The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cgmitrg, 2019-11-26 19:06:34

Minit Mesyuarat MGBNT Kali Ke-3

Minit Mesyuarat MGBNT 2 2019

MAJLIS GURU BESAR NEGERI TERENGGANU

D/A SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH,

21100 KUALA TERENGGANU TEL.: 09 – 6221512 FAX : 09 – 6228879

e-Mel : [email protected]

MINIT MESYUARAT NPERGOEFRESI TIOENRAELNIGSHMGP AA01N3-9U349353
MAJLIS GURU BESAR

BILANGAN 2 2019

Tarikh : 20 Jun 2019
Masa : 09.00 pagi
Tempat : MNM Primula Hotel,

Persiaran Air Tawar, Kuala Besut

Kehadiran : SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu.
SK Tok Jembal, Kuala Nerus.
1 En. Marzilaini bin Muhamad SK Keluang, Besut.
2 Tn. Hj. Aznordin bin Jahan SK Tengku Bariah, Kuala Terengganu.
3 Tn. Hj. Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh SK Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu.
4 En. Suhaimi bin Muhammad SK Getang, Hulu Terengganu.
5 En. Mohd Jaafar bin Taib SK Kerandang, Besut.
6 En. Tan Woon Su SK Kuala Besut, Besut.
7 Tn. Hj. Sayadi @ Saidi bin Awang SK Kampung Fikri, Sungai Tong, Setiu.
8 En. Che Deraman bin Mamat SK Kampung Rahmat, Setiu.
9 En. Zainuddin bin Dollah SK Marang, Marang.
10 En. Azihan bin Che Wil SK Bukit Sawa, Marang.
11 En. Mazlan bin Sulong SK Ibok, Kemaman.
12 En. Rosdi bin Hashim SK Kerteh, Kemaman
13 En. Azmi bin Ibrahim SK Gong Badak, Kuala Nerus.
14 En. Mohd Azman bin Musa SK Telaga, Hulu Terengganu.
15 En. Ahmad Zohir bin Haron SK Dusun, Hulu Terengganu.
16 En. Ab Halim bin Osman SK Sura, Dungun.
17 En. Mohd Soffi bin Othman SK Pulau Serai, Dungun.
18 En. M. Rosdey bin Othman SK Losong, Kuala Terengganu
19 En. Mohd Apandi bin Omar Baki SJKC Chong Hwa, Marang.
20 Pn. Norhazlen binti Abdullah SK Gong Nangka, Marang.
21 En. Teo Boon Hian SK Pusat Chabang Tiga, K. Terengganu
22 En. Sukni Hisham bin Umar
23 Tn. Haji Abdul Razak bin Embong SK Sultan Omar, Dungun.
SK Alor Keladi, Besut.
Turut hadir:

1 En. Ahmad bin Mohd Ali
2 En. Mat Latif bin Ali

Tidak hadir bersebab: SK Paloh
1 Tn. Hj. Maslan bin Mohamad

1

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Wan Ahmad Hasbi bin Wan
Jusoh. Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan salam perpaduan. Terima
kasih kepada MGB Besut yang menguruskan tempat Mesyuarat.

1.2 Pengerusi memaklumkan tujuan memilih Besut sebagai tempat mesyuarat kali ini
adalah untuk meraikan persaraan YDP MGB Besut En. Che Husin bin Ismail
yang telah memberi sumbang bakti yang hebat kepada Daerah Besut dan juga
MGBNT.

1.3 Mesyuarat hari ini juga bertujuan menentukan tarikh, tempat dan perasmi bagi
Mesyuarat Agung.

1.4 Pengerusi melahirkan rasa sedih atas dugaan yang dihadapi oleh Timbalan YDP
yang terpaksa dipotong kaki sebaik pulang dari Konvensyen di Sarawak sebab
kencing manis. Dizahirkan juga kesedihan GB SK Pulau Manis yang meninggal
baru-baru ini.

1.5 Pengerusi mengharapkan exco-exco daerah membantu rakan-rakan guru besar
yang meninggal untuk menguruskan bantuan kewangan kepada ahli oleh
BAKEP dan KOGURU.

Tindakan : YDP/SU Daerah

1.6 Pengerusi memohon exco-exco daerah mengadakan ziarah cakna kepada
rakan-rakan guru besar di daerah masing-masing yang tidak sihat bagi memberi
semangat dan memuat naik gambar tersebut dalam telegram bersama Tuan
Pengarah bagi menunjukkan kebersamaan kita.

Tindakan : Exco Daerah

1.7 Tahniah juga kepada MGB Kemaman yang terlibat menguruskan Sambutan Hari
Guru peringkat negeri di Kemaman. Kerjasama yang dibentuk antara negeri dan
daerah sangat baik. Komitmen guru-guru daerah kemaman juga harus dipuji.

1.8 Ucapan terima kasih juga kepada delegasi Konvensyen Kebangsaan di Sarawak
yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang konvensyen.

1.9 Pengerusi memaklumkan bahawa keputusan bersama untuk menyerahkan
sebuah syarikat percetakan untuk mencetak modul Pentaksiran Pertengahan
Tahun yang timbul beberapa isu disebabkan syarikat tersebut baru dalam
menguruskan penghantaran soalan ke semua daerah.

1.10 Buku “Success Story” Harga RM10 sebuah setiap sekolah dibekalkan 2 buah.
Mohon bayar kepada Bendahari MGB Negeri Terengganu.

