Bagai si kudung mendapat cincin
Puan Wan berbangga dengan kejayaan anak bongsunya mendapat tempat pertama pertandingan menulis esei anjuran Jabatan Pelajaran Negeri. Naufal murid SK Kemahang, sering mendapat markah tinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan selalu menerima pujian daripada guru-guru di sekolah. Naufal bertuah kerana Puan Wan sering memberi galakan dan tunjuk ajar dalam bidang penulisan. Walaupun hebat dalam bidang penulisan, Naufal kurang berkemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Hadiah komputer riba yang baru diterimanya bagai si kudung mendapat cincin.
Naufal sedih kerana beliu tidak dapat menggunakan sepenuhnya hadiah yang diterimanya kerana tidak berkemahiran mengendalikan komputer riba. “Ibu Naufal tidak pandai menggunakan computer” Naufal menghampiri ibunya sambil memegang beg komputer riba berwarna hitam yang baru dimenanginya. Puan Wan nampak kesedihan di wajah anak bongsunya. Puan Wan hanya tersenyum dan memeluk anak bongsu kesayangannya dengan penuh kasih sayang.
Di dalam kelas 5 Bijak, Naufal menerima ucapan tahniah kerana memenangi hadiah komputer riba daripada kawan-kawan sekelasnya. “Naufal lepas ini tentu kamu boleh menulis dengan lebih baik kerana mempunyai komputer riba” kata Najla yang berbangga dengan kejayaan rakannya itu. Naufal hanya tersenyum kerana dia bagai si kudung mendapat cincin kerana tidak berkemahiran menggunakan hadiah yang dimenanginya itu.
Puan Wan masih sibuk di dapur menyiapkan makanan tengahari. Jam menunjukkan angka 1 petang, sebentar lagi anak-anaknya akan pulang dari sekolah begitu juga dengan suami. Walaupun sibuk sebagai suri rumah, Puan Wan sentiasa memastikan prestasi anak-anaknya di dalam pelajaran sentiasa cemerlang. Beliau mengambil keputusan untuk mendaftarkan Naufal mengikuti kelas komputer. Ini supaya anaknya tidak lagi bagai si kudung mendapat cincin dalam menggunakan komputer riba yang dimenanginya itu.
“ Ibu berharap Naufal tekun belajar di kelas komputer itu nanti, selepas ini pasti dapat menggunakan komputer dengan cekap” kata Puan Wan selepas mengisi borang pendaftaran kelas komputer yang akan dihadiri Naufal setiap hujung minggu. “Terimakasih ibu” Naufal berkata sambil memeluk ibu kesayangannya itu. Naufal berazam mengikuti kelas komputer dengan tekun kerana dia tidak mahu lagi bagai kudung mendapat cincin. Dia ingin membanggakan kedua ibubapanya yang telah banyak berkorban dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang.
Selepas sebulan mengikuti kelas asas komputer, Naufal kian berkeyakinan menggunakan komputer riba di samping telah mahir melayari internet. Beliau sangat gembira kerana kini telah boleh menulis dan menyimpan bahan-bahan penulisan di dalam komputer riba kesayangannya. Puan Wan berbangga dengan pencapaian anak bongsunya itu yang kini tidak lagi bagai kudung mendapat cincin.
Pagi itu Puan Wan dan suami akan menghadiri majlis penyampaian sijil bagi peserta Kelab Komputer Tunas Bestari di bandar Kuala Lipis. Kelas yang telah berlangsung selama 3 bulan itu telah berjaya melahirkan murid-murid yang celik teknologi maklumat. Majlis pagi itu diserikan dengan persembahan multimedia oleh peserta-peserta termasuk kumpulan Naufal. Puan Wan terharu dan berbangga dengan pencapaian anak bongsunya dan rakan-rakannya. Selesai majlis penyampaian sijil, Naufal mendapatkan ibunya “Terima kasih ibu kerana banyak memberi semangat kepada Naufal, kini Naufal tidak lagi bagai kudung mendapat cincin” kata Naufal sambil memeluk ibu yang tercinta.