The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 805-6-lum, 2022-03-28 10:49:56

2021242310048-LUM ZHONG JIE- PB 1-X1

2021242310048-LUM ZHONG JIE- PB 1-X1

BMMB1104

KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
PENGHASILAN PRODUK

D r . HPaEsNnSaYhABRtAAHw: a n g

Nama:
Lum Zhong Jie

UNIT:X1

A2N0G2 KA GIL I0R0A4N8:
124 231

INSTITUT P

KEMENTERIAN
KAMPUS IPO
PERAK

B
KESUSASTERAAN

Nama : LU
No. K/P : 03
Angka Giliran : 20
Program : P
S
Ambilan : JU
X
Unit : D
14
Nama Pensyarah :

Tarikh Hantar :

PENGA
Saya mengaku bahawa tugasan kerja

nukilan dan ringkasan yang setiap satu

Tandatangan Pelajar:______________

PEMERIKSA

Markah

Tandatangan

Cop

Tarikh

PENGE
Saya mengesahkan bahawa maklum b
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:______________

JKA/Jun2019

PENDIDIKAN GURU

N PENDIDIKAN MALAYSIA
OH, 31150 HULU KINTA
K DARUL RIDZUAN

BMMB1104
N DAN KEBUDAYAAN MELAYU

UM ZHONG JIE
30825080357
021242310048
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN
UN 2021
X1
Dr. Hasnah Bt Awang
4-3-2022

AKUAN PELAJAR
kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

unya saya jelaskan sumbernya.

_____________Tarikh : 14-3-2022

MODERATOR

Markah

Tandatangan

Cop

Tarikh

ESAHAN PELAJAR
balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya

_____________Tarikh : 14-3-2022

SOALAN TUGASAN

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):

Karya-karya sastera memaparkan perutusan,
amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan
gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin
dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu
terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa,
kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa
yang diamati dan dialami oleh masyarakat.

Berdasarkan kenyataan di atas, anda
dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book
dengan menerangkan konsep dan fungsi
kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan
akal budi dalam sebuah pantun, sebuah syair,
sebuah seloka dan sebuah gurindam.

Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut
mengikut kreativiti masing- masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:

• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan
Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek
hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan
sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun,
syair, seloka dan gurindam.

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha
Kuasa lagi Maha Pemurah kerana
dengan kurnia dan keizinannya, saya
dapat menghasil dan melengkapkan
pentaksiran berterusan ini. Selain itu,
saya juga ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Dr. Hasnah Bt
Awang, pensyarah kursus BMMB1104
yang telah banyak memberikan
bimbingan dan nasihat sehingga tugasan
ini dapat disiapkan.
Di samping itu, tidak lupa juga kepada
kedua-dua ibu bapa saya yang banyak
memberi sokongan serta dorongan dan
juga wang ringgit dalam menghasilkan
pentaksiran berterusan ini. Mereka
banyak memberi motivasi kepada saya
supaya terus berusaha meningkatkan
pencapaian dalam akademik. Walaupun
sepanjang proses untuk menghasilkan
kerja kursus ini amatlah susah tetapi
dengan semangat juang yang tinggi,
maka saya berjaya menghasilkan
pentaksiran berterusan ini.
Akhir sekali, semoga tugasan yang telah
saya hasilkan dapat membawa manfaat
kepada saya tidak kira secara langsung
ataupun tidak bagi membolehkan saya
untuk menjadi seorang bakal guru yang
akauntabliti untuk tujuan melahirkan
generasi baharu yang cemerlang.

ISI
KANDUNGAN

01 TAKRIFAN MS 6
KESUSASTERAAN

MELAYU

02 JENIS, MS 7-20
BENTUK DAN

CIRI
KESUSASTERAAN

MELAYU

03 FUNGSI
KESUSASTERAAN MS 21-22

MELAYU

04 MANIFESTASI MS 23-26
AKAL BUDI

MASYARAKAT
MELAYU

05 RUJUKAN MS 27

TAKRIFAN

KESUSASTERAAN

MELAYU

•Merujuk kepada hasil karya dan ciptaan
seni yang

terdapat dalam kalangan masyarakat
Melayu.



•Sastera bersatu dan berintegrasi dalam
kehidupan

seharian masyarakat Melayu.



•Dalam masyarakat moden pada hari ini,
sastera menjadi satu bidang kegiatan yang

khusus dan tersendiri.




KONSEP KESUSASTERAAN

- Ialah satu bentuk ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa.


- Menurut Aziz (2011),

perkataan kesusasteraan berasal
daripada perkataan Sanskrit, iaitu
susastera yang bermaksud huruf atau

buku indah.

•Pembentukan istilah kesusasteraan
dalam bahasa Melayu :



- Berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu sastra.
sas- bermaksud mengarahkan,

mengajar / memberikan petunjuk.
-tra yang merujuk kepada alat.
sastrabermaksud alat untuk
mengajar.


- Kesusasteraan :

Awalan su- bermaksud baik /indah.
Imbuhan ke- dan –an bermaksud
segala yang tertulis, yang bernilai

seni dan estetik. Juga bererti
memberikan panduan, petunjuk dan

pengajaran.




KEPELBAGAIAN MAKNA
SASTERA

-Seni bahasa.
-Ungkapan spontan daripada perasaan

yang mendalam.
-Ekspresi fikiran melalui medium

bahasa.
-Inspirasi kehidupan manusia yang
diserlahkan dalam sebuah karya tulisan

yang indah.



