SIRI PERKONGSIAN ILMU NOR AZLEEN BINTI ZAINAL KETUA JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN 2 MAC 2025 SIRI 1 : “STRATEGI MENGAJAR KBAT DI DALAM KELAS” Dikongsikan oleh: ZHUN YEE CHEW MARCH 20, 2023 Mar 29, 20222 “ LET’S TEACH BETTER; TOGETHER!” SERIES
Apa itu ‘KBAT’? • Antara dasar terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) • diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 2014. • Tujuan: melahirkan generasi yang kompetensi pada abad ke-21. • Ia memberikan fokus kepada pemikiran kritis dan kreatif, kemahiran penaakulan dan refleksi, dan kemahiran mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
‘KBAT’ menekankan Kemahiran Berfikir seperti: • Kemahiran berfikir kritis – kebolehan untuk mentafsir sesuatu idea atau hujah secara logik dan rasional dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. • Kemahiran berfikir kreatif – kebolehan untuk menjana sesuatu yang baharu dan asli dengan menggunakan daya imaginasi dan inovasi. • Kemahiran penaakulan dan refleksi – kebolehan pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional, dan pemikiran sistematik dan abstrak untuk penyelesaian masalah. • Strategi berfikir – cara berfikir yang berstruktur dan berfokus dengan menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan yang berkesan.
Model ‘KBAT’ berdasarkan: • Hierarki Taksonomi Bloomdan Anderson • ia termasuk 4 aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, seperti yang ditunjukkan di diagram ini.
4 faktor utama yang menyumbang kepada cabaran pengintegrasian KBAT secara efektif dalam PdP di kalangan guru Malaysia iaitu: • Kurang motivasi dan minat belajar dalam kalangan murid. • Kaedah PdP yang kurang efektif dan dinamik, dan kekurangan kemahiran dan kebolehan pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru. • Kekurangan kemudahan di sekolah untuk menggunakan alat teknologi pendidikan yang sesuai untuk amalan KBAT dalam PdP. • Fenomena pendidikan berorientasikan peperiksaan yang mengakibatkan pengabaian amalan KBAT dengan fokus tidak seimbang yang diberikan kepada kemahiran penghafalan konsep dan fakta.
Antara kaedah dan langkah untuk memudahkan pelaksanaan PdP KBAT: • Strategi #1 Pembelajaran Berdasarkan Inkuiri dan Perbincangan • Kaedah pembelajaran ini menekankan pembinaan sikap dan kemahiran inkuiri dalam kalangan murid dengan menggunakan aktiviti perbincangan dan teknik penyoalan aras tinggi dalam perbincangan. • Rujuk Contoh di muka seterusnya
Contoh soalan aras tinggi untuk mata pelajaran Sejarah, berdasarkan Taksonomi Bloom:
Teknik Penyoalan: • Contoh soalan penjelasan: • Apakah yang anda maksudkan dengan…? • Bolehkah anda menerangkan sedikit lagi tentang pandangan anda? • Contoh soalan pencabaran anggapan/andaian: • Mengapakah anda menganggap bahawa…? • Adakah pendapat anda boleh dipakai di semua kes?
Teknik Penyoalan: • Contoh soalan berkaitan bukti dan alasan: • Kenapakah awak berkata demikian? • Contoh soalan berkaitan pandangan lain: • Apakah kelebihan dan kekurangan pandangan lain? • Kenapakah hujah ini terbaik? • Contoh soalan berkaitan akibat: • Apakah akibat daripada ini?
Teknik Penyoalan: • Soalan meta: • Mengapakah anda bertanya soalan itu? • Kedua-dua teknik penyoalan ini boleh diaplikasikan di PdP sebagai follow-up untuk soalan beraras tinggi yang sedia ada dalam Buku Teks pelajar atau ditanyakan bila-bila masa anda memperkenalkan sebuah topik baharu kepada pelajar, untuk mendalami pengetahuan mereka tentang bahan yang diajarkan. • Mereka juga boleh dilaksanakan secara mudah
Teknik Penyoalan • Kedua-dua teknik penyoalan ini boleh diaplikasikan di PdP sebagai follow-up untuk soalan beraras tinggi yang sedia ada dalam Buku Teks pelajar atau ditanyakan bila-bila masa anda memperkenalkan sebuah topik baharu kepada pelajar, untuk mendalami pengetahuan mereka tentang bahan yang diajarkan. • Mereka juga boleh dilaksanakan secara mudah menggunakan “Name Picker” dan kuiz interaktif “Short Answer” dalam ClassPoint. Anda juga boleh menggunakan kuiz interaktif “Audio Record” untuk membenarkan penghantaran respons secara lisan.
Cadangan • Secara alternatif, anda juga boleh menganjurkan perbincangan sesi breakout. Dalam perbincangan sesi breakout, anda boleh membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dengan Name Picker, seperti yang ditunjukkan di bawah. Lepas itu, anda boleh menentukan masa diperlukan untuk perbincangan dan menetapkan pemasa menggunakan “Timer” dalam ClassPoint. Apabila masa perbincangan telah berlalu, pilih pelajar untuk membentangkan sintesis perbincangan mereka kepada kelas, dan buat follow-up menggunakan teknik penyoalan beraras tinggi sokratik.
