Unit Kurikulum Sekolah Kebangsaan Tebengau Jalan Yan, 06600 Kuala Kedah, Kedah Darul Aman. MINIT MESYUARAT KURIKULUM 1 2023/2024 Tarikh : 14.3 2023 Hari :Selasa Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Lestari Wacana SK. Tebengau KEHADIRAN: 1. PN KU FAIZAH BINTI KU MARZUKI 2.PN SHARAH BINTI SHAFIE 3.PN SITI MARIAM BINTI SAAD 4.EN HUSNUL HADI BIN HALIM 5.PN JURIANA BT ABDULLAH 6.PN PN. SYAHIDA BINTI AB DERANI 7.PN FAZILA BINTI ISHAK 8.PN HAZMUNIZA BINTI HUSIN 9.PN JARIAH BINTI ABDUL RAHIM 10. EN. MUHAMAD PUAZ BIN ABD WAHAB 11.PN MAZLYANA BINTI MD SALLEH 12.EN MOKHTAR BIN MOHD YUSOF 13. PN NORA ZAINUN BINTI ZAKARIA
14. EN NORHISYAM BIN AJIB 15. PN RAHMAH BINTI IBRAHIM 16. PN ROSILAWATI BINTI OTHMAN 17. PN ROSITA BINTI OTHMAN 18. PN SARIPAH RODIAH BINTI ABDULLAH 19. PN SARIFAH RUSMANI BINTI SYED OMAR 20. PN SITI ATIYYAH BINTI BAKAR 21. EN WAN RAMZUN NASRI BIN JAAFAR 22. PN YONG PEK HOON 23. . PN NAWAL BINTI ZAKI 24. EN. MOHD SHAHRIZAN BIN OTHMAN 25. PN FARAHANI BINTI MEHAT 26. PN ROHANI BINTI NAAIM 27. PN SEE IRENE 28. EN ZAMRI BIN OTHMAN 29. PN. PAIZAH BINTI ABDUL MAJID 30. PN. NORLIS BINTI YAHYA 31. EN. ROSLI BIN MOHD DESA TIDAK HADIR: 1. PN SITI SOFIAH BINTI MAT ISA I: PERUTUSAN PENGERUSI 1.Memulakan mesyuarat dengan salam dan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK untuk mesyuarat Kurikulum kali pertama bagi tahun 2023/2024. 2. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua ketua panitia dan jawatankuasa bagi sesi akademik 2023/2024.Pengerusi juga memaklumkan bahawa mulai sesi persekolahan baru ini, semua guru yang memiliki DG yang lebih tinggi akan diberi tanggungjawab yang lebih besar bertepatan dengan gred masing-masing.
3. Pengerusi juga meberitahu bahawa dengan perlantikkan jawatankuasa baru ini, diharap Unit Kurikulum sesi 2023/2024 lebih pro-aktif bagi memastikan kecemerlangan sekolah selaras dengan perancangan yang telah dibuat nanti. 4. Para guru juga diingatkan oleh pengerusi agar tingkatkan penguasaan bidang ICT dan guru digalakkan menggunakan ICT ke arah pembudayaan PAK 21 serta berusaha meningkatkan penguasaan murid tahap 1 melepasi tahap penguasaan minimum . II: PERUTUSAN PENASIHAT 5. Guru besar berharap tahun 2023/2024 lebih kepada tumpuan menjana kualiti dengan kejayaan pelbagai program yang dirancang mengikut tahun semasa. 6. Guru besar juga meminta setiap panitia perlu lebih memantapkan lagi panitia dan fokuskan bagaimana murid dapat menguasai sepenuhnya prose pengajaran dan pembelajaran mengikut DSKP Selain itu, penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mestilah menepati pembelajaran abad ke 21(PAK21). Begitu juga dengan fail-fail panita mestilah dikemas kini . Sistem pentaksiran bilik darjah mestilah diberi perhatian. 7.Guru Besar memaklumkan bahawa semasa taklimat bersama Tn Hj Wan Khalil (PPD), beliau mengharapkan pengurusan sekolah diuruskan dengan baik terhindar daripada konflik di antara warga sekolah. Guru besar bersyukur kerana setakat ini SK Tebengau terhindar daripada sebarang konflik dan dapat bekerja secara selesa dan berdedikasi sesuai dengan slogan “Malaysia Madani”.Menjadikan sekolah sebagai sekolah yang sejahtera adalah harapan guru besar. 8. Seterusnya guru besar berharap guru-guru akan meneruskan cabaran kerana SK Tebengau telah terpilih sebagai sekolah TS25 kohort 7. Jadi fokus guru besar adalah menjadikan Sk Tebengau sekolah yang berkualiti dari segi kemenjadian murid. Guru besar mengharapkan Allah SWT memberikan kekuatan kepada semua guru dalam menggalas tanggungjawab untuk mendidik bagi melahirkan anak yang baik lagi cerdik iaitu merupakan satu program Kementerian Pendidikan Malaysia. 