The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penulisan Cerpen Hasil Karya Murid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORITA BINTI SAIDIN KPM-Guru, 2023-11-15 21:48:26

Perwira Yang tak Disangka

Penulisan Cerpen Hasil Karya Murid

- 1 - Perwira yang tidak disangka Karya Muhammad Amir Rahman Bin Mohd Shubli Kelas : 3 IBNU NAFIS SMK Guar Perahu Dalam kejemuan yang membelenggu diri, Dani sudah muak dengan telefon bimbit di tangannya. Hampir kesemua aplikasi telah dia buka. Tiada apa yang menarik. Seluruh media di Malaysia mahupun negara lainnya, hanya menyajikan isu politik dan korupsi yang tidak berkesudahan. Dani cuba untuk beralih ke komputer peribadinya. Jika sudah menghidupkan komputer, apa lagi yang harus dilakukan. Sudah tentu Dani akan bermain permainan video. Dia memang gemar bermain permainan video. Berpuluh permainan sudah dia mainkan. Daripada permainan kanak-kanak, hinggalah ke permainan dewasa. Namun dia sudah bosan dengan semua permainan video yang dimuat turunnya. Dia berhasrat untuk mencari permainan baru bagi mengisi masa bosannya. Satu persatu permainan dijengah. Apakan daya, tiada langsung yang menarik perhatiannya. Walaupun Dani seorang yang gemar bermain permainan video, adakalanya dia juga mati kutu apabila sudah kerap melakukan hal yang berulang. Belum sempat dia mematikan semula komputer, matanya tertancap pada sebuah permainan yang tidak pernah dia ketahui kewujudannya. Jika dibaca pada deskripsi yang disediakan, permainan tersebut bertemakan peperangan. Dia mula berasa teruja. Tanpa teragak-agak, dia menekan butang muat turun dan menunggu aplikasi permainan tersebut siap dimuat turun. dengan penuh rasa teruja, Dani membuka permainan tersebut. Sebelum memulakan permainan, dia hanya meneroka dahulu setiap inci permainan tersebut. Bermula dari pilihan karakter, hinggalah ke pemilihan senjata. Dani meneliti seluruh features tanpa terlepas satu pun. Apa yang menarik perhatiannya lagi, permainan tersebut bukan sahaja bertemakan peperangan. Malah ia juga berkaitan dengan isu pergolakan yang berlaku antara dua pihak iaitu pihak kerajaan Zahramir dan pihak kerajaan Malfasar. Sungguhpun hal itu telah membuat Dani berasa jelak, namun Dani tetap ingin mencuba permainan tersebut. Sebelum memulakan permainan, sudah diketahui bahawa Dani akan berada di pihak kerajaan Zahramir. Dia akan menentang pihak musuh iaitu kerajaan Malfasar. Di peringkat awal permainan, semuanya hanya mudah belaka. Permainan tersebut dimulakan dengan peringkat cabaran Shoah. Dani berasa hebat kerana berjaya mengalahkan semua musuh. Dia juga berhasil melepasi semua halangan dengan mudah. Dia telah memenangi


