The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norafizah abd razak, 2023-12-17 03:32:56

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

Hangat-hangat Tahi Ayam


Penerbit Penerbit Addin Resources HAK CIPTA TERPELIHARA 2021 Penulis Norafizah Abdul Razak @ Cikgu Feeza


Petang itu Zamri menuntut janji daripada ibunya untuk pergi ke Restoran Makanan Segera yang popular di Pekan Lankap. Tabiat pemakanan Zamri yang suka mengambil snek dan makanan ringan menyebabkan berat badannya meningkat dan dia kini sudah mencapai tahap obesiti. “Zam, cuba kurangkan makan makanan ringan tu” Puan Zakiah menasihati anak sulungnya yang sedang asyik menikmati makanan segera sejak tadi lagi. Tabiat pemakanan Zamri merisaukan Puan Zakiah. Zamri bersikap “hangat-hangat tahi ayam” jika diminta menukar tabiat pemakanannya. Ia tidak bertahan lama dan akan kembali ke tabiat lama.


Pemilihan murid dalam aktiviti sukan permainan bermula minggu ini. Zamri kecewa tidak dipilih kerana masalah berat badan dan kurang cergas berbanding dengan rakanrakannya yang lain. Zamri pulang dengan kecewa. “Apa yang patut saya buat untuk menurunkan berat badan”. Zamri bertanya kepada ibunya yang sedang memasak di dapur. “Mulai petang esok, ibu mahu kamu berjogging dengan ayah di padang depan rumah kita tu”. Puan Zakiah sangat berharap agar Zamri bersunguh-sungguh untuk menurunkan berat badannya tidak “hangat-hangat tahi ayam sahaja”. Selama dua minggu Zamri berjogging bersama Encik Hamid. Berat badannya turun hampir dua kilo dan dia tidak lagi mengambil snek dan makanan ringan. Puan Zakiah gembira dengan perkembangan tersebut dan sentiasa memberi galakan demi kesihatan anaknya itu.


Puan Suriati guru kelas 5 Bijak melangkah masuk sambil tersenyum. Dia gembira menjadi guru kelas kerana memberi peluang kepadanya untuk mengenali latar belakang anak muridnya dengan lebih dekat. “Minggu depan cikgu akan menganjurkan lawatan sambil belajar” berita tersebut disambut dengan sorakan oleh murid-murid 5 Bijak termasuk Zamri. Aktiviti bersenam dan berjogging diteruskan sehingga badan Zamri mencapai berat badan unggul Puan Zakiah berharap anaknya terus menjaga pemakanan dan rajin bersenam tidak “hangat-hangat tahi ayam”.


Murid-murid 5 Bijak berkumpul di dewan Sekolah Kebangsaan Teluk Bunga sebelum bertolak ke Pulau Langkawi. Mereka akan berada di sana selama tiga hari dua malam. Perjalanan mengambil masa selama lapan jam menyebabkan peserta rombongan terlelap termasuk Zamri. “Saya dengar cerita di Pulau Langkawi kita boleh membeli coklat dengan harga yang murah” kata Siti kepada Zamri sewaktu mereka berhenti untuk makan tengahari. Zamri hanya tersenyum mendengar kata-kata Siti. Sudah dua bulan dia tidak menjamah snek dan makanan ringan kerana patuh nasihat ibunya. Lawatan mereka diisi dengan kunjungan ke Makam Mahsuri, Tasik Dayang Bunting dan beberapa tempat yang lain. Lokasi mereka yang terakhir ke pasaraya yang menjual beraneka jenis barang termasuk pelbagai jenis coklat. Zamri teruja melihat kawan-kawannya memborong coklat yang menawarkan harga yang jauh lebih murah. Dia turut membeli dan telah melupakan nasihat ibunya. Beliau telah menikmati coklat sepuas-puasnya sepanjang berada di situ. Selain itu beliau banyak meminum minuman bergas dan makan makanan yang tidak berkhasiat. Ternyata azamnya selama ini hanyalah “hangat-hangat tahi ayam sahaja”. Tabiat buruknya itu berlarutan hingga beberapa minggu tanpa disedari ibunya.


Petang itu Zamri menolak pelawaan ayahnya untuk berjogging dengan alasan penat sehinggalah dia tidak lagi berjogging dan bersenam seperti biasa. Berat badan Zamri naik semula dan dia tidak lagi cergas seperti dulu. Puan Zakiah kesal dengan sikap anaknya yang “hangat-hangat tahi ayam” dalam menjaga kesihatan diri.


Kelas 5 Bijak gempar pagi itu, apabila Zamri didapati pengsan sewaktu menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani. Beliau dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan kecemasan. Puan Zakiah dan suaminya bergegas ke hospital sebaik sahaja mendapat panggilan telefon daripada pihak sekolah. “Puan, kandungan gula dalam darah anak puan didapati tinggi, puan perlu memastikan beliau mengamalkan gaya hidup sihat” Doktor Hamid menjelaskan situasi Zamri sebaik sahaja selesai memberi rawatan kepada Zamri. Puan Zakiah terkilan dengan sikap anaknya yang “hangat-hangat tahi ayam” dalam penjagaan kesihatan dan tidak patuh nasihatnya selama ini.


“Ibu, Zam minta maaf, mulai sekarang Zam akan mendengar nasihat ibu untuk menjaga kesihatan” Zamri berkata sebaik sahaja tiba di rumah setelah seminggu dimasukkan ke wad. Zamri kesal tidak mendengar nasihat ibunya dan berjanji akan bersungguh-sungguh dalam menjaga kesihatan diri dan tidak akan bersikap “hangat-hangat tahi ayam” lagi.


Click to View FlipBook Version