ISIKANDUNGAN • PENGENALAN • OBJEKTIF • KONSEP / TEORI • BAGAIMANA MEMBINA ROKET H2O • PERALATAN • MUNCUNG (NOSE CONE) • BADAN • SAYAP • PELANCAR ROKET RINGKAS • REKABENTUK ROKET SASARAN / JARAK JAUH • TIP UNTUK PERTANDINGAN • ROKET PARACUT / PAYUNG TERJUN • LANGKAH2 KESELAMATAN
Roket H20 Roket yang menggunakan kuasa tekanan udara dan air untuk terbang.
P e r t a n d i n g a n T a h u n a n • Festival Sains dan Teknologi Daerah • Festival Sains dan Teknologi Negeri (tpt ke 1 & 2 daerah) • Perbengkelan Roket Air (tpt ke 1 & 2 negeri) • Pertandingan Roket Air Peringkat Kebangsaan (Johan pertandingan Negeri) • Pertandingan Roket Air Universiti Malaya (Tpt ke 1 & 2 Negeri) • Pertandingan Roket Air ASIA PASIFIK (Johan Pertandingan Roket Air Universiti Malaya)
Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (ptpr) Objektif Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket diadakan bertujuan untuk mencapai objektif berikut: - Menanam minat, meningkatkan kefahaman, kemahiran dan pengetahuan komuniti pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa. - Membudayakan pelajar dengan pemikiran kreatif dan inovatif. - Memberi landasan untuk mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dengan satu aktiviti teknikal yang boleh membantu meningkatkan fahaman mereka; dan - Menjadikan bidang sains angkasa sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan.
Teknologi pelancaran roket merupakan terjemahan penggunaan dan aplikasi bidang sains angkasa kepada masyarakat. Pelancaran sesuatu objek sebesar kapal angkasa adalah suatu projek yang sangat kompleks, tetapi saintis telah berjaya menghantar kapal angkasa yang sangat besar ke dalam orbitnya di angkasa kerana mereka memahami hukum-hukum alam yang menjelaskan bagaimana sesuatu objek itu bergerak.
Sehingga hari ini, hukum-hukum ini masih menjadi asas dan pegangan kepada setiap program pelancaran roket. Konsep dan teori ini juga digunakan bagi Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket. Terdapat pelbagai aplikasi sains dalam pertandingan ini dan diantaranya ialah konsep gerakan, daya-daya yang bertindak, prinsip perubahan tenaga, trajektori dan prinsp penerbangan yang perlu difahami terlebih dahulu oleh pelajar. Para pelajar juga perlu mencipta roket dengan sempurna agar ia dapat memininumkan daya geseran dengan gaya kreativiti yang tinggi.
Paras air akan berkurangan dalam botol apabila air keluar melalui muncung (nozzle) botol Isipadu udara akan meningkat selepas udara dipamkan ke dalam botol Roket menjadi semakin ringan apabila lebih banyak air keluar melalui muncung botol Muncung botol mengarahkan air ke bawah akan menolak roket dengan lebih kuat ke atas
Semua air telah dikeluarkan Tekanan udara dalam botol masih berada di atas tekanan atmosfera Udara akan ditolak keluar dari botol bersama2 dengan titisan air terakhir Udara dalam botol berada pada tekanan atmosfera, tiada lagi kuasa yang menolak roket ke atas. Puncak maksimun akan dicapai oleh roket, Selepas kuasa tarikan graviti lebih kuat, arah gerakan roket akan berubah
HUKUM NEWTON
HUKUM NEWTON
HUKUM NEWTON
3. Sayap 2. Badan 1. Muncung / Nose cone Roket H2O mempunyai 3 bahagian penting seperti dibawah :
Muncung / Botol plastik / Air / Sayap / / Daya tujahan / Berat / Rintangan udara Udara yang dimampatkan / Mulut botol / / Air yang dipaksa keluar
Peralatan
• Botol plastik
Muncung/ ’nose cone’ bukan sahaja meningkatkan prestasi roket jika di hasilkan mengikut teori sains/aerodinamik tetapi ia juga menambahkan kecantikan kepada roket air yang dibuat. Oleh yang demikian, luangkan sedikit masa untuk memikirkan bagaimana rekabentuk roket air anda. Jangan takut untuk menjadi seorang yang kreatif. Bahan: (perlu diingat mestilah ringan dan keras/sturdy) Kadbord/Cardboard (murah, beranika warna, lembab apabila basah) Chipboard (cereal boxes) Sturdi-board (like plastic cardboard,transperency plastic, great stuff, $$, no water damage) Styrofoam (murah/cheap,ringan/low mass, Mudah patah / fragile on impact) Kulit fail Plasti- ringan, tidak mudah rosak, agak mahal. Potongan daripada botol – kuat, tahan dan tidak mudah rosak.
