The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by intanaliesa9, 2023-05-23 20:21:59

Syiah

SYIAH

GERAKAN SYIAH MEMECAHBELAHKAN PERPAPADUAN UMAT ISLAM


NAMA AHLI KUMPULAN INTAN ALIESA BINTI ALIN AZMAN ( 04DPM22F1034 ) NURSYAZWANI BINTI BERHANUDIN ( 04DPM22F1041 )


PENGENALAN


• SYIAH ialah satu mazhab yang mendakwa Saidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad S.A.W yang sah dan lebih utama daripada para sahabat lain. Golongan syiah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi s.a.w serta mengkafirkan mereka terutamanya tiga khalifah al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar R.A , Saidina Umar R.A dan Saidina Uthman R.A • Diantara puak syiah yang banyak sepanjang sejarah di Malaysia terdapat 3 kumpulan iaitu Syiah Imam Dua Belas , AlIsmailiah, dan Al-Zaidiah. Umumnya umat islam di Malaysia adalah pengikut Mazhab Syafe’i . Gelombang syiah di Malaysia berkembang selepas berlakunya peristiwa penaklukan Iraq (oleh Amerika) dan selepas perang Hizbullah-Israel dan Lubnan.


DEFINISI SYIAH • BAHASA : bermaksud kaum,pengikut • ISTILAH : SYIAH bermaksud mereka yang mendakwa menyokong Saidina Ali, dan berpegang kepada imam dan khalifah itu secara dalil dan nas melalui wasiat Rasulullah saw, sama ada secara jelas ataupun sebaliknya. • -Mereka juga berpegang bahawa imam itu tidak akan beralih tangan kepada selain daripada anak-anak keturunan Saidina Ali.Sekiranya berlaku perpindahan kepimpinan itu maka ia merupakan satu kezaliman daripada pihak vang menerima kepimpinan itu,atau sebagai satu pelaksanaan penipuan daripada pihak keturunan Saidina Ali


FAKTOR- FAKTOR KEMUNCULAN FAHAMAN SYIAH


• KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W • -Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat bahawa Saidina Ali lebih berhak menjadi imam lalu berpihak kepadanya. Pendapat ini juga dipegang oleh sebahagian puak Syiah dengan penafsiran khas mereka sendiri. Sementara selain Syiah pula mengkaitkan pendapat ini dengan pandangan yang mengatakan bahawa talian darah dengan Rasulullah S.A.W lebih berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah S.A.W. • • KEMUNCULAN PERGERAKAN ABDULLAH B.SABA’ DI PENGHUJUNG ZAMAN UTMAN R.A • -Abdullah b. Saba’ adalah seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas golongan Syiah Al- Sabaiyah yang merupakan golongan Syiah pelampau. Dia telah memeluk Islam pada zaman Uthman r.a, dan menjelajah ke kota-kota Islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat Islam. • • PEMBUNUHAN HUSSEIN R.A • -Selepas peristiwa menyayat hati ini, lafaz Syiah mula digunakan untuk merujuk kepada mereka yang msnyokong Saidina Ali R.A dan keturunannya


CARA MENGATASI SYIAH


• 1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar . Hal ini akan menyebabkan pengaruh ajaran sesat dapat diatasi dan dihapus dengan kefahaman Islam yang sebenar. • • 2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam mestilah sentiasa didedahkan dan disebarkan kepada semua masyarakat dengan menggunakan beberapa kaedah seperti menerusi ceramah, radio, majalah, seminar, forum internet, media massa dan lain-lain . • • 3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang. Hal ini akan menyebabkan semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat apabila bekerjasama dalam penguatkuasaan undang undang secara bersepadu ini • • 4. Program pemulihan akidah. Bagi orang yang terlibat dengan ajaran sesat atau dikenali sebagai syiah ini amat memerlukan kepada program pemulihan akidah. Contohnya di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam di Selangor dan Pusat Pemulihan Akidah Jelebu di Negeri Sembilan .


KESIMPULAN • Kesimpulannya , syiah merupakan sebuah gerakkan sesat yang telah di tubuhkan oleh orang-orang yang berdendam dan benci terhadap Islam,ia telah lama di gerakkan sejak selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW lagi. Jika di hitung pecahan di dalam Syiah sendiri dari awal kemunculan sehingga sekarang hampir beratus fahaman syiah di seluruh dunia . Ajaran sesat membawa pelbagai kesan buruk dalam kehidupan manusia yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh . Oleh yang demikian, satu anjakan paradigma harus dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan dan swasta serta masyarakat sejagat agar dapat mengatasi masalah akidah yang sudah pastinya menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar .


SUMBANG SARAN • Pada pendapat kami, pengaruh syiah merupakan satu perkara yang harus dibimbangkan buat semua umat Islam. Pengaruhnya menular ke dalam kehidupan umat Islam melalui pelbagai cara. Umat Islam dikelirukan dengan syiah yang dianggap sebagai salah satu dari mazhab Islam yang mana tiada sebarang perselisihan dari sudut akidah dan tauhid. Penyelewengan inilah yang mempengaruhi umat Islam agar menerima syiah .Oleh itu, setiap muslim perlu berwaspada dengan dakwah golongan ini seperti mana yang telah dijelaskan agar terselamat dari terjebak dengan ideologi mereka dan bersama mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di bumi Malaysia ini .


SEKIAN TERIMA KASIH❤️


Click to View FlipBook Version