MPU21032
KESIHATAN DAN PERPADUAN
MUHAMMAD SYAFIQ BIN ZAHARI
(16DEM19F1059)
WAN MUHAMMAD FARHAN IRFANIZZAT BIN YUSRI
(16DEM19F1059
APAKAH MAKSUD KESIHATAN DAN PERPADUAN ?
Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan sosial dan tidak
hanya seketika ketiadaan sakit. Dalam erti kata lain, kesihatan dapat didefinisikan
sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat atau
kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama
manusia (berlainan kaum,bangsa dan agama).
Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi
dalam bidang kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan tidak membezakan
agama,bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan
bermasyarakat yang aman dan harmoni. Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya
terdiri daripada pakar-pakar dan staf yang berlainan bangsa dan agama, bersama-
sama berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan kesihatan masyarakat
terjamin. Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan
perpaduan dan kesihatan ini berlaku.
HARI SUKAN NEGARA / BULAN SUKAN NEGARA
Contoh pertama yang boleh kita ambil bagi menjelaskan dengan lebih mudah
mengenai konsep kesihatan dan perpaduan ini ialah melalui program yang dianjurkan
oleh Kementerian Belia dan Sukan ini.
“Hari Sukan Negara” yang disambut selama sehari pada minggu kedua Oktober sejak
2015 telah ditukar namanya kepada “Bulan Sukan Negara” yang diwujudkan mulai
Oktober 2019. Penambahbaikan dan perubahan konsep lebih kontemporari dan
memenuhi keperluan semasa adalah keutamaan sangat penting terhadap program
Bulan Sukan Negara bagi menjamin agenda “Sukan Untuk Semua” kekal relevan
sepanjang zaman.
Tujuan sukan negara
Untuk menggalakkan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di
kalangan individu, kumpulan masyarakat dan antarabangsa
Seperti yang kita lihat, agenda “Sukan Untuk Semua” itu dapat dikaitkan serba
sedikit mengenai perpaduan antara masyarakat ketika bersukan. Contoh yang paling
mudah diambil semasa Bulan Sukan Negara ini dijalankan, kaum Melayu, Cina dan
India sama-sama menyertai acara yang dianjurkan tidak kira di sekolah mahupun
komuniti setempat mereka. Oleh itu, wujudnya kerjasama antara satu sama lain
apabila bersukan sekaligus dapat mencapai kemenangan ketika menyertai sesuatu
acara atau pertandingan.
KEMPEN DERMA DARAH
Selain itu, perpaduan juga dapat diwujudkan ketika kita mendermakan darah. Hal
ini demikian kerana kita dapat melihat di sekeliling kita mengenai proses kerjasama
antara kaum sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum.
Mari kita lihat bagaimanakah kempen derma darah ini mampu mewujudkan
perpaduan di Malaysia
Visi Pusat Darah Negara ialah sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam
menyediakan darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang
cemerlang di bidang Transfusi Perubatan.
Seperti yang kita sedia maklum, stok di bank darah semakin hari semakin
berkurangan. Tambahan pula berlakunya fenomena pandemik Covid-19 ini
menyebabkan pengurangan pendermaan darah oleh masyarakat. Sehubungan itu,
Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah ketika sidang media di Putrajaya berkata :
“Stok bekalan darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah di seluruh negara
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengalami penurunan sebanyak 40
peratus berbanding dengan tahun sebelum ini.”
Bertetapan dengan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Pusat Derma Darah Negara, kita semua boleh mendermakan darah walaupun
berbeza kaum dan bangsa. Sehubungan dengan pengurangan stok di bank darah Malaysia, kita
sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama membantu rakan-rakan kita yang memerlukan
darah bagi meneruskan kehidupan seperti kita. Dalam pada itu, kempen derma darah ini juga
dapat menjalinkan perpaduan tanpa kita sedar. Perpaduan di sini bukan hanya terbentuk dari
insan yang mendermakan darah malahan insan yang membantu sepanjang kempen juga bersatu
padu bagi mencapai hasrat dan tujuan kempen derma darah itu dijalankan.
COVID-19
Contoh terakhir yang dapat saya berikan di sini ialah mengenai penularan kes pandemik Covid-
19 di seluruh negara. Penularan kes ini menyebakan satu dunia panik dan sistem organisasi
kesihatan semakin sesak. Mari kita kupas serba sedikit kaitan antara penularan kes ini dengan
perpaduan di Malaysia.
Sebagaimana yang kita lihat, kes ini menjadikan kesemua petugas-petugas barisan hadapan
(frontliner) berkerjasama dan berganding bahu siang dan malam bagi mengurangkan penularan
ini berlaku. Selain itu, barisan-barisan petugas hadapan (frontliner) yang terdiri daripada polis,
tentera, doktor dan sebagainya bertugas dan berkongsi kepakaran untuk memastikan fasiliti
keperluan dan keselamatan rakyat terjamin. Rakyat juga perlu bersama-sama menjaga diri
daripada dijangkiti penyakit ini selaras dengan tagline “#kitajagakita”. Jelaslah bahawa dengan
adanya perpaduan yang kuat daripada rakyat Malaysia ini mampu dan berjaya menjadikan
Malaysia antara negara yang paling kurang catatan kes Covid-19 di seluruh dunia.
KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA PERPADUAN ANTARA
RAKYAT.