BMMB
1104-KESUSASTERAAN DAN
K
EBUDAYAAN MELAYU

JENIS, BENTUK DAN CIRI
KESUSASTERAAN MELAYU

Jenis dan bentuk kesusasteraan PROSA
mempunyai pelbagai ragam kerana TRADISIONAL
masing-masing memiliki unsur-unsur
khusus yang membentuk pola secara Prosa tradisional merupakan bentuk
berbeza untuk tujuan tertentu. kesusasteraan yang masih kekal hingga ke hari ini
Kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan dan masih menjadi sumber pengetahuan, amalan,
bentuknya dapat dibahagikan kepada pengajaran, sempadan tingkah laku atau sumber
prosa tradisional, prosa moden, puisi atau pengenalan masyarakat Melayu kepada
tradisional dan puisi moden. masyarakat luar.

Prosa tradisional berbeza dengan Prosa tradisional pada awalnya
sastera lama kerana sastera lama menerima pengaruh Hindu dan
bersifat sementara. Hal ini Buddha. Namun, perkembangan
demikian kerana apabila datang positif prosa tradisonal mula dapat
yang baharu, maka hilanglah yang dilihat selepas kedatagan Islam ke
lama. Namun, prosa tradisional Kepulauan Melayu pada abad ke-14
merupakan sastera yang sehingga abad ke-16. Prosa yang
mempunyai sifat yang diwarisi dihasilkan pada masa itu tidak lagi
secara turun-temurun walaupun hanya tertumpu kepada bidang
dari segi jangka masa sastera itu kesusasteraan sahaja tetapi turut
telah lama dihasilkan. menyentuh perihal agama,
perubatan, sejarah dan sebagainya.
Prosa tradisional merupakan
satu karya seni yang SASTERA
berbentuk bahasa. Antara RAKYAT(LISAN)
tujuan karya prosa tradisional
adalah sebagai penyatu Sastera ialah karya kreatif yang termasuk dalamnya
falsafah. Prosa tradisional daya ciptaan imaginasi pencipta yang mengandungi
dapat dikategorikan kepada nilai-nilai manakala rakyat pula membawa maksud
dua genre, iaitu dalam bentuk orang biasa yang hidup kolektif bagi membentuk satu
sastera rakyat ataupun lisan sistem kekeluargaan yang besar. Sastera lisan adalah
dan sastera istana iaitu ungkapan dari mulut ke mulut, hasil kebudayaan lisan
tulisan. dalam masyarakat tradisional yang isinya tidak akan
ditelan dek zaman. Sebagai contoh, pantun, nyanyian
Sastera rakyat mempunyai ciri-ciri rakyat, dan cerita rakyat.
seperti disampaikan melalui lisan. Di
samping itu, sastera ini juga mempunyai Lain daripada itu, sastera
sifat tradisional kerana sastera rakyat rakyat dapat dikategorikan
telah terhasil sejak zaman dahulu lagi. kepada dua iaitu naratif dan
Selain itu, sastera rakyat mempunyai bukan naratif. Sastera naratif
bentuk berpola dan plot yang hampir adalah seperti mitos, legenda,
sama, mempunyai fungsi tertentu dan cerita manakala sastera
seperti memberi pengajaran serta bukan naratif adalah seperti
penulisannya berdifat sederhana, puisi rakyat.
spontan dan kadangkala agak kasar.
Hal ini demikian kerana sastera rakyat
boleh berfungsi sebagai teguran atau
sindiran.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

MITOS

Mitos ialah cerita yang dianggap benar-benar terjadi
dan dianggap suci oleh empunya cerita dan
masyarakat yang mendukungnya.

Mitos mengisahkan

kejadian alam semesta,

manusia, binatang, tumbuh-

tumbuhan, bentuk muka

bumi dan kejadian alam.

Tokoh yang terlibat pula

terdiri daripada makhluk

halus, dewa atau separuh

dewa yang terjadi pada

zaman dahulu. Ciri-ciri mitos

termasuklah dianggap
benar-benar terjadi,
peristiwa yang aneh,
tetapi pentin
g, dianggap
keramat dan memberi
kesan kepada
masyarakat serta berlaku
pada zaman lampau.
Mitos dalam sastera Melayu terdiri
daripada tiga jenis, iaitu mitos asal
usul, mitos institusi sosial dan mitos
politik. Mitos asal usul berlaku pada
masa lampau dan dianggap keramat
oleh masyarakat yang mendukungnya.
Mitos ini mempengaruhi kehidupan
masyarakat Melayu terutama cara
pemikiran yang bersifat mistik dan
bersangkut paut dengan sesuatu yang
rahsia serta magis. Contoh mitos jenis
ini ialah asal usul kejadian alam,
kejadian bentuk-bentuk binatang dan
asal kejadian bentuk topografi seperti
kisah Tasik Cini.

Mitos institusi sosial
merupakan cerita yang
mengisahkan asal usul
sesebuah institusi sosial dalam
masyarakat Melayu.
Contohnya, mitos kedatangan
Islam, institusi adat, institusi
bomoh yang melibatkan
perubatan pemulihan,
pendinding diri, adat
Manakala mitos politik berandam dan semah pantai.
ialah cerita yang berkaitan
dengan struktur
pemerintahan dan
kerajaan. Contohnya mitos
ini dalam cerita keturunan
raja raja Melayu, mitos
penubuhan sesebuah
kerajaan seperti Pasa
Melaka dan Samudera.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

LEGENDA

Legenda merupakan cerita yang dipercayai benar-benar
berlaku tetapi tidak dianggap suci. Tokohnya terdiri
daripada manusia yang mempunyai sifat luar biasa. Ciri-
ciri legenda termasuklah sejenis komunikasi lisan yang
bercorak cerita berasaskan kisah-kisah tokoh atau
pahlawan. Latar masa dan sejarahnya tidak semestinya
masa lampau, tetapi masih ada hubung kait dengan
masa silam. Selain itu, kisahnya ada kaitan dengan
zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap keramat
seperti Perigi Hang Tuah. Tokoh dan tempat mempunyai
sifat luar biasa serta dipercayai benar benar berlaku.

