Cikgu Mohd Raziman Abd Rahman
Pada bahagian ini, pelajar harus ingat beberapa perkara :-
a) 45minit
b) 200-250 pp
Soalan Karangan c) Wajib guna isi y diberi
d) Tak perlu tambah isi lain
Bahagian A e) Wajib ada pendahuluan & penutup
f) 5 perenggan
g) Wajaran 2 muka surat
JOM LIHAT DENGAN LEBIH
TELITI
Pada bahagian ini, pelajar harus ingat beberapa perkara :-
a) Karangan mesti panjang
b) Buat latihan menulis dan minta cg semak
Soalan Karangan c) Rahsia Penulisan 10 Bintang
d) Jawab soalan yang dekat dengan diri
Bahagian B e) Soalan yang berkait dengan pengalaman sendiri
f) Jawab soalan yang pernah dibuat
g) Jawab soalan yang pernah belajar,terbaca
h) Jawab soalan yang mudah dan mahir dengan tema
i) Jangan jawab soalan yang susah
j) Jangan buat eksperimen
JOM LIHAT DENGAN LEBIH
TELITI
Penyakit berbahaya seperti diabetes, serangan jantung,
kanser dan darah tinggi yang dihadapi seseorang berkait
rapat dengan gaya hidup masyarakat kini.
Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang ke arah
penularan penyakit-penyakit ini.
Daripada soalan, kita harus tahu untuk membezakan tema/ isu dan juga kehendak soalan.
Pastikan kehendak soalan dikenal pasti agar jawapan calon tidak terpesong.
CONTOH SOALAN
AYUH !
Ketahui Teknik Mudah Dalam
Membina Perenggan Isi.
Hanya Fikir Pontian, maka kita
akan ingat
TAMBaK P
TAApMaBaitKu P ? TAMBaK Pontian
T - Tajuk Cerita / Kehendak Soalan
A - Apa (Isi)
M - Mengapa (Sebab+Kesan)
Ba - Bagaimana
(Contoh, Orang, Tempat, Proses/Cara dll)
K - Kesimpulan Kecil (T + A)
*P - Peribahasa, Perumpamaan, Pepatah,
Kata-kata hikmah dll
**Peribahasa boleh hadir di mana sahaja
JOM LIHAT CONTOH
Kita lihat contoh paling asas :-
CONTOH SOALAN : BINCANGKAN ALI TIDAK HADIR KE SEKOLAH
TEMA / KEHENDAK SOALAN Ali tidak hadir ke sekolah
APA ( ISI ) Tidak sihat
MENGAPA ( SEBAB/KESAN ) Makan makanan yang tercemar
BAGAIMANA ( CONTOH, TEMPAT, ORANG Makan di kantin, muntah-muntah, doktor,ibu
DLL ) bapa
KESIMPULAN KECIL Ali tidak hadir ke sekolah + Tidak sihat
PERIBAHASA -
CONTOH PERENGGAN LENGKAP :
Antara punca Ali tidak hadir ke sekolah ialah Ali tidak sihat. Hal ini kerana, Ali
telah makan makanan yang tercemar. Ali makan di kantin sekolah dan ketika
pulang ke rumah, Ali telah muntah-muntah. Di samping itu, doktor juga turut
mengesahkan bahawa Ali keracunan makanan ketika dibawa oleh ibu bapanya
untuk mendapatkan rawatan. Tuntasnya, benarlah bahawa Ali tidak hadir ke
sekolah kerana Ali tidak sihat. (66 patah perkataan)
Kita lihat contoh lain :-
CONTOH SOALAN : HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN MUTU
SUKAN NEGARA
TEMA / KEHENDAK SOALAN Faktor kemerosotan mutu sukan negara
APA ( ISI ) Kurang sekolah-sekolah sukan di negara ini
MENGAPA ( SEBAB/KESAN ) Tidak dapat mencungkil bakat baharuTidak dapat mencari
pelapisMenjejaskan kualiti sukan pada jangka masa panjang
BAGAIMANA ( CONTOH, TEMPAT, ORANG DLL ) Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David tiada pengganti
KESIMPULAN KECIL Kurang sekolah-sekolah sukan di negara ini menjadi punca
kemerosotan mutu sukan negara
PERIBAHASA -
CONTOH PERENGGAN LENGKAP :
Antara faktor kemerosotan mutu sukan negara ialah kurangnya sekolah-sekolah sukan di dalam
negara kita. Hal ini boleh mengakibatkan kita tidak mampu untuk mencungkil bakat-bakat baharu
malahan sukar untuk mendapatkan pelapis kepada atlet kebangsaan. Dalam pada masa yang sama,
kesan daripada masalah ini boleh menjejaskan kualiti sukan negara kita pada jangka masa yang
panjang. Contohnya, pemain badminton terkenal seperti Datuk Lee Chong Wei dan pemain skuash
negara Datuk Nicol Ann David sudah pasti sukar untuk dicari ganti kesan daripada perkara ini.