Muncung (nose cone) Buat satu garisan pada bahagian tengah botol 100 plus dengan menggunakan marker
Muncung (nose cone) Potong dengan menggunakan pisau mengikut garisan yang telah dibuat tadi
Muncung (nose cone) Ratakan bahagian yang dipotong dengan menggunakan pisau atau gunting
Muncung (nose cone) Inilah rupa bentuk kon yang telah siap
Muncung (nose cone) juga boleh disediakan dengan menggunakan kad manila Masalah yang akan dihadapi jika menggunakan kad manila ialah muncung akan cepat rosak dan akan lembap apabila terkena air.
Muncung Kad Manila Bentukkan satu kon yang muat pada bahagian dasar botol yang dijadikan badan roket Guntingkan kon tersebut supaya rata pada bahagian bawahnya Kon kad manila yang sedia untuk dijadikan muncung roket
Jenis-Jenis Botol Yang Biasa Digunakan. • F&N • 100Plus • Kickkapoo • Coke • Merinda • 7 up
Penyediaan botol untuk dijadikan badan roket air Senarai perkara yang tidak boleh dilakukan 1.Potong atau menebuk lubang pada botol (badan roket air) 2. Jangan menggunakan air panas/bahan pencuci kimia untuk membasuh botol 3. Jangan menggunakan pisau / alat yang tajam semasa membersih botol. Elakkan botol tersebut daripada calar walaupun sedikit kerana ia boleh mengakibatkan letupan/botol pecah semasa pelancaran.
Perkara yang harus diingat 1. Penggunaan pencuci bahan kimia untuk menanggalkan gam pada botol mungkin akan mengubah struktur dinding botol yang dijadikan badan roket air dan menjadikannya rapuh/mudah pecah. 2. Tanggalkan gam pelekat label seberapa boleh yang dapat. Penggunaan air panas akan menyebabkan botol akan mengecut dan mengubah struktur botol anda.
Sediakan botol yang akan dijadikan badan roket air. Kemudian letakkan pembaris pada garisan yang memang tersedia pada botol yang dijadikan badan roket air tersebut (2 garisan bertentangan di hadapan dan belakang )
Gariskan dengan menggunakan marker garisan tersebut di hadapan dan belakang
Ukur antara dua garisan yang telah dibuat dan cari titik tengah antara keduanya untuk garisan ke 3 dan garisan ke 4
4 garisan yang telah siap dibuat pada badan roket air, Sayap akan diletakkan pada 4 garisan yang telah dibuat ini nanti.
• Bahan: (perlu ingat mesti ringan dan kuat/sturdy) Kadboard (murah,beranika warna,lembab apabila basah) Chipboard (cereal boxes) Foam core (a little tougher but more $, some water damage) Sturdi-board (like plastic cardboard, great stuff, $$, no water damage) Styrofoam sheets* (cheap, low mass, fragile on impact)
• Sayap merupakan penentu arah bagi roket air anda. Tanpa saya roket air anda akan berolang-aling. Sayap juga memberikan bentuk dan menambahkan penampilan roket anda.
•Berapa banyak sayap diperlukan? Untuk memastikan kestabilan dan keselamatan, bilanagan sayap yang minimum adalah 3. Kebanyakkan peserta pertandingan memilih 3 @ 4 bilangan sayap bagi roket mereka. Tiada bilang maksimum bagi sayap tapi harus diingat semakin banyak sayap semakin meningkat berat roket air anda
Acuan sayap yang biasa dibuat
•Bentuk sayap Bergantung kepada kreativiti anda, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru untuk dijadikan sayap dan rekabentuk anda yang tersendiri. •Lebar sayap bergantung kpd anda, semakin lebar sayap semakin stabil walaubagaimanapun semakin lebar sayap semakin berat roket anda, jadi fikir2 kan lah…