Antara jenis legenda dalam masyarakat Melayu ialah legenda
keagamaan, iaitu cerita mengenai orang alim dan penyebar
agama. Tokoh tersebut memang wujud dan menjadi bualan
masyarakat hingga menjadi supernatural, misalnya Habib Noh
dan Tok Kenali. Manakala jenis yang berikutnya ialah legenda
alam ghaib ataupun memorat yang dianggap benar-benar
terjadi. Legenda jenis ini berfungsi untuk meneguhkan
kebenaran berkaitan dengan sesuatu kepercayaan. Biasanya
legenda ini berkaitan dengan pengalaman peribadi seseorang
tetapi mempunyai unsur tradisional misalnya pengalaman
menziarahi ke alam ghabib seperti dunia hidup orang bunian.
Legenda yang berikutnya ialah legenda perseorangan yang
berkaitan dengan tokoh-tokoh tertentu yang dianggap segala
peristiwa berkaitan dengan tokoh tersebut benar-benar terjadi.
Hal ini dibuktikan dengan latar tempat dan masa seolah-olah
benar dengan situasi sebenar. Contoh legenda jenis ini ialah
tokoh kepimpinan berkaitan tokoh Hang Tuah dan Tun Perak,
tokoh agama seperti Sheikh Omar Bashyir dan Pawang Langkat,
tokoh perniagaan seperti Si Tanggang dan Awang Tunggal serta
tokoh dalam pelbagai bidang iaitu Puteri Sa'adong.

Legenda tempat juga termasuk dalam jenis cerita-cerita legenda.
Biasanya legenda ini berkaitan dengan cerita mengenai asal usul sesuatu
tempat di mana nama tempat itu berkaitan dengan nama tokoh ataupun
binatang. Legenda ini berunsur historiografi seperti cerita ataupun
peristiwa yang berkait rapat dengan fakta fakta sejarah tempatan.
Contoh seperti nama tempat Pekan Langgar di Kedah dikatakan diambil
sempena pelanggaran Siam ke atas Kedah. Selain itu yang dikelompokkan
dalam legenda ini ialah yang berunsur tokoh istimewa terutama tokoh
yang menjadi pengasas sesuatu tempat. Contohnya Kampung Tok Pasai
ialah nama tempat yang berasal daripada seorang tokoh Bernama Tok
Pasai. Satu lagi legenda jenis ini ialah berunsur tanda-tanda alam atau
bentuk muka bumi. Contohnya Batu Gajah nama tempat yang diambil
sempena bentuk batu yang berupa gajah.

Selain itu, terdapat juga legenda tokoh seperti cerita
Mahsuri. Cerita Mahsuri dianggap benar kerana ruang
dan masa berkaitan cerita tersebut dipercayai benar-
benar wujud seperti makam Mahsuri yang terdapat di
Pulau Langkawi. Legenda tersebut mengisahkan
Mahsuri yang dihukum sula akibat tuduhan melakukan
maksiat ketika ketiadaan suaminya. Namun, darah putih
yang mengalir dari lukanya merupakan bukti bahawa
Mahsuri tidak bersalah. Sebelum menghembuskan
nafasnya terakhir. Mahsuri melafazkan sumpah ke atas
Pulau Langkawi bahawa Pulau tersebut akan menjadi
padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

CERITA RAKYAT

Cerita rakyat adalah berbentuk prosa
tetapi tidak dianggap benar
oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana
hanya dianggap sebagai
hiburan dan pengajaran yang
mengandungi moral atau sindiran.

Cerita rakyat terdiri daripada cerita binatang di mana cirinya
adalah tokoh binatang tersebut bersikap seperti manusia.
Contohnya, cerita Sang Kancil Yang Bijak.

Selain itu, terdapat juga cerita penglipurlara iaitu cerita
yangdisampaikan oleh penglipur lara seperti Tok Selampit. Ciri
bagi cerita ini adalah penyampaiannya secara lisandari satu
generasi ke generasi yang lain dan berlakunya tokok tambah.

Terdapat banyak lagi cerita rakyat seperti
cerita jenaka dan cerita teladan.
Persamaan semua cerita ini adalah
terdapatnya pengajaran dan moral di
samping mendengar cerita sebagai
hiburan.

CERITA TELADAN JUGA DIJENISKAN SEBAGAI CERITA RAKYAT.
CERITA JENIS INI MEMPUNYAI UNSUR DIDAKTIF SERTA SARAT
DENGAN UNSUR MORAL DAN PENDIDIKAN. SASARAN PENDENGAR

BIASANYA DALAM KALANGAN KANAK. KANAK. ANTARA CIRI-
CIRI CERITA JENIS INI IALAH WATAK TERDIRI DARIPADA
MANUSIA BIASA YANG MENGALAMI SUKA DUKA PADA PERMULAAN

CERITA TETAPI AKAN MEMPEROLEH KEGEMBIRAAN PADA
PENGAKHIRAN CERITA WATAK UTAMA DIPERIKAN SEBAGAI
WATAK YANG SANGAT BAIK, MURNI DAN JUJUR. KEBANYAKAN
WATAK ANAK BONGSU ATAUPUN ANAK TUNGGAL YANG SELALU
MEMPEROLEH PERTOLONGAN MELALUI KUASA SAKTI SEPENTI
MELALUI WATAK BINATANG, DEWA ATAUPUN PARI-PARI.
ANTARA CONTOH JENIS INI IALAH BAWANG PUTIH BAWANG

MERAH DAN BATU BELAH BATU BERTANGKUP.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

SASTERA SASTERA TULISAN MULA DIASASKAN SETELAH
I(TSUTLAISNAAN) KEDATANGAN ISLAM DAN DITERIMA PAKAI DALAM
ISTANA. SASTERA TULISAN TERDIRI DARIPADA
PELBAGAI JENIS. ANTARANYA ADALAH SASTERA
HIKAYAT YANG TERBAHAGI KEPADA TIGA, IAITU
BERUNSURKAN HINDU, ISLAM DAN HINDU-ISLAM.
CONTOHNYA, ADALAH HIKAYAT RAJA PASAI.