- 2 - beberapa siri permainan. Meskipun begitu, ia hanyalah kemenangan kecil. Dani harus menamatkan siri yang terakhir iaitu cabaran Nakba. Masa yang ditunggu sudah tiba. Dani meregangkan jari jemarinya tanda dia sudah bersedia untuk bertempur. Dia menekan butang mula. Dani menggerakkan karakter permainan yang dia pilih iaitu Madel. Karakter Madel bukan sahaja mempunyai tahap kecepatan yang tinggi. Karakter itu juga mempunyai tahap kekuatan yang memberangsangkan. Dani menangkis serangan bala-bala tentera yang menghampirinya. Ketangkasannya telah membuatkan dia berjaya membunuh ramai pihak musuh. Skor kemenangannya juga semakin meningkat. Dani semakin galak menekan papan kekunci. Dalam pada itu, Kehebatannya tidak bertahan lama. Dani telah sampai ke sebuah lokasi yang diketahui mempunyai musuh yang lebih kuat berbanding sebelumnya. Kali ini, Dani semakin sukar membuat gerakan. Dia hampir tidak dapat maju ke depan. Dalam kekacauan itu, Dani dikejutkan dengan bunyi yang sungguh kuat. Bunyi tersebut bukanlah bunyi letupan mahupun tembakan. Melainkan, ia adalah bunyi bagi menandakan musuh utamanya telah tiba. Dani akan meraih kemenangan yang sebenar jika dia berjaya mengalahkan figura tersebut. Sungguhpun begitu, dia tidak dapat menghampiri musuh utamanya disebabkan oleh jumlah tentera musuh yang terlalu ramai di sekitarnya. Dani hanya dapat melihat susuh tubuh musuh utamanya itu dari kejauhan. Entiti itu sungguh rakus menyerang kota Zahramir. Setelah cengkaman tentera malfasar kian longgar, Dani melancarkan Roket A-120 ke arah musuh utamanya. Roket itu merupakan senjata yang paling kuat yang pihak kerajaan Zahramir miliki. Roket itu dapat menjangkau secara maksima pada jarak 12km hingga 120km. Sungguh malang nasib Dani. Roket itu tidak tepat pada sasarannya iaitu musuh utama dari kerajaan Malfasar. Bahkan, musuh utamanya yang mempunyai enam tanduk itu sempat melarikan diri tanpa Dani ketahui siapakah gerangan di sebalik susuk tubuh yang tidak terlihat seperti manusia itu. Dani hanya dapat mengetahui perihal tersebut hanya selepas dia berjaya berdepan dengan makhluk misteri berbadan sasa itu. Kegagalan Dani untuk berdepan dengan makhluk itu menandakan dia telah kalah dalam pusingan tersebut. Sudahlah menghadapi kekalahan. Tidak dapat mengetahui gerangan musuh utamanya pula. Dani berdecit tanda tidak puas hati. Jika sudah tidak puas hati, sudah tentu dia berputus asa. Roti disampingnya dikunyah dengan penuh amarah. Dani berhasrat ingin mematikan sahaja komputer peribadinya itu. Apa lagi yang harus dia lakukan. Dia sudah hampir berjaya memenangi permainan tersebut hanya dengan sekali cubaan. Sudah tentu dia menaruh harapan yang tinggi.


- 3 - Dani bangun dari kerusinya dan ingin menuju ke ranjang pembaringan. Tangannya meraba-raba punat tutup. Belum sempat dia berbuat demikian, sebuah paparan mesej misteri muncul di monitor miliknya. Dani berasa hairan kerana dia baru sahaja menutup permainan itu tadi. Tetapi dia hanya mengendahkan perasaan ragunya itu. Dani membaca mesej itu dengan kerutan di dahi. “Kekejaman sedang berlaku! Penindasan semakin berleluasa! Sila masukkan kata sendi jika berminat untuk membantu melenyapkan segala kepincangan yang terjadi” Setelah membaca pesanan itu, timbullah perasaan minat untuk bermain semula. Dani dengan lantas menekan kekunci masuk seperti yang diarahkan. Dia menunggu sehingga simbol loading selesai berputar. Namun sekali lagi Dani disinggahi perasaan hampa. Tiada apa yang berlaku. Harapan Dani untuk mengalahkan kerajaan Malfasar musnah begitu sahaja. Kali ini dia betul-betul tekad. Tanpa teragak-agak lagi dia mematikan komputer peribadinya. Dani menyusun langkah menuju ke balkoni bilik. Pintu gelangsar dibuka. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang terdapat di balkoni biliknya itu. Dani menatap langit malam yang hanya diterangi cahaya bulan. Serakan bintang yang berkelipan di langit menjadi penghias semula jadi di malam yang kelam. Secawan kopi disisip dengan penuh rasa nikmat. Mana tidaknya. Angin malam yang menyapa tubuhnya itu sudah cukup membuatkan dirinya menggeletar. “Pasti lebih bagus jika aku dapat mengetahui gerangan figura misteri dan memenangi permainan itu.” Gumamnya. Kopi yang menjadi penenang jiwa itu dihabiskan oleh Dani. Seketika itu, mata Dani tertumpu kepada sebuah lintasan cahaya di langit. Dia hanya menyangka itu hanyalah sisa meteor yang datang menjengah bumi. Tanpa menghiraukan fenomena itu, Dani kembali ke dalam bilik. Pintu gelangsar ditutup semula. Dani mengorak langkah ke katil untuk membawa diri ke alam mimpi. Belum sempat dia merebahkan diri, terasa seakan angin kencang membidas tubuhnya. Dengan serta-merta kepalanya berasa sungguh berat. Ibarat batu menghempap, kepala Dani seakan-akan dipukul sesuatu. Dani jatuh tersungkur tanpa sebarang kata.


