDAHULUKAN. KEPENTINGAN
NEGARA HENDAKLAH DI UTAMAKAN LEBIH DARIPADA KEPENTINGAN
SESUATU KAUM ATAU SESUATU TIDAK, JIKA HENDAK, KESTABILAN
DAN KESELAMATAN NEGARA AKAN TERANCAM.

OBJEKTIF

RUKUN NEGARA




4. MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL

MASYARAKAT NEGARA INI BEBAS MENGAMALKAN AGAMA DAN
ADAT RESAM SERTA KEBUDAYAAN MASING-MASING YANG
SESUAI DENGAN MATLAMAT PERPADUAN NEGARA. KITA
SESUNGGUHNYA MEMPUNYAI KEKAYAAN DARI SEGI
KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM YANG NEGARA DIAMALKAN
OLEH MASYARAKAT PELBAGAI KAUM. WALAUPUN ADA
PERBEZAAN, SEMUA ANGGOTA MASYARAKAT HENDAKLAH
BERCITA-CITA UNTUK MEWUJUDKAN SATU MASYARAKAT DI
MANA KEADAAN BERLAINAN KEBUDAYAAN ITU BOLEH
MENGUNTUNGKAN DAN MENJADI SUMBER KEKUATAN KEPADA
BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA.














5. MEMBINA MASYARAKAT YANG PROGRESIF

KITA BERCITA-CITA HENDAK MEWUJUDKAN SEBUAH
MASYARAKAT PROGRESIF YANG MENCAPAI KEMAJUAN DI
BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI SELARAS DENGAN
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TERKINI SERTA DUNIA TANPA
SEMPADAN DAN ERA GLOBALISASI. DUNIA KINI SEDANG
MENYAKSIKAN PERUBAHAN-PERUBAHAN YANG BEGITU CEPAT
DALAM BIDANG ILMU PENGETAHUAN, SAINS DAN TEKNOLOGI.
MASYARAKAT PROGRESIF YANG HENDAK DIWUJUDKAN
MERUPAKAN SATU MASYARAKAT YANG BERGERAK MAJU
SEJAJAR DENGAN KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI YANG
AKHIRNYA AKAN MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA
MAJU SEBAGAIMANA MATLAMAT WAWASAN 2020.

RUKUN NEGARA

MAKA KAMI
RAKYAT MALAYSIA

BERIKRAR AKAN
MENUMPUKAN SELURUH
TENAGA DAN USAHA KAMI
UNTUK MENCAPAI CITA-CITA

TERSEBUT
BERDASARKAN ATAS PRINSIP-

PRINSIP YANG BERIKUT;
KEPERCAYAAN KEPADA

TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA

DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-
UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

MAKSUD RUKUN
NEGARA

Melalui Rukun Negara, Malaysia bercita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara yang perlu
disemai dalam jiwa oleh setiap rakyat Malaysia iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Kepercayaan kepada Tuhan diertikan sebagai bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan
yang beriman kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah yang akan membina bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan mencadangkan
bahawa Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan, akan tetapi agama dan kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam persekutuan dan tindakan
membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan atau perihal agama adalah dilarang
sama sekali. Penggubal Rukun Negara memahami akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada
Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan
merosakkan bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan masyarakat terhadap
ajaran agama masing-masing menjadikan prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun
Negara

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah berasaskan kepada pegangan Sistem Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
Segaris dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja
juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri
Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan
kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah mentaati sepenuh taat setia,
jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin
tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Menekankan pentingnya rakyat mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi dan
berfungsi untuk melindungi setiap rakyat negara ini dan menjaga hak dan keistimewaan
mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati serta
memahami maksud dan kandungan pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan
Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
Oleh hal yang demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat majmuk yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Perlembagaan Malaysia juga turut menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi
rakyat di negara ini. Ianya juga adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga
sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Keadilan yang berlandaskan atas kedaulatan undang-undang menunjukkan bahawa setiap rakyat adalah setaraf disisi
undang-undang. Selain itu, kebebasan asasi juga terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara
yang berdasarkan perlembagaan perlu diterima dan dipertahankan kedaulatannya. Tanpa adanya undang-undang
maka negara tidak dapat mencapai keamanan dan kestabilan. Seterusnya, undang-undang negara dijamin pula oleh
institusi kehakiman yang bebas berwibawa. Menerusi kewujudan undang-undang juga, akan menjamin kehidupan
anggota masyarakat agar dapat hidup dalam suasana yang teratur dan selamat tanpa sebarang bentuk kekacauan.
Hak-hak semua rakyat juga boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-
perkara seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan
itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak
menurut Perlembagaan.

KESOPONAN DAN KESUSILAAN

Menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Ianya bertujuan untuk membentuk
warga negara yang bersopan santun selaras dengan kempen Budi Bahasa Budaya Kita dan Nilai Murni
yang dijalankan. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat
penting dalam konteks perhubungan sesama diri dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap
bersopan santun dan bersusila perlu diamalkan bagi membentuk individu dan masyarakat yang
berdisiplin dan bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
Tatasusila ini mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang
atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam
kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-
nilai murni.

CARA MENGHORMATI
RUKUN NEGARA

-Mematuhi undang2



-Menghormati ketinggian perlembagaan negara



-Peka dan menjaga sensitiviti antara kaum



-Menghormati hak2 kaum lain



-Sikap toleransi dan bertolak ansur



-Mengadakan atau menyertai perlbagai aktiviti
kemasyarakatan



-Mengadakan kempen kesedaran



-Pesanan Ibu Bapa



-Peranan media massa

KEBAIKAN
RUKUN NEGARA

Kerajaan disaran melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Nehara kerana
penghayetan terhadap Rukun Negara semakin terhakis dalam jiwa rakyat

Malaysia. Malah jika ditanya generasi muda sekarang sudah pasti ada antara
mereka yang tidak mengetahui kandungan prinsip Rukun Negara yang menjadi

pegangan rakyat Negara sejak 35 tahun yang lalu. Ramai dalam kalangan
mereka yang tidak ingat untuk melafazkan Rukun Negara kerana beranggapan

tidak penting disebabkan Negara sudah aman dan makmur. Keadaan ini
menyebabkan generasi sekarang seakan-akan hilang jati diri mereka dan mudah

terpengaruh dengan budaya asing.