Sastera yang lain adalah sastera undang-
undang. Sastera ini dijadikan sebagai bahan
kajian mengenai sistem pemerintahan, sistem
pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama.

Antara contoh sastera undang-undang adalah
Hukum Kanun Melaka.

Terdapat juga sastera epik atau dikenali sebagai
sastera pahlawan dan bersifat sejagat yang
mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan
yang unggul.

Genre ini dibahagikan kepada dua
iaitu epik kebangsaan yang diwakili
oleh Hikayat Hang Tuah dan epik
berunsurkan Islam, iaitu Hikayat Amir
Hamzah.

Selain itu, sastera panji merupakan karya mengenai
kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan.

Contohnya, Hikayat Cendawan Putih.
Lain daripada itu, sastera agama turut
merupakan salah satu daripada sastera
istana.

Sastera agama banyak mengisahkan cerita-
cerita mengenai kehebatan Nbai Muhammad
SAW terutamanya dalam menyebarkan agama
Islam ke seluruh dunia.

Antara sastera agama yang wujud
adalah Hikayat Bulan Berbelah.

Akhir sekali adalah sastera ketatanegaraan
yang digunakan oleh pemerintah seperti
Raja.

Misalnya, Sultan Zainal Abidin III
menggunakan kitab bertajuk Kitab
Nasihat Segala Raja-Raja sebagai
panduan dalam pemerintahan.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

PROSA MODEN
(CERPEN)

Menurut Annas Hj Ahmad (1988:152), hasil karya sastera selepas tahun
1800 Masihi digolongkan dalam sastera moden. Pembahagian dari segi
masa ini semata-mata bertujuan untuk memudahkan kita untuk memahami
bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu. Sebagai contoh, sajak
bebas pada hari ini merupakan suatu penyimpangan daripada bentuk puisi
lama seperti pantun dan syair.

CERPEN

Cerpen ialah gabungan dua perkataan, iaitu cerita dan
pendek. Cerpen berkembang apabila kegiatan
persuratkhabaran Melayu mencapai zaman
kegemilangannya sekitar tahun 1930 an. Cerpen
bukan sahaja menjadi alat yang menggambarkan
sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang
malahan juga memberi gambaran tentang suatu
zaman, sama ada berhubung masalah sosial, politik
atau ekonomi.

CERPEN

Cerpen biasanya berkisar mengenai sesuatu
kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus
utama. Cerpen membawa satu tema sahaja dan
beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan

tertentu dan mendalam kepada pembaca.

CERPEN

Dari segi perwatakan, cerpen memusatkan
perkembangan watak kepada beberapa orang
tertentu sahaja Watak-watak lain hanyalah bertujuan
untuk memperkukuhkan kewibawaan watak utama.
Pertentangan antara watak protagonis dan antagonis
akan mencetuskan konflik yang dianggap penting
sebagai unsur dramatik.

CERPEN

Dalam penulisan cerpen, hanya terdapat satu plot
sahaja dan plot inilah yang dikembangkan dengan
rapi, teliti dan tidak rumit. Pencetusan perasaan
dan penyemarakan emosi dalam cerpen
menerbitkan ketegangan dan menank pembaca
untuk merasai pengalaman yang digambarkan
dalam cerpen.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

PROSA
MODEN(NOVEL)

Novel pula ialah prosa rekaan yang panjang yang di
dalamnya termuat sebahagian daripada sebuah
kehidupan.
Istilah novel berasal daripada bahasa Itali, iaitu
novella yang bermaksud satu benda kecil yang
baharu.
Novel mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada
sebahagian daripada kehidupan manusia pada suatu
tempat dan masa tertentu.
Menurut Shahnon Ahmad (1972:4), novel merupakan
satu bentuk pentafsiran rencam hidup manusia yang
terbina dalam bentuk sastera cereka.
Novel merangkumi tiga faktor utama yang saling
berkait, iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam
hidup dan imaginasi.
Idea yang tercetus daripada ketiga-tiga rangkuman
ini bukan sahaja berkisar mengenai tahap kehidupan
manusia bahkan boleh berlegar di sekitar kehidupan
selain daripada manusia itu sendiri.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

PROSA MODEN
(DRAMA)

1
DRAMA JUGA DIGOLONGKAN DALAM GENRE PROSA
MODEN. DRAMA MERUPAKAN SALAH SATU BENTUK
KARYA SASTERA YANG PENULIS MENYAMPAIKAN MESEJ
ATAU PEMIKIRAN MELALUI LAKONAN SERTA DIALOG.

2

Menurut Erwan Juhara (2014), drama merupakan jenis
karya sastera yang dibangunkan oleh unsur intrinsik iaitu
satu kesatuan yang membentuk karya secara
keseluruhan. Antara unsur-unsur yang mendukung
drama itu ialah skrip drama itu sendiri yang menjadi
panduan kepada pengarah.

3
Setelah skrip, pengarah memegang peranan penting untuk
menyelaraskan pementasan drama tersebut. Bagi melakonkan cerita
pelakon ataupun watak yang memegang setiap peranan yang ditulis
dalam skrip juga dianggap penting dalam unsur pementasan drama.
Selain itu. pentas ataupun panggung bagi tujuan pementasan juga
penting dalam sesuatu pementasan drama itu.