- 4 - Bunyi letupan yang sabung menyabung menjadi muzik yang didendangkan di cuping telinga. Mimpi buruk itu telah berjaya membangunkan Dani. Kelopak mata Dani berkedipkedip. Pupil matanya mengecil tanda menghalang cahaya berlebihan ke matanya. “INI BUKAN MIMPI!??” Jerit Dani. Matanya yang kuyu, membulat secara mendadak. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat lintasan-lintasan peluru berpandu di atas kepalanya. Letupan bom di merata-rata. Bunyi tembakan tidak berkesudahan. Kanakkanak lari bergelimpangan tanpa arah tuju. Bahunya sedikit terangkat apabila disergah dengan bunyi daripada pelbagai senjata api yang memeranjatkan. “Di manakah aku berada?” “Apakah yang sedang terjadi?” “Adakah aku masih bermimpi?” Pelbagai soalan muncul di benak pikirannya. Tanpa menunggu lama, Dani bangkit dan mencari tempat yang selamat. Dia tidak boleh terus berbaring di situ. Dia bisa sahaja diserang bila-bila masa. Lantas dia berjalan menyelusuri kota yang telah hancur. Semua bangunan di sekitarnya sudah tidak lagi sesuai untuk berlindung. Pendek kata, sudah tidak ada tempat yang selamat. Hampir semua bangunan telah diletupkan. Mustahil untuk mencari kawasan selamat yang masih tersisa. Kawasan itu seperti sedang dalam peperangan. “Tidak. Mereka memang sedang berperang!” Bisik hati Dani. Sepanjang Dani berjalan, dia dapat melihat rakyat yang mendiami kawasan itu hanya mampu berserah kepada takdir. Tiada yang mampu mereka lakukan melainkan berharap kepadaNYA. Keadaan kaum wanita yang menutup aurat dan seni bina bangunan di sekitar situ, cukup membuat Dani sedar bahawa dia berada di sebuah negara Islam. Penduduk di situ terlihat sangat meruntun hati. Ada di antara mereka yang cedera parah tidak mampu berjalan. Ada pula di antara mereka yang cedera namun masih berusaha berjalan kehulu dan kehilir. Mereka mungkin sedang mencari ahli keluarga yang tidak dapat dijejaki. Menyedihkan lagi, tiada bantuan perubatan yang datang menyumbang bakti. Peperangan yang kelihatan sangat teruk ini, sudah tentu telah merobohkan pelbagai institusi. Tidak mustahil untuk institusi perubatan masih teguh berdiri. Sungguhpun begitu, organisasi yang merancang peperangan dan menyerang sektor perubatan seperti hospital sudah tentu mempunyai kecacatan akal yang parah. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa serangan ke atas kemudahan perubatan, dengan keras dilarang seperti yang telah termaktub di dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Tidakkah mereka tahu? Lihatlah, rakyat yang terjejas sudah tidak lagi mampu mendapat rawatan yang sewajarnya.


