TAJUK E-FOLIO : TRAGEDI DI 13 MEI (PUNCA DAN PENGAJARAN)
NAMA PENSYARAH : PUAN LEZAWATI BINTI SERON
NAMA PELAJAR NO PENDAFTARAN
AALIA NABEEHA BINTI KAMRI 20DEE21F1007
SITI NURALISHA BINTI ALISMAN 20DEE21F1021
NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHAMAD ZAIN 20DEE21F1025
ZAMBLI ANAK UJIH 20DEE21F1034
PENGHARGAAN
Salam sejahtera
Syukur dengan keizinan-Nya,e-folio mengenai Tragedi 13 Mei telah dapat dihasilkan. Terima kasih
kami ucapkan kepada Puan Lezawati Binti Senon kerana telah membimbing kami sepanjang proses e-folio ini
dihasilkan.
Buku ini sesuai dijadikan sebagai panduan atau bahan rujukan kepada masyarakat seluruh Malaysia.
Semoga kandungan buku ini dapat dicapai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada
masa hadapan.
Dengan terhasilnya e-folio ini, kami sekumpulan berharap dapat memberi sedikit pencerahan kepada
generasi baru. Penerbitan buku ini merupakan salah satu platform yang terbaik membolehkan perkongsian hasil
penyelidikan berteraskan pengajian umum di institusi Pendidikan Malaysia.
Akhir kata, kami memohon kemaafan di atas kekurangan yang terdapat dalam penghasilan E-folio ini.
Kami berdoa agar para pembaca,khususnya para pelajar mendapat ilmu yang bermanfaaat serta dapat diamalkan
seterusnya menjadi insan yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia. Kami juga mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan- rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini.
Sekian terima kasih.
OBJEKTIF
Tugasan ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti punca dan pengajaran tragedi 13 mei ynag telah berlaku di
Malaysia dahulu. Maka, kami telah mendapatkan beberapa maklumat bagi membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Tugasan ini juga dapat menambahkan lagi pengetahuan kami tentang peristiwa 13 mei. Hal ini juga telah memberi kami
pendedahan untuk memahami apakah punca berlakunya tragedi 13 mei dan pengajaran yang kami dapati berdasarkan
peristiwa itu.
PENGENALAN
Peristiwa 13 mei 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan
“Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Antara peristiwa yang terjadi pada 13 Mei 1969 ialah Isu perkauman dalam pilihan raya 1969. Pada pilihan raya
umum 1969, Parti prikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 di
parlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Selain itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia
(Gerakan), Parti Tindakkan Demokratik(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam
Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Setelah itu, pihak pembangkang yang memperolehi pencapaian
gemilang dalam pilihan raya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Tambahan pula, pihak
pembangkang yang sebahagian besar darinya merupakan kaum Cina dari “Democratic Action Party”dan
Gerakan telah mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala
Lumpur. Berlanjutan dari itu, menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan
balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969. Kesan kejadian ini
telah mendapat jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor seramai 172 sehingga 196 orang.
PUNCA-PUNCA TRAGEDI 13 MEI
Punca utama tragedi ini terjadi adalah akibat daripada layanan berat sebelah oleh tentera Jepun. Pada zaman pendudukan
Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Sebagai contoh, orang Melayu diberi layanan yang baik
kerana Jepun berhasrat untuk mendapat sokongan mereka bagi mengukuhkan kedudukan Jepun di Tanah Melayu. Selain itu,
orang India turut mendapat layanan yang baik semasa pendudukan Jepun. Hal ini adalah kerana Jepun ingin mendapatkan
sokongan orang India dalam usahanya untuk menawan India. Manakala orang berbangsa Cina diberi layanan yang buruk. Hal
ini adalah kerana orang-orang Cina di Tanah Melayu memberi sokongan dan sumbangan kepada kerajaan Cina dalam dua siri
peperangan antara China dan Jepun.
Lanjutan daripada perkara itu, muncul perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu. Dengan itu, PAP telah
secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam
perlembagaan. Mereka telah mendakwa bahawa hak kaum-kaum lain telah diketepikan dan disisihkan daripada keadilan.
Isu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara juga menjadi faktor peristiwa 13 Mei. Hal ini tercetus apabila Bahasa
Inggeris telah digugurkan sebagai bahasa rasmi negara setelah 10 tahun kemerdekaan.
Selain itu, perbezaan agama dan budaya di Malaysia turut menyumbang kepada sebab kejadian ini. Buktinya, Kaum melayu
sebahagian besarnya beragama islam, kaum Cina beragama Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Conficius manakala kaum India
beragama Hindu serta yang beragama Kristian. Perbezaan antara agama dan bangsa ini telah mencetuskan masalah yang
diakibatkan daripada sikap tidak menjaga sensitiviti kaum dan sifat jahil terhadap agama dan bangsa lain.
Tidak dilupakan juga, sebab terjadinya kejadian pada 13 Mei adalah kerana masalah ekonomi. Kegiatan ekonomi berbeza
yang telah dipraktikkan sejak Dasar Pecah dan Perintah telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum. Hal
sedemikian menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Sebagai contoh, orang Cina yang
tinggal di bandar menjalankan perniagaan, orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar sebagai petani atau nelayan, orang
India pula bekerja sebagai buruh kasar kerajaan dan kerja di ladang.