4

Dalam melaksanakan pementasan beberapa
unsur seperti cahaya, bunyi, pakaian ataupun
disebut kostum, tata rias dan penonton juga
unsur-unsur yang penting dalam
kesempurnaan bagi pementasan drama itu.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

PUISI
TRADISIONAL

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

01
Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi
semua bangsa di dunia. Masyarakat Eropah
menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah
epik yang berjudul Iliad dan Odyssey Masyarakat
Hindu juga menggunakan puisi untuk melahirkan
Mahabharata dan Ramayana.
02
Kesusasteraan awal bangsa Arab tertulis di dalam
bentuk puisi. Puisi-puisi yang terbaik digantung di
Ka'abah pada zaman jahiliah. Orang Melayu
berbangga dengan puisi milik mereka yang
dinamakan pantun

03
Menurut Harun Mat Piah (1989) antara genre dalam
puisi tradisional itu ialah pantun, syair, gurindam,
seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka teki,
peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya. Dalam
perbincangan ini akan difokuskan kepada empat
jenis puisi tradisional iaitu pantun, gurindam, syair
dan seloka.

PANTUN

Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan
memang asal kepunyaan masyarakat Melayu.
Semenjak orang Melayu belum tahu surat menyurat
pun mereka telah pandai berpantun dan biasa
berbalas-balas pantun antara mereka (Za'abaa, 1978).
Pencipataannya terkandung dalam dua rangkap,
empat rangkap. enam rangkap, lapan rangkap, dua
belas rangkap dan pantun berkait. Dalam apa juga
bentuk fizikalnya pantun merupakan pengungkapan
yang mengandungi unsur pembayang maksud dan
maksud.

Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi
pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran
struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi
unsur estetik dan isi iaitu tema serta persoalan. Unsur
estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek.
Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan
lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam
pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia
masyarakat Melayu.

Kedua, berdasarkan hubungan makna antara
pasangan pembayang pembayang sama ada secara
konkrit atau abstrak. Berdasarkan aspek isi iaitu tema
dan persoalan, pantun biasanya menyentuh hampir
keseluruhan kehidupan masyarakat Melayu. Bentuk
pantun berdasarkan bilangan baris dalam rangkap
iaitu pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat,
lapan kerat, dua belas kerat dan pantun berkait.
Pantun yang popular ialah empat kerat dan dua kerat.
Ciri-ciri pantun ialah berdasarkan bilangan baris
dalam rangkap.

Bagi pantun empat kerat baris satu dan dua ialah
pembayang manakala baris tiga dan empat ialah
maksud. Bilangan perkatan bagi setiap baris ialah 4
hingga 6 patah perkataan dan bilangan suku kata
ialah antara 8 hingga 12. Rima atau bunyi akhir
adalah sejajar iaitu bagi pantun dua kerat 'a', 'a',
manakala bagi pantun empat kerat pula rima akhir
berbentuk 'a', 'b', 'a', 'b'

Jenis-jenis pantun dibahagikan bergantung
pada fungsi dan kandungan pantun itu
sendiri. Contohnya: menghibur, nasihat,
menduga akal, meluahkan perasaan,
menyampaikan hasrat seni, menyedapkan
cakap dan sebagainya.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

GURINDAM

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Gurindam sebagai satu bentuk puisi
Melayu tradisional seperti mana yang
dikenali sekarang diperkenalkan oleh Raja
Ali haji melalul 'Gurindam Dua Belas yang
dikarang pada tahun 1846.

Bentuk gurindam adalah terikat, iatu terdari
daripada dua baris serangkap yang
mengandungi tiga hingga enam patah
perkataan dengan skima rima akhir 'a' 'a'.
Manakala sukukata gurindam dalam sebaris
ialah antara 8 hingga 12 suku kata.

Seuntai gurindam memerlukan beberapa
rangkap untuk melengkapkan keseluruhan
idea. Bahasanya bernas dan serius manakala
isinya mengandungi nasihat, pengajaran,
kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.

Berasal dari bahasa Tamil 'iradam', 'kirandam' yang
bermaksud puisi secara terbuka. Bagi Za'abaa gurindam
ialah sejenis syair yang melarat yang tetap sukatan atau
rangkapannya. Isinya mengandungi fikiran yang bernas
dengan bahasa yang riang dan suka sebagai nyanyian.
Manakala Sutan Muhamad Zain menyatakan ianya
merupakan sajak yang terjadi dua baris, baris pertama
syarat dan baris kedua akibat.

SYAIR

Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang
dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama sama kedatangan

01. Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut
kesesuaian bahasa Mlayu Klasik ketika itu.
Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa
syair merupakan puisi Melayu lama yang telah
sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.

Menurut Mohd. Yusof Md. Nor (1985), syair dikatakan 02.
berasal daripada puisi Arab iaitu 'sy'ir' tetapi bentuk
syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam
kesusasteraan Arab. Manakala bagi Harun Mat Piah
(1989), mengatakan keseluruhan pengkaji sependapat
bahawa istilah syair berasal daripada Bahasa Arab yang
bermaksud puisi secara umum. Dalam bahasa Melayu,
istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus.
Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi
Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam
bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu.

03.

Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi
empat baris serangkap dengan rima akhir 'a', 'a', 'a',
'a'. Manakala setiap baris mengandungi 4 hinggan 5
patah perkataan dan suku kata pula 8 hingga 12
bagi setiap baris. Di setiap baris terdapat suatu
hentian dan setiap rangkap memerlukan beberapa
rangkap yang berurutan untuk memberi idea yang
lengkap. Syair juga ialah suatu pernyataan yang
berlarutan contohnya, untuk mengemukakan cerita,
buah fikiran, nasihat dan puji-pujian. Setiap untai
syair mempunyai awalan dan akhiran.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

SELOKA

Menurut Harun Mat Piah (1989),

istilah 'seloka' berasal daripada

perkataan Sanskrit 'shloka' yang

bermaksud berseloroh,

berjenaka atau menyindir. Seloka

dipercayai mula dikenali di alam

Melayu semasa perkembangan

agama Hindu di Asia Tenggara.

Dipercayai bahawa teks

Mahabharata (100,000 rangkap)

dan Ramayana (24,000 rangkap)

merupakan naskhah terawal

yang tertulis dalam bentuk

seloka.

Sebagai satu bentuk puisi tradisional

yang bercorak karangan berangkap atau

bahasa berirama, seloka lebih

merupakan pepatah, bidalan atau

perumpamaan yang mengandungi unsur

jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan

sindiran. Sungguhpun begitu, isi dan

mesejnya sarat dengan sindiran yang

berguna untuk menjadi pengajaran dan

teladan oleh pendengar atau pembaca.

Sebahagian besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat
iaitu empat baris serangkap seperti pantun seloka namun
binaannya lebih mirip kepada bentuk pantun atau syair.
Ditemui juga seloka yang ditulis dalam bentuk bebas iaitu
setiap barisnya menjadi isi puisi berkenaan seperti Seloka Pak
Kaduk, Seloka Pandai Pak Pandir dan Seloka Emak Si Randang.

PUISI MODEN

Sajak satu-satunya genre puisi dalam puisi moden.
Sajak ialah puisi moden yang lebih bebas yang terikat
pada sesuatu pola khusus walaupun ada ketikanya
memerikan ciri matra, rima dan rentak. Sajak lebih
mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan
melalui pemilihan dan pemakaian kata-katanya yang
saling menumpang dan terjalin menurut erti serta
irama. Menurut Hashim Awang (1984), sajak ialah puisi
baharu yang popular lahir sebagai pilihan kepada puisi
tradisional.

Bagi H. B. Jassin (1983), sajak adalah pengucapan
perasaan dengan perasaan yang di dalamnya
mengandungi fikiran dan tanggapan, Maksudnya, sajak
adalah suara hati atau luahan perasaan penyairnya.
Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak
yang baik bukan mainan kata semata-mata. Sajak
yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang
dapat menjadi renungan masyarakat. Sajak terbentuk
daripada kata-kata yang terbaik dalam susunan
terbaik. Kata-kata terbaik bermaksud wujudnya nilai
rasa dan nilai erti yang seimbang serta bersifat
harmonis antara kata dan maksud.

Sebagai puisi moden, sajak tidak terikat pada peraturan
seperti pemilihan kata atau diksi, pembentukan
rangkap, baris serta pematuhan skima rima akhir
seperti dalam puisi tradisional. Satu lagi ciri puisi
Melayu moden adanya nama penulis sebagai
pengakuan hak ke atas sesebuah karya walaupun
menggunakan nama samara atau nama pena. Hal ini
berbeza dengan puisi Melayu tradisional yang bersifat
kolektif iaitu milik bersama.

Rumusannya, puisi Melayu moden adalah hal karya
kreatif yang mempunyai bentuk yang bebas dan
tersendiri mengikut selera penulisnya ataupun penyair.
Sajak tidak terikat pada norma-norma tertentu seperti
yang terdapat dalam puisi tradisional. Mengikut
Muhammad Hj Salleh (1991), rentak dan perjalanan
baris serta bait (rangkap) puisi Melayu moden lebih
mengikut nafas, fikiran dan cara bertutur tidak disekat
dan ditentukan panjangnya oleh peraturan lama
seperti dalam pantun dan syair. Menurut beliau lagi,
puisi Melayu moden membawa suasana serta
pandangan terhadap yang lebih moden.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Fungsi
Kesusasteraan

Melayu

Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan dan pendidikan



01 HIBURAN

Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya
sastera yang membawa keseronokan yang indah.
Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang
diungkapkan, irama atau rentak yang yang tesusun,
kemampuan karya sastera untuk membelai emosi
pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan
sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan
karya sastera seperti cerita penglipur lara diterima
oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyarakat
pada suatu ketika. Pantun misalnya merupakan karya sastera
yangcukup popular kerana keupayaannya membawa keindahan yang
menghiburkan. Hal ini dilihat dalam sebuah pantun lama berbunyi
seperti berikut :

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak. Rentak
dan rima yang bersukat membentuk irama dalam pantun. Malah
pantun pula mempunyai struktur bacaan yang tersendiri yang
menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Selain itu, pantun
disampaikan pula dalam pelbagai variasi yang semakin
menambahkan fungsi menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat
di Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai bentuk lagi. Kemampuan
pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang popular
menunjukkan bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun.

02 PENDIDIKAN

Fungsi lain karya sastera adalah untuk
memberi pengajaran, nasihat atau
pesanan kepada masyarakat. Fungsi ini
juga menjadikan karya sastera sebagai
suatu bahan yang dapat membawa
kesedaran kepada masyarakat,
mengubah pemikiran, serta memberi
ruang untuk masyarakat menyerap nilai
-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera.