- 5 - Dani yang ketika itu leka memerhati keadaan sekeliling, beralih pandangan ke arah susuk tubuh kekar sedang berusaha mempertahankan tanah airnya. Susuk tubuh tersebut seperti dia kenali. Dani hanya memerhati dari kejauhan tanpa mendekati. Risau jika dia pula yang menjadi sasaran. Dani mengalihkan pandangannya ke sisi yang lain. Tanpa Dani sedari, susuk tubuh yang dilihatnya sebentar tadi sedang datang mendekatinya. Setelah menyedari hal itu, Dani dengan spontan mengundurkan dirinya sedikit tanda berasa takut dicederakan. Walaupun dia seperti mengenali figura itu, dia tetap berasa gerun apabila melihat gerangan yang hebat bertempur itu. “Assalamualaikum.” Sapa pemuda itu. “Walaikumussalam.” Jawab Dani dengan penuh rasa gementar. “Adakah anda gerangan bernama Dani?” “Ya, saya. Siapakah anda?” “Saya Madel. Seorang pahlawan yang ditugaskan untuk melindungi tanah Zahramir yang telah dicemari puak laknatullah iaitu bangsa dari kerajaan Malfasar. Mereka telah melancarkan serangan untuk menakluk tanah yang anda pijak ini iaitu kerajaan Zahramir. Sudah pasti anda menerima pesanan berbentuk permohonan bantuan bukan? Benar. Saya lah gerangan yang menghantar pesanan tersebut. Terima kasih kerana sudi ke sini.” Ujar pemuda yang dikenali sebagai Madel itu dengan panjang lebar. Dani yang mendengar kata-kata pemuda itu tersentak. Alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui bahawa dia sebenarnya telah termasuk ke alam digital. Lebih mengejutkannya lagi, ini merupakan sebuah permainan yang dia harapkan untuk menang. Sudah tentu dia takkan menolak permohonan bantuan tersebut. Dia bersetuju tanpa berfikir panjang. “Baiklah. Izinkan saya untuk menggalas tugas ini.” Dengan yakin Dani berkata. Tanpa perlu penjelasan yang panjang, Dani dipersiapkan dengan sut tempur yang serba lengkap. Sut tersebut dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan. Namun yang terpenting sudah tentu lapisan kalis peluru. Namun ia bukan sahaja kalis peluru, lapisan itu juga berfungsi sebagai lapisan kalis periuk api. Dani diberikan 2 laras raifal. Sebaik sahaja Dani mempersiapkan diri, mereka dikejutkan dengan bunyi letupan yang sungguh dasyat. Mereka keluar dari kubu pertahanan untuk melihat apa yang telah terjadi. Seperti yang dijangka, ia adalah serangan dari tentera malfasar. Namun serangan itu bukan dilancarkan oleh tentera bawahan. Tetapi ia telah dilancarkan oleh ketua mereka sendiri. Madel terkaku. Dani apatah lagi.


- 6 - “Itulah raksasa Gedot.” Beritahu Madel. Walaupun ucapannya ringkas, namun ia sudah cukup untuk membuatkan Dani terpana. Ya. Raksasa bertanduk enam itulah yang telah menjadi sasaran utama Dani sebelumnya. Dani sungguh kenal akan susuk tubuh itu. Dialah yang sangat ingin Dani kenali. Akhirnya, dengan izin Allah SWT. Tanpa berlengah, mereka berdua melancarkan serangan terus ke arah raksasa Gedot. . Dani menusuk bahagian rusuk kiri raksasa Gedot. Dia menunduk kesakitan. Serangan yang dasyat itu tidak cukup untuk melemahkan raksasa Gedot. Dani menghayun bebola rantai yang disaluti lapisan berapi ke kepala raksasa Gedot. Raksasa Gedot yang mulai marah, menghayun senjata berbentuk kubus berkembar seolah-olah penukul gergasi ke arah Dani. Dani yang tidak sempat mengelak serangan itu secara langsung terpelanting jauh. Raksasa Gedot mendekati Dani dan mencuba untuk menghempap Dani Dengan senjatanya yang berat. Mujur sahaja Madel terlihat adegan itu. Madel menggunakan seluruh tenaganya untuk menangkis serangan raksasa durjana itu. Dani bangun dan mengambil raifalnya yang terlempar jauh. Dia melepaskan berdas-das tembakan ke arah raksasa Gedot. Tembakan itu sedikit pun tidak melemahkan raksasa Gedot. Mereka buntu. Jika mereka tidak berundur, sudah pasti mereka akan menjadi korban sang raksasa. Hal ini telah memaksa Dani dan Madel melarikan diri. Mereka sudah tidak berupaya. Raksasa Gedot terlalu kuat. Kekuatannya itu dirasakan amat mustahil untuk dikalahkan. Namun tidak mengapa. Atas izin tuhan, semuanya pasti terjadi. Dani dan Madel menyusun strategi untuk melancarkan serangan semula ke atas raksasa Gedot yang masih dengan muslihat jijiknya itu. Sudahlah datang ke tanah orang. Tamak pula tu. Sesungguhnya tiada bangsa yang lebih keji daripada bangsa Malfasar. Beberapa sistem dan senjata baru dicipta oleh Dani dan Madel. sistem yang dicipta merupakan sebuah sistem yang sungguh canggih. Sistem tersebut mampu menyerang secara automatik apabila mengesan ancaman. Namun hasil penambahbaikan telah membuatkan ciptaan mekanikal itu mampu menyerang berkali ganda sekiranya ia dilancarkan secara manual. Dani dan Medal juga mencipta senjata-senjata canggih untuk melawan raksasa Gedot. Berkat kepakaran mereka, senjata itu mampu mengesan titik kelemahan raksasa Gedot. Tidak tunggu lama, satu serangan hendap dilancarkan ke atas raksasa Gedot. Raksasa Gedot yang ketika itu sudah semakin leka dengan pertahanannya kerana menyangka sudah tiada penentangan ke atasnya, mula terkesan akibat serangan mengejut Dani dan Madel. Mereka berdua semakin ligat mencari kelemahan si Gedot agar raksasa itu tewas sepenuhnya. Walaupun raksasa Gedot tetap membalas serangan Dani


