The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP INI MENCERITAKAN KISAH PENENTANGAN DATO’ MAHARAJALELA PANDAK LAM TERHADAP BRITISH.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6255706, 2021-09-10 11:14:58

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH

BUKU SKRAP INI MENCERITAKAN KISAH PENENTANGAN DATO’ MAHARAJALELA PANDAK LAM TERHADAP BRITISH.

PENDAHULUAN

Selepas menerima tugasan daripada guru mata
pelajaran sejarah, saya terus bercadang untuk
mencari maklumat tantang tokoh-tokoh
kemerdekaan negara kita. Saya mendapat tahu
bahawa tokoh-tokoh memang berusaha untuk
menentang kuasa barat demi keamanan dan
kesejahteraan masyarakat. Tokoh-tokoh rela
berkorban untuk mengekalkan kedudukan rakyat
dan juga mengembalikan ketenteraman
masyarakat. Saya amat bersyukur kerana dapat
hidup dalam keadaan yang aman damai. Negara
kita yang selamat juga membawa kemakmuran.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak
sekolah kerana sudi memberi peluang keemasan
ini kepada saya. Ibu yang tidak kira penat sentiasa
menolong saya mencari maklumat. Semasa
mencari maklumat, saya membaca pelbagai bahan
tentang sejarah tokoh semasa menentangan kuasa
barat. Saya berasa kagum dengan kehebatan
tokoh. Tanpa tokoh yang berani menentang tanpa
menghiraukan nyawa, tiadalah negara yang aman
dan makmur seperti hari ini.

EMAIL:
[email protected]

NAMA PENUH PESERTA :
SIET SONG NA

NOMBOR KAD PENGENALAN
:
040908010484

NOMBOR TELEFON BIMBIT :
0166398060

JANTINA : PEREMPUAN

BANGSA : CINA

TOKOH YANG DIPILIH :
DATO’ MAHARAJALELA
PANDAK LAM



• Nama asal ialah Dato’ Maharaja
Lela Pandak Lam

• Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam
digelar Pahlawan Melayu.

• Beliau berketurunan Daeng Salili
anak Raja Bugis yang berasal dari
daerah Luwuk, Sulawesi.

• Beliau merupakan Orang Besar
Berlapan Perak yang mentadbir
Pasir Salak.

• Dato’ Maharaja Lela adalah satu gelaran
yang cukup tidak asing dalam lembaran
sejarah negeri Perak yang mana ia
bukanlah nama kepada individu tetapi
ianya adalah satu gelaran yang
menunjukkan kuasanya.

• Beliau dijatuhi hukuman gantung dalam
pembunuhan J.W.W.Birch

J.W.W.Birch

Dato’ Maharaja Lela telah dijatuhi hukuman
gantung selapas membunuh J.W.W.Birch.

Dato' Maharajalela Pandak Lam adalah
salah satu individu yang terlibat dalam
merancang pembunuhan J.W.W. Birch
yang merupakan Residen British pertama
di negeri Perak. Selain itu, antara mereka
lain yang terlibat adalah Dato Sagor dan
Ngah Kandin. Beliau bangkit menentang
British kerana Residen British mengambil
alih kuasa sultan, mengambil hak mengutip
cukai dan mencabuli adat resam orang
Melayu.

Dato' Maharajalela Pandak Lam yang
bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya.
Beliau amat menghargai adat resam bangsa.
Perjuangan Dato' Maharajalela Pandak Lam
menentang British merupakan satu perjuangan
yang suci dan murni. Beliau tidak mahu
mengotorkan dirinya menjadi pencacai British,
sebaliknya dengan penuh strategi dan
umpamanya mempertahankan sistem tradisional
di Perak yang diganggu gugat oleh pihak British
melalui pengenalan Sistem Residen.

Perjuangan beliau menjadi iktibar dan semangat
buat orang Melayu untuk terus bersatu
mempertahankan segala yang telah
diperjuangkan.

Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam mengecap
kejayaan dalam usaha menentang kuasa Barat
dengan strategi muafakat. Bermuafakat dengan
Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato Sagor dan
pembesar Melayu untuk menghapuskan J.W.W.
Birch.

Beliau sanggup berkorban nyawa untuk raja
dan tanah air. Beliau berani menentang musuh
tanpa menghiraukan nyawa sendiri.

• Sultan Abdullah dan pembesarnya mengadakan
beberapa mesyuarat sulit bagi membincangkan
pakatan mengahapuskan J.W.W. Birch. Dalam
mesyuarat sulit tersebut, sebanyak 5 cara telah
dicadangkan.

• Pada 5 September 1875, mereka mengadakan
mesyuarat di rumah Dato’ Sagor dan bersumpah
meminum air keris akan merahsiakan pakatan
sulit itu.

• Pada 12 September 1875, mereka mengadakan
mesyuarat khas pada waktu malam di Istana
Sultan Ismail di Belanja.

• Pada 30 Oktober 1875, satu keputusan muktamad
telah dicapai untuk membunuh Birch di Pasir
Salak. Dato’ Maharaja Lela yang diberi kuasa
membunuh Birch telah menganugerahkan baju,
tengkolok dan pedang kepada Pandak Indut
sebagai wakilnya untuk membunuh Birch.

• Dato’ Maharaja Lela menentang niat British yang
ingin mengambil alih kuasa sultan, mengambil hak
pengutipan cukai baharu, mencabar keturunan
Melayu dan mencabuli adat resam Melayu.

• Pada 16 Oktober 1874, Sultan Abdullah dan pembesar
Perak R.C. Woods, peguam dari Pulau Pinang untuk
memansuhkan Perjanjian Pangkor tetapi usahanya
gagal.

• Sultan Abdullah dan pembesarnya mengadakan
beberapa mesyuarat sulit bagi membincangkan
pakatan mengahapuskan J.W.W. Birch.

.

Perjanjian Pangkor

• Pada 2 November 1875, J.W.W. Birch diiringi oleh
Leftenan Abbott, Mat Arshad (jurubahasanya) dan
sepasukan tentera tiba di Pasir Salak untuk
menampal perisytiharan mengambil hak memungut
cukai oleh British.

• Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya menggunakan
kesempatan tersebut untuk membunuh J.W.W. Birch.

• Pada 2 November 1875, J.W.W. Birch telah dibunuh
semasa mandi di tepi sungai.

Dato’ Maharaja Lela telah membunuh
J.W.W.Birch semasa J.W.W.Birch sedang

mandi di sungai.

Tempat Birch dibunuh.

Sistem pentadbiran Barat telah menyebabkan penderitaan
dan penghinaan dalam kalangan penduduk tempatan.
Kekayaan tanah air telah dirampas oleh British dan
masyarakat tempatan ditindas. Masyarakat tempatan
bangkit berjuang menentang British demi mengembalikan
maruah bangsa dan kedaulatan negara. Kita mesti bersatu
padu antara satu sama lain supaya negara kita menjadi
lebih kuat. Kita mesti berani menegakkan kebenaran
seperti Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam menentang
J.W.W. Birch. Pada masa itu, masyarakat tempatan
menentang British dengan menggunakan pelbagai strategi.
Kita haruslah menghargai perjuangan tokoh-tokoh
tempatan yang bangkit menentang British. Selain itu, kita
harus bersikap tabah semasa berdepan dengan musuh
supaya mencapai kemenangan. Kita juga harus sentiasa
bersedia untuk mengorban nyawa diri sendiri supaya
maruah negara dapat terpelihara.


Click to View FlipBook Version