9. Guru besar juga memberitahu satu lagi program oleh Menteri Pendidkan iaitu melahirkan anak yang baik lagi cerdik bertepatan dengan slogan Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera. Jadi, sekolah akan merancang pelbagai aktiviti yang sesuai pada minggu pertama persekolahan. 10. Selain itu guru besar juga mengingatkan dalam mesyuarat setiap panitia mesti memfokuskan tentang pdpc guru-guru, dan pengurusan pentaksiran perlu diperkasakan seiring dengan kehendak KPM, JPN dan PPD. 11. Guru besar memberitahu semua panitia mesti menyediakan pelan taktikal untuk tahun semasa. Selain itu, setelah dipilih sebagai sekolah TS25, pelan operasi akan digantikan dengan OPPM (One Page Project Manager) dan intervensi diganti dengan PINTAS (Program Intervensi Transformasi Sekolah) Makluman : Semua Guru
III: DASAR KURIKULUM SEKOLAH 12. Seterusnya pengerusi membentangkan Dasar Kurikulum Kebangsaan akan diguna pakai oleh semua Ketua Panitia dalam menguruskan panitia masing-masing. Garis panduan ke arah melahirkan guru cemerlang dan dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang iaitu dengan menitikberatkan pelbagai kecemerlangan . Bermula dengan kecemerlangan peribadi, pengetahuan dan kemahiran , komunikasi , potensi serta personaliti unggul. 13. Pengerusi juga menjelaskan bahawa kecemerlangan peribadi meliputi perkara seperti nilai kendiri yang positif , berakhlak mulia , bertanggungjawab, kreatif serta inovatif, sedia berkongsi dan bersifat terbuka. 14. Selain itu, pengerusi juga memberitahu bahawa kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran iaitu mengamalkan buadaya ilmu mengikut perkembangan semasa . Jika dahulu “Chalk and talk” sahaja, kini lebih kepada “Pembelajaran Abad ke 21”yang memerlukan kemahiran mengajar atas talian “online” dan jadilah pakar dalam bidang masing-masing. 15. Pengerusi menjelaskan tentang kecemerlangan komunikasi iaitu kuasailah kemahiran komunikasi dalam melaksanakan tugas iaitu menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. 16. Seterusnya, pengerusi menghuraikan dari segi kecemerlangan potensi dan personaliti unggul iaitu kira harus mempunyai keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah dalam aktiviti kurikulum khasnya. Jadi, berusahalah meningkatkan kemahiran ilmu dari pelbagai sumber secara akademik. 17. Akhir sekali harapan sekolah, sesi persekolahan 2023/2024 diharapkan guru-guru agar dapat mengaplikasikan PAK21 secara optimum dan mempelbagai sumber serta teknik pdp dan jadikan Standard 4 (SKPMg2) sebagai rujukan dalam aktiviti pdpc. Makluman : Semua Guru IV: TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN DAN KURIKULUM 2023/2024 18. Pengerusi mengucapkan tahniah di atas pelantikan Jawatankuasa Kurikulum 2023/2024 dan berharap semua guru menerima tugasan yang diagihkan ini. Senarai jawatankuasa adalah sama seperti tahun 2023 cuma terdapat sedikit perubahan kecil yang dibuat. 19. Pengerusi meminta semua guru merujuk Buku Pengurusan Sekolah bagi mendapatkan maklumat tentang jawatankuasa pentadbiran 2023/2024 serta bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua AJK. 20. Seterusnya pengerusi memberitahu tentang pengurusan kurikulum . Semua guru dipohon memahami tugas dan tanggungjawab yang diberikan kerana kurikulum merupakan “Co-business” bagi guru-guru di Sekolah Kebangsaan Tebengau.