Penghayatan Rukun Negara amat penting kepada masyarakat Negara ini. Hampir
lima dekat Negara mencapai kemerdekaan dan segala dugaan yang dilalui telah

membina tapak yang menjadi asas keharmonian dan perpaduan kaum. Rukun
Negara menjadi panduan bagi pihak memupuk semangat setia kawan dan

kecemerlangan hidup bermasyarakat serta bernegara. Selain itu Rukun Negara
bermatlamat membentuk masyaraket yang adil dan saksama supaya
kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama-sama


Prinsip Rukun Negara sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain

Kepercayaan kepada Tuhan antera lain menerapkan bahawa kepercayaan
beragama boleh mengukuhkan ikatan semua bangsa seterusnya memantapkan
institusi Negara kerana rakyatnya mempunyai pegangan hidup. Tahap kesetiaan
yang tinggi diberikan kepada raja dan Negara pula amat bersesuaian kerana raja
ialah lambing perpaduan Negara. Keluhuran perlembagaan pula ialah sumber

perundangan Negara yang tertinggi dan harus diterima, dipatuhi serta
dipertahankan oleh rakyat. Kedaulatan undang-undang pula memberi keadilan
kepada setiap rakyat di Negara ini kerana dijamin oleh institusi kehakiman yang

bebas dan berwibawa. Prinsip kesopanan dan kesusilaan mementingkan
perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyat untuk menjaga hubungan baik

masyarakat pelbagai kaum di Negara ini





Sehubungan dengan itu rakyat harus sedar Rukun Negara mampu menerapkan

amalan menghormati undang-undang dalam kalangan masyarakat pelbagai
agama dan budaya di Negara ini. Langkah kerajaan melancarkan kempen

tersebut amat tepat bagi mengingatkan rakyat supaya menghormati sensitivity
kaum agar keamanan dan keharmonian Negara dapat terus dipelihara.

CABARAN DALAM

MENGHADAPI

RUKUN NEGARA

-Masyarakat menyalahgunakan teknologi media sosial
dengan memburuk burukan nama negara.



-Pihak tertentu mengkritik usaha kerajaan untuk
memperbaiki ekonomi.



-Melahirkan kehidupan masyarakat yang
bermuafakat,saling,menghormati,bekerjasama dan

saling membantu



-Rakyat yang tidak menngamalkan ajaran agama dan
melakukan jenayah.



-Masyarakat pentingkan diri sendiri



-Masyarakat yang mengambil kesempatan kebebasan
bersuara untuk mempersoalkan isu sosial yang sensitif



-Mempersoalkan kedudukan dan kuasa Raja raja

KESIMPULAN

Rukun Negara bukanlah sekadar prinsip yang hanya dilafazkan dengan ikrar tetapi ianya menuntut kesungguhan setiap warganegara untuk
menghayati dan mengamalkannya. Justeru, mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa
mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang kukuh maka pertumbuhan ekonomi dapat

ditingkatkan dan kestabilan politik dapat dikekalkan dalam sistem pemerintahan negara yang bercorak demokratik.



Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan
menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri.

Peristiwa 13 Mei 1969 membuka mata dan menyedarkan kita semua betapa pentingnya bersatu padu dengan aman dan damai serta
menghindari sifat curiga mencurigai sesama sendiri.

Pengamalan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu-padu muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling
menghormati antara satu sama lain. Kesimpulan, ukun negara harus dilihat sebagai ‘internal cohersion’ atau kuasa dalam yang dapat
mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam rukun negara itu masih
relevan sebagai jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap rukun negara mesti disemarakkan kembali.

RUJUKAN

https://agri.upm.edu.my/article/di
sebalik_makna_prinsip_rukun_neg

ara-43449
https://dokument.pub/e-folio-
rukun-negara-flipbook-pdf.html
https://en.wikipedia.org/wiki/Ruk

un_Negara
https://www.jpnin.gov.my/ms/kene

garaan/kelab-rukun-
negara/pengisytiharan-rukun-

negara?page=0%2C2
https://www.bharian.com.my/renc

ana/lain-
lain/2021/01/774092/rukun-negara-

asas-perpaduan-pembinaan-
negara-bangsa

http://nilaimasyarakat4.blogspot.c
om/2017/08/sejarah-rukun-
negara_26.html

http://kumpulanduapunya.blogspo
t.com/2014/10/objektif-rukun-
negara.html

https://www.slideshare.net/omisay
/rukun-negara-17167046

http://online.anyflip.com/kgjf/tpyk
/files/basic-html/page18.html

https://www.google.com/search?
q=Kepentingan+rukun+negara+pdf
&sxsrf=AOaemvKIo8_7EjAQl_QUUz
PDRj9k7qWmzA:1636624443998&so
urce=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2a
hUKEwjDvvWUhZD0AhXq63MBHdZ
uA_EQ_AUoAXoECAEQAw&biw=153
6&bih=722&dpr=1.25#imgrc=HYv17c

7LStptdM

ANSMALAYSIA TANAH AIRKU
FOR
THANK YOU, VETER
ROES
BEING OUR HE

WE LOVE MALAYSIA


Click to View FlipBook Version