KEHARMONIAN NEGARA AKAN TERJEJAS
Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya kesepaduan di kalangan rakyat. Kerjasama
yang baik antara rakyat sangat dititikberatkan di dalam proses memberikan rawatan yang
terbaik kepada rakyat. Contohnya, sepanjang berlakunya penularan wabak COVID-19 ini ,
rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama dengan pihak atasan untuk berkerjasama
memutuskan rangkaian wabak tersebut. Ini sekaligus menyebabkan peningkatan kes dan
kematian pesakit dari semasa ke semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja pada
pihak atasan malah terhadap kita juga. Sehubungan itu, keharmonian negara juga tergugat dan
memberikan impak negatif yang agak besar kepada kesejahteraan rakyat dan negara.
WUJUDNYA MASYARAKAT YANG TIDAK BERMORAL , BERTOLAK ANSUR
DAN BERETIKA
Apabila adanya masyarakat yang tidak bermoral , bertolak ansur dan beretika ini dapat
menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham antara kaum. Sebagai contoh,
rakyat yang tidak memberi komitmen yang baik kepada pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dalam mendermakan darah kepada pesakit yang memerlukan. Ini kerana
kurangnya sensitiviti dalam diri sesetangah rakyat terhadap pesakit yang betul-betul
memerlukan. Lebih-lebih lagi, stok darah di dalam tabung darah negara kini tidak mencukupi
bagi menampung bekalan darah yang diperlukan oleh setiap pesakit yang berada di hospital
mengikut jenis-jenis darah yang diingini. Malahan pula, terdapatnya sesetengah sifat rakyat
yang memilih kasih dalam mendermakan darah akan melambatkan lagi proses membaik pulih
kesihatan pesakit tersebut. Dengan itu, tahap kesihatan akan terganggu dan kurangnya
kesepaduan dalam kalangan rakyat.
WUJUD SIKAP MEMENTINGKAN DIRI DALAM MASYARAKAT
Sering kali kita dapati terdapatnya segolongan masyarakat yang sanggup menggadai
prinsip politik, ekonomi, keadilan dan prokemanusiaan demi kepentingan diri.
Contohnya,sesetengah rakyat yang tidak memberi kerjasama yang baik untuk mematuhi
perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa berlakunya wabak virus jangkitan
COVID-19. Sebagai contoh, rakyat lebih suka mengikut kehendak mereka untuk keluar
sesuka hati dan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengambil berat tahap
kesihatan orang lain. Hal ini diperkatakan demikian kerana kita akan mempropagandakan lagi
keadaan sekaligus meningkatkan bilangan kes COVID-19 tersebut melalui sentuhan dan jarak
yang rapat apabila bertemu kawan atau sebagainya.
KESTABILAN EKONOMI NEGARA TERJEJAS
Sistem kesihatan dalam negara turut berfungsi bagi menstabilkan ekonomi negara. Namun
begitu, apabila wujudnya masalah kesihatan seperti penularan wabak COVID-19, maka ini
turut menjejaskan lagi kestabilan ekonomi negara. Seiring dengan pengumuman yang
diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengistiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri bermula pada 18 Mac 2020, sudah pasti
ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada sistem ekonomi negara. Contoh dapat yang
kita lihat, berlaku peningkatan bilangan pengganguran, pegurusan peniagaan yang tidak
mendatangkan banyak keuntungan dan anak- anak muda yang berhasrat untuk menyambung
pelajaran juga terbantut . Oleh itu, kestabilan ekonomi negara adalah sangat penting serta
memainkan peranan yang besar dari aspek kesihatan bagi membentuk perpaduan negara yang
aman dan harmoni.
ASPEK SOSIAL
Memang tidak dapat disangkal bahawa komunikasi dua hala yang baik antara masyarakat
berbilang kaum merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Hal ini demikian kerana
tanpa komunikasi yang baik di antara rakyat dan kesepakatan komunikasi dapat menjejaskan
kejayaan sesuatu program kesihatan seperti Bulan Sukan Negara dilaksanakan. Contohnya, di
dalam sesebuah komuniti yang terdapat masyarakat yang berbilang kaum mempunyai
komunikasi yang kurang baik sesama kaum akan mewujudkan jurang antara satu sama lain dan
sekaligus menyukarkan kita untuk bersepadu ketika melakukan perancangan aktiviti sepanjang
Bulan Sukan Negara. Selain itu, kesihatan sangat memerlukan komunikasi dua hala antara satu
sama lain terutamanya ketika merawat , melawat dan melakukan pembedahan kepada pesakit.
KESIMPULAN
Tuntasnya, sektor kesihatan mampu membentuk dan mewujudkan hubungan perpaduan yang
utuh dan teguh antara masyarakat. Konteks perpaduan itu sendiri telah membawa makna yang
sangat besar terhadap komuniti dan negara kita yang tercinta. Kita sebagai rakyat Malaysia
perlu menjaga perpaduan yang terbina ini bagi memastikan kesinambungannya pada generasi
akan datang. Jika tiadanya perpaduan antara masyarakat, maka keharmonian negara akan
tergugat dan sekaligus menyebabkan penyatuan antara kaum dan bangsa itu semakin hilang.
Sekian sahaja dari kami tentang perkaitan antara kesihatan dan perpaduan ini. Semoga blog
ini dapat memberikan anda semua ilmu dan info baharu. Semoga kita bersua kembali di masa
akan datang !