KESAN-KESAN TRAGEDI 13 MEI
Pengistiharaan Darurat
Pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong yang dibuat pada malam 16 Mei. Seterusnya, Perlembagaan
Persekutuan digantung dan negara diperintah secara terus oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah undang-undang
tentera.
Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak. Selain
itu, pemimpin-pemimpin parti politik, pegawal-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawal tinggi polis serta
tentera turut menganggotai MAGERAN.
Fungsi utama MAGERAN adalah untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara. Selain itu
adalah bagi menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna. Seterusnya adalah untuk mengembalikan suasana
keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
Akhir sekali, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada
MAGERAN.
Penubuhan Majlis Perundingan Negara
Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di
Malaysia. Majlis Perundingan Negara dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri
daripada wakil-wakil daripada menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN, kerajaan-kerajaan Negeri,
parti-parti politik, negeri Sabah dan Sarawak, persatuan-persatuan agama, badan-badan professional,
perkhidmatan awam, Persatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan, wartawan, Persatuan Guru-guru dan kumpulan
minoriti. Fungi utama Majlis Perundingan Negara adalah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara. Seterusnya
adalah untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Akhir
sekali, Majlis Perundingan Negara bertindak sebagai penasihat kepada mageran
Rukun Negara
Rukun negara adalah untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di
malaysia. Rukun negara bertujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna
kulit, bangsa dan agama.
Selain itu, rukun negara juga adalah untuk membentuk corak masyarakat malaysia berdasarkan prinsip hidup
agar menjadi pegangan masyarakat malaysia. Antara contoh prinsipnya ialah bagi mencapai perpaduan yang
lebih erat di kalangan seluruh masyarakat. Seterusnya adalah memelihara cara hidup demokratik dan
membentuk masyarakat yang adil serta makmur. Selain itu adalah untuk menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi. Di samping itu adalah bagi membina sebuah masyarakat progresif melalui pengetahuan sains
dan teknologi.
Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada
Raja dan Negara, Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan serta Kesopanan dan Kesusilaan
CARA MENGATASI PERISTIWA 13 MEI 1969
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu bagi menjadi
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Melalui dasar ini, kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang
kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan
antara kaum akan mencetuskan suasana yang tidak harmoni akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain.
Justeru itu, bagi melaksanakan DEB, kerajaan telah memberi tumpuan kepala golongan yang memerlukan.
Sebagai contoh, pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani, nelayan dan pesawah.
Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk menyusun semula masyarakat. Melalui DEB, kerajaan telah memberi
tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang pecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan
pengagihan kekayaan negara. Oleh itu, bagi memastikan DEB berjaya mencapai matlamatnya, kerajaan telah
menggembleng tenaga untuk menggerakkan instrument DEB.
PENGAJARAN DARIPADA TRAGEDI 13 MEI
Kehilangan nyawa dan harta benda.
Perbalahan antara kaum cina serta kaum melayu telah menyebabkan kebanyakan harta benda hilang serta
musnah. Di samping itu, kehilangan nyawa atau jiwa turut terjadi akibat perbalahan pada 13 Mei 1969.
Perpaduan nasional.
Dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat diwujudkan demi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia. Ini adalah bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan untuk menerapkan
sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki
, beriri hati serta menanam sifat curiga di antara kaum. Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada
kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan
penduduk asal bagi negara ini.
Keuntungan kepada pihak musuh negara.
Hal ini adalah kerana musuh-musuh negara akan sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-
belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara kedamaian
negara bagi mengelakkan keadaan negara tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-
belah. Sebagai contoh, kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511.
Perintah berkurung.
Kerajaan mengeluarkan perintah berkurung setelah tragedi 13 Mei 1969 akibat kekacauan dan perbalahan kaum
yang bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat serta memulihkan kestabilan negara.
Perbaiki hubungan antara kaum.
Tragedi 13 Mei telah membuka ruang muhasabah diri bagi memperingatkan diri tentang hubungan antara kaum
dan masyarakat demi kepentingan masa depan dan sekarang. Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan sifat
tolenrasi dan serta hormat menghormati perlu diterap dalam diri sendiri.
PENUTUP
Kesimpulannya, peristiwa 13 Mei telah memberi ikhtibar mengenai kepetingan perpaduan sesebuah negara. Hal
ini demikian kerana perpaduan boleh menyatupadukan masyarakat agar tanah air kita tidak digugat dan diancam
oleh ancaman luar. Peristiwa 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang
menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut
memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi
serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan
sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan
sahaja. Dalam peristiwa ini kita telah pelajari untuk mengenalpasti apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan
langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sebagai contoh, sikap ultra-racist, cauvinism serta
kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial & Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca
utama masalah ini berlaku.
BAHAN RUJUKAN
https://anyflip.com/lswcl/mmus/basic
https://efolioetika.blogspot.com/2020/10/tragedi-13-mei-1969-punca-dan-pengajaran.html
https://online.anyflip.com/jdjqx/jfdu/mobile/index.html
https://anyflip.com/esgfm/trsk/basic
https://anyflip.com/esgfm/trsk/basic