Strategi #2 Pembelajaran Visual/Grafik dan Multimedia • Antara satu domain dalam KBAT adalah “menganalisis”, dan objektifnya adalah untuk menggalakkan pelajar untuk membina perkaitan antara konsep dan fakta. Kaedah yang paling sesuai untuk mengajar analisis adalah melalui penyusunan grafik dan multimedia, termasuk peta minda, peta konsep atau “concept map”, rajah dan carta Venn untuk membantu pelajar merangka pemikiran mereka, menghubungkan, membandingkan dan membezakan konsep dengan lebih baik. • Mari kita tengok contoh menggunakan penyusunan grafik dalam kelas dengan ClassPoint. Contoh ini disesuaikan dari Buku Teks Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2.
Strategi #2 Pembelajaran Visual/Grafik dan Multimedia • “Membandingkan dua situasi. Keluarga dalam situasi pertama mendapat akses kepada semua keperluan asas manakala keluarga dalam situasi kedua tidak mendapat satu daripada keperluan asas, iaitu tempat perlindungan.” • Dalam konteks ini, anda boleh menggunakan latar Whiteboard sedia ada dalam ClassPoint dan membuat anotasi dalam Whiteboard untuk menggambarkan perhubungan konsep yang dibincangkan kepada pelajar. Dalam kes ini, templat jadual sedia ada dalam ClassPoint boleh digunakan untuk soalan menganalisis KBAT.
Anda juga boleh memuat naik latar Whiteboard sendiri termasuk carta Venn, peta minda, dan banyak lagi untuk digunakan sebagai papan yang boleh dianotasi semasa PdP KBAT.
Penggunaan Peta Minda • Selain itu, peta minda dan peta konsep boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar melihat gambaran yang lebih besar dan hubung kait konsep yang disembunyikan. Lanjutan itu, peta minda boleh digunakan dalam pelbagai subjek untuk mempercepatkan proses pemahaman dan analisis pelajar. • Berikut ialah petua minda inspirasi Tony Buzan bertajuk “Kesan Perubahan Iklim” yang diciptakan dengan Whiteboard dan alat anotasi ClassPoint:
Penggunaan Imej,Video dan Audio • Pembelajaran grafik tidak terhad kepada jadual, peta minda dan diagram sahaja. Ia juga termasuk media lain seperti imej, video dan audio. Antara satu objektif dalam KBAT adalah “mencipta”, dan penggunaan bahan multimedia bukan sahaja dapat menggalakkan pemikiran refleksi, ia juga boleh menggalakkan pemikiran tidak mengikut kelaziman dan kreatif dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, anda boleh menggantikan tugasan bertulis dengan tugasan video dan menggalakkan pelajar untuk membuat dokumentasi dan refleksi dalam bentuk rakaman video atau Vlog. • ClassPoint juga boleh menyokong penghantaran tugasan multimedia termasuk imej, rakaman video dan audio melalui “Image Upload”, “Video Upload” dan “Audio Record”. Anda boleh terus menerima penghantaran tugasan daripada pelajar dan bincangkan dengan seluruh kelas atau muat turun dalam peranti anda untuk proses pemarkahan nanti, tanpa perlu keluar dari PowerPoint masa presentasi.
Strategi #3 Pembelajaran Berdasarkan Projek Kolaboratif + Pembelajaran Kontekstual • Kaedah ini menekankan tugasan intelek bagi meneroka isu yang lebih kompleks untuk mencari maklumat, membuat interpretasi, membuat keputusan atau kesimpulan secara kolaboratif. Sebagai contoh, “problem-based learning” menggunakan isu dunia sebenar yang kompleks sebagai bahan pengajaran bilik darjah, dan ia boleh mengaktifkan KBAT dalam pelajar, terutamanya kemahiran penyelesaian masalah dan kreatif pelajar. “Problem-based learning” boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, anda boleh mengajak pelajar untuk melontar idea dan mencipta rancangan perniagaan mereka sendiri untuk menyelesaikan keperluan masyarakat dalam kelas perniagaan. • Pembelajaran Berdasarkan Projek Kolaboratif juga boleh digabungkan dengan Pembelajaran Kontekstual untuk meningkatkan KBAT pelajar. Pembelajaran Kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Aktiviti “Think-Pair-Share” • menggunakan kajian kes ialah satu contoh yang baik untuk pembelajaran berdasarkan projek secara kontekstual. Untuk melaksanakan aktiviti ini, anda boleh menyediakan kes yang mengandungi situasi di luar buku teks atau bilik darjah dan menjemput pelajar untuk mengaplikasikan bahan yang diajar untuk menyelesaikan kes diberikan. Sebagai contoh, dalam kursus kewangan, pensyarah membentangkan pelajar dengan permohonan pinjaman untuk perniagaan permulaan. Kemudian, secara individu, pelajar menilai permohonan pinjaman mana yang akan diluluskan dan mana yang akan ditolak, dan berbincang secara berpasangan dan mewajarkan cadangan mereka.