Cerita Sang Kancil dengan Buaya misalnya cukup
terkenal bukan semata-mata kerana ceritanya
menghiburkan tetapi keupayaannya untuk
memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran
yang berguna kepada masyarakat. Tanpa kita sedari
kita dibesarkan dalam asuhan moral yang dibawa dari
cerita tersebut. Tanpa sedar kita diserapkan dengan
kepentingan nilai tolong-menolong dan kita pula
diperingatkan betapa buruknya sikap tidak
mengenang budi.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Fungsi
Kesusasteraan

Melayu

Fungsi kesusasteraan Melayu dalam dakwah dan kritikan sosial

03 DAKWAH

Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci
Tuhan kepada manusia tentu sahaja disampaikan
melalui medium atau saranan yang difahami sebagai
objek dakwah (Mad’u). Medium atau saranan dakwah
tentulah melalui bahasa. Bahasa sebagai saranan
komunikasi dakwah ternyata efetif atau
keberkesanannya.

Islam juga mejunjung tinggi nilai-nilai kesusasteran. Ruang dialektika
yang terdapat dalam dunia kesusasteraan, menjadikannya mampu
menemukan warna baru dalam rangka menyampaikan pesan suci
Tuhan yang diebut dengan dakwah. Pertemuan antara agama dengan
kesusasteraan pada dasarnya terlihat dalam realiti peradaban Islam
sebagai agama Rahmatan Lil Alamin dalam sejarahnya meletakkan
agama sebagai sistem mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya
dan sosial mengatur hubungan antara manusia dengan lingkungan
sekitar masih tetap berjalan sampai sekarang.

Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan
pesan-pesan yang hendak dikomunkasikan kepada khalayak
pembacanya, melalui aneka bentuk dan ragam estetika, metafora,
simbol-simbol, subjek dan objek yang ada dalam kehidupan. Ia juga
dapat menjelmakan eksistensi dirinya sebagai medium yang lebih
neutral untuk menjelajahi medan makna di balik ruang dan waktu yang
tidak terbatas. Oleh sebab itu bahasa dakwah dalam kesusasteraan
dapat menghibur dan menyatu metamorfosa roh manusia dalam
jangkauan trensendensi, spiritualitsa dan religiusitas.

04 KRITIKAN SOSIAL

Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali
dan menyelongkar kehidupan manusia daripada
pelbagai dimensi dan sudut pandang yang
berbeza-beza. Sesuatu yang dipaparkan dalam
sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi
dalam realiti kehidupan manusia. Hal ini kerana
sastera adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana
ditegaskan oleh Usman Awang, A.Samad Said dan
Dharmawijaya. Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja
merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi pekara yang biasa
tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya.

Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan
masyarakat, kehidupan dan manusia, tentunya hubungan dan
pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Dalam
konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan
yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan
mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab
sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun
menyampaikan mesej. Dalam masyarakat terdapat pelbagai
watak yang mempunyai peranan tertentu dalam masyarakatnya.
Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak dapat
melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

AKAL BUDI DALAM PANTUN

Menurut Ungku Aziz (2011), pantun tidak wujud dalam
kekosongan atau vakum. Pantun merupakan manifestasi
terbaik seni sastera orang Melayu. Oleh itu, menerusi pantun
dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi,
sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan falsafah hidup yang

mereka anuti.

Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran

dan perasaan. Pantun ialah kaedah rangkapan

yang tertua dan memang asal kepunyaan

masyarakat Melayu. Semenjak orang Melayu belum

tahu surat-menyurat pun mereka telah pandai

berpantun dan biasa berbalas-balas pantun

sesama mereka. Pencipataannya terkandung

dalam dua rangkap, empat rangkap, enam

rangkap, lapan rangkap, sepuluh rangkap, dua

belas rangkap, dan pantun berkait. Dalam apa juga

bentuk fizikalnya pantun merupakan

pengungkapan yang mengandungi pembayang

maksud dan maksud.

Contohnya, berkaitan dengan nilai adab. Dalam
pantun Melayu banyak diujarkan tentang nilai
adab yang perlu dipatuhi oleh masyarakat dan
wujudnya pengajaran kepada masyarakat
sekiranya sesuatu adab itu tidak dipatuhi. Ia
mungkin akan dikenakan tekanan sosial oleh
masyarakat, agama dan sistem adat itu sendiri.
Maka, nilai yang baik dalam pantun Melayu boleh
membentuk jati diri orang Melayu untuk menjadi
lebih beradab dan baik. Contoh pantun tentang
adab:

Kalau bertanak dengan menggulai
Mengacau gulai pecah isinya
Kalau gelak nak jangan mengilai
Kalau mengilai rendah budinya.

(Tenas Effendy 2004: 84)
Biar orang mencabut cendawan
Kita mencabut padi kan mati
Biar orang berebut bangsawan
Kita berebut budi pekerti

(Tenas Effendy 2004: 109)

Contoh pantun di atas ialah mengenai
adab dan perilaku seseorang supaya tidak
ketawa dengan kuat sehingga mengilai, ia
memberi gambaran tentang adab yang
tidak baik dan wajar dihindari. Ia
bersesuaian dengan agama Islam yang
melarang kita daripada sifat riak,
sombong dan takbur. Sikap ketawa
dengan sekuat hati dan mengilai yang
digambarkan boleh menyebabkan
seseorang itu mudah menjadi sombong
dan riak sehingga harga dirinya menjadi
rendah pada pandangan masyarakat di
sekelilingnya.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Manifestasi

Akal Budi dalam Syair

Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang
mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Menurut Mohd Yusuf Md. Nor (1985) syair
dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu sy'ir tetapi bentuk syair Melayu amat
berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab. Dalam bahasa Melayu,
istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Syair Melayu tidak beracuankan
syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk
dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah, 1989). Dalam puisi Melayu
tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh hamzah
Fansuri sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam.

