The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adamjrsri, 2023-09-21 11:44:33

lisan amalan gaya hidup sihat

lisan amalan gaya hidup sihat

LISAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


APAKAH AMALAN GAYA HIDUP SIHAT Bunga kembang di hari jumaat, Kumbang minat mencari agas, makanan seimbang mesti berkhasiat, badan sihat otas cerdas Pantun di atas memanifestasikan satu mesej yang eksplisit iaitu peri pentingnya amalan gaya hidup sihat(GHS).Secara literalnya, GHS ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Pengamalan GHS seyogianya menjadi rutin harian rakyat marhaen.Bapa Transformasi Negara, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyeru rakyat nusa tercinta supaya menjadikan GHS sebagai amalan seharian dan menitikberatkan tentang soal penjagaan kesihatan.Jika kita menelusuri liku-liku sejarah,masyarakat pelbagai strata berpegang teguh kepada peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati dengan mengamalkan GHS secara intensif.Namun,kini amalan GHS kian hari kian sirna ditelan arus pemodenan yang bergerak ke depan tanpa berlengah-lengah bagai belut diketil ekor menyebabkan rakyat berdepan dengan pelbagai penyakit yang kritikal. Sebagai persoalannya, apakah usaha-usaha untuk mengamalkan GHS?


Merenung sejenak memikirkan rasionalnya, pengambilan makanan yang seimbang merupakan uslub perdana untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tamsilnya, kita dapat mencambah minda tentang pengambilan makanan yang seimbang berdasarkan wahana seperti piramid makanan atau strata makanan. Antara makanan yang paling dominan yang izhar disertakan dalam diet seharian ialah serat ,sayur-sayuran dan protin. Hal ini kerana kita memerlukan tenaga yang seoptimumnya untuk melaksanakan rutin harian dengan produktif. Piramid makanan tidak haruslah dipandang serong oleh rakyat jelata kerana ia menjadi indikator untuk kita pilih makanan yang bersepadan dengan konteks gaya hidup sihat , maka rujuklah pyramid makanan kerana ia umpama kayu besar di Tengah padang, tempat bernaung kepanasan,tempat berlindung kehujanan .Seterang-terang purnama bahawa pemakanan seimbang amatlah signifikan dalam kehidupan bagi mengamalkan gaya hidup sihat. USAHA-USAHA GHS


Kesinambungan dan kelangsungan diskusi ini , usaha pragmatik yang seyogianya diimplementasikan ialah melaksanakan aktiviti riadah sekurangkurangnya dua kali seminggu. Tamsilnya, aktiviti beriadah dapat membantu individu tersebut membakar lemak dan merembeskan peluh atau toksin daripada badan serta membina otot yang signifikan untuk pertumbuhan badan. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan imunisasi dan ketahanan diri kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Bukan itu Sahaja, aktiviti riadah ini juga boleh melancarkan kadar pengaliran darah dan ketangkasan kardiovaskular badan. Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat dan cergas bagi mengelakkan jangkitan patogen-patogen penyakit kerana janganlah sudah terhantuk baru tengadah. Sudah lagi terang lagi bersuluh, kita haruslah memberi komitmen dalam melaksanakan aktiviti riadah secara berkala agar badan sihat otak cerdas.


Meninjau dari skop yang berlainan, metode yang seyogianya diimplementasikan bagi mengamalkan gaya hidup sihat ialah melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Sebagai tamsilnya, berjumpa doktor bagi memeriksa kesihatan kendiri yang terkini dua atau tiga kali setiap tahun agar kita dapat berkubu sebelum alah. Di saat mengejar kemewahan kewangan dan harta di dunia ini masyarakat sejagat sering memandang enteng atas aset yang tidak terkira nilainya iaitu kesihatan. Sikap ini sewarjarnya dielakkan demi menjauhi peribahasa "yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran" . Oleh itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat membantu kita mengenalpasti tahap kesihatan dari masa ke semasa. Ikhtiar ini juga membimbing kita bagi mencapai tahap kesihatan yang optima agar segala masalah kesihatan dapat dijauhkan serta merta kerana sediakan payung sebelum hujan. Bulan sudah terang, bayang kian jelas bahawa pemeriksaan kesihatan secara berkala merupakan cara efektif dalam usaha mengamalkan gaya hidup sihat.


Antara kesan tidak mengamalkan gaya hidup sihat adalah mudah ditimpa penyakit. Sebanyak 16.8 juta rakyat Malaysia menghidapobesiti dan 15% adalah dikalangan kanak-kanak. Ini kerana ramai di antara rakyat Malaysiamembudayakan pemakanan yang tidak seimbang dan tidak mengikut sukatan yang ditetapkan.Bagi mengurangkan kadar penghidap obesiti, terdapat pelbagai cara. Antara salah satu caranyaialah dengan menjadikan senaman sebagai satu rutin. Ini kerana hampir kesemua penghidapobesiti berpunca daripada kurangnya bersenam. Sebagai contoh, melakukan senamrobik empatkali seminggu untuk memastikan badan sentiasa aktif Ⓒ KESAN TIDAK AMALKAN GHS


Selain daripada itu,amalan gaya hidup sihat juga tidak semestinya dari segi pemakananataupun senaman. Ia juga boleh dikaitkan dengan kehidupan sosial seseorang individu.pergaulan bebas yang tidak terkawal juga menjadi kesan kepada sebilangan masyarakat yangtidak mengamalkan gaya hidup sihat. Perkara ini berlaku kerana adanya segelintir masyarakatyang melakukan aktiviti yang tidak bermoral. Sebagai contoh, keluar dari rumah hingga lewatmalam. Perkara ini dapat menggalakkan lagi seseorang itu untuk melangkah batas pergaulandiantara lelaki dan wanita.Jika perkara ini tidak dibendung, masyarakat kita akan terdorongdaripada perbuatan seks sebelum perkahwinan. Perkara ini amat dilarang sama sekali di dalamagama Islam dan agama yang lain juga. Perkara ini juga menyebabkan semakin meningkatbilangan anak luar nikah. Salah satu cara untuk mengelak perkara ini berterusan adalah denganmemperkuatkan lagi pendidikan agama.


Dengan cara ini kita dapat mempelajari danmembezakan perkara yang baik atau yang sebaliknya. Sebagai penutup kata, jelaslah bahawaamalan gaya hidup sihat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Masyarakat juga harus peka dalam perkara ini untuk mengelakkan generasi yang akan datang terikut dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat.


Secara kesimpulannya, terdapat banyak amalan yang perlu kita lakukan antaranya seperti perkara yang telah dinyatakan untuk membolehkan kita supaya terus hidup sihat. Amalan ini harus dipupuk serta disedari oleh kita sejak daripada kecil lagi. Ibu bapa serta anggota keluarga lain juga memainkan peranan dalam mendidik kita mengamalkan gaya kehidupan ini. Akhir sekali, peribahasa Melayu ada menyebut “mencegah itu lebih baik dari mengubati” maka marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat sebelum terlambat. Ⓒ


Click to View FlipBook Version