Intiharnya, benarlah bahawa kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini menjadi punca
kemerosotan mutu sukan negara. (92 patah perkataan)
Berbalik kepada soalan kita yang
awal tadi :-
Penyakit berbahaya seperti diabetes, serangan jantung,
kanser dan darah tinggi yang dihadapi seseorang berkait
rapat dengan gaya hidup masyarakat kini.
Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang ke arah
penularan penyakit-penyakit ini.
JOM LIHAT CONTOH
TAMBaK Pontian
T - ...faktor yang menyumbang.....
A - Pemakanan seimbang diabaikan
M - (M) Lebih mengutamakan makanan segera & ringan
- (K) Kandungan bahan kimia mengundang pelbagai penyakit
Ba - ...perasa, pewarna, gula dan kandungan dalam makanan
mendatangkan kesan buruk
-...penyakit seperti jantung, diabetes dll
K - ....faktor yang menyumbang..... apabila pemakanan seimbang
diabaikan
*P - Sediakan payung sebelum hujan
- Sudah terhantuk baru terngadah
JOM LIHAT CONTOH
Memetik wasitah nirmala pertama, (T) faktor yang menyumbang ke arah
penularan penyakit berbahaya adalah kerana (A) gaya pemakanan seimbang
diabaikan oleh masyarakat. (M) Hal ini kerana, masyarakat kini lebih mengutamakan
dan menggemari makanan segera serta ringan berbanding mengamalkan pemakanan
seimbang yang disarankan melalui piramid makanan. Malahan, mereka turut alpa
akan kandungan bahan kimia yang terdapat dalam kandungan makanan yang
dimakan oleh mereka sehingga mendatangkan kesan yang buruk terhadap tubuh
badan dan kesihatan mereka. (Ba) Kandungan seperti perasa, pewarna, gula dan
pelbagai lagi hanya akan mendatangkan kesan buruk dan menyebabkan kandungan
garam atau gula dalam tubuh badan akan meningkat. Malah, hal ini menyebabkan
hadirnya pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, diabetes dan kanser.(K) Oleh
yang demikian, benarlah bahawa faktor yang menyumbang ke arah penularan
penyakit berbahaya adalah kerana gaya pemakanan seimbang diabaikan oleh
masyarakat.
Huraian Asas
Memetik wasitah nirmala pertama, (T) faktor yang menyumbang ke arah penularan
penyakit berbahaya adalah kerana (A) gaya pemakanan seimbang diabaikan oleh masyarakat.
(M) Hal ini kerana, masyarakat kini lebih mengutamakan dan menggemari makanan segera
serta ringan berbanding mengamalkan pemakanan seimbang yang disarankan melalui
piramid makanan. Malahan, mereka turut alpa akan kandungan bahan kimia yang terdapat
dalam kandungan makanan yang dimakan oleh mereka sehingga mendatangkan kesan yang
buruk terhadap tubuh badan dan kesihatan mereka. (Ba) Contohnya, kita seringkali melihat di
kedai-kedai mamak mahupun restoran makanan ringan akan tabiat pemakanan rakyat
Malaysia yang membimbangkan. Tambahan lagi, apabila disajikan dengan roti canai kari
banjir, nasi kandar dan air batu campur, pandangan mereka seolah-olah telah terhijab akan
kandungan bahaya yang menanti. Kandungan seperti perasa, pewarna, gula dan pelbagai lagi
hanya akan mendatangkan kesan buruk dan menyebabkan kandungan garam atau gula dalam
tubuh badan akan meningkat. Malah, hal ini menyebabkan hadirnya pelbagai jenis penyakit
seperti sakit jantung, diabetes dan kanser. *(P) Sebelum nasi menjadi bubur, kita seharusnya
berfikir secara rasional akan kesannya sekiranya mengambil makanan tidak mengikut
saranan piramid makanan. (K) Oleh yang demikian, benarlah bahawa faktor yang
menyumbang ke arah penularan penyakit berbahaya adalah kerana gaya pemakanan
seimbang diabaikan oleh masyarakat. Huraian Asas+Aksesori
JATUNAMDHPANAMILAEAHRGUAIPTADAKISAMNUASIASNAHSAAAKANANHNDEADBAHATATAD!NIGR ...
:)
Respons Guru St. Joseph, JB
Terhadap Teknik TAMBaK P