Seperti juga pantun, syair ialah karya kreatif lisan genre puisi tradisional. Pada
awalnya digunakan secara meluas di Nusantara untuk menyebarkan ajaran
tasawuf (sufi) selain bertujuan untuk bercerita. Hamzah Fansuri ialah seorang
penyair yang dipercayai dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor,
Sumatera Utara. Hasil karya beliau yang paling popular ialah 'Syair Perahu' yang
banyak membawa pemikiran agama iaitu lebih kepada ajaran tasawuf. Contoh
Syair Perahu:




Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membetulkan jalan tempat berpindah,
Di sanalah I'tikaf di perbetul sesudah.



(Rangkap 1)

Dalam aspek akal budi, penulis iaitu Hamzah Fansuri mencipta syair
bertujuan untuk membetulkan perjalanan hidup manusia di dunia ini
demi kesejahteraan hidup di akhirat. Selain itu, penyair menganjurkan
agar kita sentiasa berfikir demi membetulkan iman. Hanya melalui
iman yang mantap dan jalan tauhid yang betul sahaja menyebabkan
kita berjaya di dunia dan di akhirat.

Tujuan tamsilan ini mengharapkan kita bersedia menghadapi ujian
dunia yang bersifat sementara. Jika kita berjaya mengharungi
ujian ini, kita akan dapat berlabuh dengan selamat di pulau
idaman, iaitu tempat yang kekal selama-lamanya dalam syurga
Allah.

Begitulah tingginya pemikiran masyarakat Melayu yang dijelmakan dalam
puisi tradisional Syair dalam meletakkan sesuatu yang begitu tinggi nilainya
iaitu ilmu. Sehingga dibandingkan ilmu itu tidak mampu dibeli ataupun
digadai dengan nilai sebuah dunia dengan segala kekayaannya.
Meletakkan sesuatu ditempat yang betul menunjukkan masyarakat sudah
mempunyai suatu pemikiran yang tinggi dalam membandingkan keperluan
dan keutamaan dalam menjalani kehidupan seharian. Puisi seperti syair
menjadi pegangan dan pedoman kepada masyarakat Melayu sebagai
suatu hala tuju hidup yang sempurna.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

MANIFESTASI AKAL BUDI
DALAM SELOKA

Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka
bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka
dipercayai berkembang di alam Melayu semasa kedatangan agama
Hindu di Asia Tenggara. Seloka dipercayai mula dikenali di alam
Melayu semasa perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara.
Dipercayai bahawa teks Mahabharata (100,000 rangkap) dan
Ramayana (24,000 rangkap) merupakan naskhah terawal yang
tertulis dalam bentuk seloka (Harun Mat Piah,1989)

Contoh seloka Pandai Pak Pandir:
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela.
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang

Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga menanggung.

Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:

Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.

Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang
terdapat dalam seloka ini ialah menyindir individu
yang bersikap mengutamakan orang lain. Sikap
negatif ini perlu ditinggalkan kerana merugikan diri
dan keluarga terdekat. Sikap yang sepatutnya ialah
mendahului keluarga terdekat bukannya orang luar
yang hanya mementingkan diri sendiri disebabkan
tiada talian darah.

Keseluruhan isi seloka Pandai Pandir menyindir dengan sinis tentang
sikap sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersifat negatif.
Lalu sifat tersebut dijadikan senda gurau dan sindiran dalam
seloka.Watak Pak Pandir hanyalah seseorang yang mewakili sikap
keturunan Melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

MANIFESTASI

AKAL BUDI DALAM
GURINDAM

Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan
oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada
tahun 1846. Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu
yang terikat dan yang tidak. Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran,
kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.

CONTOH AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU
DALAM GURINDAM PASAL PERTAMA:
Ini Gurindam Pasal yang Pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah la dunia mudarat.

AKAL BUDI PADA FASAL INI

Pengarang menjelaskan kepada pembaca bahwa apabila hidup tidak
mengenal agama yakni Tuhan, maka hidupnya sia-sia tanpa ada
bertujuan. Hal ini menyebabkan seseorang sentiasa berada dalam
kerisauan dan kegelisahan. Manakala, mengenal yang empat
berkait dengan ajaran tasawuf iaitu syari'at, ma'rifat, tarikat dan
hakikat. Apabila seseorang telah mengenal yang empat ini maka
kehidupan akan semakin terang tanpa ada sedikit rasa was-was.

Selain itu, apabila mengenal Allah SWT, seseorang itu perlu
melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya
kerana Allah SWT menciptakan dunia sebagai tempat mengumpul
pahala supaya dapat ke syurga-Nya. Namun ramai yang terperdaya
dengan nikmat dunia. Hakikat, sebagai hamba kita perlu mengenal
tujuan hidup. Hidup di dunia ini hanyalah sesaat sedangkan tempat
kembali yang kekal ialah alam akhirat.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Rujukan

Abdul Aziz (Ungku). (2011). Pantun dan Kebijaks
Bahasa dan Pustaka.

Abu Hassan Sham (ed), 1993. Puisi-Puisi Raja
Pustaka.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1990). Islam
Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (2001). Risal
Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun
Ayat Cinta. Kuala Lumpur: Ar Risalah Pro

Ani Hj. Omar. (2011). Perkembangan Sastera Ka

Aripin Said. (2011). Nyanyi an Rakyat. Pahang: G

Atan Long. (1977), Psikologi Pendidikan. Kuala L

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kua

Chew Fong Peng 2008, (2008). Persepsi Kh
Perpaduan. Penerbitan Universiti Kebang

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). Glosari
Bahasa dan Pustaka.

sanaan Akal Budi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

a Ali Haji. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

m dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala

lah Untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur: Institut
Islam. Habiburrahman el Shirazy. (2007). Ayat-
oduct.
anak-kanak di Malaysia. Tanjung Malim: UPSI.
Gumum Gemilang.
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
halayak Terhadap Isu-Isu Pendidikan Sastera
gsaan Malaysia.
Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan


Click to View FlipBook Version