21. Seterusnya pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru akan dicerap sebanyak tiga kali setahun. Semua guru hendaklah membuat temu janji dengan pencerap. Manakala buku latihan murid pula masih lagi disemak oleh Ketua Panitia mata pelajaran masing-masing Tindakan: Semua Panitia Mata Pelajaran V: PERANCANGAN KURIKULUM 2023/2024 22. Antara perancangan kurikulum 2023/2024 ialah: 22.1 Motivasi Pengerusi berharap Unit Bimbingan dan Kaunseling dapat merancang dan menyediakan programprogram motivasi . 22.2 Memperkasakan Panitia Semua panitia dan unit-unit khas mesti mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun iaitu dengan merujuk pada takwim persekolahan 2023/2024 dan diminta merancang pelan strategik panitia masing-masing. 22.3 Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21) Pengerusi juga menyentuh tentang pembelajaran abad ke 21. Pembelajaran abad ke 21 diteruskan dalam pdpc . Pengerusi menerangkan ada tiga kemahiran murid yang perlu dikuasai iaitu: 22.3.1 Kemahiran maklumat dan komunikasi 22.3.2 Kemahiran berfikir dan selesaikan masalah. 22.3.3 Kemahiran interpersonal dan arah kendiri. Pengerusi berharap semua guru dapat menerapkan pembelajaran abad ke 21 dalam pdpc bagi menarik minat pelajar semasa proses pdpc. 22.4 Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Pengerusi meminta supaya tahun 2023/2024 PLC akan dijalankan seperti biasa mengikut panitia masing-masing. Tindakan : Semua Panitia
VI: PENGURUSAN PANITIA 23. Pengerusi seterusnya memaklumkan bahawa fail-fail panitia perlu dikemaskini oleh semua guru yang dilantik. 24. Mesyuarat panitia boleh dilaksanakan mengikut tarikh seperti yang terdapat dalam Buku Pengurusan di bahagian takwim persekolahan 2023/2024. 25. Perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat panitia ialah : - Pengagihan dan penetapan tugasan setiap ahli panitia. - Merancang perbelanjaan kewangan pada mesyuarat kali pertama dan uruskan perbelanjaan dan penyimpanan peralatan/bahan di tempat yang sesuai. - Membuat analisis PBD Akhir Tahun pada mesyuarat kali pertama untuk tujuan PINTAS. - Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR. Setiap program pastikan ada penyelaras, pelaksana, fokus dan sasaran serta skop latihan/program. - Penggubalan RPT berdasarkan format yang telah diselaraskan oleh panitia. - Agihan latihan murid mestilah selaras dengan tahap kebolehan murid dan tetapkan jumlah latihan minimum. - Semakan latihan murid mengikut tarikh semakan dalam takwim terkini. - Bincangkan pertandingan Ko Akademik dan agihan tugasan kepada ahli panitia secara sistematik. - Senarai pencerap dan bulan pencerapan perlu dimaklum kepada ahli panitia. - Perancangan pelaksanaan PLC mengikut panitia dan perlu dirancang. Tindakan: Ketua Panitia VII: PERUNTUKAN PANITIA 26. Pengerusi menyampaikan pesan daripada kerani kewangan sekolah bahawa segala perbelanjaan untuk panitia mesti mengisi nota minta dan berbincang dengan guru besar. 27. Berikut adalah baki kewangan peruntukan untuk setiap panitia bagi tahun 2023/2024: Sains RM 470.53 Matematik RM 352.90 Bahasa Inggeris RM 352.91 Bahasa Melayu RM 261.41 Pendidikan Islam RM 261.41 RBT RM 931.51
Sejarah RM 585.48 Bahasa Arab RM 311.64 PJPK RM 930.51 Pen.Muzik RM 939.51 Pen.Seni Visual RM 930.51 Makluman: Semua guru VIII: ISU-ISU KURIKULUM 28. Semua guru perlu memuat turun DSKP, Membuat satu salinan dokumen berikut umtuk disimpan dalam fail panitia masing-masing. 29. Pentaksiran bilik darjah merujuk kepada Analisis PBD Februari 2023 dan perlu merancang intervensi 30. Program Peningkatan Akademik Sekolah diharap diteruskan dengan memastikan sekurangkurangnya satu aktiviti setiap panitia. 31. Pengerusi berharap status perbelanjaan PCG haruslah mebuat permohonan wang untuk sebarang aktiviti dibuat sebelum membuat pembelian . 32. Pengerusi juga memaklumkan bahawa semua surat mengenai kewangan, taklimat, atau mesyuarat mestilah diminitkan kepada guru yang terlibat dan hendaklah dimaklumkan kepada ketua-ketua panitia dan mengisi borang minit curai. Tindakan: Semua guru IX: HAL-HAL LAIN 33. Pn Jariah selaku penyelaras tahun 1 memaklumkan Program Transisi Tahun 1 dan pra sekolah bermula pada 16.3.2023 (Khamis). Semua guru pra dan tahun 1 akan terlibat pada hari tersebut. 34. Pengerusi memberitahu bahawa Bilik Sains dipindahkan ke Kelas 4 Sukses di tingkat atas. 35. Pengerusi menyentuh hal berkaitan buku kerja untuk Tahap 1 dan Tahap 2 telah dibuat tempahan kecuali mata pelajaran Bahasa Melayu.
36. Guru Besar juga memberitahu bahawa Laman STEM telah siap hasil kerjasama dari pelbagai pihak dan beliau bercadang untuk menjemput PRS untuk merasmikan laman itu nanti. 37. Pengerusi juga mengalu-alukan sebarang idea atau cadangan daripada semua guru jika mempunyai sebarang idea atau pandangan yang boleh memantapkan unit kurikulum Sk Tebengau boleh berjumpa dengan penolong kanan pentadbiran. Mesyuarat ditangguhkan jam 10.00 pagi. Disediakan oleh: Disahkan oleh: …………………………… ………………………… (JURIANA BT ABDULLAH) (SHARAH BINTI SHAFIE) Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran, SK TEBENGAU. SK TEBENGAU