- 7 - dan Madel, serangan tersebut sudah tidak begitu kuat seperti sebelumnya. Ia merupakan sebuah petanda baik. Akhirnya, senjata yang Dani cipta berjaya mengesan kelemahan Raksasa Gedot dengan lebih mendalam. Dani segera menambah baik senjata kepunyaan mereka bersesuaian dengan kelemahan raksasa Gedot. Dani dan Medal berganding tenaga mengakhiri hidup Raksasa Gedot. Sebuah stik dihala ke arah raksasa Gedot. Lalu, keluarlah sinaran ultraungu berkuasa tinggi. Raksasa Gedot yang sudah berada di ambang kemusnahan itu mulai lumpuh apabila cahaya tersebut ditingkatkan. Raksasa Gedot membesar dan meletup sehingga berkecai. Badan si Gedot hancur berkeping-keping. Maka tamatlah riwayat hidup si raksasa Gedot. Dani dan Medal Sungguh gembira kerana mereka berhasil melepaskan cengkaman raksasa Gedot ke atas kerajaan Zahramir. Kini, kerajaan Zahramir sudah tenang tanpa kekacauan. Sudah tidak ada lagi bunyi letupan bom yang menghiasi pagi yang indah. Tidak ada lagi lintasan-lintasan peluru berpandu di langit seperti kawanan burung yang berterbangan. Lintasan peluru berpandu itu kini bertukar menjadi lintasan tahi-tahi bintang yang indah nian. Kemusnahan raksasa Gedot menandakan jatuhnya empayar kerajaan Malfasar. Kerajaan yang menjadi punca ketidaktenteraman awam itu sewajarnya tidak wujud di muka bumi ini. Namun segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. 5 tahun telah berlalu. Segala infrastruktur kota Zahramir dibaik pulih. Pembangunan semula itu sudah membuatkan seluruh penduduk tempatan bersujud syukur. Tidak terucap rasa lega di hati. Kanak-kanak yang dahulunya hanya memeluk lutut akibat ketakutan, kini mampu berlari dan bermain dengan riang tanpa sebarang ancaman. Dani yang masih berada di situ, mula merindukan dunia yang sebenar. Dia bersyukur kerana telah berjaya membantu menghapuskan segala kezaliman yang berlaku. Dia juga sudah tidak lama lagi untuk tinggai di kerajaan Zahramir ini. Dia bakal dihantar pulang oleh Madel dan pemerintah kerajaan itu. Jasanya yang besar menjadi buah mulut penduduk disitu. Sudah tentu semua penduduk sehinggalah ke pemerintah kerajaan akan menghantar Dani pulang ke tempat asalnya. Sebuah portal dibuka. Dani melangkah masuk ke portal tersebut bersama genangan air mata. Seluruh penduduk melambaikan tangan ke arah Dani. Sungguh berat rasanya bagi Dani untuk meninggalkan kerajaan itu. Namun apakan daya. Ini bukan dunianya. Dia harus pulang. - TAMAT -


Click to View FlipBook Version