RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 Mata pelajaran : Pendidikan Islam Kelas : 2 Maju Tarikh : 6 Mac 2023 (13 Syaaban 1444) Hari : Isnin Masa : 10.20 - 11.20 pagi (60 minit) Bilangan Murid : 30 orang (12 Lelaki, 18 Perempuan) Tajuk : Tayammum dengan Debu Suci Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari tajuk Tayammum di sekolah rendah Standard Kandungan : Merumuskan kefahaman tentang Tayamum serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah Standard Pembelajaran : 4.10.1 Menyatakan maksud dan dalil Tayamum : 4.10.2 Menjelaskan sebab diharuskan Tayamum : 4.10.3 Menjelaskan syarat Tayamum : 4.10.4 Menjelaskan rukun Tayamum Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan maksud dan dalil Tayammum dengan betul selepas tayangan slaid. 2. Menjelaskan sebab diharuskan Tayamum dengan tepat selepas mendengar penerangan guru berdasarkan video. 3. Menjelaskan syarat Tayamum dengan tepat selepas aktiviti menyusun huruf.
4. Menjelaskan rukun Tayamum dengan betul selepas aktiviti memadankan gambar dengan jawapan yang betul. Kemahiran Berfikir : Membanding beza antara anggota Tayamum dan anggota wuduk Gabung Jalin : Akhlak: Mensyukuri nikmat Allah Penyerapan : Sains Penerapan Nilai : Bersungguh-sungguh, bersyukur, yakin Amalan Pedagogi Masa Kini : Pembelajaran Teradun Kemahiran Insaniah : Pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah E.M.K. : Kelestarian alam sekitar Pentaksiran Bilik Darjah : 1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul 2. Padankan gambar dengan jawapan yang betul. 3. Menyusun huruf ke dalam kedudukan yang betul untuk menyusun atur perkataan atau frasa. 4. Menyusun kad mengikut rukun Tayammum. Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, gambar, slaid, video Youtube, edaran latihan bertulis dalam lembaran kerja.