Tidak kira format atau aktiviti kolaboratif yang dipilih oleh pendidik, “Name Picker” dalam ClassPoint boleh digunakan untuk membahagikan pelajar kepada kumpulan secara rawak, dan anda juga boleh menggunakan “Timer” untuk menetapkan masa untuk setiap aktiviti atau projek.
Strategi #4 Pembelajaran Bersifat Kompetitif • Pembelajaran bersifat kompetitif seperti aktiviti perbahasan dapat melahirkan kebolehan penaakulan dan pemikiran kritis sesama pelajar. Hal ini kerana pelajar perlu menawarkan hujah berdasarkan penaakulan dan logik dalam perbahasan. Kaedah ini membolehkan mereka mempunyai kefahaman mendalam untuk sesebuah topik perbincangan. Untuk menjadikan perbahasan lebih menarik, pelajar boleh diminta untuk berbahas dengan pihak yang mereka sendiri tidak bersetuju. Ini kemudiannya akan mengubahsuai pandangan pelajar terhadap sesebuah topik dan menggalakkan mereka untuk meneliti perspektif yang berbeza dan bantahan potensi, serta mengukuhkan hujahan mereka.
Strategi #4 Pembelajaran Bersifat Kompetitif • Selain daripada menggunakan “Name Picker” dan “Timer” untuk membahagikan pelajar kepada kumpulan dan menguruskan masa, anda boleh menjadikan aktiviti perbahasan lebih susah untuk dilupakan dengan peta konsep atau “concept mapping”. Melainkan peta minda, peta konsep mempunyai struktur pokok dan menghubungkan banyak idea atau konsep, dan kebiasaan ia digunakan untuk membuat ilustrasi penghujahan. Pendidik boleh membina peta konsep semasa perbahasan sedang dijalankan, untuk membantu pelajar memahami hubung kait konsep dan hujah dengan alat anotasi ClassPoint.
Di bawah ialah contoh peta konsep untuk perbahasan bertajuk “Adakah Artificial Intelligence (AI) ancaman kepada manusia?”.
Strategi #5 Gamifikasi • Akhir sekali, gamifikasi dapat mempertingkatkan kreativiti serta kemahiran berfikir beraras tinggi di kalangan pelajar kerana pelajar didedahkan kepada aktiviti penyelesaian masalah di setiap peringkat gamifikasi. Untuk menggalakkan pelajar menaik tahap di KBAT, anda boleh menganugerahkan bintang dan ganjaran pelajar apabila mereka naik tahap dengan ClassPoint. Sebaliknya, anda juga boleh menolak bintang pelajar sekiranya pelajar tidak menunjuk kemajuan dan tetap berada di tahap rendah KBAT, seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda boleh membuat penilaian tahap kemahiran pelajar anda menggunakan Matriks yang disediakan oleh KPM sebagai rujukan.
Strategi #5 Gamifikasi • Gamifikasi juga boleh digunakan untuk setiap aktiviti yang anda laksanakan untuk kelas anda. Contohnya, anda boleh menganugerahkan bintang kepada kumpulan perbahasan yang memberi hujah yang terbaik dalam setiap pusingan. Untuk menggalakkan persaingan yang sihat di dalam bilik darjah, anda juga boleh menunjukkan leaderboard ClassPoint dari semasa ke semasa untuk menggalakkan tekanan rakan sebaya yang positif dalam kalangan pelajar anda.
Kesimpulan • Secara keseluruhannya, strategi penambahbaikan PdP KBAT yang dibincangkan di atas boleh membantu pendidik untuk menjadikan PdP KBAT mereka lebih efektif dan dinamik. Semua kaedah yang dicadangkan tidak perlu pengetahuan lanjut dalam pedagogi pengajaran. Namun begitu, mereka memerlukan guru ada semangat untuk melaksanakan aktiviti kelas berorientasi KBAT dan percaya kepada nilai dan kepentingan KBAT demi masa depan pelajar mereka. Dengan aktiviti interaktif dan inovatif, gamifikasi dan pelbagai model pembelajaran yang dicadangkan, halangan kekurangan motivasi dan minat belajar dalam kalangan murid juga akan diselesaikan. Ini kerana kajian menunjukkan 80% masa PdP digunakan untuk kuliah, syarahan dan pengajaran bentuk “didaktik” dan inilah punca wujud elemen kebosanan, tiada kefahaman, tidak dapat mengaitkan dengan situasi semasa dan hilang minat di kalangan pelajar. Dan sifat PdP KBAT efektif adalah betul-betul bertentangan dengan pengajaran bentuk “didaktik”.
Kesimpulan • Para pendidik juga tidak perlu bimbang tentang keperluan untuk menggunakan alat teknologi pendidikan yang terlebih maju untuk amalan KBAT dalam PdP. Ada PowerPoint dan ClassPoint sudah cukup. Semua alat yang dikongsi dalam artikel ini, dengan kecualian kuiz interaktif termasuk Short Answer, Image Upload, Video Record dan Audio Record memerlukan Internet. Alat gamifikasi dan anotasi boleh digunakan dalam kelas bersemuka untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan kegiatan walaupun pelajar tidak ada akses kepada Internet atau peranti.