1.11 Pengerusi memaklumkan Sambutan Hari Raya di Jabatan, sumbangan daripada
MGBNT dan MPSM ialah 3 ekor kambing.

2

Agenda 2 : Ucapan Ketua Unit Sekolah Rendah, JPNT

2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kedua-dua Pegawai dari Jabatan Pendidikan
Negeri tidak dapat hadir pada hari ini. Ketua Unit terlibat dengan program di
BTPN manakala En Mat Lazim tidak sihat.

Agenda 3 : Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3.1 Majlis menerima dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu tanpa pindaan.

Agenda 4 : Membentang, Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan
4.1 Bendahari membentangkan Penyata Kewangan berkhir 31 April 2019.
Majlis bersetuju menerima laporan kewangan tanpa pindaan.

Agenda 5 : Laporan Daripada Pengerusi Biro
5.1 Biro Pendidikan dan Khidmat Latihan – En. Azmi bin Ibrahim

5.1.1 Menguruskan sambutan Hari Guru peringkat negeri.

5.1.2 Mencadangkan untuk mengadakan sekali LADAP untuk Jawatankuasa
EXCO Negeri.

5.2 Biro Kebajikan – En. Zainuddin bin Dollah

5.2.1 Telah menguruskan pengangkutan ke rumah mantan Pengarah Dato’
Rahim yang uzur tetapi disebabkan kekangan masa ramai yang tak dapat pergi
program tertangguh sehingga Dato’ Rahim meninggal.

5.2.2 Mencadangkan YDP atau Jawatankuasa tertinngi bersama rakan EXCO
negeri hadir sama meraikan keluarga si mati terutamanya melibatkan guru besar.

5.2.3 Majlis setuju memberi sumbangan RM100 dari MGBNT untuk rakan guru
besar yang meninggal dan untuk yang sakit RM50 sekali sahaja.

Tindakan : Bendahari

5.3 Biro Sosial – En. Ab. Halim bin Osman

5.3.1 Meraikan kehadiran Tuan Pengarah semasa Konvensyen di Sarawak.

5.3.2 Mencadangkan pakej umrah bersama KOGURU.

5.3.3 YDP MGBNT bersetuju menyediakan sebuah bas melalui KOGURU untuk
lawatan sosial EXCO MGBNT.

Tindakan : YDP/Setiausaha

3

5.3.4 Cadangan YDP MGB Daerah Setiu untuk mengadakan lawatan sosial
semasa Konvensyen Kebangsaan di mana peserta hadir awal sehari.

Tindakan : Setiausaha
5.4 Biro Ekonomi – En. M. Rosdey bin Othman

5.4.1. Melaksanakan beberapa kategori seperti adakan Kalender untuk semua
daerah, Buku Kejayaan Sekolah-sekolah Negeri Terengganu. Yang terkini T-
Shirt seragamkan seluruh negeri Terengganu seperti permintaan Tuan
Pengarah.
5.5 Biro ICT, Media dan Penerbitan – En. Ahmad Zohir bin Harun
5.5.1 Cadangan untuk wujudkan web dan sedia bertugas mengikut keperluan

Tindakan : Pengerusi Biro
5.6 Biro Sukan – En. Mazlan bin Sulong

5.6.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Biro Sukan yang berjaya
membawa pasukan Futsal Naib johan sempena Hari Guru.

Agenda 6 : Persidangan Perwakilan dan Mesyuarat Agung MGBNT ke-22 Tahun 2019
6.1 YDP memaklumkan tiada pemilihan untuk Mesyuarat Agung tahun ini. Pemilihan
akan diadakan pada tahun 2021.
6.2 Cadangan untuk adakan pada 06 Ogos 2019 di Felda Resort atau Sutra Beach
Resort.
Tindakan : YDP Kuala Nerus

Agenda 7 : Pemurnian Perancangan Aktiviti MGBNT 2019
7.1 Cadangan untuk berjumpa dengan EXCO Pendidikan dan Kunjung Hormat
Jemaah Nazir.
7.2 Mengadakan Seminar Pengurusan Sekolah Rendah dicadangan oleh Ketua
Sektor Pengurusan Akademik selepas UPSR.
7.3 Deraf awal untuk konvensyen 2021 Terengganu sebagai tuan rumah diadakan
pada awal tahun 2020
Tindakan : Setiausaha

4

Agenda 7 : Hal-Hal Lain
7.1 Cadangan YDP Dungun penghantaran soalan yang dicetak diselaraskan oleh
MGB daerah.
7.2 Cadangan YDP Dungun setiap kali ada mesyuarat atau seminar/bengkel adakan
lawatan penandaarasan di sekolah yang terpilih di daerah tersebut.
Tindakan : Setiausaha
7.3 YDP memaklumkan soalan percubaan diuruskan oleh jabatan.
7.4 Hj. Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh memaklumkan daerah Besut akan
mengadakan kursus untuk guru besar “Difficult People” oleh pihak IAB pada 27
Julai 2019.
7.5 YDP memaklumkan Timbalan YDP telah menghantar surat permohonan
perletakan jawatan beliau sebagai Timbalan YDP MGBNT disebabkan keuzuran.
Majlis setuju menerima perletakan Jawatan tersebut.
7.6 YDP Hulu mencadangkan Naib YDP 1 sebagai Timbalan YDP. Naib YDP 2
sebagai Naib YDP 1 manakala YDP Setiu sebagai Naib YDP 2.
Tindakan : Setiausaha

Agenda 8 : Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 01.25 petang dengan surah Surah Al-Asr.

Disediakan oleh:

t.t.
(SUHAIMI BIN MUHAMMAD)
Setiausaha Agung,
Majlis Guru Besar Negeri Kuala Terengganu

5


Click to View FlipBook Version